Blog MuaraSat telah publish surat terbuka kepada MB Pahang berkenaan projek pembangunan bandar baru Jerantut oleh Grandmas di atas tanah seluas lebih kurang 15 ekar di bandar baru Jerantut yang di dalamnya terdapat stesen bas lama, pasar lama, dataran majlis, kawasan pasar malam sekitar pasar, tanah tapak ekspo dekat Tok Kong China dan lain-lain sekitarnya.
Tanah tersebut telah diluluskan kepada Syarikat Grandmas Sdn Bhd sejak tahun 2001 lagi. Ini bermakna Grandmas telah rugi 9 tahun masa kerana tidak dapat membangunkan tanah tersebut yang sepatutnya telah siap projeknya.
Pelan pembangunan telah diluluskan. Antara cadangan pembangunan;
- Stesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan ke bawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi
- Stesen bas baru akan dibuat tiga tingkat. Bahagian bawah adalah hentian bas. Tingkat dua dan tiga lot-lot perniagaan untuk peniaga kecil dianggarkan 160 orang peniaga boleh dimasukan. Semua peniaga-peniaga kecil yang bertaburan dalam bandar Jerantut akan dikumpul sekali di situ. Gerai-gerai mereka dipersekitaran itu akan diroboh dan diganti dengan bangunan kedai mewah
- Dataran Jerantut di hadapan bangunan pejabat Majlis Daerah Jerantut sekarang akan dimusnahkan untuk pembangunan The Mall.
Blog MuaraSat tidak bersetuju dan mahu MB membatalkan projek tersebut atas alasan isu pemilikan kedai-kedai yang mahal harga tidak mampu usahawan Melayu membelinya. Jika MB mahu teruskan juga projek pembangunan tersebut, Blog MuaraSat mencadangkan;
- Setesen bas hendaklah dikekalkan di lokasi sekarang.
- Dataran Majlis jangan dimusnahkan.
- Tidak mengurung peniaga-peniaga kecil melayu seperti reban ayam daging. Biar mereka berniaga dibanyak lubuk. Gerai-gerai harus menjadi sumbangan syarikat itu.
- Kedai-kedai yang diluluskan bangunannya jangan lebih dari dua tingkat untuk memberi peluang mampubeli orang melayu.
- Pembangunan mengikut fasa-fasa dalam tempuh tidak kurang 10 tahun.
Antara isu dan masalah lain yang dibangkitkan oleh blog MuaraSat;
- Dewan perniagaan Cina Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya setesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan ke bawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi sekarang supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan di tempat lama.
- Rakyat Jerantut sudah mula bising dengan pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut. Ura-ura akan diadakan demonstrasi besar-besaran di tempat itu nanti jika diteruskan.
Tentu pembaca mahu tahu pandangan WZWH oleh kerana WZWH telah memberitahu sedikit sebanyak tentang latar belakang projek pembangunan bandar baru Jerantut oleh pemaju Grandmas.
Kerajaan negeri Pahang telah meluluskan sebidang tanah lebih kurang 15 ekar kepada Grandmas Sdn Bhd. Bersesuaian dengan Dasar Pensyarikatan Malaysia maka pemaju swasta digalakkan memajukan bandar baru Jerantut dengan membina kemudahan prasarana dan bangunan kedai untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Jerantut. Bandar Jerantut menjadi bertambah cantik. Jangan lupa bandar Jerantut ialah bandar hub eko resort.
WZWH difahamkan pemaju Grandmas pada mulanya mahu mencadangkan pembinaan 'service apartments' setinggi 11 tingkat tetapi pelan pembangunan tidak diluluskan kerana dikatakan tidak sesuai dengan Jerantut. WZWH pun tidak faham kenapa tidak lulus sepatutnya pihak jabatan kerajaan yang berkenaan sokong bina lebih tinggi lagi!
