Wednesday, March 14, 2012

AS, EU dan Jepun Berharap Kepada Malaysia Mengimbangi Monopoli Export 'Rare Earth' China.

 

China pengeluar terbesar dunia 'rare earth'. High -tech produk dari iPods, kereta hybrid hingga peluru berpandu memerlukan 17 elemen 'rare earth'. China mahu kawal pengeluaran dan eksport menimbulkan kebimbangan dunia.

WZWH admire Deng Xiaoping kerana transformasi pembaharuan ekonomi China berjaya meletakkan China sebagai pencabar kuasa dunia AS baik militari dan ekonomi yang terdekat. Deng Xiaoping pernah kata," Jika Timur Tengah kaya dengan minyak maka China ada banyak 'rare earth'.

AS, EU (Kesatuan Eropah) dan Jepun bimbang China bukan saja mahu kawal pengeluaran dan eksport rare earth tapi mahu manipulasi harga. Lantaran itu AS, EU dan Jepun komplen kepada WTO (World Trade Organization).

Hujah AS, EU dan Jepun:
  • China mahu hadkan eksport lalu menganggu-gugat supply chain 'rare earth' pasaran global.
  • Polisi China meninggikan harga 'rare earth' di luar China dan mengurangkan harga 'rare earth'  keluaran tempatan China.
  • Polisi China mengekang eksport 'rare earth' dan logam lain seperti bauxite, zink dan magnesium bertentangan dengan peraturan WTO.
  • Polisi China tidak adil kerana menyekat akses dunia kepada 'rare earth' dan logam-logam lain.

Manakala China pula berhujah:
  • China mempertahankan polisi kerana prihatin kepada isu alam sekitar.
  • Istilah catchy 'environment protection', sustainable development, dan management policy diguna pakai.
  • China mahu berjimat menyimpan 'rare earth', minimunkan kerosakan alam sekitar dan memenuhi pasaran tempatan.
  • China ikut peraturan WTO

China menguasai 97% pasaran 'rare earth' dunia. Pakar mengatakan kilang Lynas Gebeng Kuantan (Malaysia) boleh memecah monopoli China dengan menguasai 40% pasaran dunia.

Maka sebab itu sebenarnya AS, EU dan Jepun berharap kepada kerjasama Malaysia dan Australia dalam mengimbangi monopoli eksport 'rare earth' China.

Pengguna dan pembuat produk-produk  high-tech dunia yang menggunakan 17 elemen 'rare earth' akan kacau bilau bila kos input 'rare earth' naik harga.

Malaysia diperlukan bagi mengimbangi penguasaan China membekalkan logam tersebut. 

AS, EU dan Jepun berharap kepada kepimpinan DS Najib membolehkan Kilang Lynas dibina di Malaysia dan Australia.

Obama  Presiden AS juga berharap kepada DS Najib kerana kes anti China-trade ini akan menaikkan imej politik Obama dalam Pilihanraya Presiden AS.

Bila AS, EU, Jepun dan Australia menyokong industri 'rare earth' Malaysia maka banyaklah pelaburan masuk  dan boleh menguasai pasaran dunia.

Politik 'rare earth' bukan hanya bersifat tempatan seperti Himpunan Hijau 2.0 ianya adalah politik dunia melibatkan kuasa-kuasa besar dunia.

Disinilah kita nampak bagaimana DS Najib bijak mengambil peluang yang ada mengerakkan Malaysia ke depan sebagai pengeluar dan pembekal 'rare earth' yang kritikal kepada banyak industri high-tech dunia.

12 comments:

Anonymous said...

ini la gaya nya bila berhujah ikut kepala lutut...bukan kepala otak..

siapa najib di sisi obama?..sehinggakan najib boleh naik kan imej obama di mata pengundi di US?...

kalau betul rare earth berpotensi untuk memajukan negara...kenapa Asian rare Earth di bukit merah dulu akhirnya ditutup?....

semua org tahu memproses rare earth akan menghasilkan sisa toksid yg merbahayakan alam sekitar. australia pun tak nak terima sama sekali sisa toksid tersebut...

Tu la BN ...tak pernah nak belajar dari sejarah.terima projek tu tapi tak pernah nak fikir dulu dimana nak lupuskan sisa toksid tu.....kilang dah nak siap tapi baru nak fikir mcm ne nak buat dgn sisa toksid tu...

Menteri kesihatan arahkan australia terima balik sisa toksid tu...kalau tak, lesen operasi tak diberi.tapi australia dah awal2 menolak untuk terima sisa toksid itu...

PM Najib pun berkatala kena buang kat dalam malaysia juga tapi jauh dgn org...kat mana tak pasti lagi (rahsia kerajaan)....mungkin di pulau babi di pekan kut?xde org kat pulau tu....

AELB syor sumbat dlm bekas lombong2 timah di sg lembing (sebab dia tak duduk situ dan biar penduduk pahang yg telan sisa2 tu)..dah la skrg pekan sg lembing tu ibarat pekan 'seram' nak tambah dengan sumbat sisa bertoksid kat situ....maka berpotensila lahirkan 'zombie kg pisang'..

menteri besar phg yg samseng pulak tak pernah nak fikirkan masalah sisa tu....bukanla cerdik mana pun MB ni..yg dia tahu maki pemberita....tak kira cina ke atau utusan melayu...

