Saturday, March 24, 2012

YBM Tengku Razaleigh Merasmi Karnival Jerantut



















The most gentlemen, cultured and down to earth politician princes YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut and YBM Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang.

Karnival Jerantut 2012 diadakan pada 23 - 31 Mac 2012 sempena tahun melawat Jerantut 2012 . Bertempat di Padang FA Jerantut, pelbagai aktiviti dan program menarik telah dirancang bagi karnival tersebut. 

Malam tadi YBM Tengku Razaleigh @ Ku Li diberi penghormatan merasmi Karnival Jerantut. Dato' Siti Nurhaliza diundang khas menghibur orang Jerantut. Walaupun hujan turun hampir 30,000 rakyat Jerantut tetap hadir.

WZWH tiba lewat dari Kuantan. Selepas berjumpa dengan AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut di bandar lama, WZWH bergegas ke Kopitiam Kopiesatu berdekatan Kolej Komuniti Jerantut untuk bersama dengan Ku Li dan Ku Lan ahli parlimen Jerantut dan pimpinan UMNO Bahagian Jerantut, Wanita , Puteri.

UMNO Jerantut sinonim dengan Ku Li. Dulu semasa Ku Li mencabar Mahathir, UMNO Bahagian Jerantut lah yang pertama mencalonkan Ku Li. Ditambah pula Ku Lan kini ahli parlimen Jerantut yang rapat dengan Ku Li maka hubungan itu bertaut kembali.

WZWH turun Jerantut malam tadi sebagai tanda respek kepada Ku Li sebagai seorang negarawan. Ku Li banyak berjasa kepada UMNO dan negara.

Petronas, PNB, Bank Bumiputera, ASN dan macam-macam lagi. Ku Li anak didik Tun Razak. Dulu Tun Razak letak DS Najib bekerja di Petronas dibawah Ku Li.

Ku Li adalah material PM yang tak menjadi. Orang UMNO ingat bangunan UMNO PWTC yang tersergam indah itu dibina diatas sebidang tanah yang diberi percuma oleh Ku Li.

Ku Li ialah a man of integrity. Pembangkang pun respek Ku Li kerana beliau adalah ahli parlimen yang paling lama berkhidmat hampir 40 tahun.



















Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar dan Dato' Nazri Ngah kusyuk mendengar pandangan politik YBM Tengku Razaleigh. ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan tidak hadir kerana sedang mengerjakan ibadah umrah di tanah suci.

12 comments:

wonder why said...

Alhamduliah, ramai pemimpin UMporNO telah pergi ke Mecca untuk menunaikan Umrah. Doalah semoga dalam senarai calon Najib sebagai winnable candidate. Mohonlah banyak2 Ampun dan maa'f keatas kesalahan, rasuah dan pecah amanah. Semoga Tuhan ampunkan dosa2 mereka.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Wonder Why,
WZWH sarankan Wonder Why belajar lagi agama Islam dalam dengan lebih lanjut lagi. Belajarlah tasauf supaya saudara Wonder Why lebih mengenali hakikat kehidupan, mengenali Allah dengan lebih dekat lagi dan manusia. Ketahuilah berapa markah Islam Wonder Why dinilai oleh Allah SWT.

Anonymous said...

Kalau kerja nak duit Dan balik kampung kerap masA pilihanraya macam masa ni, memang tak boleh bagi markah islam.

Kutukandewata said...

wonder why,
kalau hanya dengar cerita buruk orang maka tiada lah manusia yang baik dalam dunia ini.

fitnah dan tohmahan amat mudah di cipta.tapi kebenaran hakiki orang hanya pandang sebelah mata.

tutupilah kelemahan orang,baiki kelemahan diri.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. Ku Li dan Ku Lan
merupakan gandingan yg mantap.saya doakn mereka bersama pakatan rakyat..insyaallah..

Anonymous said...

ada juga yang kerja umrah bukan sebab sayangkan Allah tapi sebab takut Najib sayang.... kalau dah orang politik ... umrah pun nak dipolitikkan .

Anonymous said...

ada juga yang kerja umrah bukan sebab sayangkan Allah tapi sebab takut Najib tak sayang dia dlm pru13 nanti.... kalau dah orang politik ... umrah pun nak dipolitikkan .

penjejak awan pedang setiawan said...

Manusia yang hasad dan hati nanah!ko apahal keje nak sindir orang umrah,orang buat keje politik,orang yang berubah...giler betul zaman ini da sezen lagi nak memanah sana sini...kalau macamni la caranya memang memunoh je..bodo orang umno yang sorang ni..orang pegi bedepan dengan orang yang umrah tu,citer bedepan da kalau dia babey jugok, bedoa la pulok untuk dia diberi jalan yang molek..ini asal tak bekenan di hati bantai..siket2 bantai..sok ko naik semula orang bantai balik..bodo,cakap je belajo sane sini degree ijjazah omputih jarum boley jadi kapal terbang la..boss...hati bos..hati mau bersih bos baru tuhan bagi balik hati orang lain pada kita...aduuu laa

Anonymous said...

30k dtg?? ye dok mung...stendet utusang mu neh.....

ekp/s.p.tambang/g.t said...

Salam WZWH.aku ni taktau sesangat berkenaan dengan umno jerantut ni.sejarah pun tak berapa ingat sesangat.tapi setahu aku lah umno bahagia jerantut bukanlah bahagian pertama yg mencalonkan ku li.untuk pengetahuan wzwh bahagian kuala lipis yg pertama sekali mencalonkan ku li.kita org umno ni kena selalu lah ingat2 sejarah umno tempat kita.jangan sampai orang kabor ke kita bodo.

Anonymous said...

Dengar cerita Ku Li bakal PM malaysia jika anwar terpenjara..

Anonymous said...

Dato' Wan & Dato'Nazri dua gandingan mantap yg menjadi ponyokong tegar Mahathir dan penentang keras Ku Li ketika krisis kepimpinan UMNO 1988 dulu...kini kedua2 bertalaqi dgn kitab lama Ku Li pulak...inilah politik UMNO dan politik orang UMNO.

Nasib baik aku bukan lagi orang UMNO....Pada ketika aku jadi sebahagian drp UMNO (sebagai AJK Pemuda Bhg)aku tidak berpihak atau berada pada mana2 kem samada kem Dato' Wan (penyokong Mahathir) atau kem Abang Bazain (penyokong Ku Li). Dgn tindakan aku ini maka aku dicop sebagai tiada berprinsip kerana tidak menyatakan pendirian menyokong mana2 pihak. Aku katakan kpd kedua2 kem bahawa kem aku adalah kem Parti Kebangsaan Melayu Bersatu...

Semejak dari itu, aku tersedar bahawa aku memang tidak patut berada di kem UMNO...sebab UMNO yg aku sokong dan dokong bukan lagi UMNO Tun Razak tetapi UMNO Mahathir...UMNO berjiwa kapitalis...

Alhamdulillah aku sudah bermufarakah sepenuhnya drp UMNO (walaupun masih tersinarai sebagai ahli), bukan kerana gagal bersaing berebut harta tetapi sudah memilih permis baru, yg mudah2an Allah mengasihinya, permis yg mengenalkan aku erti Islam yg syumul dan tulin...Islam yg tidak memisahkan diantara fizik dan ruh...

Mudah2an sahabat ku Dato' Wan, Dato' Nazri, Dato' Azizan dan geng2nya turut bersama2 daku......jika ini berlaku maka hidup menjadi tenang setenangnya dan bumi Pulau Tawar, Tembeling, Damak turut merestuinya dan tenang bersama..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...