Dari pandangan politik WZWH nampak ada empat golongan yang terlibat. Golongan Cina dan Melayu yang mahu membina projek ini dan golongan Melayu dan Cina yang menentang projek ini.
Jika kerajaan negeri tangguh projek ini, kemungkinan besar BN akan kehilangan sokongan keempat golongan ini- situasi rugi-rugi.
Jika kerajaan negeri sokong projek ini dan sememangnya dari segi undang-undang sebidang tanah itu telah diluluskan kepada pemaju Grandmas maka kerajaan negeri perlu menyokong projek tersebut kerana Dasar Pensyarikatan Malaysia, dasar penswastaan. Maka situasinya menang-rugi.
Tapi WZWH tahu cara macamana kerajaan negeri boleh menjaga golongan Melayu dan Cina yang menentang projek ini.
Berkenaan isu Dewan perniagaan Cina Jerantut seramai 300 orang telah membantah supaya stesen bas yang dalam cadangan akan dipindahkan ke bawah bukit berhampiran Tok Kong China dekat pasar babi sekarang supaya tidak dipindahkan dan dikekalkan ditempat lama. Hal ini boleh diselesaikan. WZWH cadangkan ADUN Damak supaya mencadangkan kepada kerajaan negeri agar pasar babi itu dipindahkan ke Sungai Jan. Tidak menjadi masalah. Itu penempatan ramai orang Cina.
Berkenaan dengan isu Rakyat Jerantut sudah mula bising dengan pemusnahan kawasan dataran lapang tersebut. Ura-ura akan diadakan demonstrasi besar-besaran di tempat itu nanti jika diteruskan. WZWH difahamkan mengikut pelan pembangunan terbaru Grandmas, kawasan dataran lapang itu tidak disentuh bahkan akan diperindahkan lagi.
Mengenai isu pemilikan kedai-kedai oleh usahawan Melayu Bumiputera, WZWH tertarik dengan komen seorang pembaca;
oRang kAmpong said...
Bukan semua melayu tak mampu beli mungkin ada juga melayu yg mampu tapi jgnlah bg lot yg memang takada komersial valeu.contohnya lot belakang.lot depan dgn end lot bg ke kroni utk di sewakan mamak nasi kandar.rasanya kemampuan individu mungkin terhad tapi kwn percaya kerajaan negeri akan mengarahkan badan2 kepentingan melayu utk membeli dahulu bg pihak melayu.yg selalu di praktikkan ditempat lain badan2 kepentingan melayu ni xd hanya dpt lot belakang yg tak berapa komersial.kwn rasa lg utk melayu memiliki aset sebegini mungkin tak timbul masaalah sgt sekiranya badan2 yg di amanahkan menjaga kepentingan melayu ni xd bertindak secara profesional maksudnya dia blh berfikir dan bertindak mcm org niega betoi.kesimpulannya pd penulis semua org syg pd bangsa melayu.klu kita xbuat sekarang kita nak tunggu bila lg.xkan nak halang kemajuan pulak.awak rasa org melayu xblh beli org lain rasa pulak mungkin dia blh beli.kwn ada sorang kwn melayu org Jerantut dia ada 2 biji kedai di Sg Petani.tempat org tu wehhh.November 13, 2010 5:22 AM
Apa-apa pun pemaju Grandmas mesti bentang satu presentation yang baik kepada MB. Grandmas perlu cerita bahawa kesemua 160 peniaga kecil itu bersetuju untuk pindah, harga-harga kedai-kedai yang berpatutan dan kebaikan-kebaikan projek pembangunan bandar baru Jerantut itu kepada MB. WZWH percaya MB boleh memahami, menerima dan menyelesaikannya.
Dalam posting WZWH yang lepas berkenaan Pembangunan Pinggir Bandar Suburban Jerantut, WZWH menceritakan Jerantut adalah sebuah bandar yang ada jalan kereta api di tengah dan pinggir bandarnya. Di pinggir bandar Jerantut ada banyak tanah-tanah orang kampung yang kalau dimajukan boleh bukan sahaja menambah nilai harga tanah tersebut tetapi menjadikan bandar Jerantut lebih besar dan cepat membangun-"Greater Bandar Jerantut".
