Sunday, October 14, 2012

Najib Mendamaikan 95 Juta Filipina, Nik Aziz Dan Hadi Awang Tidak Mampu Damaikan UMNO-PAS!


Esok perjanjian damai Kerajaan Filipina dengan Pejuang Bangsamoro MILF disaksikan DS Najib PM Malaysia.

95 juta rakyat Filipina (majoriti Melayu) menaruh harapan besar kepada Framework Agreement For Peace. Presiden Benigno Aquino dan Murad Ebrahim pemimpin MILF yakin, percaya dan hormat kepada kepimpinan DS Najib.

Bangsamoro meliputi pulau-pulau Mindanao, Sulu, Palawan dan Basilan sudah berperang dengan kerajaan Filipina sejak beratus-ratus tahun dulu dari Kesultanan Islam Sulu dan Mindanao dengan penjajah Sepanyol dan US hinggalah kerajaan Filipina sekarang.

Dulu Kesultanan Islam Sulu memerintah sampai ke Manila, hampir seluruh kepulauan Filipina hingga Borneo termasuk Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan.

Jatuhnya pengaruh Kesultanan Sulu, penjajah memecahbelah empayar, dan budaya asing menguasai serta  Kristianisasi melebar dakwah dan misi.

Yang tinggal Bangsamoro mempertahankan aqidah, budaya dan warisan Islam. Bangsamoro moden berperang hampir lebih 50 tahun. 150,000 nyawa terkorban.

Bila berperang, berjihad dan sebagainya maka tidak ada keamanan. Pembangunan ummah tidak dapat berjalan dengan lancar. Ekonomi musnah, pendidikan tidak sempurna dan politik tidak stabil walau kepulauan Bangsamoro kaya dengan sumber asli.

Tanya sama Presiden Mesir Gamal Nasser dan Anwar Sadat apa kos perang dengan Israel kepada Mesir. Kepayahan dan kesusahan.

Bangsamoro bersetuju dengan kuasa automoni dan pentadbiran bersama Manila. Jika ditanya kepada 95 juta orang Filipina semua mahu keamanan yang berkekalan.

Manila bunuh Bangsamoro. Bangsamoro bunuh Manila. Islam dan Kristian berbunuh. Sampai bila? Al-Quran dan Bible tidak menyeru umatnya berbunuh-bunuh sampai infiniti tiada noktah!

Kepimpinan DS Najib menjadi orang tengah-broker mendamaikan Bangsamoro dan Manila adalah bukti gaya gerakan kesederhanaan. Ini Islam sederhana 'wassatiyah'. Dunia memandang tinggi kepimpinan DS Najib.

Balik kepada politik Malaysia. Orang Melayu Islam berjumlah 18 juta. UMNO dan PAS adalah parti yang dominan dikalangan orang Melayu. Logiknya 18 juta orang Melayu Islam yang majoriti akan berpecah dan menjadi tidak kuat.

Bila orang Melayu Islam tidak kuat akhirnya menjadi lemah kerana  terpaksa tunduk kepada orang lain. UMNO sedar perpecahan dan bakal kelemahan ini dan bersetuju dengan kerajaan perpaduan tetapi tidak kepada Nik Aziz dan Haji Hadi yang mula-mula bersetuju tapi terpaksa akur dengan kehendak Mursidul Am.

Presiden Benigno Aquino orang Kristian sudah tentu tidak belajar Islam tinggi seperti Nik Aziz dan Hadi Awang, Juga WZWH tidak fikir pemimpin Bangsamoro Murad Ebrahim belajar Islam tinggi macam Nik Aziz dan Hadi Awang.

Dunia, Dunia Islam (OIC) nampak Benigno Aquino dan Murad Ibrahim tindakan mereka lebih 'Islamik' dari perlakuan politik kononnya 'Tahalul Siyasah' Nik Aziz dan Hadi Awang.

Sebenarnya DS Najib sebagai PM Malaysia diberi firsah oleh Allah SWT satu kedudukan yang tinggi boleh memandang apa yang Nik Aziz dan Hadi Awang tidak nampak dibuta oleh kepalsuan demi bisikan syaitan.

Najib mendamaikan 95 juta Filipina, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak mampu damaikan UMNO dan PAS demi perpaduan dan kebajikan ummah yang lebih baik mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah.

32 comments:

Anonymous said...

WZWH,

"..Nik Aziz dan Hadi Awang tidak mampu damaikan UMNO dan PAS demi perpaduan dan kebajikan ummah yang lebih baik mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah."


Ayat tuan "....mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah." amat menarik sekali.

Cuma saya ada satu kemusykilan dengan ayat tuan.

