Tuesday, March 6, 2012

Sejarah Lengkap Ringkas Kesultanan Pahang Sejak Zaman Berzaman


Rakyat Pahang 1.5 juta. Yang tersebar ke seluruh Malaysia pun ramai. Termasuk yang berada di Acheh, Riau Lingga, Bintan, Singapura dan Johor dan Terengganu..

WZWH bertanggungjawab blogging core genetic susur galur keluarga yang besar ini. Memperingati sejarah nenek moyang. Tidak ada gambaran yang lengkap bagi generasi muda.

Penyimpan lama sejarah keluarga sudah ramai yang pergi dan kalau ada tidak ICT savvy. Masing-masing menyimpan sejarah kecil koloni clan keluarga sendiri.

Tidak ada yang mahu memberi gambaran lengkap maka WZWH mengambil inisiatif ini menyampaikan Sejarah Lengkap Ringkas Kesultanan Pahang sejak zaman berzaman....

Kesultanan Negeri Pahang adalah daripada keturunan Raja-Raja dan Bendahara Melaka yang merupakan keturunan daripada Sang Nila Utama dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri. 

Sang Nila Utama ialah seorang putera Melayu dari keturunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Singapura lama (Temasek) pada tahun 1324. Baginda ialah anak kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang). 

Pada tahun 1401, cicit Sang Nila Utama iaitu Paduka Sri Maharaja Parameswara diusir dari Singapura selepas Majapahit berjaya menawan Singapura. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.

Kesultanan Negeri Pahang dikatakan telah wujud semenjak zaman Melaka apabila Sultan Muhammad Shah iaitu putera kepada Sultan Mansur Shah dengan Puteri Onang Sari yang dilantik menjadi sultan yang pertama bagi Negeri Pahang. Sebelum itu, Pahang berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam.

Pada tahun 1614, berlaku peristiwa di mana perebutan kuasa antara Sultan Abdul Ghafur dengan anggota keluarganya dan berakhir dengan satu pembunuhan di mana Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah terbunuh. Bagi mengekalkan pemerintahan Negeri Pahang, Sultan Ahmad telah dilantik sebagai Sultan di Pahang.

Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh dengan 10,000 rakyat Pahang. Anak Raja Pahang seperti Puteri Kamaliah @ Putrie Phang dan Raja Husein @ Sultan Iskandar Thani telah menjadi Sultan dan Sultanah hebat Acheh.

Seterusnya,pemerintahan Negeri Pahang telah diletakkan di bawah Kesultanan Johor yang berpusat di Johor. Di bawah kesultanan tersebut, pemerintahan Negeri Pahang diletakkan di bawah pemerintahan seorang Bendahara. Keadaan ini berterusan sehinggalah kepada pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (Marhum mangkat dijulang). Apabila Sultan Mahmud Shah II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pemerintahan telah berpindah kepada Bendahara pada masa itu iaitu Bendahara Paduka Raja, Tun Abdul Jalil anak Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid (Marhum Padang Saujana). Ini keturunan Sayyid Al-Idrus dari Acheh dari Hadralmaut Yemen.

Tun Abdul Jalil (Marhum mangkat di Kuala Pahang) menaiki takhta kerajaan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Seorang putera Baginda bernama Tun Abbas dijadikan Bendahara yang memerintah di Pahang. Dari zuriat Tun Abbas inilah lahirnya pemerintahan negeri Pahang daripada kalangan Bendahara sehingga pemerintahan Bendahara Siwa Raja,Wan Ahmad.

Raja Bendahara ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor.

Bendahara Johor pertama yang dianggap sebagai Raja Bendahara Pahang ialah Tun Abdul Majid Ibni Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir (1777-1802) kerana ketika beliau menjadi Bendahara Johor, tanah Pahang sudah bertukar statusnya daripada tanah pegangan kepada tanah kurnia.

Sultan Johor ketika itu, Sultan Mahmud Shah III telah menyerahkan tanah Pahang kepada keluarga Bendahara sebagai warisan turun temurun keluarga mereka. Baginda bertindak begitu untuk memujuk keluarga Bendahara yang terpaksa berkongsi kuasa dengan keluarga Bugis sejak tahun 1722.

Itu bermakna Kesultanan Johor tidak lagi memiliki kuasa ke atas tanah Pahang tetapi Bendahara Pahang perlu 'menyembah' ke Johor sebagai tanda bernaung di bawah Johor.

Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.

Pahang secara rasminya memisahkan diri daripada Kesultanan Johor dan pewarisnya Kesultanan Lingga-Riau pada tahun tersebut walaupun pada praktiknya Pahang sudah tidak lagi bernaung kepada mana-mana kerajaan sejak tahun 1824.

Dengan termetrinya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, telah mengakibatkan pemisahan pemerintahan diantara Riau dengan Johor dan Pahang. Setelah kuasa Raja di Riau dirampas oleh Belanda, maka pemerintah Pahang dan Johor telah mengisytiharkan pemerintahan sendiri dengan memakai gelaran Sultan. Kesultanan Pahang yang ada pada hari ini telah bermula apabila Bendahara Wan Ahmad mula memakai gelaran Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah pada tahun 1882 dan dari zuriat Baginda, kekalnya Raja Pemerintah Negeri Pahang hingga ke hari ini.


Raja Bendahara Pahang:
  • 1777-1802:Tun Abdul Majid bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir, Raja Bendahara I
  • 1802-1803:Tun Muhammad, Raja Bendahara II
  • 1803-1806:Tun Koris, Raja Bendahara III
  • 1806-1847:Tun Ali, Raja Bendahara IV
  • 1847-1863:Tun Mutahir bin Tun Ali, Raja Bendahara V 
  • 1863-1882:Tun Ahmad, de-facto Raja Bendahara

Untuk memahami susur galur keluarga Raja Bendahara yang berkembang biak di Pahang moden maka lihat keturunan Raja Bendahara 1 Tun Abdul Majid bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir yang mempunyai 4 putera dan 5 puteri. Inilah rujukan asas untuk mengetahui keluarga kerabat Diraja Pahang.

1) Y.M. Sri Paduka Tun 'Abdu'l Mutalib bin Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid, Bendahara Muda, of Pekan Sebrang. He was k. (v.p.) in a fit of jealousy by Temenggong 'Abdu'l Jamal, at Istana Bendahara, Pekan Lama, Pahang, 1802. Al Marhum Bendahara Muda Tun Abdul Mutalib Ibni Bendahara Tun Abdul Majid mempunyai zuriat, antara anaknya yang diketahui ialah Che Wan Sulaiman Dan Tun Makmur..Anakandanya itu dipercayai telah berhijrah ke Muar, Johor dan Melaka.

2) Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad bin Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid [Engku Sentul], Dato' Bendahara Sri Maharaja (cre. 1802), educ. privately. Settled at Chenor, then removed to Riau in 1802.m. a daughter of the Yang di-Pertuan Muda of Riau. He d. (drowned) at sea together with one of his wives, when his boat capsized in a storm between Pulau Tioman and Endau, 1803, having had issue, a son and a daughter. Dikenali Marhum mangkat di laut. Ini keluarga jalur Chenor, Langgar, Sungai Lembing dan Kuantan.

3) Y.M. Sri Paduka Tun Koris bin Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid [Engku Endau], Dato' Bendahara Paduka Raja of Endau (cre. 1803) (s/o Tun Besar), educ. privately. m. Che' Puan Mariam binti Dato' Temenggong Sri Maharaja Daing 'Abdu'l Rahman (d. after 1822), daughter of H.H. Daing 'Abdu'l Rahman bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun 'Abdu'l Hamid, Dato' Temenggong Sri Maharaja. He d. before 11th March 1807 (bur. at the Royal Cemetery, Kuala Pahang), having had issue, two sons and one daughter. Jalur keturunan Kesultanan Pahang moden-Tun Koris-Tun Ali-Tun Mutahir-Wan Ahmad (Sultan)-Sultan Mahmud-Sultan Abdullah-Sultan Abu Bakar-Sultan Ahmad Shah sekarang memerintah Pahang dan jajahan takluknya.

4) Y.M. Tun Pedah Yusuf bin Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid [Tun Da] (s/o Tun Inah). He had issue, a son. Ini keluarga belah clan Wan Lembah Tembeling.