Tapi malang tidak ada "accessibility" atau jalan ke kawasan pinggir bandar ini kerana jalan kereta api yang sedikit sebanyak menganggu keluar masuk pengangkutan maka sebuah flyover perlu dibina mengatasi masalah.
Dua flyover telah diluluskan di pinggir bandar Jerantut. WZWH tidak mahu dedahkan lokasi-lokasinya kerana biar DS Najib yang umumkan secara rasmi.
Flyover A sedikit dalam kawasan DUN Tahan dan banyak dalam DUN Damak. Nilai projek flyover A ialah RM68 juta. Telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan.
Flyover B dalam DUN Damak. Nilai projek flyover B ialah RM120 juta. Telah diluluskan oleh Putrajaya.
WZWH mahu rakyat Jerantut bayangkan jika projek-projek flyover A dan B ini siap maka Jerantut akan lebih maju, membangun dan boleh menjadi "Greater Bandar Jerantut". Inilah agenda yang lebih besar orang Jerantut perlu fikirkan.
14 comments:
Bagaimana dengan peniaga kecil-kecilan? Mengapa LKNP tak bangunkan? Dengar cerita kerakusan, ketamakan tauke ini hingga kan 410 tu pun dia nak ambil. Perumahan Inderapura pun dia nak, macam mana? Melayu bukan nak kaya, tapi jangan sampai tak boleh cari makan. Siapa yang dah dapat duit hasil projek yang belum jalan ini? Siapa jadi barua nya? Jual, gadai, tamak, haloba, rasuah, segala macam kemungakran di sebalik projek ini WZWH kena selongkarkan, kalau tidak WZWH di tuduh ada kepentingan. Dengar syarikat tu nak mintak kurangkan bayaran ke MDJ, tak cukup duit. Ali Baba jawabnya mahal lah bangunan itu. AJK DUN Damak lah ni tak buat kerja, dah tanah lepas ke orang lain. Kalau jadi projet ni, PRU 13 alamat BEBAS lah yang memerintah, hidup ZAHAR GEMOK
Kemajuan yang dah ada pun tak terurus, MDJ tak payah lah nak berangan besar. Selesai kan masalah Alam Flora dulu.
MB dah nak berhenti, tengah mengumpul lah ni.
Siapalah ya melayu yang tikam orang melayu ini ya?
Harga kedai di Jerantut untuk Bumiputera lebih tinggi dari bukan Bumiputera tau
Gaya nak jadi juara rakyat tapi jadi buaya rakyat..
Tulis panjang2, byk2, fakta berat2 tapi kalau pembaca 19 org jer(masa komen ni dibuat) buat apa?
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
salah siapa? MB,YB,AHLI MAJLIS...semue tidor belaka..dapat komisien kenyang perut.. ,YB,Hj Rosdi.Dr sukri..Mat Tupai..HALIM CHAP(ROTI)..dan ader 2-3 Org lagi..memang dah sifat org melayu begitu, biar tanah tergadai,janji deme senang..peduli apa org lain..
Harapkan DUN DAMAK die pun ader syer jugok doh macamne..tunggu dan lihat saja laa deme..
jangan dibangga dengan projek mewah kalau akhirnya menjadi projek gajah putih.
apa gunanya kalau duit dibazirkan berjuta ringgit sedangkan kalau nilai itu digunakan untuk membangunkan kampung pendalaman adalah lebih baik.
harus difikir juga dimana letaknya peniaga melayu yang tidak berkemampuan. Sejarah sudah membuktikan ramai peniaga melayu yang akhirnya gulung tikar akibat projek mewah.
Kalau tak percaya saudara pergilah ke KLCC dan alamanda putrajaya. Saudara bilang lah sendiri berapa orang peniaga melayu disana.
