Friday, November 23, 2012

Bila Pula Tuan Ibrahim Tuan Man Nak Berdoa Kehancuran 25,000 Orang UMNO Jerantut?



Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat dikatakan akan bertanding di parlimen Jerantut PRU13 menurut sumber. Banner di atas membuktikan minat Tuan Ibrahim Tuan Man berhasrat bertanding di Jerantut.

Bila pula giliran Tuan Ibrahim Tuan Man hendak berdoa kehancuran 25,000 orang UMNO Jerantut bagi memudahkan beliau menang bertanding parlimen Jerantut PRU 13. Daftar terkini pengundi parlimen Jerantut berjumlah 66,000.

Doa kehancuran dan melaknat BN yang dijeritkan oleh Nik Razi adik kepada TGNA memang diakui ramai mengambarkan betapa teruknya khawarij PAS.

Para pemimpin PAS menyokong kuat Nik Razi, malah mereka menyambut baik doa tersebut dan berasakan cukup tepat ditujukan kepada UMNO dan BN. Nik Aziz turut menyokong tindakan adiknya hingga mengelarkan ahli UMNO tolak Islam dan murtad seperti dilaporkan oleh media arus perdana.

Namun Nik Aziz menafikan beliau berkata UMNO itu murtad.

Nik Aziz gambarkan PAS adalah Islam,Islam adalah PAS maka tolak PAS bermakna tolak Islam maka memang patut doakan kehancuran kepada BN UMNO.

Tuan Ibrahim mempertahankan Nik Razi dan menganggap doa puaka itu adalah baik dan menepati kriteria Isle PAS ,mereka mendoakan 3 juta umat Islam yang menjadi ahli UMNO dan puluhan juta umat Islam yang mengundi BN kehancuran kerana tidak menyokong PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO UMNO-BN' menandakan UMNO kini berada dalam keadaan ketakutan.

"Namun oleh kerana UMNO semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti."
"Sepatutnya kalau UMNO rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain),"
"Semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."
"Doa kepada sebuah parti yang menjadi lawan bagi PAS."- Sinar

Elok Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke setiap DUN dalam parlimen Jerantut-DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan buat majlis sembahyang hajat dan doa seperti di Kota Bharu pada malam Sabtu Lepas.

Orang PAS buat kerja politik di parlimen Jerantut mudah berdoa saja...

39 comments:

Anonymous said...

Memang Jerantut dah hancur
1.hutan tebal dah jadi semak
2 rusa seladang hilang anak beranak
3 ikan sungai tinggal cerita
4 Kuala Tembeling tinggal rangka
5 Pulau Tawar banyak indon Dan rumah tinggal
6 rumah PAKR tak ada geran
7 jalan Benta zaman inggeris
8 hospital tahun 70 an
9 padang awam susah cari
10 kampung tradisional hilang seri

Itulah Jerantut

Anonymous said...

Saya membaca komen dlm FB 'Jerantut Kampung Ku' mengenai pencapian UPSR Sek Keb Temin. Ada sahabat yg memberi komen...bagini, "aku gembira ramai murid yg mendapat keputusan 5A tetapi mereka2 ini dijangka akan meninggalkan J'tut kerana di tempat kita ini tidak ada sebarang sek berasrama penuh kecuali sek agama TAHAP'....

Inilah std Jerantut...jgn berharap nak dapat jalan sehala 2 lorong sebagaimana yg dimliki sahabat2 kita di Trengganu atau dipantai barat Semenanjung...

Inilah nasib Jerantut...
pemimpinnya sebuk dgn perkara2 remeh yg tidak menguntungkan sesiapa...isu doa tak habis2. Orang lain sudah berbicara soal penglestarikan alam sekitar, kita masih berbicara soal infrastruktur yg masih ketinggalan 20 tahun kebelakang...

Kesian org J'tut...jangan lupa sokong lagilah UMNO tu...kalau tak cukup pencil, pangkah menggunakan magic pen...lepas pangkah tayang kat pengawas peti undi dan berkata, 'aku mengundi BNlah'...

