Sunday, March 25, 2012

Adakah DAP Bersedia Letak Calon Melayu Di DUN Damak, Jerantut?

Barisan NasionalN10 DAMAK
Jumlah Pengundi: 19,412
Peratusan Kaum: M: 56.05% C: 36.71% I: 5.93% L: 1.31%
1. Datuk Lau Lee (BN) (5,674) 
2. Koh Boon Heng (Bebas) (3,295)
3. Mohd. Nor Jaafar (PKR) (5,165)
Majoriti: 509
Jumlah undi: 14,542
Peratus mengundi: 74.91%
Undi rosak: 408
Penyandang: Datuk Lau Lee (BN)
(Majoriti: 2,239 undi)

Parlimen Jerantut ada 3 DUN iaitu DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak.

Pakatan Rakyat pada PRU 13 bersetuju mengagih kerusi parlimen Jerantut seperti berikut:

  • Parlimen Jerantut : PAS
  • DUN Tahan : PKR
  • DUN Pulau Tawar : PAS
  • DUN Damak : DAP

Ramai orang Melayu Jerantut termasuk orang PAS, orang PKR dan orang UMNO minta WZWH tulis posting ini minta pucuk pimpinan tertinggi DAP letak calon Melayu di DUN Damak memandangkan majoriti pengundi DUN Damak ialah pengundi Melayu.

Oleh kerana WZWH adalah blogger rakyat Jerantut maka WZWH berjanji akan menulis dalam blog WZWH.

Orang Melayu Jerantut mahu WZWH sampaikan kepada Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol Ak47 pemimpin DAP Melayu Pahang yang semakin berpengaruh dan popular.

Memandangkan Sakmongkol AK47 yang moyang beliau berasal dari Pulau Tawar dan Tebing Tinggi, Jerantut yang dalam DUN Damak dan Sakmongkol AK47 sebenarnya adalah dari keturunan Mat Kilau pahlawan legenda Pahang maka :

Ini tugas @ assignment Sakmongkol AK47 melanjutkan permintaan orang Melayu Jerantut.

DAP sekarang dalam usaha menarik lebih ramai intelektual Melayu masuk DAP seperti :

  • Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Timbalan Pengerusi DAP,
  • Zairil Khir Johari Setpol LGE
  • Tengku Zulpuri bin Tengku Puji, Timbalan Pengerusi DAP Raub

Zairil Khir Johari dan pakar strategi DAP Lew Chin Tong dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke ditugaskan menarik golongan profesional muda Melayu masuk DAP.

DAP mahu belajar dan memahami psyche politik Melayu dengan lebih serious. 

Sakmongkol AK47 kemungkinan besar akan bertanding di parlimen Raub atas tiket DAP pada PRU 13 nanti dimana Dato' Dr Ng Yen Yen Menteri MCA dan juga Naib Presiden MCA adalah penyandang 3 penggal parlimen Raub sejak PRU 1999.

Jika DAP benar-benar mahu menjadi parti berbilang kaum bukan parti chauvinis Cina maka DAP perlu buktikan dengan meletakkan calon Melayu di DUN Damak, Jerantut pada PRU 13 nanti.

Bolehkah Sakmongkol AK47 memastikan ini berlaku?


Sakmongkol AK47 pemimpin DAP Pahang.

14 comments:

Anonymous said...

WZWH ni pandai serkap jarang tentang calon PR Jerantut. Mana oak tau... aok orang PR ke....??? Jangan cuba buat sesuatu yang om xtau....pungko nama nye

Anonymous said...

Tak payah serkap jarang dan tentukan calon mana PR nak letak. PR tu bukan lah stupid sangat...dia ada strategy dan sebagainya.

Anonymous said...

Pandai benar En Wan melakukan provokatif terhadap PR. Dgn kehebatan En Wan ini elok En Wan provok diri sendiri agar jadi calon Parlimen atau ADUN Damak...sekurang2nya jika wakil PAS/DAP tak menang kali ini, ada wakil UMNO yg lebih cerdik sikit banding wakil MP/ADUN sedia ada.....Jika En Wan menang, perkara pertama yg En Wan kena selesaikan ialah mengenai isu tanah Temin seluas 500 ekar yg diberi pajak kepada Mr Goh. Isunya ialah; Pertama, atas sebab apa tanah ini diserah kepada taukeh China utk dijadikan ladang sawit sedangkan tanah ini asalnya direserve untuk projek pembangunan daerah (pernah dicadangkan utk jadi lapangan terbang transit ke Tmn Negara). Ke 2, masih ramai rakyat Pahang yg tidak memiliki tanah sedangkan tanah ini berpotensi utk dijadikan tanah berkelompok utk diagih kepada penduduk asal atau sekurang2nya kpd generasi ke dua peneroka tanah Temin ini.