Apakah deny royalti minyak Kelantan, deny hak pembangunan sebagaimana perjanjian persekutuan 1948 itu "mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah."

apakah menukar bayaran royalti minyak kepada Terengganu semasa di perintah oleh PAS kepada wang ehsan itu "mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah". Bila dapat balik perintah terengganu, wang ehsan jadi royalti balik.

Atau apakah istilah "mengikut anjuran Al-Quran dan Sunnah." hanya boleh dipakai apabila menguntung UMNO Baru sahaja? Kalau tak menguntungkan UMNO Baru tak payah pakai.

Rasanya isu ini kita kena clear up dulu sebelum bincang pasal perpaduan PAS-UMNO Baru dok meroyan sangat tu yang kita tahu sekarang ini dalam keadaan terdesak yang amat.

Saya juga telah membuat komen mengenai isu perpaduan/Muzakarah PAS-UMNO Baru dalam posting WZWH " Sindrom Loosing My religion PAS dan Anwar Demi Kuasa Putrajaya!" bertarikh11/10/2012.

Anon 5:05 aka Anon 3:43

Anonymous said...

Usaha perdamaian berpuluh2 tahun semejak zaman Tengku Abdul Rahman, Tun Mustaffa, Anwar Ibrahin dan ramai lagi akhirnya berjaya. Yg mendapat nama adalah Najib...

Oklah tu...

Anonymous said...

Anon 7:03 AM

Semua perdamaian dalam dunia ni sejak dari perang dunia kedua adalah usaha Najib....hahahaha

Anonymous said...

PAS berlawan dgn UMNO dikawasan majoriti orang Melayu. Berdasarkan jumlah kerusi yg dipertandingkan, orang Islam pasti menang sama ada UMNO kalah atau PAS kalah. Ini hakikatnya bagi sesiapa yg mahu berfikir dan tak mudah diperbodohkan...

Cuma yg menjadi isunya ialah UMNO yg mencipta demokrasi kemudian menyanggahnya pula setelah PAS hendak berlawan dgnnya. Adat berlawan mesti ada menang kalahnya tetapi UMNO tak mahu kalah. Hal ini menyebabkan PAS dianggap sebagai musuh no 1 kpd mereka. Lalu mengwar2kan PAS jahat, PAS parti sesat. Namun,dalam keadaan menggangap PAS jahat dan sesat tetiba mempelawa pula PAS untuk berkawan...macaman UMNO nak berkawan dgn orang jahat dan sesat ni. Sepatutnya UMNO mengeratkan lagi 'silaturahim' dgn rakan sedia ada seperti MCA, MIC dan parti kristian Sabah dan Sarawak....kan pelik. Mula2 cakap nak berbaik, tangan dihulur tetapi kemudiannya kaki menendang sekuat2nya.Ikhlaskah ini??. Ini namanya hipokrit atau dgn bahasa mudah memiliki sifat2 munafik.



Anonymous said...

Mudah2an adinda Wan dijauhi drp sifat2 munafik. Ameen Ya Rab.

Anonymous said...

Prrpaduan PAS - ameno
boleh dilakukan Dan berjaya dilakukan
Bila transformasi minds berlaku.
terhadap Ameno setelah
Dikalahkan, ahli ameno, rtm , astro,
Polis, hakim, sprm, ksn , suk , kemas, sb,
MIO, army dan UT.

Kampong man said...

Salam Wan dan Anon 5:05,

Isu Royalty minyak bagi Kelantan telah Kampong man beri penjelasan diblog WZWH dan blog bro Sakmongkol dulu.Terbaru saya telah memberi komen dalam blog Pirates of Putrajaya saperti di bawah :


" Salam semua,

It may interest those who insist that PETRONAS and The Federal Government is/was wrong in not dutifully pay the 5% Oil Royalty to Kelantan.I have provided certain technical information pertaining to this in WZWZ.blogspot and my my buddy bro Aspan and may be bro Sakmongkol as well (cannot remember).

However,in the recent KICKDEFELLA.net blog of 11 Oct and The Unspinners .blogspot of 14 Oct Ku Li "Kini Ku Li akui hak negeri dalam 3 batu nautika ?" -PENJELASAN ISU TUNTUTAN ROYALTI by Ku Li ,a video recording .

Lets hope the Kelantan state finally be awarded their so call right to the royalty.Through wang ikhsan i was made to understand the yearly fund/budget for Kelantan was 5 billion per year and Kelantan tax collection was below 500 million ringgit.(Ref:WZWH.blogspot)

yes,Kickdefella -No one Dies A Virgin,Life screws Us All.True indeed.

You be the judge.May be our geologist friend gheng lama has something to say .Yes ? "

Atas isu yang sama Kickdefella bertarikh

1) Royalty claims-Better legs So Foot Bench of Reels.(Oct 3rd).