5) Che' Ungku Puteh binti Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid, Encik Ungku Puan (d/o Tun Besar). m. H.H. Paduka Sri Sultan Mahmud III Ri'ayat Shah Zilu'llah fil'Alam Khalifat ul-Muminin ibni al-Marhum Sultan 'Abdu'l Jalil Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Johor and Pahang (b. 24th March 1756; d. at Fort Tanna, Bukit Chengah, Lingga, 12th January 1811, bur. Masjid Jami', Daik), younger son of H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Jalil V Mu'azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Badr ul-'Alam Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Johor and Pahang, by his wife, H.H. Tengku Puteh binti Raja Chelak, third daughter of H.H. Paduka Sri Raja Chelak bin Opu Ten-ri Burang Daing Rilaga, Yang di-Pertuan Muda of Riau. She d.s.p. 1803 (bur. at the Royal Cemetery, Kuala Pahang).

6) Che' Ungku Mandak binti Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid. m. Che' Ungku Sulaiman, son of Marhum Janggut, Pulau Bayan. 

7) Che Wan Suboh binti Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid.

8) Y.M. Tun Salama binti Dato' Bendahara Paduka Raja Tun 'Abdu'l Majid [Che' Ungku Nik]. m. at Pahang, 1784, H.H. Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah ibni Sultan Salih al-din, Sultan of Selangor (b. ca. 1736; d. 27thOctober 1826), eldest son of H.H. Paduka Sri Sultan Salih al-din Shah ibni al-Marhum Raja Chelak, Sultan of Selangor, by his first wife, the Engku Puan, a younger daughter of Paduka Sri Sultan 'Ala ud-din Ri'ayat Shah bin Daing Rilaga, Yang di-Pertuan Muda of Riau.

9) The eldest d/o Tengku Sunah. b. on or before 8th February 1749.

24 comments:

zen non said...

Assalamualaika,
Pohon ambil maklumat ini untuk kegunaan pendidikan. Akan tetapi bolehkah tuan beritahu sumber sejarah ini?

Anonymous said...

Sejarah ini rujukan nya apa? Sumber nya dari mana.
Biar bebetul sikit saudara.
Bolih tuan beritahu sumber sejarah ini?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Banyak rujukan dari buku Sejarah baik dari penyelidek tempatan dan luar negara, dari British, Belanda, Portugis, Sejarah Melayu, Kitab-kitab sejarah lama dan research papers.

pukimaq said...

Sejarah tu membosankan.Bontot sayangku tu mengujakan.

Anonymous said...

Apala ade lagi makhluk lucah mcm pukimaq di atas ni..ya allah,ape ke busuk benor 'hati' anda ni dgn gambar begini?apa yg kamu dapat?apa yg nk ditunjuknya kt org lain dalam ni?cube buboh nama sebenor aok,senang kome di jerantut nak 'jeling-jeling' ke orang nye...x senonoh sunggoh hala nafsu aok ni,pukimaq...

Anonymous said...

Basa diala "pukimak" dia...

Anonymous said...

sayang betul mamat ####maq nie....nampak begitu betapa berkecamuk sekali pemikirannya ye.....anak Melayu bangsat jawabnye......

Anonymous said...

Keturunan sah kesultanan Pahang (waris pertama) bukan berhijrah ke Muar tetapi lari ke Muar untuk mengelakkan diri dan keturunannya dibunuh oleh waris ketiga Y.M Tun Abd Majid akibat persengketaan dlm perebutan tahta kerajaan Islam Pahang. Cop mohor diraja yang asal telah dibuang di Sungai Muar.

Anonymous said...

yg ambe tau dari citer nenek ambe anak sulung sultan pahang hj abu bakar lari ke terengganu sbb x mau terlibat dlm sengketa rebut kuasa dan telah mengajar agama di surau kampung tanjung dan kawin ngan org tanjung. xtau la pulak tahun berapa dan susur galur yg mana, nnt ambe gali lg

Anonymous said...

Mohon saper2 yang ada maklumat ttg puteri bendahara tun teja dan susur galur nya harap dapat share maklumat ke email protonhunters@gmail.com... Mungkin kah ada pertalian sejarah tasik chini dan keturunan/salasilah diraja pahang.. tak banyak info berkenaan sejarah hidup tun teja. Mohon share kepada sesiapa yang ada buat research ya. Tq

Unknown said...

tengku kidam bin abu bakar <-- nama ini ada kaitan dgn kesultanan pahang? mohon pnjelasan

inka putri anuar said...

Btol tu !!! >:(

Unknown said...

Iyerrlohh,, org mcm ni putut mmpuh je x layak idup! Cari budak celaka ni, cincang lumat2 jolok bontot ngn batang besi! Buat malu agama bangsa je!

