Monday, March 19, 2012

WZWH Jawab Kenapa Sakmongkol AK47 Tidak Memahami Falsafah Politik Pahang

 

Sakmongkol AK47 buat pertama kali dalam posting terbaru sila klik sini, telah memperlihatkan satu pemikiran baru politik terutama buat orang Pahang. Walaupun dulu Pak Sako dan Ibrahim Yaakob pernah menyuarakannya namun generasi baru Pahang sudah lupa.

WZWH ucap terimakasih dan bangga kerana Sakmongkol AK47 mengaku beliau adalah blogger yang moyangnya turun dari Kelantan dan menetap di Jerantut sama tempat dengan WZWH.

Moyangnya yang menetap di Tebing Tinggi manakala WZWH berasal dari Lembah Tembeling. Orang Tebing Tinggi tidak begitu memahami dan menghayati politik tradisional Pahang seperti orang Tembeling. Inilah budaya yang diamalkan oleh majoriti ahli politik dari Tebing Tinggi hingga sekarang ini. WZWH tidak mahu diskus panjang lebar isu ini kerana ini isu Jerantut.


Bila kita orang Pahang mahu berpolitik di Pahang kena tahu realiti politik Pahang. Maka WZWH dedikasikan posting ini menjawab kenapa Sakmongkol AK47 tidak memahami falsafah politik Pahang semoga penjelasan teori politik WZWH ini boleh memberi sedikit cahaya kepada hala tuju demi kepentingan masing-masing.

Hayatilah teori politik Istana, Parti Politik dan Kuasa....

Bila orang PAS berguling di jalan raya cuba halang kereta Raja Muda Perak jelas ancaman kepada institusi raja bukan dari UMNO tetapi dari Pakatan Rakyat yang menghasut rakyat biasa.

Perpecahan masyarakat Melayu dimastermind oleh Anwar Ibrahim telah mencabar kekuasaan Istana dan UMNO. Politik Malaysia adalah hubungan kuasa antara Istana, UMNO dan rakyat.

Tidak ramai rakyat yang tahu pengaruh Raja-Raja Melayu terhadap politik negara kerana ianya topik yang dilupakan tidak dibincangkan. 

Pembangunan politik institusi Raja Melayu jika diperhalusi dari rentetan sejarah:

  • Zaman British: Raja Melayu hilang kuasa tapi kekal prestij
  • Zaman Jepun: Raja Melayu hilang kuasa dan prestij
  • Zaman merdeka: Elit Melayu mengembalikan prestij Raja Melayu
  • Sumbangan British ialah memodenkan institusi Raja Melayu kepada Raja Berperlembagaan.
  • Sumbangan Jepun ialah Melayu Elit baru telah mengambil peranan kepimpinan Melayu dari Raja Melayu dengan mengekalkan prestij Raja Melayu.

Terdapat perhubungan yang kompleks antara saingan dan kuasa antara UMNO dan Raja Melayu.

Jepun bertanggungjawab menghapuskan aura,mistik, kehebatan, dan authoriti (kedaulatan) Raja-Raja Melayu. Selepas tahun 1945, Elit Melayu sudah tidak takut dan kurang taksub kepada Raja Melayu kerana Jepun telah membuktikan Raja-Raja Melayu tidak berkuasa, tidak berupaya melindungi diri mereka sendiri apa lagi mahu mempertahankan rakyat.

Elit Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bergantung kepada 'goodwill' siapa yang berkuasa.

Jepun sebenarnya banyak mengubah orang Melayu. Melalui pendidikan, ramai anak-anak Melayu dihantar ke sekolah, maktab perguruan, sekolah kepimpinan (kurenjo). Jepun telah melahirkan 'Melayu Baru'. Ini yang buat sikap British dan Raja Melayu berubah terhadap Elit Melayu Baru selepas kekalahan Jepun.

Elit Melayu Baru inilah UMNO yang mengangkat Raja dari sembilan Raja menjadi sepuluh dengan Yang DiPertuan Agong dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu.

Namun terdapat sengketa kuasa antara Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam mendefinasi peranan de facto dan de jure raja berperlembagaan.

  • 1946- Raja Melayu, UMNO dan rakyat mempertahankan hak Raja Melayu.
  • 1948-1951 UMNO adalah kuasa Elit Melayu Baru dan Raja Melayu dinobatkan.
  • 1951-1955 rundingan kemerdekaan UMNO berkuasa.
  • 1983-1984 dan 1993-1994 UMNO melalui Mahathir menguasai Raja Melayu.
  • 2008 UMNO lemah dan Raja Melayu semakin kuat. UMNO perlukan Raja Melayu.
Untuk perbandingan, Raja Berperlembagaan model Westminster menekan peranan Raja tidak politik tetapi Raja Perlembagaan Malaysia ada sedikit reserves the ultimate extra-constitutional power to interpret, intervene, reject or direct a course of action in affairs of state.

Sebenarnya Malaysia masih lagi mengamalkan 'feudalism'. Raja Berperlembagaan hanya atas kertas sahaja. Setakat mana itu terpulang kepada UMNO dan Raja Melayu menentukannya melalui rundingan.