En Wan, mungkin tak dapat merasai apa2 mengenai kepentingan tanah ini tapi bagi penduduk Temin khususnya yg tidak mendapat saham melalui Ladang LKPP Temin cukup merasa terkilan...saya masih ingat pada tahun 1971 (En Wan masih di alam bayi)saya mengikuti dailog diantara peneroka tanah Temin dgn YAB MB Pahang TS Yahaya di Kg Temin Ulu. Hasil dailog itu maka dipersetujui bahawa tanah lot tapak rumah tepi jalan besar yg diterokai seluas 2 ekar dikecilkan menjadi 0.5 ekar sahaja setiap orang, namun setiap peneroka akan dijanjikan tanah 2 ekar untuk tujuan pertanian. Malangnya janji ini tidak tertunai hingga kini. Sebaliknya tanah 500 ekar yg sepatutnya menjadi milik peneroka Temin terlepas tangan kepada En Goh... En Wan tau tak berapa gross renenue yg En Goh perolehi setahun hasil tanaman sawit iatu kira2 RM3.6 juta setahun (500 x 12 mt/ekar x RM600/mt). Setelah ditolak production cost RM1.2 juta (RM200/mt) maka net prifit kira2 RM2.4 juta setahun. Jika jumlah ini diagihkan kpd penduduk tempatan maka seramai 200 org menikmati pendapatan RM1,000 sebulan. Kalau En Wan berjaya kotakan hajat kami ini..wou En Wan akan dikenang sebagi pemimpin UMNO (1956) tulin yg berjiwa rakyat dan tidak diketogeri sama seperti pemimpin UMNO (baru)yg berjiwa harta benda (puak2 kapitalis)...

Drp: Habib Temin

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terima kasih Habib Temin,
WZWH kena dapat info lanjut dan kaji dari segi implikasi undang-undang.

WZWH pernah tulis posting isu tanah reserve Airport Temin. WZWH mahu kerajaan pertimbangkan bina cadangan Airport Temin itu.

Apa yang WZWH faham tanah 500 ekar itu milik PTG Federal. Maknanya itu hak kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh ambil balik tanah itu untuk diagihkan kepada penduduk tempatan.

Sebab itu WZWH mahu mengkaji dari implikasi undang-undang jika sekiranya kerajaan Pusat mahu ambilalih kembali tanah yang dipajak kepada Mr Goh itu apa kos undang-undangnya.

Impian WZWH mahu melihat Projek Airport Temin direalisasikan di Jerantut insyallah.

Anonymous said...

Sila la melayu beramai-ramai undi dap di jerantut.di mat kilau dah ada gerakan mendaftar dengan budak-budak di beri rm500 untuk masuk ahli..gerakan dah dimulakan wahai saudara ku umno pas sekalian...

Anonymous said...

Salam Habib Temin,
Saham Syarikat Ladang LKPP Temim itu tidak dapat ditunaikan janji kerana mantan Pengerusi Syarikat Ladang LKPP Temim telah menjual tanah 700 ekar kepada towkay Cina. Itu cerdiknya mantan ahli parlimen Jerantut Tuan Haji Ahmad Kamaruzaman Baria!

Anonymous said...

Salam,

Pak Habib Temen,,,,tanah yang dimaksud adalah tanah milik
Jabatan Penerbangan Negara yang
telah diberimilik pada pertengahan
tahun 70han.
Orang Melayu Jerantut lalai atau
tak bijak rebut peluang untuk majukan tanah tersebut.Puncanya
nak buat lapangan terbang ,kunun
untuk majukan Jerantut tapi tak
jadi ,sebab tidak ekonomi katanya,,, lepas tu buat satu
lapangan terbang diSungai Tiang
dekat Tamam Negara,,,pun tak jalan,,.
Puak Mca bijak rebut peluang,dia
mohon sewa drp DCA,,,dapat,,,Melayu terlupong!!
Kalau kita hendak balik kena beli
ba;lik drp DCA dengan herga yang
dipersetujui....INI lah akibatnya
kalau Melayu cuma berpolitik saja
siang malam ,tapi tak berusaha
keras melunjakkan ekonomi...Bangsa
yang tidak kuat ekonomi tidak
dihormti

Anonymous said...

Jom pakat buang kamarulzaman baria dari bumi jerantut. orang asal Lipis yang menjual tanah2 orang Temin (masyarakat pulau tawar dan periba amnya) kepada kapitalis cina bernama Goh..

Anonymous said...

Wahai sahabat ku....kita tak perlu buang En Kamaruzaman, apa yg kita kena buat ialah mempastikan UMNO/BN tumbang di Parlimen dan DUN Jerantut. Jika perkara ini berlaku maka retak dlm UMNO Jerantut (semejak sekian lama kerana nak berebut dlm pembahagian 'cake')akan berakhir menjadi belah dan dgn sendirinya langsailah hutang UMNO/BN kpd penduduk Jerantut.

