Wednesday, March 14, 2012

The Chronicle Of Sakmongkol AK47- A Dragon Slayer!

 

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz akan tampil dalam ceramah pertamanya di Pekan pada malam ini (14 Mac). Beliau yang juga cukup dikenali sebagai Blogger Sakmongkol AK47 yang amat digeruni oleh Menteri Besar Pahang itu akan berceramah sepentas dengan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu di Batu 9, Sg.Miang, Pekan. 

Ariff Sabri yang merupakan ADUN pertama bagi DUN Pulau Manis yang diwujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya sebelum itu. Kawasan di DUN terbabit yang sepatutnya berada dalam Parlimen Paya Besar telah dipindahkan ke Parlimen Pekan bagi memberikan kemenangan besar kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan ketika itu (PRU11-2004). 

Ariff Sabri menang dengan majoriti 4,491 undi menewaskan calon PAS, Ahiatuddin Daud. Beliau mendapat 7,153 undi sementara calon PAS itu hanya mendapat2,662 undi sahaja. Kemenangan Ariff Sabri sungguh membanggakan Najib, tambahan pula ketika itu beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan sendiri. 

Namun, baru sepenggal beliau bergelar "wakil rakyat", tempatnya kemudian digantikan oleh Khairuddin Mahmud pada PRU12 lalu. Tindakan UMNO ini menyebabkan penyokong Ariff Sabri kecewa, tambahan pula beliau cukup berpotensi untuk naik dalam hairaki politik parti itu di Pahang.

Susulan itu, Ariff Sabri lebih banyak menumpukan perhatian menulis blognya Sakmongkol AK47 dan secara terbuka mengkritik kepimpinan UMNO BN baik di peringkat negeri mahu pun pusat. Tindakan itu menyebabkan beliau terus dipinggirkan oleh para pemimpin UMNO. Akhirnya pada awal Januari 2012 lalu Ariff membuat satu keputusan yang cukup mengejutkan, dimana beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Demokratik Rakyat(DAP) yang amat dimusuhi UMNO. Beliau menyerahkan borang penyertaannya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kehebatan Sakmongkol AK47 boleh menulis blog yang buat orang DAP bertambah yakin dengan beliau, orang atas pagar akan terpengaruh disamping memberi pandangan alternatif kepada pengundi-pengundi muda serta membuat ahli-ahli UMNO berfikir secara kritis.

Sakmongkol AK47 pandai mengulangi apa yang Socrates ahli falsafah Greek kata lebih 2470 tahun dulu bila mana sebiji telur kampung dicuri maka riuh satu kampung tapi kalau pencuri itu merompak satu negara maka ramai rakyat menyokong dan mengidola perompak agung itu!

Dalam politik menjadi perompak negara atau perompak berlesen lebih tinggi darjat dan makamnya dari pencuri sebiji telur kampung.

Sakmongkol AK47 tahu bagaimana mengkritik pemimpin UMNO atas kelemahan kepimpinan. Keengganan pemimpin UMNO menyelesaikan isu ini membolehkan kelemahan didedah kepada rakyat.

Shakespeare menulis  sebuah comedy-The Taming Of The Shrew mungkin pemimpin UMNO tidak terlewat  menulis sebuah drama-The Taming Of A Dragon Slayer!

Apa agaknya yang akan diceramah oleh Sakmongkol AK47 malam ini di Pekan Pahang tempat Najib? Of course...a tale of a dragon slayer...oppps Pakatan Rakyat called it old dinasour!

9 comments:

Anonymous said...

bior la ke dia nak ceramah...tapi paling bodo org2 dun tahan mengundi ke pungkor mizan buat mende...? dia tu kutu kat bas stand jerantut dulu...bagi la kpd yg educated ckit...bodo tak habis2

Anonymous said...

Wan Amizan ada post graduate diploma apa...bulan Jun ni nak gi England graduate MBA apa...Anon 10:12 aje yang ada SRP heheheheheheh...

Anonymous said...

UMNO mana mahu orang yanag pandai macam Sak... deme susah nak menipu.

Anonymous said...

Tak ada button 'Like' nak sokong kenyataan Anon 12.42.

Anonymous said...

Nak ambil grad ker nak cari "bread"...

Anonymous said...

Like Sak.

Anonymous said...

Aku nak citer Dato sak ni aku tak reti. Pakat-pakat la tengok ceramah Dato sak kat pekan ni dan nilai lah sendiri.aku bagi URL sekali

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xshzD_7-qYk

bat8

Anonymous said...

Entahlah jika itu bekas ketua OhmNo macang budak baru lepas besunat tok mudin kampong ajer. Nak bukak seluar bebau lagi... Ape macang OhmNo nok jawab ker... Gon pikirle gatek...?

Anonymous said...

kecewa lalu masuk DAP.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...