Anonymous said...

ape le deme ameno jlntut tu BODOH yg ade cikgunye org kelulusan PJJ jeee tanye Ketua Penerangan Ameno Jlantut, ape nak gaduh keeee, yg di ppd nyee org PJJ jugeee heeee, mujur lee SK T tu GB nye org KDC dulu heeeeeee

Anonymous said...

Hanya orang gila saja yang takda mata takda telinga tidak dapat melihat perubahan pesat pembangunan daerah Jerantut. Namun oleh kerana daerah Jerantut yang paling luas dan besar dalam Pahang = 700,000 hektar maka memang banyak lagi pembangunan infrastruktur perlu dibuat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 12:24,
Mohon WZWH buat pembetulan bahawa keluasan daerah Jerantut = 755,771.93 Hektar. Terima kasih.

Anonymous said...

wzwh tolong jangan jadi batu api.dah dewasa kan.artikel sume nk hentam org je.buat malu je blaja tinggi.

Anonymous said...

Kemajuan Jerantut
1. Tunas Manja
2. Sekolah Bakti
3. Pusat Serenti
4. TF
5. Kedai. Cina
6. Tempat Lepak Melayu
7. Papan iklan infrastruktur
8. Hospital Lama
9. Rumah Mahal
10.Jalan Puteri Berayun

Anonymous said...

jangan lupa jerantut jugak kawasan panas bijih besi bagi puak umno n kroni krana merana..meh kita list tengok sape punya kawasan ada kat jerantut hahah..

Anonymous said...

jerantut kawasan maju sebab dalam tanah ada besi yang mampu menjana pendapatan mereka yang berkepentingan yang mampu memenuhkan poket mereka yang tamak.patut la pahang miskin.yang kaya sapa..korang lihatlah sendiri.selagi pemimpin tamak habis pengikut tamak.jangan marah aku eh ni lah realitinya pimpinan pahang yang rakus.akhir kata orang tamak selalu rugi.tunggu lah nanti.

Anonymous said...

wzwh patutnya u bagi peringatan pada pimpinan pahang.rakyat dah meluat wpun rakyat pangkah BN.ramai yang sayangkan BN tp Bn dirosakkan oleh mereka yang durjana.ingat apa yang mereka buat disebalik tabir rakyat bukan buta.tukar pemimpin pasti kami besama kamu.

Anonymous said...

Anon semua,
Jerantut ada bijih besi, patut orang PAS sembahyang hajat doa kesyukuran. Gi Pejabat Tanah minta pada kerajaan. Minta MB Pahang jangan bekukan permohonan. Orang PAS kena bijak share dengan orang UMNO. Jangan salahkan orang UMNO. Allah marah kalau orang UMNO tak minta bijih besi sebab dalam Quran cakap bijih besi dan minyak untuk jayakan syiar Islam, tegakkan Islam kira perjuangan agama, bangsa dan tanahairlah. Sebab itu orang UMNO banyak dapat pahala ikut Sunatullah mengusahakan bijih besi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 2:04,
Itu peringatan kepada pimpinan Pahang serah kepada DS Najib PM siapa yang beliau mahu...

Anonymous said...

Kehancuran disebabkan pemimpin tamak, tak kiralah mana-mana pemimpin pun. Lihat negara pengeluar minyak dunia kebanyakannya negara Islam. Malangnya negara mereka hampir musnah, sepatutnya pemimpin untuk membela rakyat dan memakmurkan negara, apalah halnya pula minyak mereka diperhargakan oleh sekutu mereka, tak ada makna langsung negara kaya tapi dikuasai oleh orang lain. Bagaimana pula dengan Pahang yang keluasannya di semenjanung, hatta Jlantut 755,771.93 Hektar, terluas didalam Pahang pelbagai sumber asli ada didalamnya sayang rakyat menderita. Pemimpin boleh berfoya2 diluar sana, tunggulah kejatuhanya. Macam tok2 dari Timur Tengah di negara sendiri tunjuk alim, tapi bila di luar ada negara2 khusus mereka menjadi kunjungan untuk berhibur. Masihkah boleh setia dengan Umno?... Minta ulas sape yang bistari...

Anonymous said...

