Monday, March 12, 2012

Menawan Triang Kota DAP Pahang Legenda Leong Ngah Ngah!

Menteri Ismail Sabri MP Bera.

DUN Triang dalam parlimen Bera yang MP Menteri Ismail Sabri punya agenda mahu menawan kubu kuat DAP Pahang.

Menteri Ismail Sabri aktif membangunkan parlimen Bera. Bandar Bera membangun pesat sekarang. Daerah Bera masih dikekalkan sebagai daerah pertanian secara keseluruhan dengan dibantu oleh aktiviti pelancongan sebagai aktiviti ekonomi daerah.


Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pertanian juga diberi penggalakan untuk dimajukan bersama-sama dengan peningkatan sektor perdagangan yang dijangka bertumpu di pusat-pusat petempatan utama di Bandar Bera, Triang, Kemayan dan Mengkuang.


MP Bera Ismail Sabri mahu menjadikan  Bera sebagai :-
  • Pintu masuk yang penting ke Negeri Pahang dari sebelah selatan terutamanya dari KLIA.
  • Koridor perindustrian ke empat Negeri Pahang setelah Gebeng-Kuantan, Muadzam Shah, Bentong-Mentakab-Temerloh.
  • Pusat R & D peringkat negara iaitu dalam bidang alam botani flora dan fauna sempena dengan Tapak Ramsar di Tasek Bera dan sekitarnya.
  • Pengkhususan kepada perindustrian yang berasaskan sumber-sumber pertanian.
  • Daerah Pelancongan Antarabangsa.


Untuk itu Ismail Sabri mahu jentera PRU BN kerja kuat menawan DUN Triang pada PRU 13. Beliau yakin BN boleh menang jika bersatu dan kerja kuat kepada 400 pekerja BN di Bera.

Komposisi pengundi DUN Triang ialah 70% Cina, 24% Melayu. DUN Triang disandang oleh DAP (Leong Ngah Ngah) selama 5 penggal sejak PRU 1990.

Penduduk Triang teruja mahukan perubahan kerana mereka sedar setakat mempunyai ADUN yang baik reputasi saja tidak cukup kerana ADUN perlu satu kapal dengan MB Pahang dan PM baru pembangunan laju mencurah masuk.

Sokongan untuk BN dikalangan pengundi Cina DUN Triang semakin meningkat dengan populariti PM Ah Jib Gor.

WZWH suka dan berminat dengan ahli politik Pahang yang berkeyakinan dan optimis serta rajin turun padang buat kerja. Lebih ramai ahli politik Pahang baik ahli parlimen dan ADUN bersikap positif begini barulah ahli UMNO dan BN bersemangat dan ada keyakinan.

Janganlah belum PRU 13 sudah mengaku kalah mahu berundurlah kerana itu bukan sifat sejati pahlawan Pahang. Jika kita tunjuk kita takut maka pembangkang lagi kuat psiko kita dan pembangkang bertambah yakin.

Ayoh jentera BN Bera serang DUN Triang kota DAP Pahang habis-habisan. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Bila Menteri Ismail Sabri berniat mahu menawan DUN Triang dari segi moral BN sudah menang. 

Tunjukan di bumi Pahang ini kita boleh sepak keluar pembangkang!

9 comments:

Anonymous said...

Dato seri Ismail sabri merupakan tokoh politik phG yg kuAT kerja...beliau antara pmimpin yg byk idea..arp beliau trus kekal di bera pru ke13

Anonymous said...

Ismail sabri BAPA PEMBANGUNAN BERA..

Anonymous said...

Siapa yang menendang dan siapa yang kena tendang lagi..... PRU 13 penentu.... jangan terlalu takbur wzwh....

Anonymous said...

Ismail Sabri tu org kelantan la. bkn pahang jati. tak caya cuba cek. sebab tu dia kerja kuat. org pahang jati kuat merembat balak je. tapi aku tak kira pahang jati ke, kalau UMNO, aku kata NOO utk PRU13

Anonymous said...

Serbis DAP melalui wakilnya yang terbaik setakat ini. Tak ada rasuah, skndal mampu bertahan sehingga lima penggal. Ingat bandar di pinggiran desa...

Anonymous said...

kita sepak dan terajang umno/ bn pru ha ha.

Anonymous said...

Dia lahir di phi..skolah di phg...kalo nk kire ank jati...slahuddin ayub org johor btnding diklntn..PKTAN RKYT CACA MERBA MNG PRU SBB NSEB BKN KRNA KUALITI..otak ltk ats tengkuk JE undi pmbgkng ni.podahh

Anonymous said...

Dia lahir di phi..skolah di phg...kalo nk kire ank jati...slahuddin ayub org johor btnding diklntn..PKTAN RKYT CACA MERBA MNG PRU SBB NSEB BKN KRNA KUALITI..otak ltk ats tengkuk JE undi pmbgkng ni.podahh

Anonymous said...

memang akan membangun bera....
membangun dengan konsert hiburan..
sambut hari raya dan buat rumah terbuka dengan konsert...
berpotensi jadi MP yg akan memajukan bera dengan konsert hiburan....
jom karaoke wweh MP....
hehee....jgn lupa bwk anak awok sekali......

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024