Bagaimana Pakatan Rakyat mahu menyaingi UMNO dan Barisan Nasional? Itu adalah soalan yang menarik untuk dibincangkan. Pakatan Rakyat perlu guna:

  • Idea universal sejagat
  • Islam dan agama

Masalahnya idea universal sejagat ini belum difahami dan dimergerti oleh majoriti rakyat Malaysia. DAP dan PKR tercari-cari apa nilai universal sejagat sesuai dengan rakyat Malaysia.

PAS pula hala tuju Islamnya samada secara addin atau ideologi nampak tidak keruan kerana tidak jelas apa Islam mahu dibawa. PAS sebenarnya sudah keliru bila bicara kuasa Putrajaya.

UMNO dan Raja-Raja Melayu sangat berpengalaman dan arif tentang Istana, parti politik dan kuasa.

UMNO tidak 'perfect'. UMNO ada cacat celanya tapi UMNO masih berfungsi di Pahang dan Malaysia.

Sakmongkol AK47 sebenarnya kalau dibaca dari ratusan posting sangat mencintai UMNO namun rasa marahnya kepada DS Najib buat beliau berperang dengan UMNO.

PRU 11 Sakmongkol AK47 bertanding mewakili UMNO dan BN di DUN Pulau Manis dalam parlimen Pekan menang hampir 5000 majoriti. Satu pencapaian yang sangat baik. Namun Sakmongkol 'direhatkan' pada PRU 12 atas sebab-sebab yang WZWH tidak tahu hanya DS Najib dan MB Pahang tahu.

WZWH bersimpati dengan Sakmongkol AK47 dan Pahang perlu mengkaji "polisi wakil rakyat satu penggal" adakah baik dan buruk dari segi jangka panjang.

Kegagalan menangani "seorang Sakmongkol AK47" maka inilah hasil yang UMNO Bahagian Pekan dapat sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan secara mudah.

WZWH pun tidak tahu ada berapa "Sakmongkol AK47" lagi terhasil pada PRU 13 nanti jika "polisi wakil rakyat satu penggal" diguna pakai.

Beruntunglah wakil rakyat-wakil rakyat Pahang yang dapat bertanding banyak penggal!

15 comments:

Anonymous said...

Xde apa yang hebat untuk difahami dan dibahaskan.... biasa aje tu jurik..

Anonymous said...

WZWH,

Yang tercabar tu nak kena jelas wan zurik dan jangan nak wat silap mate.

yang tercabar sekarang ini adalah UMNO Baru. tak ada kena mengena dengan institusi raja-raja. Macamana pulak institusi raja-raja nak tergugat.

Kesianlah kat orang melayu kita. jangan bila parti kita ada masaalah kita kaitkan dengan institusi raja-raja untuk mendapat sokongan. Tak baik macam tu...tu bukan budaya kita yang menjunjung institusi raja-raja.

Anonymous said...

Penulisan danjustifikasi yang paling bangang. Macam mana nak kedepan. Betul la kamu melayu kerdil dan kaki kelentong macam PM.

Anonymous said...

Is this the best writeup from Pahang blogger? low class for certain.. I supposed you are the budak hingusan Sakmongkol refer to. You know why ? Cos when he challenged you guys "lawan berhujah" it has to come with substance la which Ive difficulty finding anything that is close to that. Read Sakmongkol blog more often, who knows you may pick up one two things about good writeup.

Anonymous said...

hang ni serupa budak tadika la. Mula mula buli budak lain, mengata kat dia macam-macam. Alih kena debik sebijik lari menyorok belakang cikgu tuduh budak tu pi buat hang. malu la sikit. Keturunan panglima tembeling la konon.... pirrrraaaaa mabukkkk.

Anonymous said...

... kita ketepikan cerita AK47 dan tembeling, ...adalah didapati ada sedikit 'substance' dalam tulisan ini, cuma belum cukup baik... dalam konteks Malaysia,tidak ramai tahu perincian yang di bincangkan dalam Majlis Raja-raja juga pemegang mohor besar raja-raja selain dari mengistiharkan hari raya... perkara penting tak perlukan meja mesyuarat formal,.. yang formal itu sekadar untuk mengingatkan rakyat bahawa Malaysia masih mempunyai raja...sebagai permulaan perlu diingat bahawa Badan Eksekutif dan Badan Perundangan masih di rujuk kepada Raja, sementara Pertahanan Negara adalah di bawah Raja, itu belum kuasa mengistihar dan kuasa mengampun.. kedua kuasa ini belum pernah di uji secara besar-besaran dan dalam skala kecil ialah apabila tertubuh mageran pada tahun 1970. selain dari polis, ada lagi satu entiti intelligensia yang jarang di sentuh kecuali berkaitan civil order dan ISA sahaja ..dalam hal ini, Badan Eksekutif hanyalah di beri tanggung jawab untuk mentadbir sahaja, kuasa arahan masih pada Raja..itu sebabnya bagi yang faham apabila berlaku 'conflict' antara badan kehakiman dan eksekutif, pergeseran lebih kepada antara individu dan bukan secara collective...dan dalam banyak hal, yang di sentuh adalah material rewards berselindung disebalik macam-macam alasan dan bukan 'substance' sebenar... mungkin jika kita ingin melihat wajah sebenar, kita tunggu lah sahaja selepas PRU 13 jika ada cacing yang sudah hendak naik ke mata.. itu pun jika kita masih ada hayat...