UMNO bela melayu la. Kas ada bukti. Cth anak2 muda kg. batu balai minta tanah, dah dululuskan oleh pejabat tanah walaupun kebanyakan pemohonnya orang kelantan.
tapi .. kelulusan tu tertakluk kepada pengerusi jkkk / ketua UMNO bt. balai. sayang... bila sampai di situ JKKK (Jong Kuca Kacir Kampung) tak lulus sebab pemohon orang kelantan.
Kah5.UMNO, UMNO kalau org cina gerenti ok punya.
Hidup Melayu mampu UMNO, KO UMNO BN

Anonymous said...

Cerita ni tahun 80, orang cerdik je pandai nilai.
Tahun 2000, semua orang mula tahu kecuali orang ameno.? Kenapa.

Anonymous said...

Kesian,WZWH. Ilmu Putar Alam tak habis tuntut. Turun ke jeti lama Kuala Tembeling atau kampung masjid lama Pulau Tawar, kalau nak bayar pengeras.

Anonymous said...

Salam sdra WZWH,

Seronok orang China DAP dan Melayu DAP melihat UMNO Jerantut bertelagah dengan PAS.Yang penting doa PAS semoga UMNO hancur dimakbulkan tuhan, baru puas hati orang Islam PAS walau pun sampai pilihanraya PRU 16 pun PAS bolehlah berangan.

Scorpion.

Anonymous said...

Apalah orang-orang Jerantut ni. Tak nampak lagikah kemajuan yang ada diJerantut. Ada Klinik 1Malaysia, ada projek caviar. Apa lagi orang Jerantut nak. Tempat lain mana ada projek2 saperti ni. Jerantut lebih baik dari kawasan2 pendalaman Sabah dan Sarawak. Ingatlah jasa UMNO kepada Jerantut.

Durian Gugur said...

Salam All,
Diharapkan saudara wzwh tidak menulis cerita karut begini.bimbang kualitinya sama taraf dgn utusan.
Pas tidak pernah doakan ahli umno hancur tp hanya doa kpd parti shj.tapi mcm biasa,org ckp lain,maka faham pun lain.kpd org melayu,tak usah bimbang,utusan sudah istiharkn nama pm iaitu DSAI atau TGHA.maknanya bn akn betul2 karam.so mari semua pakat seberang ke PR.perkukuhkan PAS jika benar2 sayang melayu.

Anonymous said...

Anon 8:19PM,

Kas setuju 100%. Penanda aras org J'tut mesti kena tengok Sabah atau Sarawak.

Semasa kas melalui jln KK ke Tawau melalui Sandakan, L/Datu, Semporna dan Tawau...kas dapat rasa jlnrayanya kecik sikit banding jalan J'tut-Temerloh. Hospital L.Datu pula cuma ada 2 org Dr sedangkan J'tut jauh lebih baik...ada 4 org.


Sokonglah UMNO...jangan tak sokong. Bukankah UMNO dah diwasiatkan oleh Tengku Abd Rahman utk jaga Melayu sampai kiamat...

Anonymous said...

Saya baru dapat info drp rakan lama saya org UMNO. Beliau memberitau, selain media UMNO, pemimpin UMNO disetiap Bhg diarahkan utk menyiarkan 'apa saja' perkra yg boleh dijadikan isu/modal bagi memburukan PR terutama PAS menjelang PRU13 ini.

Tengok saja kerja Wan...siri2 fitnah dan mengadu domba Utusan dan TV3 terhadap PR telah diterjemahkan kembali oleh Wan kedalam blognya. Isu Nurul Azzah, isu PM dan isu doa menjadi perbahasan yg hangat dan diperhangatkan. Terpaksalah penyokong PR bertahan....

Bijak betul UMNO ini...prinsip2 dalam kitab 'art of war'...utk menang, lakukan serangan bertubi2 sehingga pihak lawan tidak sempat utk menyerang. Namun bagitu, penyokong PR didapati semakin bijak...satu peluru dilepaskan, 5 peluru dibalas kembali...sehingga kini banyak pelru PR yg mengena...

Anonymous said...

Kalau nak baca cerita mengarut PR bacalah blog DAP Melayu Dtk Ariff aka Sakmongkol dan Aspan .Disana ada banyak cerita dongeng yang mengarut attack umbo.

Anonymous said...

GE13. You help me i slep n step u. After GE13 u all, out from fucktan. I nak kosa n negara jadi republik saja.