Drp: Habib Temin

Anonymous said...

Salam...,

Ada kebenarannya, lapangan terbang transit ke Taman Negara tak jadi, bukan kerana Cina MCA pandai dan cerdik tapi Melayu kena tipu oleh Melayu sendiri atas fakta "Loba". Jika nak diambil perhatian, kawasan pinggiran lapangan terbang Sungai Tiang, suatu ketika dahulu ada beberapa buah bangsal dari peniga Melayu nak berjual minuman cari makan sesuap nasi sehari tapi dinnafikan dengan alasan faktor keselamatan. Tapi lihatlah dimasa mendatang bangunan siapa akan tersergam disitu kelak.

Hakuk pon urg Kula Sat tapik tawloh jugerk sket2, pasai tanah di Temin tu sebab pak sedara aku penduduk asai situk sejak tahun 1950an lagi baruk jer meninggai dunia.


Banir...,

ahli umno no. 00124xxx said...

Bukan soal orang jerantut lalai atau tak bijak daalam soal tanah di temin tu, Tapi orang umno memang amat bijak untuk menjual sagala harta khazanah negara. Dah beribu ekar dah dijual olih orang umno. Saya merayu dengan sepenuh hati kepada orang melayu pahang untuk pru 13 ni jangan lupa undi umno/BN. InshaAllah 10 atau 20 tahun akan datang bukan sahaja orang melayu tak ada tempatnak duduk malah tempat nak berak pun tak ada. Tapi tak apa kita ada sungai pahang yang lebar dan panjang. Mudah mudahan orang pahang akan menginap dirumah rakit sepanjang sungai pahang.INSHAALLAH.........

Anonymous said...

DIPETIK DARI KOMEN ANON DLM BLOG IDEA KITA:
Molek la tu,biar ‘tergadai balik’ JERANTUT & tanah strategiK lain di tengah bandar ni yang telah dapat di”slow”kan kerakusannya beberapa tahun sebelum ini oleh MDJ & PJBT DAERAH pada taukey & juaknya yang da berape lama terjelir lidoh & mengigil tak dapat ‘susu & daging’ segor baik di kl @ dari rombongan ke luar Negara yang dah biase dapat dulu-dulu zaman s/u lame(rahsia umum ni kan)??

2 tokoh utama D.O & S/U ???
S/U wan norizan dulu yang kite uleh,pasai ni waris kiter belake ni mekale anok tempatan yang baik dari anok tempatan dulu dan kuat semangat jantet nye..

Macamane tak tangan ghoib ket belakang ni nak tahan hati lagi??banyok plen deme hok terganggu, meke diambil la usaha bersepadu dari kalangan juak-juak untuk memburokkan usaha s/u ini dengan kata-kata yang biase kite dengor, keceriaan ni mebazir la,pojek tah haper-hape,mengabiskan duit dan 10 001 karangan la nok memburukkan wan norizan.licik dengan penuh sakitnye hati deme deme ni menabor cakap merate..menteloh pulak mdj nok kena sita baru ni,lagi laa sedap diroknyer ke s/u tu..

Anonymous said...

Mane toknyer rumoh kedai yang ‘tak berisi penyewa @ penghuni’ di tingkat atas,tengoh @ bawoh dari pojek-pojek deme yang sume deme punye di jantet ni sume telah ‘dikutipcukaikan’ oleh MDJ yang selama ini ‘tak berapa payoh bayor sangat oleh s/u lame & rangkaian” sebab banyok berbudi la katakan..(kene tahu deme,lot yang belum disewa lagi cukainya dikutip dari pemajunya bukan dari penyewa nya & adelah t/jawab pada pemaju untok bayo. Deme kira je la ade berape ratus yang tak ber’sewa’ @ tak berpenyewa??..meke, bile s/u baru abis dikutepnya cukai belake,bukan nak aniaya tapi itulah setanded operasi bagi pbt..ada la yang rasa jatuh rugi pada deme tu.dulu s/u baru boley ‘kautim ma’?? tu yang jadi hasil kutipan beberapa tahun ni meningkat mendadak..(ini la sikap pemaju,untung dah amik,takkan pulangan balik siket pun tak mau bayo?banyak kali lipat dah untungnya tu..