Anonymous said...

raja melayu tu bukan raja untuk orang UMNO je..he he raja untuk semua rakyat malaysia tak kira yg SOKONG PR atau BN..Kenapa bila UMNO lemah Sibuk suruh raja campurtangan..Lupa ke deme masa deme org UMNO tengah kuat tahun 1993 ..UMNOLAH yg derhaka pada raja nak sekat kuasa raja..

Anonymous said...

Emotional betul komen wzwh ni. Bila facts dah takde,kaitkan dengan institusi raja-raja. Sedih bila tengok pemikiran MBA holder camni. 3rd world country mentality.

The fact remains - Mahathir & umno menghina, mengeji dan mengaibkan raja-raja melayu melalui media massa kawalan umno & pindaan perlembagaan. Not only that, institusi kehakiman yang menjadi kebanggaan Malaysia sebelum Mahathir bermaharajalela juga telah dihancurkan. Yang tinggal hanyalah puppet kawalan umno. sila rujuk kenyataan bekas ketua hakim - tun dzaiddin.

Umno pada saya adalah satu gerombolan perompak & lanun yang setiap saat akan berfikir bagaimana nak rompak harta negara melalui pecah amanah, rasuah & penyalahgunaan kuasa.

Satu soalan - bolehkan wzwh namakan seorang pemimpin umno yang tidak pecah amanah, tidak rasuah & tidak menyalahgunakan kuasa? Bagaimana agaknya nak jadi saksi seperti yang disyaratkan oleh syarak? Cuba kita renungi.

Melayu tidak lagi boleh taat membabi buta, tidak boleh terus menjadi yesman tanpa usul periksa, tidak boleh diperbodohkan dengan cerita-cerita dongeng hang tuah.

Maaf jika terkasar bahasa.

i am a tax payer - gaji saya dipotong maximum oleh kerajaan (LHDN). Saya tidak mahu menjadi melayu yg terus layu.

Zul KL

Anonymous said...

Salam,

Peranan institusi beraja sekarang hanyalah sebagai simbol semata-mata. Tiada sebarang peranan signifikan yang dimainkan oleh institusi ini melainkan hanya sebagai simbol negara raja berpelembagaan.

Perhatikan semua hasil siasatan Suruhan DiRaja. Apa tindakan selanjutnya. Begitu juga fungsi pelbagai suruhanjaya.

Zain

Anonymous said...

Salam All,

This blog has no substance. It's a shame, as an MBA holder WZWH can't really argue & present his facts & cases critically.

Mengaji lagi, Cikgu.

Zain

Anonymous said...

Salam Tuan,

Banyak yg kena belajar lagi.....

Anonymous said...

Koi kesian kat awok zurik, kalau koi koi malu nak mengaku seorang graduan kerana tulisan atas sikit aje dari standard budak tadika. Cukuplah menulis perkara pandir2 ni. Orang ulu tembeling pun dah sekolah belaka, jangan lah awok sangka orang ulu tembeling ni pandir2 belaka. Apa yg awok tulis tu menyerlahkan kepandiran awak kesian koi ke awok......

Anonymous said...

yang komen pun pandir jugak.cakap ikut pendapat sendiri.tak da fakta konkrit pun semua pakai andaian dan prasangka.kau orang pun kena belajar lagi

Anonymous said...

wzwh

wan zurik kena baca komen pirate of putra jaya pasai tokmoyang wan jurik dok tebing kanan moyang dato sak dok tebing kiri sg ulu tembeling.

jawab jangan dok jawab. kirer2 wan zurik ni femes jugak le pasai dia dan dato sak tibai wan zurik kow2.

Anonymous said...

sebenarnya tak pelik bila wzwh bernukilan seperti article diatas...

itu la kelebihan UMNO...dari dulu kini selamanya....

apa kelebihannya?..

bila orang berhujah mengenai korupsi umno/bn tapi di jawab dengan moyang Datuk Arif menetap di tebing tinggi dan amalan politik orang Tebing Tinggi..

Bila orang berhujah pasal cincin rosmah di jawap pula teori politik Istana, Parti Politik dan kuasa dan perpecahan masyarakat melayu yg di'mastermind' oleh DS Anwar

Bila orang utarakan isu pecah amanah NFC diberi pula jawapan mengenai sejarah institusi raja melayu zaman British, Jepun, Merdeka serta sumbangan British dan Jepun...

bila umno dituduh mengkhianati bangsa melayu, dituduh pula PAS tak keruan Islamnya samada secara addin atau ideologi.

Itulah kelebihan umno/bn.lain yg orang tanya/hujah, lain pula jawapannya.

Tak dapek la den nak nolongnye jang ooii....
lain yg orang tanyo lain plak yg ekau jawab..kalau jawab kertas periksa mcm tu, memang fail la kau jang oi...markah kesianpun cikgu tak akan bagi.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...