Anonymous said...

Gajah depan mata tidak nampak tapi Budu nun disana nampak. Ini fikiran senak dan tenat. Memberi komen berasaskan benci dan kebendaan. Sedangkan isu pokok yang dipaparkan adalah penting untuk direnong bersama....... Islam, kuasa politik dan ummah ke arah PRU13 dan kedudukan masa depannya. Travis

Anonymous said...

Bila sebut UMNO mesti dikaitkan dgn pihak yg diberi mandat utk menjaga Islam, Melayu dan Raja/Sultan. Bila pulak UMNO mendapat geran Free Hole bagi menjaga Islam, Melayu dan Raja2 ini. Setahu aku UMNO cuma diberi taraf TOL...jika baik, lesen sementara ini bolelah dilanjutkan tempuhnya, kalau tidak serah saja kepada PAS. PAS pun parti Melayu dan parti Islam...PAS buka pertubuhan haram. Selaras dgn sistem Demokrasi Berpalimen yg menjadi inti Perlembagaan Persekutuan maka sesiapa saja yg menang PRU boleh membentuk kerajaan.

Penyakit yg dihadapi UMNO sekarang ialah penyakit 'PERASAN LEBIH" atau PL couple pula dgn penyakita 'GILA BERKUASA' atau GB. Dia lupa berdasarkan bilanagn ahli UMNO yg berdaftar termasuk aku cuma ada 3.2 juta saja drp 18 juta orang rakyat Islam/Melayu diM'sia. Berdasarkan statistik ini bermakna masih ada kira2 15 juta yg bukan menjadi ahli UMNO...Takkan manusia Islam/Melayu seramai ini bodoh2 belaka, tak reti nak jaga Islam dan Melayu...

Apalah UMNO ni...tak malu langsung! Inilah kesan drp penyakit dua srangkai PL+GB.

Anonymous said...

Wzwh,
1. Betui ke syarikat AES dimiliki oleh org perorangan dan bukannya kerajaan?
2. Betul ke kita jual minyak masak ke israel.
cer terang ke rakyat jerantut ni...

Anonymous said...

UMNO dah kena penyakit IBLIS...Ingin Berkuasa Lama, Isim dan Sombong. Isim ini sejenis penyakit 'gila' disebabkan pengamal beramal dgn ilmu salah...

Jadi UMNO adalah 'IBLIS', apamacam?

Anonymous said...

Nak serah ke pasiqun tadbir Islam, habis hancur lebur dipermainkan olah dapig dan piGayar. N ajis pun dolak dalik pokcik memerang pun tok payah pasai ud ud tok ada kepentingan pe pe lebih penting puterajaya yang nak di lelong semasa pembinaan dulu. Cakap macam orang takdark sunat kote...

Kampong man said...

Salam semua dan Anon 7.14,

Saya setuju dengan pandangan saudara tentang negara kita Malaysia ini ada lah satu negara demokrasi berpalimen dan semua parti yang disokong RAKYAT MAJORITi berhak membentuk kerajaan.Ini tiada siapa mempertikaikan 100% diterima.

15 juta ahli bukan UMNO assuming 3.2 juta sahaja ahli UmNO yang memilih UMNO sudah pasti UMNO tumpas sama sekali selama ini .Aneh UMNO masih menjadi parti tunjang bagi orang Melayu Islam selama 12 pilihanraya lepas dan terbukti mengikut perlembagaan UMNO mempetahankan ugama, bangsa dan raja raja .Parti lain saya tak tahu kerana saya bukan ahlinya.

PRU 13 ini adalah masa terbaik kita semua memilih untuk CHANGE atau tidak change kerajaan.Bukan susah pun.Tukar sekira ianya perlu ditukar.Saya pasti semua rskyat boleh menerimanya dengan baik.Idu Petadan lebih dan Gila kuasa tidak timbul.Semua parti bertanding mahukan krmenangan mutlak.

Tidaklah juga salah kalau kita kata parti lawan juga gila mahu berkuasa (GMB) dan Perasan terlalalu hebat (PTH).

