Sunday, March 4, 2012

BN Perlu Letak "New Bloods" Bukan Sahaja Di Negeri-Negeri Kalah Malah Di Negeri-Negeri Menang Pun!

Tun Daim Zainuddin "Nostradamus Politik Malaysia" yang ramalan politik beliau boleh menyekat peluang dan cita-cita tinggi  Anwar Ibrahim mahu jadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Daim Zainuddin sudah beri mesej BN perlu letak lebih ramai orang muda @ new bloods kalau mahu ambil Negeri-Negeri Pakatan Rakyat Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Dulu Daim ramal 5 Negeri tumbang kepada pembangkang sebelum PRU 12 ramai pemimpin besar BN tidak percaya malah Tun Abdullah yakin BN boleh menang majoriti 2/3 yang akhirnya cakap Daim betul.

Kali ini Daim ramal BN boleh menang cemerlang pada PRU 13. Daim kata dengan syarat-syarat:

  • Pemimpin BN dan UMNO bersatu.
  • Bergerak dalam satu kumpulan.
  • Pemimpin-pemimpin Negeri perlu bekerja dengan gaya dan style cara seorang pemimpin negeri bukan hanya fokus kepada kawasannya saja.
  • Tonjolkan pemimpin-pemimpin muda berkualiti yang pantas berkongsi maklumat dan ilmu.

Logik Daim kalau dulu PRU 12 ada 5.7 juta pengundi Melayu dimana ahli UMNO saja 3.2 juta maka yang dapat ke UMNO hanya 2 juta pengundi Melayu.

Kemana pergi lagi 3.7 juta pengundi Melayu yang tidak undi UMNO?

Pengundi muda Melayu dari 10 orang boleh kata 8 akan mengundi ke pembangkang pada PRU 12.

Kali ini Daim yang boleh dikatakan "Nostradamus Politik Malaysia" kerana ramalan keramatnya maka siapa pemimpin BN dan UMNO mahu percaya?

Mahukah DS Najib, TS Mahyuddin dan kesemua Pengerusi Badan Perhubungan BN dan UMNO Negeri mahu ambil risiko dengan tidak memperdulikan ramalan Daim?

Senaraikan pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi di Negeri-Negeri sekarang!

7 comments:

Anonymous said...

percaya kepada ahli 'nujum' boleh syirik......

Anonymous said...

daim pun makhlok perosak jugasemasa berkuasa dulu. kumpul harta macam mahathir....kau 10 aku 10 he he he he mana ada fikir pasal melayu ke... islam ke... Jangan lupa .....A.B.U. Maaf calon muda hanya ada sorang saja seluruh malaysia....cuba teka.....

wonder why said...

Daim itu sama juga. Mana pergi duit umno berjuta juta pergi?Semua duit ini dia lipat seorang. Mamak Kutty marah dia kerana tak hendak kongsi duit haram ini dengan dia. Yang bodoh ahli2 umno yang banggang,

Anonymous said...

Daim 2x jadi Menteri Kewangan. 17 tahun Bendahari UMNO dan BN. Di zaman Daim operasi PRU cekap, berkesan dan licin. Semua calon-calon UMNO dan BN jadi yakin. Semua Ketua UMNO Bahagian ceria dan bersemangat buat kerja. Salah satu sebab dulu Mahathir tak suka Daim sebab Anwar Ibrahim kuat racun dan cerita buruk Daim kepada Mahathir. Anwar Ibrahim cakap sama Daim bahawa Mahathir mahu Anwar jadi Menteri Kewangan padahal Mahathir tak cakap begitu. Tapi Daim percaya. Anwar kencing Daim. Daim ingat orang Jerantut sebab itu PRU dulu Daim terbang dengan helikopter ke Jerantut berkempen dan beri 'motivasi' kepada orang UMNO Jerantut.

Anonymous said...

Salam. Kalau UMNO nak menang kena ganti semua pemimpin pemimpin yg nampak tidak bersih dan digantikan dengan pemimpin yg bersih.Bersihkan rasuah dalam UMNO dan kerajaan dulu baru boleh berfikir nak menang

Anonymous said...

Aku stuju new blood ni. So aku amat gembira kalau Wan Mizan terus jadi calon samada kekal DUN Tahan atau Parlimen Jerantut agar kita semua dapat new candidate di parlimen. Kan Wan Mizan masih muda. Pedulikan perangai dia yang suka perabih balak dan rembat tanah di Jerantut.
Yang penting dia orang muda, pahang jati, kaya dan bijak dalam mengurus ekonomi dengan penasihatnya wzwh.

Anonymous said...

Kas setuju amat demo bewoyat kat atih tuh. Nyerbetoi belaker. Leber2 lagir anom 232 nih. Jiker semarnyer betoi ikot nasehat juger kaji aper yang kome kater nih, urang Jantet teutamenyer komer urang Ulu Temeling nih mapoh kerah toknyer maju sampai kekiamat...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...