Monday, March 5, 2012

Bila Suhaimi Said Secara Tersirat Sindir Ustaz Badrul Amin!


Suhaimi Said blogger Pahang yang aktif PKR dengan Biro Orang Asal dan Hal Ehwal Peneroka adalah satu aset sosial Pahang yang unik. Dalam posting terbaru Blog The Spirit Of Lubok Kawah beliau menulis...

"Sejak beberapa tahun yang lepas. kemana-mana saya pergi, baik didalam atau di luar negara, saya pergi bersama-sama isteri saya; kalau saya tidak mencukupi ongkosnya, saya akan memilih untuk tidak pergi. Saya tidak mahu pergi bersendirian. Al-maklum, kita ni lelaki, apa-apa boleh berlaku, itu semua kemungkinan boleh berlaku. Dan kalau tak berlaku pun mungkin boleh mengujudkan fitnah. 

Kalau saya tidur di hotel-hotel saya tidak mahu dikunjungi atau cuba mencari-mencari teman "satu malam", saya tidak mahu ambil risiko itu. Dan apabila saya ditemani oleh isteri saya sudah tentu risiko itu tidak akan menimpa saya".

WZWH tahu kekecewaan Suhaimi Said blogger The Spirit Of Lubok Kawah merangkap Ketua Cabang PKR Kuala Krau Pahang.

Suhaimi Said aktif memperjuangkan hak Orang Asli dan para peneroka. WZWH respek komitmen dan kesungguhan Suhaimi Said dalam perjuangan yang beliau percaya walau bertentangan dengan ideologi WZWH.

Suhaimi Said ahli politik yang berpengalaman dengan bermacam warna sosialis, UMNO, PAS dan kini PKR.

Sebagai orang Pahang WZWH faham jiwa dan apa yang Suhaimi Said tidak puas dihati. Jika Suhaimi Said mahu ambil kesempatan sudah lama beliau boleh menjadi pemimpin awal UMNO di Temerloh kerana beliau pernah bertugas dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.

England educated, berpengalaman, aktif parti dan NGO beliau punya kualiti tapi tetap memilih "The Spirit Of Lubok Kawah". WZWH sebagai orang Pahang hanya boleh cakap," palar aje!"

Suhaimi Said dalam posting blog terbaru telah menyindir Ustaz Badrul Amin, Ketua Penerangan PKR Selangor di Pejabat MB Selangor merangkap Ketua Cabang PKR Sabak Bernam secara halus dan tersirat. Itu yang WZWH suka dengan ahli politik Pahang sebab calling a spade is a spade!

Beliau menulis tajuk "Kan elok berpolitik bersama isteri!!" sila klik sini.

Pada 24, 25 dan 26 Februari lalu didalam Temurapat Pimpinan PKR (di Hotel Swiss Garden Kuantan) saya tetap bawa isteri saya. Kalau saya bersendirian, tempat penginapan saya adalah percuma; tetapi dengan membawa isteri, saya dikenakan tambahan RM360.00. Saya pilih membayar RM360.00 supaya isteri saya dapat bersama saya.

Apa orang nak kata, katalah asalkan saya dan isteri saya bahagia, dan saya terus dapat memberikan khidmat yang berkesan kepada parti.

Dengan adanya isteri saya bersama saya, dia telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga dairy saya, dia juga mampu membawa kereta bergilir-gilir dengan saya; yang lebih penting dia boleh mengingatkan kepada saya akan makanan yang sesuai untuk saya memandangkan umur saya yang sudah lanjut, tidak ketinggalan juga dia mengingatkan saya akan obat yang mesti saya ambil.

Isu-isu yang boleh memalukan diri saya, keluarga saya dan parti saya tidak mungkin akan berlaku apabila isteri saya akan sentiasa bersama saya. Jika ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini, buatlah pilihan sendiri asalkan boleh menjaga nama baik diri, keluarga dan parti, ok?

2 comments:

Anonymous said...

yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan....

bukan setakat sindir Ust BAdrul Amin...tapi sindir PM Najib juga...
Berapa lama tinggalkan isteri pertama dan anak2 sebelum kawin dgn isteri kedua...

heheeee......

Anonymous said...

Salam,

Terkenang semasa dulu,
hatiku tamabah celaru,
senang cakap ,buat belum tentu,
masa mudaku sangat merapu.

Terkenang masa dulu,
bersama PAS aku cukup laku,
ustaz peguam PAS dinobat diriku,
berjubah ,berserban pakaianku.

Terkenang semasa dulu,
puak2 PAS ramai yang dunggu,
aku kelentong ,aku tipu,
mereka takbirr sayang padaku .

Terkenang semasa dulu,
tinggal PAS,UMNO pulak partiku,
ku pusing UMNO sampai kelabu,
cemas tersungkur ketu bahgianku.

Terkenang semasa dulu,
PKR pulak wadah perjuanganku,
baru sesuai dengan seleraku,
Anugay harum bontotmu.

Selamat berjuang wahai kawan,
Spirit Lubuk Kawah ditelan zaman,
langkah silat untuk berlawan,
langkah salah,mati beragan.


Gasing Toyong..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...