Seterusnya, : selepas keje membunuh karekter s/u barudah jalan ,maka dengan pengaruh yang kuat dengan sultan, dibisikkan la pulok tentang baiknya ,bagusnya s/u baru ni di jerantet(reverse psikology) pulok tentang perubahan jerantet & cerianya,bagus amat kalau dibawak s/u baru ni ke PEKAN yang sedang pesat membangun tu,macam-macam la yang muluk-muluk,indahnya dikabokan ke telinga sultan juga tak lupa diselitkan mengenai pertukaran tu tak sah lah, prosedur tukar bertindih lah semata nak bagi s/u ke luar dari jerantet samada ke pekan @ balik ke lipis semula.Mata kail dua mata,nak bawok ke pekan bagus tapi kekangan juga dengan istana & PM la dan sebagainya jadi cara tu tak jalan,guna la mata kail ‘rappala’ ke dua, ‘PERTUKARAN TAK SAH,BALIK PBT ASAL MASING-MASING’. S?U lama barang tentu balik ke lubok semula la kalau gitu gayanye,mekale balik ke lubok semula deme????hok ceria bando tok sah kira la,hok ‘menganga & terjelir berapa tahun ni tadi? (soalan cepugangsa:binatang apakah ini?kikiki,deme pun gelak..),boleh sendawa la abang abang,kakak kakak,adik adik, tuan tuan, puan puan.

Anonymous said...

Masa tu nanti jangan la deme ‘berkerumun semula’ tengok skandel kedai depan MDJ ‘sengaja dibako’ lagipadehal BOMBA sebelah MDJ je??TAPI masa tu deme darab je la ‘rumah-kedai,perumahan baru yang rege RM300,000.00(harga minimum mengalahkan Puchong,Pandan dsbgnya) X 1000 unit dah= RM 300,000,000.00 JUTA deme!!!!!!dapat ke sape selama ini??? Dah gadai “SEPENDER” da kita ni belake orang jerantet weiiii,tu da masuk kira silang sana,silang sini,silang kata,silambam suma belaka tu…hahaha. Ni la katanya,Pak Kaduk menang sorak ke ayam sabung, dah la ayam orang punya, kampong tergadai,baju, kain pelekat sume da terlucut, “seluor katek’ dalam pun buat gadai deme..Bawok ler balik s/u yang lame tu & tukarla norizan s/u tu ke tempat lain, mekale deme yang ramai dibando tu senang kome nak ‘mandikan’ kiam, usong dan kambus sekali..Kome yang jadi jentera & informer PR kali ini sangat banyok bak kata NAJIB “FAKTA bukan AUTA” yang nak dilondehkan sebaik wisel PRU nanti dibunyikanNak tengok juga UMporNO Jerantet ni ‘mengulat’ tengoh bando tak de be’kereje’ lepas Cikgu KOH menang parlimen ni nanti. Taukey sama Proksi sama Juak, “ADA AKU KESAH??? Katanye, yea la sebab terus je gabung dengan MP PR ni nanti,sebab yang lepas da ‘Test Market” taja BEBAS yang sekarang terus bukak baju DAP terus..

Kedai baru,rumah baru, pam minyak ke hape ke suma lagi senang nak bukak,bende bangsa dia, lagi harga boleh lipat 3X ganda pun tak de halangan, melayu balik kampong jauh-jauh balik,sokti ke, garok, binjai ke perlok banyok hutan lagi tu,da tak mampu nok bayo, hok kos rendah pun nak disodok..

Bab D.O : siket je bab ni,kebetulan D.O ni jenis ikut buku,mekale s/u ikut buku, gandingan yang berkesan tapi ramai yang ‘terkesan hati’ sangat,..Jadi jarum nak suh dipindahkan tu tembus siket je la..deme pun dah nampok bior tak terase sangat s/u je yang kena pindah,maka dengan pengaruh istana siket, Wisma Sri Pahang siket suh la ditukor kedua-dua sekali,senang s/u nak balik buat keje semula, orang jerantet pun tak mara mana.sebab macam pertukaran tahunan katanye..

Nak jadi kuasa ALLAH, di WSP juga jadi ke cerita di IAB (Istana Abu Bakar) ada hok tahu & dapat dengor betul hael ni tadi,tapi dah hok yang ‘TANGAN GHOIB’ ni pun dah lama duk diatas sampai tok kenai orang jerantet ke idok,lame keluor jerantet ke idok meke bercakap la dia siang tak pandang doh,malam tak dengor doh,lupa yang dunia makin kecik, bak kata Karam Singh Walia versi mabuk, Melayu Bodoh,Melayu Bodoh dan Bangkai gajah nyiru pun tara boley tutop!..

Nantikan episod seterusnya : Skandel seterusnya, kedai depan majlis DIBAKAR @ TERBAKAR??....Siapa duduk dalam bilek depan tingkap MDJ mengadap api maraktahan BOMBO bio lewat siket sampai walau BOMBA sebelah MDJ je???

Juga, : Tak berapa minat nengok JKK-123AGENCY buat duit untok bisnes dia dari semangat Orang JERANTET samapai dapat kelebihan dari MDJ??

Juga fb page : KAMI MAHU NORIZAN KEKAL S/U JERANTET BUKAN BAWAK BALIK S/U LAIN ATAU S/U YANG LAMA-LAMA

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...