Teungku said...

"Pada tahun 1617, Acheh di bawah kepimpinan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang Pahang dan membawa Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh dengan 10,000 rakyat Pahang. Anak Raja Pahang seperti Puteri Kamaliah @ Putrie Phang dan Raja Husein @ Sultan Iskandar Thani telah menjadi Sultan dan Sultanah hebat Acheh."

"Menyerang" dalam kalimat diatas merupakan perkataan yg membawa seribu makna, mungkin saja referensi yg di ambil murupakan dari karangan British atau Portuguese yg ketika itu memang mempunyai niat tak baik kepada Kesultanan Melayu.

Jika difikirkan kembali dengan minda yg bersih dan bernas, mungkinkah yg "Menyerang" akan akan menjadikan orang yg diserang sebagai "Sultan dan Sultanah hebat Acheh." di negeri yg "Menyerang?"

Jikapun benar tidakah "Sultan Ahmad dan keluarganya ke Acheh dengan 10,000 rakyat Pahang" dapat melawan dalam perjalanan walau sedikit?
Coba fikirkan berapa jauh dari Pahang ke Acheh?
Sultan dan lebih dari -sepuluh ribu- rakyat Pahang pasti akan melawan, jika memang Acheh "Menyerang"

Mungkinkan mereka bersahabat?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Baca perang 3 segi antara Portugis, Acheh dan Johor.

Teungku said...

Perlu di ingat juga, sejarah itu biasanya ditulis oleh mereka-mereka yg menang.

Warisan Perba said...

Salam DATO' WAN ZAMZURI - bagi saya inisiatif Dato' menulis Sejarah Pahang spt yang dimuatnaik dlm blog ini sangat baik sbb xramai yang berminat untu berbuat begitu.

Yang ramainya byk menimbulkan polemik sdgkan mereka yg buat komen tu ke mana-mana pun - kaji sejarah pun tidak, kerja pun tidak, bagi sumbangan apa pun tidak - tapi Dato' xperlu khuatir sbb mereka yg bersikap begini xkemana-mana pun.

Paling tidak apa yg Dato' tulis memberi ingatan bahawa nenek-moyang kita yg telah pergi memberi sumbangan ke arah apa yg ada skg meskipun mereka ada melakukan kesilapan.

Kita perlu ambil iktibar - dan mencipta sejarah masa kini dan masa depan. Wallahualam.

jamaluddin said...

Sdra WZWH...jika 10,000 org Pahang dibawa ke Aceh,bermakna org Aceh sekarang ni ramai yg berketurunan Pahang.Mungkin dengan alasan itu Sultan Aceh dilantik dpd org Pahang (Sultan Iskandar Thani)

Teungku said...

Sdra Jamaluddin, Jika demikian sudah menjadi tanggung jawap kita untuk membantu mereka di Malaysia, atau di mana sahaja, jika bantuan diperlukan. Dengan ini kita sudah bersedia kembali untuk menerima mereka pulang ke Tanah air.


Unknown said...

Bagaimana dgn nama Tengku Zakaria B.Tengku Yusuf B.Sultan Ahmad Muazzam Shah 1.Di mana dan kemana mereka dlm sejarah kesultanan Pahang lama.Bagaimana dgn keturunan mereka

Unknown said...

Bagaimana dgn nama Tengku Zakaria B.Tengku Yusuf B.Sultan Ahmad Muazzam Shah 1.Di mana dan kemana mereka dlm sejarah kesultanan Pahang lama.Bagaimana dgn keturunan mereka

Anonymous said...

di manakah makam Che Wan Sulaiman ?

Sanusy Daud said...

Makam putrie phang ada di aceh. Lamno.

Panji El Jawiy said...

moyang ambe bwk lari tun muktahir dan tun koris ke endau,kemudian ke sedili dan akhirnya mangkat tun muktahir dan tun koris di sedili,kota tinggi.sultan johor titahkan bwk kedua nya dan disemadikan di johor. moyang ambe kemudian bersama beberapa lagi member dan anak tun mukrahir cuba merampas kembali negeri pahang tp gagal. akhirnya moyang ambe ditikam dan mati..dikebumikan di teluk ramunia,sedili. kat situ ada kampung geng2 org pahang. bendahara tun ali ada ramai anak.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...