2)Kelantan PAS-Cancel Seek 1975 Agreement (Oct 2nd)

3) Ku Li Acknowledge The Rights Only 3 Nautucal Miles (Oct 11th) Read Oct 9 as well.It has relevence.

There is Prima facie.There is sufficient evidence to support the case in point.Salam dan terima kasih.







Anonymous said...

Saya ulang balik post terdahulu agar berlaku pencerahan.

Piawaian Islam bukanlah M'sia atau Arab Saudi atau mana2 Negara Umat Islam. Piawaian Islam adalah berdasakan apa yg dilaksanakan mengikut kehendak al Quran dan Hadith selain Qias dan ijhtihad Ulama.

Kalaulah orang bukan Islam atau mana2 negara kufar menjadikan M'sia sebagai bahan rujukkan bagi mendapat gambaran sebenar tentang Islam yg syumul maka betapa terhinanya Islam ini. Mana tidaknya...saban hari ada saja kes jenayah yg hebat2, pembunhan, rogol, buang bayi, penyeludupan dadah dan berbagai2 lagi kes. Penjualan arak, pusat2 maksiat disana sini selain terdapat pusat judi antra yg terbesar iaitu diGenting Higland.

Atau adakah Islam yg sumul itu mesti memperluaskan sistem riba.... rakyat Islamnya dibolehkan membuat pilihan sama ada nak pakai perbankan Islam atau sebalinya. Nak pakai undang2 Syariah atau civil...atau boleh pilih TV Hijrah atau TV 3...

Atau sebuah negara Islam yg sebenar mesti menerima pakai sistem demokrasi ala M'sia. Setelah rakyat diberi hak dibawah perlembagaan untuk memilih kerajaan dan pucuk pimpinan negara setiap 5 tn sekali, namun kemudiannya dikeluarkan nas/fatwa haram menentang pemerintah...rakyat wajib taat/baiah kepada PM dan kerajaan. Disatu sudut lain, DAP sah dan halal disisi negara Islam M'sia tetapi kemudiannya haram pulak disisi Islam UMNO...kan berkecamuk namanya.

Inikah negara Islam yg kita nak war2 kpd negara2 arab atau negara2 kufar sebagai negara ISlam contoh!

Malu apabila hendak berhadapan dgn Allah SWT nanti...

Mat Periba

Kampong man said...

Salam non 5:05,aka Anon 3:43,

Uncle Kampong man syorkan gunakan satu nama bagi membolehkan pembaca mingikuti pemikiran anons.Anon mempunyai fikiran yang terbuka dan baik tidak saperti penyokong PAS saperti gheng lama di blog POP dan bro Aspan.

Uncle cadangkan mungkin nama "Minyak Kelantan" atau apa jua.Takut Anon 5.05,Anon 3:03 dan .....terlalu panjang untuk di ikuti.Ini yang di maksudkan kita harus bertanggung jawab atas penulisan kita.Touch and Go dan Hit and Run tidak sesuai.Maaf ya sekadar teguran.Salam.

Anonymous said...

Kampongman,

Minta bantuan maklumat kerana sdra terlibat didalam industri petroleum. Benarkah kenyataan Husam Musa bahawa Petronas sedang membina saluran paip gas dari kawasan pengeluaran gas di Kelantan untuk didaratkan di Pekan?

Maklumat dari kickdefella rasanya kita boleh letak tepi dulu. Semasa beliau masih bekerja dengan Kerajaan Kelantan, beliau juga menulis tentang ekspedisi mengukur jarak pelantar-pelantar minyak yang didakwa berada dalam kawasan Kelantan.

Seingat saya, beliau menulis dalam blog tersebut, kedudukan pelantar-pelantar ini adalah lebih dekat dengan pantai Kelantan berbanding dengan pelantar-pelantar minyak yang menjadi milek terengganu.

Setelah berubah kiblat politik, lain pula bunyinya sekarang. Jadi maklumatnya yang sdra nyatakan diatas eloklah kita letak tepi dulu.

Jadi, kita ada 2 lagi sumber maklumat yang sdra nyatakan: Underspinner dan YAM Tg Razaleigh.Persoalan yang akan menerpa minda kita ialah maklumat siapakah yang lebih autoritatif dalam isu ini dan akta Petroleum 1975?

Alasan kawasan pengeluaran minyak di Kelantan terletak di dalam kawasan bertindih yang menjadi rebutan beberapa negara termasuk Thailand juga pernah dinyatakan oleh dato Pa mengapa kelantan tidak mempunyai hak - juga perlu diteliti.