Di Bentong ini juga ada dua projek gajah putih. Satu darinya telahpun dirobohkan. Dengar khabar kerajaan negeri "terpaksa" mengeluarkan belanja sebanyak RM500 ribu untuk merobohkan semula bangunan yang menjadi projek gajah putih.
Tinggal satu lagi di tengah bandar. Saudara sendiri boleh melihatnya di sebelah bangunan Maybank Bentong.
Bangunan itu tidak mempunyai penyewa dan terbiar. Bukan kerana sewa mahal tetapi tempatnya yang tak kena tempat.
Untuk membangunkan sesuatu projek, bukan hanya dilihat sama ada ianya tidak membebankan orang lain tetapi juga harus dilihat sama ada ianya keperluan ataupun tidak.
tu lah perangai unmo....jual tanah pada org cina...lepas tu konon2 buat bising.....
yg bersalah ada lah dr ahmad shukri, hj rusdi, rahmat yusof, sb mereka ni lah yg menjual melayu jerantut, inilah 3 puaka jerantut.
hj rusdi kepala alangnya,
ahmad shukri yg lulus ke cina
rahmat yusof jadi pencacai terima duit dari cina
mb pulak makan separuh dari hasil dr shukri.
mampus gitu lah org melayu jerantut.
hohohohoho
Salam tuan WZWH & Sema2...,
Projek Pembangunan Bandar Baru Jerantut-Grandmas Affair
Bhg. 1
Akurk nork berkicerk pulitik gatek…
Sesiapa pun tidak menafikan orang politik ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan pemimpin kerajaan. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau wakil rakyat sekudus ahli syurga yang cuba hendak menolong masyarakat? Apakah wakil rakyat tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik yang baru setahun jagung memang diketahui umum. Kalau wakil rakyat umpama malaikat Subuh pasti masyarakat tidak menecemuhnya. Sejahat-jahat pengundi tentulah wakil rakyat lebih jahat dari pengundi. Dijanji dengan seribu janji dihampakan dengan satu penipuan.
Selepas wakil rakyat “arwah” terdahulu tidak terpilih, legasi baru mula memperkukuhkan pengaruh mereka. Satu sahaja kehebatan wakil rakyat baru ini untuk pengetahuan semua..., dia akan membina pengikut2nya menjadi kaya dan mewah sepertinya. Bukan sekarang, dia melaksanakan ini sewaktu mungkin sebagai pegawai kerajaan, ajk parti yang telah sibuk memperomosi diri dengan bercakap kadang2 macam orang tak siuman. Sedikit demi sedikit pengikutnya bertukar watak dari manusia biasa2 menjadi luar biasa, kaya dan bergelar usahawan dan kontraktor berjaya. Itu kehebatan wakil rakyat. Dari hari ini, wakil rakyat ini amat kuat dan senang kerana sedang dipagari konkrit yang kukuh. Pengaruhnya kuat, cuma dikeliling pinggang kerana “makan ditangan” yang pak turut musykil hampa. Kalau dia tidak punya 'fulus' maka itu bukan perkara besar lagi kerana bala tenteranya bila-bila masa sudi 'menderma'.
Pang5 Banir, menyorot kenyataan sebenar...
Projek Pembangunan Bandar Baru Jerantut-Grandmas Affair
Bhg. 2
Akurk nork berkicerk pulitik gatek…
Demi kekal lama sebagai wakil rakyat, jarang yang sanggup memberi kekayaan utk pengikutnya kecuali memberi secara gantung [tidak lepas semua takut akan lawan tokey] alangkah baiknya tidak begitu, dia terus menolong dari segi suara untuk mendapat kepercayaan daripada pengundinya dan juga anak buahnya. Dan hari ini ada yang asalnya anjing kurap, kucing berkudis buta suatu masa dahulu, kemudian menjadi kaya, pernah ada kuasa dan kedudukan hari ini ada yang menentang, namun rela dan redha dgn apa jua jasa yg pernah dia hulurkan. Mereka yang diumpamakan melepaskan anjing tersepit itu galak menyalak, namun anjing menyalak bukit, apa kesannya. Namun bukit jika runtuh, jadilah bangkai sehingga apa juga langau tidak mahu mempedulikannya lagi. Politik songsang ini, percayalah tidak kekal lama. Konkrit pun juga akan terjerlus, fenomena ini berlaku tanpa rasa belas kasihan.