Jadi parti lawan juga punyai penyakit pun serangkai GMB dan PTH.Pernah KM katakan hanys kaum Melayu menentukan arah tuju negara ini disebabkan mereka majoriti.Di Singapura lain.

Kita pun harap sekira PR menang kita mahukan Hadi ketua PAS menjadi PM bukan DSAI sebab Hadi tidak ada masaalah integriti dan credibiliti dan bermoral tinggi.

Isunya mahukah Hadi memikul tanggung jawab ini.Sekira hendak tahu lebih bacalah blog "The unspinners" atas tajuk 'Kerjasama dengan Bani Lim....tak bantu agenda Pas.Bacalah..

Kampong man mahukan muzakarah UMNO dan PAS selepas PRU 13 kerana sebenarnya ganya ini jalan terbaik dimana PAS boleh mengislamkan UMNO dan UMNO boleh mengajar PAS bahawa cara Arab Spring dan Demonstrasi jalanan bukan jslan penyelesaian bagi perpaduan ummah.Siapalah kita !.Ada ramai pengundi silent majoriti diluar sana yang akan memilih siapa yang layak menerahui negara ini.Kita akan hormati keputusan PRU 13 .Sekira UMNO kalah maka itu lah berkat doa PAS tempuh hari dimakbulkan Allah dan sekira tidak ini bermakna Allah belum lagi mahukan peruban kerajaan kerana sebab sebab tertentu.Allah maha mengetahui.Salam hormat, Wallahwuallam.

@Maaf KM tidak ada niat menyakiti hati sesiapa cuma memberi pandangan dari orang luar dari Jerantut.Kawan PAS KM dari Pahang yakin PAS akan menang di Jerantut dan Temerloh.KM ziarah isterinya meninggal penyakit kanser .Isteri KM juga cancer survivor , dua kali survive.Kami kawan rapat walaupun berbeza fahaman politik.Tak perlulah stress sangst.Cool it and cheers bro..
.


Anonymous said...

Sdra KM,

Tentang doa PAS itu ..KO UMNO, KO UMNO..KO BN..KO...blah blah.

Manalah tahu Allah terbalikan doa tak baik tu jadi terbalik pulak..OK UMNO..OK UMNO..BN OK..Apa macam ? Kita mesti doakan trbaik untuk ummah..tak gitu ?

Anonymous said...

Takziah kpd sahabat saya Kampung Man...saya tak pernah mendoakan keburukan KM atau kpd sesiapa yg pro UMNO...mudaha2an anda kalian sentiasa dalam peliharaan Allah AWT. Yg lebih pening anda terbuka hati untuk menyokong PAS agar PAS menjadi kuat dan dan bertambah kuat bagi menggantikan UMNO..

Namun bagitu, saya tetap mahu medoakan kehancuran (kalah dlm PRU13) ke atas UMNO Baru atas sifat pemimpin parti ini yg zalim, tidak amanah dan sering menyalah gunakan kuasa. Lebih2 lagi kezaliman yg mereka lakukan keatas PAS...orang PAS dan Kerajaan PAS...

Anonymous said...

Salam 4 all,

Satu cabaran oleh penulis kapada Pas
Pahang yang ketuanya Tuan Ibrahim...
Tuan Ibrahim anak sudara kapada istri Nik Aziz.....Nik Razi adik Nik
Aziz ,belajar di India dan buat MA
di Azhar...macam Nik Aziz juga....

Nik Aziz Mursudul Am Pas sangup kawan
dengan Iblis....dan kata Allah gedibing....mencarut.Nabi masa kecil sama saja dgn Mamat2 Kota
Baru,,,,,.

Nik Razi AJK Pas Pusat, baru tunjuk taring dan warna yang sebenar dengan do'a yang sangat
pelik....ko....ko...ko,. Ramai ORANG PANDAI AGAMA sesak napas .
Para Malaikat terkeranjat beruk,
sebab tak tahu nak letak difail
mana,sebab tak pernah berlaku dizam Nabi dan sahabat serta tabiin,,,,.Yang pasti Iblis melumpat riang kerana ajaranya
diikut sunguh dan dipertahankan
dengan berbagai hujuh dan dalil
songsang dan mengatakan tidak salah,,,,.

Anonymous said...