Test untuk menguji alasan ini boleh diterima atau tidak - adalah ada atau tak ada pengeluaran minyak sekarang ini .

Jika ada, test seterusnya ialah adakah Malaysia berkongsi hasil minyak dikawasan ini dengan negara-negara yang juga mendakwa kawasan pengeluaran minyak ini milek mereka?

Maklumat mengenai jarak-jarak kedudukan kawasan pengeluaran semua telaga-telaga minyak di semua negeri yang mengeluar minyak di malaysia diperlukan dan dapat membantu dalam mencari pencerahan isu tuntutan royalti petroleum oleh Kelantan. Sekurang-kurangnya ia membantu kefahaman kita dalam isu ini.

Ini diantara isu-isu yang memerlukan pencerahan dan bantuan dari sdra kampongman amat-amat dialu-alukan.

Anon 5:05

Kampong man said...

Salam Anon 5:05,

Walaupun Kampong man didalam indusri minyak seumur kerjayanya.Tidak semua nya yang dia tahu .Berkenaan saluran paip ke Pekan itu pun saya tidak ada informasi itu.Nasib baik Kampong man masih ada simpan komen lama dalam words.Untuk mudah saya turunkan semula.Hope that helps a bit.

"Salam WZWH and readers,

Sakmongkol said in his blog “….Minyak di jumpai di perairan kelantan tapi kelantan dinafikan peluang membangunkan industry minyak dan Gas di Tok Bali.Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkla Thailand dari Tok bali.”

Kampong man said,

One has to understand the underlying agreement between Thailand and Malaysia on area of OVERLAPPING CONTINENTAL SHELF claimed by both parties in the lower part of the Gulf of Thailand near South China Sea to fully appreciate why certain decisions are made as it involve costs ,logistics and development strategies.
The two Governments have jointly agreed to explore and exploit for the mutual and equal benefits of the two countries through MTJA ( Malaysia-Thailand Joint Authority Act ) in 1979.The preamble of that MOU rightfully sums up the underlying concept of this JDA (Joint Development Area).It is this mutual cooperation that convinced both parties that activities be carried out jointly.

Hope readers will not accept Sakmongkol sweeping statement as little knowledge is too dangerous.If Sak is not sure ask my partner brother ANC (Not our Mandela political party ! he..he..) as he was in PETRONAS since 1975 as Head of Reservoir Engineering and was partly involved in the negotiations those days.Petronas commenced business in 1974 by PDA (Petroleum Development Act 1974)
Hope this clears Sakmongkol disinformation.Thank you."

@ P&C
ANC was Madam R ex not Farid Ismeth as speculated.Sakmongkol good friend as well ok.

Kampog man said...

Salam Anon 5:05,

Saudara tidak boleh ketepikan pandangan Kickdefella .Baca dan hayati isu minyak ini.Lontarkan politik ke Lautan Cina Selatan dulu.

Dari segi lojik dan ekonomiknya adalah tidak realistik saluran paip minayak/gas akan disalorkan dari Kelantan ke Pekan.Untuk apa ? dan ianya terlalu jauh. Adalah lebih ekonomik dan realistik ia disalorkan ke Kerteh sahaja kerana di Kertih PETRONAS punyai GPP A dan GGPPA B (GPP ialah Gas Processing Plant) hasil limpahan gas dari pelantar di Terengganu dan TCOT (Terengganu Crude Oil Terminal).Mesti ada Supporting facilities bagi pemeprosessan di Kuantan dulu.Ada ke ?.

Apabila pakar nuclear termasok saorang pakar nuclear dari parti PAS sendiri memberi confirmation bahawa LYNAS selamat kita harus boleh menerimanya.Tetapi apabila ia di politikan isu ini menjadi rumit.Di Houston Amerika petrochemical plants begini berbatu batu panjangnya membuatkan Kertih dan Gebeng kerdil.

Isunya ,cakap cakap politik dari Husam umpamanya ini susahlah sikit hendak kita ambil bulat bulat.

Tuan mungkin berminat baca blog dari N9 di mana Kampong man pernah tinggal bertahun tahun supaya kita lagi terbuka pemikiran saperti blog PANEH MIANG .Blog ini ada million hits.Paneh miang kata beliau akan undi PAS sekira.....Bagi Pas menggantikan UMNO Pas harus bertanding 120 kerusi Parlimen.Maka itu sebabnya Kampong man mahukan percantuman dengan UMNO dan BUKAN dengan DAP.Harap nampak apa yang tersirat dalam hati Kampong man.Kita perbaiki UMNO dan perkuatkan Islam dan Melayu.Salah kah bersatu dengan UMNO .Tuduh menuduh kata UMNO sudah lemah itu ini tidak bawa kita orang Melayu Islam kemana.Saya akan juga memilih PAS sekira PAS boleh menggantikan UMNO.Kampong man tidak nampak bayang yang PAS ini releven buat nasa kini .Kita boleh menulis mengeluarkan ayat ayat suci Al Quaran dan hadiths tetapi kalau hati tidak suci dan jujur oleh kerana fahaman politik berbeza ada banyak halangan untuk bersatu dan yang untung tetap parti tunjang PR,DAP.Bukan PAS dan bukan PKR.Bukankah baik semua orang UMNO dan PAS dapat masok syorga.Siapa yang tak mahu.Wallahwuallam.Allah selamatkan kami.

