Wednesday, March 14, 2012

Blogger CMK Buktikan Di Jerantut Salasilah Keluarga Pulau Tawar Boleh Satukan Ideologi Politik

Disebelah kanan blogger CMK itu Tuan Haji Norzari bin Haji Yahya AJK UMNO Bahagian Jerantut calon potensi DUN Pulau Tawar yang berpengaruh. Manakala disebelah kiri CMK ialah Yohanis bin Ahmad, Ketua Pemuda PAS Jerantut juga calon potensi DUN Pulau Tawar.

WZWH pernah tulis pada posting lepas di Jerantut Family First, Ideology Second. Ramai orang politik tak percaya.

Blogger CMK (Cucu Mat Kilau) yang juga admin Blog PDO (Pahang Daily Online) boleh buktikan di Jerantut 'family gathering' khasnya Salasilah Keluarga Pulau Tawar boleh menyatukan keluarga dari berbagai ideologi. Sila klik sini.

WZWH yang turut dijemput tidak dapat hadir kerana menghantar emak mertua berlepas umrah. WZWH ucap tahniah dan terimakasih kepada CMK atas sumbangannya kepada majlis tersebut.

Penyerahan salinan "Kitab Salasilah Keluarga Pulau Tawar" telah dilakukan oleh Blogger Cucumatkilau. Kitab asal yang telah ditulis oleh datuknya, Allahyarham Md Yunus Teh (Aki Yunus) itu dipercayai sudah berusia hampir 72 tahun. Penyerahan simbolik itu telah dibuat kepada Cikgu Azam Ramli, yang bertindak selaku Urusetia Penganjur program berkenaan. 

Walaupun CMK ini blogger lebih ke pembangkang, kadang-kadang nampak neutral tapi sangat kritikal kepada MB Pahang dan DS Najib.

Kadang-kadang apa yang CMK tulis kritik gila-gila MB Pahang dan PM boleh buat bulu roma WZWH tegak meremang-meremang!

Begitu juga blogger Sakmongkol AK47 juga yang usul berasal dari Kampung Tebing Tinggi Jerantut walau umumnya beliau dari Pekan, pernah jadi YB UMNO. Mungkin Sakmongkol AK47 boleh menyumbang kepada Salasilah Keluarga Tebing Tinggi yang juga subkoloni keluarga Pulau Tawar.

Sama seperti CMK, Sakmongkol AK47 lebih kritis dan tajam mengkritik UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Tapi Sakmongkol AK47 pergi menjangkau sempadan bila menyertai DAP.

Pada PRU 13 ini dijangka Sakmongkol AK47 akan bertanding atas kerusi DAP. Tempat belum diputuskan lagi. Begitu juga CMK yang pernah bertanding DUN Kemayan dalam parlimen Bera atas tiket PKR tapi tewas. Mungkin CMK akan bertanding bebas kali ini.

Memang di Jerantut ada banyak blogger yang aktif menulis blog mengenai isu semasa dan tempatan. Seperti Braveheart, Sri Tri Buana dan banyak lagi.

Kadang-kadang WZWH terfikir kenapa blogger CMK dan Sakmongkol AK47 menyokong pembangkang? Apa rasional kerana kalau kita benar-benar anak Pahang jati dan berbudaya Melayu Pahang sudah pasti kita tentu menyokong DS Najib atas banyak sebab dan hujah.

Kenapa memilih menentang? 

6 comments:

Jas Salleh said...

Biasa la deme tur .. sbb deme fikir deme layak jadi pemerintah habis seme pantang larang deme lepa ... deme dok fikir kalau tok nek moyang deme dok perang dulu makanya deme layok perintoh Pahang dan jadi pemimpin .. deme lepa pasai sumpoh janji .. deme main lanyok je ... deme kemarok sangat nok jd pemimpin gitu lah jadi nyer

Anonymous said...

bila dah dapt ke kaum lain negeri pahang khasnya Malaysia ni baru lah dema tu nk melompat terjerit2 nnti nk ambik balik tanah air ni dri tangan puak2 tu sekarang ni bebas lah mngata Dato Najib.ingt Cina & India tu nk sangat ke org Melayu memerintah bila PR menang nnti..tengoklah singapura t ape jdi nasib melayu...

Anonymous said...

ye la....
apa jadi dengan nasib melayu kat singapura...
sebabnya singapura berpish dari malaysia dulu masa pr memerintah...

bukit tinggi dan genting highland tergadai pada cina masa pr memerintah malaysia...

balak terang dlm negeri pahang pun masa pr memerinntah...
nasib baik skrg BN (bini Najib) memerintah....harta negara selamat...bini najib tak suka shopping....kenduri tunang anak je ala kadar je....semua org2 melayu kat pekan tu bini najib ajak masa tunang anak dia....

Anonymous said...

Kedua pihak mencipta penipuan demi penipuan untuk mengalihkan isu pemimpin masing2. Kemudian setelah bukti dikemuka, penafian dibuat walaupun bukti dah jelas. Kaedah yg biasa dibuat oleh peguam utk menimbulkan keraguan dlm mahkamah. Hingga hakim terfikir......mmmmm betul jugak yek. Tiada yg lebih perfect...tiada yg lebih islam. Allah melihat hati dan keihklasan seseorg. Kpd pengundi p81, usah risau nak mengundi mana2 pemimpin. Jgn terpengaruh kalau pilih pemimpin ni akan masuk neraka, syurga atau negara terjual ke. Pegang kpd Allah maha adil, pengasih dan penyayang. Terpulang kpd bijaksana pengundi p81. Wahhhhhh.....mcm dah nak mengundi je esok.

Anonymous said...

ape hebatnyeeeeee

Anonymous said...

kenalan kita di batu pahat, tiada ia mempunyai pekerjaan... tetapi 'keping sentiasa tebal'... ditanya rahsianya... dia senyum sahaja... namun kelihatannya dia memang aktif promosi, berkempen untuk puak baka 3bintang itu... keping punya pasal kena kencing pun ok pada dia... apapun nasib dia baik masih mengucap syahadah walau solat kerap punah...

tapi kan bab solat ini mana-mana pihak pun kerap kantoiii tak kira belah manapun...

muga diampuni kita dan disatukan kita didlm naungan benteng kalimah syahadah bilamana nanti masa nya zahir untuk jihad fisabilillah menebas sekalian kuffar yg melampau...

-iskandar zulkarnain-

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...