Untungnya rakyat malaysia mempunyai pemimpin BN mcm ni...dan itu yg US, EU, Jepun suka melihat 'kebodohon' pemimpin BN...

Allah yg maha besar....

Anonymous said...

bahaya kahwin dengan orang kuantan nanti ni

Anonymous said...

Kerana ALLAH Maha besar jugak la kau anon 2:25 am
Idup takat tu...penyokong pembangkang, tapi penjawat awam, bulan-bulan amik gaji dr kerajaan bg anak bini makan tp kau tak sokong kerajaan..MB bukan cerdik mana, tapi ko lg tak cerdik lngsung sebagai org yg mkn gaji,kalau berani hidup la sendiri,jgn terima apa2ً faedah pun yg kau nikmati sekarang..ada berani. Tracingmail:///~gmail..

Anonymous said...

Negara Cina tu kawasan nya luas dan Australia pun luas maka lantak dia lah kalau dia nak buat kilang rare earth tu.
Lu mahu duduk sorang di Kuantan tu lu punya pasal la kalau keturunan lu mahu kekot sana kekot sini. Najib cerdik apa ke benda nak membantu Obama! apa punya bangang lu dah pergi Amerika belum kalau belum mintak biasiswa dengan Najib nak belajar kat Amerika tapi jangan la pergi Universiti yang penuh rakyat Malaysia UMNO dan baru faham camne Amerika tu tengok Malaysia ni nak mampus pun dia tak perduli asalkan kepentingan dia terjaga.
So please don't be stupid if you are stupid please don't drag others.

Anonymous said...

Sembang la orang Jerantut. Kalau Lynas buat kat Jerantut..boleh sembang macam sekarang ka?

Anonymous said...

habislah kuantan.

kunyit merah said...

yang komen2 kat atas tu bukannya pakar.cakap ikut pengetahuan yang ada sedikit.

pakar nuklear ahli parlimen PAS pun kata tak bahaya.Hj Hadi kata pkr aje yang heboh cerita pasal lynas ni melalui pakar nuklear nya ia itu Puzian thoron yang tak tahu apa2 pasal isotop nuklear.

jadi anon2 di atas sah bukan orang pas tapi orang al juburi kunyit hangit!

Anonymous said...

orang kuantan kena pikir pakai otak.jangan menyesal nanti

Anonymous said...

Anon 5.41 pm...dr bhsa anda pun kita da tahu taji di kaki takat mana...belum tgk sijil ngaji lagi level berapa..lynas SELAMAT tu kn da muktamad,nape perlu nak jadi mcm israeli n american yang dok riuh sekampung iran buat nuklear utk persenjataan?da terang org IAEA masuk sana check tp tiafa loji senjata...sama la kes gebeng pun..d china da bnyk pn kilang rare earth bgtu juga australia..lynas 1 of investor je frm there yg dtg sini..adakah anda juga salah sorang melayu yahudi d msia ni yg mnjayakn 'agenda illuminati' dlm mncapai 'new world order'??mngkin tinggi sgt capaian ni utk anda takwil..tp salahnya hujah anda ni perlu dilawan spaya anda jgn terusan mcm ni...

Anonymous said...

Kalau lynas ni dpt kat ah kow, ah ming, ah fong, ah long...ada ke dap n pkr nak bising n buat himpunan hijau ke. Menentang dgn cara yg sgt luarbiasa degilnya. Penentangan hasil dr kajian atau dgr cakap org. Org melayu sudah sgt bijak ke sedang didoktrin pemikiran yg kerajaan buat semua salah dan mencemarkan negara dgn sisa dr lynas dan mebunuh secara perlahan org kuantan? Adakah pembangkang merasa cara mereka read between the line senario politik negara sudah smpai ke lapisan terakhir? Ataupun baru saje membaca di lapisan kedua dan ketiga lantas mendabik dada kononnya faham sgt politik.

Anonymous said...

Hakikat sbnarnya tanah d gebeng tu sepenuhnya milikan melayu,jd kesan kpd industri hiliran dr lynas tu yg nk mereka ce- ce ni nk pulun, tpi kos pmbngunan jd berganda krna mereka perlu beli tanah n perlu buat bisnes yg nk dibolot..kos beli tanah yg akan naik krna milikan melayu itu yg mereka tak puashati yg tersiratnya..mereka ni klu boleh nk buat nisnes terus,apatah lgi bile kna beli tanah tu,tanah melayu plak..kita yg melayu ni tak pandang isi tersirat mnyokong mmbabi buta sbb beza parti shj..asal kerajaan je salah,apa fuziah tak salah pd pngundi parlimen kuantan?bnyk hal lain yg beliau tak cover pun lgi...

mamat pungkor said...

keh dengor orang kabo Omaba ada menelepon ke YB Dato' Wan Mizan mintak dia tolong pastikan kilab lynas tu berjalan molek spt diracnang, kalau tidak tentu parah ekonomi Amerika dibuatnya. Tak ada orang lain dah yg Omaba harapkan di Malaysia ni selain dari Wan Mizan ni...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...