Ust KERIA said...

ust Keria said...

kebodohan ulamak pas terselah apabila menghalalkan tahaluf siasi dengan dap bersandarkan perjanjian 'hilf fudhul' smasa nabi belum dilantik menjadi rasul. sedangkan semasa nabi berdakwah berpuluh ayat yang menceritakan tentang larangan meminta bantuan kafir dalam menegakkan agama.. jangan mengambil mereka menjadi org kepercayaan .. memberi wala' kepada mereka... SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN BALASAN KEPADA ULAMAK PAS YANG TERANG2 MEMPERMAINKAN ANCAMAN ALLAH.... isu sama dengan Negara Islam... akhirnya menreka kata TIADA NEGARA ISLAM DALAM AL-QURAN...fiqh dakwah mereka hanya ikut kepentingan undi dan kuasa "Ya Allah, skiranya tiada hidayat lagi untuk ulamak dan orang PAS ini KAU HANCURKAN MEREKA... jangnlah agama dipermainkan dan dijual-beli oleh mereka lagi..."
memang UMNO ada kesilapan tetapi apa yang ulamak pas faham hadis SAW " BANTULAH SAUDARA KAMU YANG ZALIM DAN DIZALIMI???" semua orang islam malaysia marilah kita berdoa dengan doa ini... umno memang ada kesilapan tetapi kasilapan PAS lagi besar kepada umat melayu bila memnjual agama dan bangsa kepada CINA!!! dalam kaedah fiqh ialah mudaharat yang lagi ringan' "akhaf dororain""... TAHUN INI BOIKOT PAS!!!

Ust KERIA said...

ust Keria said...

kebodohan ulamak pas terselah apabila menghalalkan tahaluf siasi dengan dap bersandarkan perjanjian 'hilf fudhul' smasa nabi belum dilantik menjadi rasul. sedangkan semasa nabi berdakwah berpuluh ayat yang menceritakan tentang larangan meminta bantuan kafir dalam menegakkan agama.. jangan mengambil mereka menjadi org kepercayaan .. memberi wala' kepada mereka... SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN BALASAN KEPADA ULAMAK PAS YANG TERANG2 MEMPERMAINKAN ANCAMAN ALLAH.... isu sama dengan Negara Islam... akhirnya menreka kata TIADA NEGARA ISLAM DALAM AL-QURAN...fiqh dakwah mereka hanya ikut kepentingan undi dan kuasa "Ya Allah, skiranya tiada hidayat lagi untuk ulamak dan orang PAS ini KAU HANCURKAN MEREKA... jangnlah agama dipermainkan dan dijual-beli oleh mereka lagi..."
memang UMNO ada kesilapan tetapi apa yang ulamak pas faham hadis SAW " BANTULAH SAUDARA KAMU YANG ZALIM DAN DIZALIMI???" semua orang islam malaysia marilah kita berdoa dengan doa ini... umno memang ada kesilapan tetapi kasilapan PAS lagi besar kepada umat melayu bila memnjual agama dan bangsa kepada CINA!!! dalam kaedah fiqh ialah mudaharat yang lagi ringan' "akhaf dororain""... TAHUN INI BOIKOT PAS!!!

Ust KERIA said...

ust Keria said...

kebodohan ulamak pas terselah apabila menghalalkan tahaluf siasi dengan dap bersandarkan perjanjian 'hilf fudhul' smasa nabi belum dilantik menjadi rasul. sedangkan semasa nabi berdakwah berpuluh ayat yang menceritakan tentang larangan meminta bantuan kafir dalam menegakkan agama.. jangan mengambil mereka menjadi org kepercayaan .. memberi wala' kepada mereka... SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN BALASAN KEPADA ULAMAK PAS YANG TERANG2 MEMPERMAINKAN ANCAMAN ALLAH.... isu sama dengan Negara Islam... akhirnya menreka kata TIADA NEGARA ISLAM DALAM AL-QURAN...fiqh dakwah mereka hanya ikut kepentingan undi dan kuasa "Ya Allah, skiranya tiada hidayat lagi untuk ulamak dan orang PAS ini KAU HANCURKAN MEREKA... jangnlah agama dipermainkan dan dijual-beli oleh mereka lagi..."
memang UMNO ada kesilapan tetapi apa yang ulamak pas faham hadis SAW " BANTULAH SAUDARA KAMU YANG ZALIM DAN DIZALIMI???" semua orang islam malaysia marilah kita berdoa dengan doa ini... umno memang ada kesilapan tetapi kasilapan PAS lagi besar kepada umat melayu bila memnjual agama dan bangsa kepada CINA!!! dalam kaedah fiqh ialah mudaharat yang lagi ringan' "akhaf dororain""... TAHUN INI BOIKOT PAS!!!