Empayar konkrit berlandaskan empayar ekonomi dari dua kumpulan ini, kaki pun tak jejak dibumi lagi. Segala urusan banyak dihabiskan di Kuala Lumpur, itupun paling selekeh. Kalau nak kelas sedikit pergi ke Medan, Bangkok, Melburne, lagi kelas ke Eropahlah. Semuanya urusan perniagaan, tapi hakikat adalah menjauhi rakyat. Sejak akhir2 ini, nama-nama besar dalam bidang perniagaan yg berasal dari tanah kelahiran sudah rujuk semula dengan yang hampir tinggal nyawa2 ikan, itupun kelibatnya dulu tak lebih sebagai pengampu. Mungkin sifatnya yang mengamalkan politik berbaik-baik sudah menarik dan melembutkan hati musuhnya.
Pang5 Banir, menyorot kenyataan sebenar...
Salam tuan WZWH & Sema2...,
Projek Pembangunan Bandar Baru Jerantut-Grandmas Affair
Bhg. 3
Akurk nork berkicerk pulitik gatek…
Bekas wakil rakyat terdahulu, apabila nama disebut2 di dalam beberapa blog mula menconget ekor. Tapi dia merasakan sebagai “new comer”, tapi kalau ingin comeback akan melalui jalan sukar jika ingin bergelar pemimpin utama UMNO, tetapi kalau untuk mengalahkan calon-calon UMNO dalam PRU untuk Jerantut dan DUN Tahan, rasanya datuk2 yang setengahpun bersatus “ori datuk” mmg tidak mampu kerana musuh UMNO dan setiap satu undi termasuk projek silang, selain musuh dari PR, ada juga musuh dalam selimut...!!!
Pemimpin ini, hanya punya kuasa dan kekuatan untuk UMNO bahagian sahaja namun untuk menang pilihanraya... bukan calang2, budaya politik Jerantut sudah ada raja cah keting dalam menentukan pemilihan calon dan pilihanraya... dan selamanya. Pemimpin politik sedemikian diibaratkan “berhilir rakit tidak berdaya berpatah mudek”
Di suatu sudut atau pun korner lot, selalunya yang berlonggok di sini kesemuanya penyokong Umno atau mereka yang bertaukehkan kepada politician Umno. Puak PR tidak berlonggok di sini. Bagaimana pun kalau didengar percakapan mereka, kebencian dan kemarahan meluap2 mereka kepada Umno melebehi atau lebih zalim dari kemarahan broker PR. Misalnya seorang pelanggut bergelar prof terang-terang membayangkan nasib Umno dalam pilihan raya ke-13 kelak akan jadi macam pisang abu.
Tahu, pisang abu, pisang hutan yang rasanya kelat tetapi sedap kalau direbus, maupun dibakar ataupun digoreng. Katanya, kalau tidak percaya sama-sama kita tengok nanti, Umno akan jadi macam pisang abu. Semua orang sudah tidak mahu kepada Umno. Yang bercakap mahu kepada Umno hanya semasa berada di dalam Dewan Merdeka, itu saja. Tunjuknya, ke arah bangunan PWTC tempat Umno berhimpun yang jaraknya hampir 300 kilometer dari stesen politik itu.
Sekarang ini, hal banjir pun masing2 nak politikkan. Sepatutnya masing2 cari jalan macam mane nak kurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda di musim tengkujuh ini. Kita lihat ...
Pang5 Banir, menyorot kenyataan sebenar...
Post a Comment