Salam,pedulikan apa yg wzwh tulis tentang Jerantut kerana hanya org Jerantut yg tahu apa yg berlaku di Jerantut. Terlalu banyak pengkhianatan terhadap MELAYU di Jerantut. Terlalu banyak utk disenaraikan, datang dan lihat sendiri. Ibarat "mulut di hulur pisang, jubur dikait duri".Selagi puak-puak ni tak diberi pengajaran selagi itulah Melayu akan ditipu...dan terus ditipu....sampai matipun akan terus ditipu.

Anonymous said...

Anon 8:19pm
Saya merasakan awak mengunakan angkatunjuk Sabah dan Sarawak bagi membandingkan kemajuan Jerantut. Jika begitu tahap kemajuan yg mahu dicapai oleh Jerantut ianya sangat rendah kerana ia setakat Klinik 1M sahaja.

Apalah yang boleh dihebatkan dengan Klinik 1M. Ia seolah-olah berpuas hati mendapat rumah pangsa RM30 ribu sedangkan orang lain beratur panjang untuk membeli rumah berharga RM700 ribu.

Terlalu rendah standard orang Jerantut dan sungguh mudah memuaskan kehendak mereka. Perbandingan yg dibuat ialah pendalaman Sabah dan Sarawak dan hasilnya mestilah Jerantut hebat.

Projek caviar? Projek lembu pun bungkus nak buat projek caviar pulak. Saya percaya lebih 90% rakyat Jerantut tak pernah dengar pun perkataan caviar. Terlopong mulut mereka dengar perkataan tu.
Projek mengarut ni terlalu besar bagi Jerantut untuk menghadamkannya. Mendengar nama projek tu pun boleh muntah.

Klinik 1M dikira tidak ada apa2 yg berlaku oleh rakyat diluar Jerantut menakala projek caviar terlalu power untuk Jerantut dan ditertawakan orang2 luar Jerantut.

Saya kesian ngan org Jerantut.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:42,
WZWH difahamkan Projek Caviar bernilai RM600 juta. Satu FDI dari luar negara menggunakan teknologi German. Tanah yang dimohon palabur ini cuma 4 ekar saja dan kolam dibuat bangunan bertingkat-tingkat. Lokasinya di Perlok Mukim Ulu Cheka Jerantut. Kesesuaian iklim Perlok dikaki Gunung Benong dan air anak sungai yang dirawat telah diuji oleh Saintis German. Rakyat tidak perlu risau dengan pelaburan dari FDI ini kerana ianya bukan seperti Projek Feedlot yang guna duit kerajaan RM300 juta.

Kelulusan projek-projek
infrastruktur di Jerantut samada yang telah diluluskan, sedang dan akan diluluskan mencecah lebih RM1 bilion. WZWH positif dengan perkembangan kemajuan progres pembangunan Jerantut.

Anonymous said...

tuan guru nak sambong jalan ke... nak jadi kontrator jalan ke....
ye ke...

Kutukandewata said...

ANON YANG AJAK AHLI UMNO SOKONG PAS,

kita orang bukan tak mahu masuk pas.

kalau 3 juta ahli umno masuk pas gerenti pemimpin pas dalam bahaya.

sudah tentu najib akan jadi presiden pas.nik aziz akan kalah.fathul bari akan jadi mursidul am pas yang baru.

natijahnya, peristiwa ketua dewan ulamak umno allahyarham ahmad fuad keluar umno dan tubuh pas akan berulang.

ahmad fuad kalah kepada tunku rahman dalam pemilihan yang di pertua UMNO.bila kalah beliau tubuh PAS.

nanti nik aziz nak tubuh parti apa pulak bila PAS dikuasai orang UMNO???

nak tubuh parti kukeciwa kot!

Anonymous said...

syaitan yg di kenali mana mungkin akan join malaikat yg tidak dikenali...mengarutla KD ni...

Kutukandewata said...

kah!!!kah!!!kah!!!

anon 7.55pm,

masalahnya malaikat yang tak dikenali ni suka kawan dengan pejuang pluralisme,libralisme,pejuang lgbt,pejuang murtad ambabiga dan nurul izzah.mungkinlah malaikat ini ketua malaikat yang membenci adam dan di buang dari syurga terus jadi iblis!!!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024