Anonymous said...

Anonymous ust Keria said...

kebodohan ulamak pas terselah apabila menghalalkan tahaluf siasi dengan dap bersandarkan perjanjian 'hilf fudhul' smasa nabi belum dilantik menjadi rasul. sedangkan semasa nabi berdakwah berpuluh ayat yang menceritakan tentang larangan meminta bantuan kafir dalam menegakkan agama.. jangan mengambil mereka menjadi org kepercayaan .. memberi wala' kepada mereka... SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN BALASAN KEPADA ULAMAK PAS YANG TERANG2 MEMPERMAINKAN ANCAMAN ALLAH.... isu sama dengan Negara Islam... akhirnya menreka kata TIADA NEGARA ISLAM DALAM AL-QURAN...fiqh dakwah mereka hanya ikut kepentingan undi dan kuasa "Ya Allah, skiranya tiada hidayat lagi untuk ulamak dan orang PAS ini KAU HANCURKAN MEREKA... jangnlah agama dipermainkan dan dijual-beli oleh mereka lagi..."
memang UMNO ada kesilapan tetapi apa yang ulamak pas faham hadis SAW " BANTULAH SAUDARA KAMU YANG ZALIM DAN DIZALIMI???" semua orang islam malaysia marilah kita berdoa dengan doa ini... umno memang ada kesilapan tetapi kasilapan PAS lagi besar kepada umat melayu bila memnjual agama dan bangsa kepada CINA!!!

Anonymous said...

Ustaz Keria,
Tolong ulas sikit..Macamana pulak UMNO yg bersekutu dgn org2 Kristian Sabah melalui penerimaan keahlian mereka ke dalam UMNO. Bagitu juga UMNO 'bertahaluf syiasi' dgn PBS yg terang2 merupakan parti Kristian. Demikian juga macamana UMNO dikatakan lebih baik berbanding PAS sedangkan ia berbaik2 dgn parti Cina MCA sedangkan Presidennya terang2 menentang perlaksanaan hukum hudud malah menghina hukum tsb...

Penjelasan ustaz mudah2 akan terbuka hati kami untuk memilih UMNO pada PRU13 nanti atau sekurag2nya ulama' PAS yg kebanyakan berkelulusan tinggi dalam Usuludden, Syariah, Hadith, Bahasa Arab dapat dicerdikkan. Mungkin juga ulasan ustaz nanti boleh membuka minda ulama' Azahar yg membenarkan Ekhwan Musimin diMesir betahaluf syasi dgn Kristian Koptik bagi membentuk kerajaan Mesir sekarang...tolong yer ustaz. Tolong jgn tak tolong, kami memang bodoh dan jahil...

Anonymous said...

Ustaz Keria dan bistari,

Tolong ulas sikit tentang kejahatan DAP PP yg memperuntukkan RM60juta kpd MAIPP berbanding dgn apa yg diberi oleh Gerakan cuma RM9juta. Satu lagi, mengapa bodohnya Datuk Sri Niza Jamaliddin meluluskan tanah 8,750 ekar kepada rakyat yg mana 7,500 utk Melayu dan selebihnya utk bukan Melayu serta memberhentikan penganugerahan tanah kpd taukeh Cina MCA..

Tolong juga cari jalan macaman kami dapat bertalaqi dgn TUK Guru Mahathir Muhammad bagi mempelajari undang2 jenayah mengikut common law sebagai alternatif kepada kanun jenayah syariah (hudud, qisas) yg memang 'tak ada dalam al Quran'.

Tolong Ustaz yer...

Anonymous said...

Orang yang sama suka minta pencerahan sebab bengang.Boleh identify diri tak ?.Kalau tak Ustaz keria tak payah response,pedulikan. Diblog pembangkang komen penyokong BN tak disiarkan pun.Jadi apa jadahnya nak response.Podah...

Anak Felda

Anonymous said...

Oh Yer Ustaz Keria,

Tolong beritau juga...Bila Majlis Sura Ulama' UMNO melakukan ijhtihad membenarkan UMNO bertahaluf syasi dgn MCA, PBS, MIC dan PBDS...

Anonymous said...

Anak Felda yg bijak bistari, saya tak mintak kamu ulas..lebih baik kamu ulas apa kelbihan yg kamu dapat drp saham FGVH sebanyak 820 unit yg dibeli pada harga RM4.55 dan sekarang cuma RM4.72. Kamu pulak kena bayar sebanyak RM50 sebulan...atau tolong ulas mengapa harga BTS yg kamu jual kpd Felda Palm Industri lebih murah (ditolak RM200/mt sebagai kos pengeluaran) sedangkan kos pengeluaran IOI, Golden Hope sekitar RM150/mt saja...

Anonymous said...

Satu lagi Utk Anak Felda,

Tolong ulas sikit mengapa Felda Palm Industri selalu membeli BTS mengikut KPG (Kadar Perahan Minyak Yg Digred) lebih rendah berbanding dgn Kadar Peraham Minyak sebenar yg mereka dapat...Tolong check kat Kilang Padang Piol atau J21..

Kampong man said...

Salam semua,

Saya rasa isu FGVH telah pun selesai dan telah pun berjaya di listing di bursa.Harga kini masih diatas IPO which is not that bad considering this is one of the biggest listing in Asia if not in the world.Tidak apa yang harus diungkitkan lagi.Yang penting masyarakat Felda rata rata menerimanya dengan baik.Sekira mereka fikir mereka dipermainkan mereka boleh tidak mengundi Najib/ UMNO/BN.Jalan penyelesaian yang senang dan mudah sekali.Tak gitu ? Kita lihat sajalah nanti lebih baik.Penat juga nak berbalas balas pantun begini, dengan anon pulak tu.Isshh..

Yang pasti UMNO tidak mungkin rela menggadaikan masa depan warga Felda dan orang Melayu dengan listing ini.Lihatlah bagaimana majunya Felda hari ini hasil idea dan usha Alllahyarham Tun Abd Razak Perdana Menteri kita kedua dan kini Najib (Theory RAHMAN) meneruskan perjuangan ayahnda beliau(Keduanya dari UMNO bukan dari DAP,PKR dan PAS). Lihatlah kesungguhan Najib dan lihat jugalah kesungguhan DSAI dan bandingkan .

Najib sangat bersugguh sungguh meneruskan Transformasi(Sosial, Ekonomi dan Politik) dan DSAI bersungguh sungguh meneruskan Reformasi jalanan umpamanya BERSIH.Rakyat akan lihat siapa yang jujur dan siapa yang menepati janji dan mereka akan membuat pilihan di PRU 13 selepas CNY hopefully.Saya sudah nampak arahnya.Lihat Keputusan Pilihanraya Universiti sahaja jawapannya jelas.Rakyat majoriti masih dibrlakang BN.

Tuan patut berterima kasih pada pencerahan isu royalti minyak dan pipe gas dari Kelantan ke Pekan tu. Penat saya fikirkan.Memang mudah mohon pencerahan tapi kalau tidak berselindung bawah Anon sangatlah saya hormati.Maaf ya, saya bersetuju lain kali kita tidak semesti menjawab soalan dari Anon.Terims kaseh.

@ Oh ya, jangan hairan sekira harga saham FGVH turun dan ada kalanya naik sama dengan saham saham lain di open market.No big deal bro.It is governed by many factors and variables.Price of CPO sedang turun drastically now and yet FGVH still remain above IPO, hebat sekali.Anyway..cool it bro.

Anonymous said...

Kampung Man,
Siapa kata isu FGVHB dah selesai...
Apa untungnya FGVHB dilistingkan kepada Peneroka Felda sebagaimana diwar2kan sebelumnya kononnya adalah demi masa depan mereka dan generasi mereka...

Sila jawab persoalan berikut:-
(1) Berapa banyak pemilikan eqiti mereka dalam FGVH
(2) Dividen KPF yg sebelum ini boleh dibayar pada purata 15% dapat dikekalkan atau tidak selepas Felda Plantation dan Felda Palm Industri diserap kedalam FGVHB (3) Bagaimana pembangunan infrastruktur ditanah2 rancangan setelah sumber pendapatan melalui ladang milik Felda seluas 360,000 hektar di pajak kpd FGVHB (4) Berapa ramai anak2 peneroka dapat bekerja dgn syarikat2 yg terlibat dalam aktivit1 down stream selain menjadi 'kuli batak' dikilang2 sawat sedia ada..
(4) Mengapa melibatkan peneroka dlm kegiatan spekulatif dibursa saham yg belum tentu halal haramnya (sila ustaz keria ulas).
(5) Mengapa membenarkan Genting Bhd memiliki saham FGVHB dgn % yg bagitu tinggi...
(6) Berapa banyak Kampung Man mendapat saham FGVHB melalui MITI berbanding pesara2 Felada yg tidak diperuntukkan seunit saham pun walaupun sudah berkhidmat > 30tn

Kampong man said...

Salam WZWH,

Maaf wan kami disini sudah jauh melincung dari tajuk artikel Wan tanpa disedari.

Sebenarnya Wan, Kampong man terasa tersedu/syahdu dan hampir mengeluarkan ayer mata apabila akhirnya bangsamoro MILF beroleh kejayaan dengan Kerajaan Filipina dengan termetrinya perjanjian damai bagi 95 juta orang Melayu Islam ini.Alhamdulillah.Kita harap Najib akan juga berjaya menyelesaikan isu umat Islam di Selatan Thailand satelah berjaya di Filipina.Keep the momentum Malaysia.

Pertelingkahan/pergadohan yang melibatkan kematian pada mereka yang tidak berdosa saperti di Palestine,Rohinga umpamanya harus menjadi isu dunia umpamanya PBB.Kenapa Malaysia dan tidak
Amerika ? Mudah jawapannya.Mindanau tidak ada minyak saperti di negeri negeri Arab.

Anda membenci Mahathir dan mengasingkan UMNO pada yang baru dan lama untuk apa ? Malaysialah yang mengambil banyak inisiatif atas isu isu negara ketiga baik di negara Arab ,Afika dan di Asia.Ini adalah bermula dari inisiatif Tun. Tidak hairanlah beliau mendapat pengitrafan dunia ! .Siapalah kita untuk mengenepikan pencapaian usha NEGARAWAN kita begini ? .Tolong lihat dari sudut POSITIVEnya.Kita mahu TGNA cuba bantu menyelesaikan isu berdarah di Selatan Thailand bersama Najib.Kerana Kelantan terlalu hampir dan bersempadan. Boleh ?.Dalam isu Islam /Melayu kita harus bersatu.Saya berjanji sekira PAS boleh mengatasi/menggantikan UMNO saya akan bersama PAS.Buktikan dulu.PAS yang lemah tidak akan ada keupayaan membawa Islam dan bangsa Melayu berjaya.Buat masa ini PAS hanyalah satu parti politik sama saperti yang lain.Malah UMNO lebih banyak mengembangkan syiar Islam dari PAS,period.Wallahwuallam.

Kampong man said...

Anon 9:07

Isu detail FGVH telah banyak dijawab di merata blog.Isu yang item 6 ini menarik.

Ssshhh.... sebenarnya Kampong man TIDAK PERNAH dapat satu saham pun dari MITI ke siapa ke selama memulakan perniagaan O&G sejak 1994 kerana Kampong man tidak suka melutut bawa tempurung menggunakan politik dan berselindung di belakang BUMIPUTRA untuk berjaya !! Ini sensitif ni.Kenapa anon jealous ke kejayaan Kampong man ?.Try and work harder my boy !Jangan dok sibuk berpolitik dan terlepas tanggungjawab pada keluarga ,bangsa dan ugama pulak.Ok.

Let me tell you a secret.Can you believe it if i say Kampong man dan Spouse TIDAK PERNAH ada maid sehingga kehari ini sedangkan kami berdua adalah Professionals?. Hairankan ?Itulah yang membuatkan Kampong man berasa bangga dengan usha sendirinya.Saya kira anda layaklah panggil Kampong man ini uncle.Boleh ?

Anonymous said...

untuk pengetahuan semua anom-anom...kesimpulannya orang2 pembangkang ni adalah orang yang bodoh dan sengal.macam kera2 kat zoo negara.bagi makan atau tak bagi makan tetap bising.dah keturunan bodoh nak wat camna.....hihihihihi

Anonymous said...

ANON 11:13pm,

Terima kasihlah, kerana anda mengelar pembangkang bodoh dan macam kera...Kadang2 betul juga macam apa yg saya tengok di PP, Selangor, Kedah dan Kelantan...

Insyaallah selepas PRU13 nanti (kecuali PHG) maka bertambah2lah kera dekat Malaysia. Namun anda masih lagi kekal sebagai manusa sebab BN masih kekal diPhg. Cerdik dalam kebodohan...masih tak sedar2 bahawa wang kerajaan adalah wang rakyat yg mesti digunakn utk kejahteraan rakyat.

LU jgn Tnya Gua!!!!! said...

Umno bodooooooooo.....

LU jgn Tnya Gua!!!!! said...

Umno bodooooooooo.....

OVDI said...

If you are looking for ovdi services please visits link.

OVDI said...

If you are looking for ovdi services please visits link.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024