Wednesday, October 24, 2012

Buka Hatimu...Bukalah Sedikit...Untukku...



Aku telah mengikuti semua...
Buka hatimu...bukalah sedikit...
Berbagai cara dan kempen telah aku lakukan...
Hingga aku mengorbankan hidupku...
Buka hatimu...bukalah sedikit...untukku...
Ikut aku sokong...
Buka hatimu...bukalah sedikit...

24 comments:

Anonymous said...

Apabia Soi Lek terang2 mengina Hudud bermana beliau sebenarnya menghina Islam dan Melayu...

Terima kasih Soi Lek. Kamu menjadi asabab kepada terbukanya hijab dihati ku bahawa mengundi MCA bermakna menyokong apa yg diungkap oleh Soi Lek.

Selama ini aku tidak berbelah bagi utk menyokong MCA walaupun aku tahu kebanyakkan kawasan yg MCA bertanding adalah di kawasan majoriti Melayu dan parti yg MCA tentang adalah parti bangsa ku Melayu dan Parti agama ku Islam.

Mungkin hari ini juga aku akan dapat menyaksikan Ustaz2 UMNO bersyarah bahawa yg menyebabkan MCA bertindak sedemikian rupa adalah kerana PAS. "PAS gagal berbaik dgn UMNO", kata mereka.

Namun, aku sedar yg menjadikan MCA naik tocang adalah kerana kamu UMNO yg suka memberi muka kpd mereka. Kamu gagal mentarbiyah orang Cina walau pun kamu telah berkawan dgn mereka lebih 55 tahun.

Aku sedih tetapi gembira. Aku sedih kerana betapa dahasyatnya MCA menghina agama ku dan gembira kerana Allah telah membuka hatiku untuk tidak mengundi MCA dan UMNO dalam PRI 13 nanti.

Terima kasih Wan kerana menyedarkan aku. Sukran.

Kampong man said...

Salam semua,

Sdra Anon 8:17,

Kampong man memang colour blind.Apabila kaum majoriti berbalah dan berpecah belah saperti sekarang kaum minoriti demi kuasa kaum minoriti bersatu mempertahan hak mereka walaupun berbeza ideologi.

Terima kasih DSAI dan penyokong melayu dalam DAP.Apa susah sangat kah berbaik baik UMNO dan PAS ?.Apa terlalu gharah dengan ABU ? sedangan kamu semua tahu tidak mungkin PAS boleh menggantikan UMNO dalam masa dua tiga pilihanraya mendatang .Anda mempunyai dua pilihan memilh UMNO atau DAP sebagai parti tunjang dalam BN atau PR.Kita lihat nanti ya.

@Tak tahu pulak Wan dari Jerantut minat muzik.
Anda mungkin boleh lihat di utube perasaan dan harapan saorang ayah yang tua pada anaknya dimana kita semua akan melalaui sekira dipanjangkan umur a letter from mom and dad :

"A Parent's Love- I cried after watching this.."

Mungkin ini yang terbaik untuk ayah dan ibu kita dan juga pada anak anak Kamping man.I love you all.Salam hormat dan Selamat Aidul Adha.

Anonymous said...

Percubaan Lim Kit Siang untuk memecahbelahkan umat Islam dengan berdegil ingin memaksa tafsiran Negara Sekular terhadap Malaysia meletakkan PAS di dalam dilemma.

Konon, Kit Siang ingin menimbulkan keraguan umat Islam terhadap UMNO dengan mengulangi kenyataan Tunku Abdul Rahman bahawa Malaysia adalah Negara Sekular. Namun, Kit Siang lupa bahawa Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib telah menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam.

Justeru, jika kenyataan seorang Perdana Menteri perlu diambil kira, kenapakah kenyataan tiga Perdana Menteri lain perlu ditolak?

Lagipun, apakah sesebuah konsep pentadbiran itu boleh dijelaskan dengan hanya satu kenyataan? Sedangkan, yang lebih penting dalam menerangkan konsep pentadbiran adalah dengan melihat kepada perlembagaan serta landskap kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Malaysia adalah Negara Islam berdasarkan hakikat ianya diperintah oleh pemimpin Islam yang tidak menyeru kepada maksiat dan perlembagaan yang tegas mendaulatkan Islam serta kehidupan masyarakat yang bebas beribadah tanpa sekatan. Malaysia juga telah menjadi Negara Islam contoh dan ini diiktiraf sendiri oleh Ulama-ulama tersohor dunia termasuk Syeikh Yusuf Al-Qaradawi.

Maka, bagi Kit Siang menafikan negara ini sebagai Negara Islam menyerlahkan kesungguhan beliau menentang Islam dan ingin mendirikan Negara Sekular.

Persoalan yang timbul dari tindakan Kit Siang ini ialah, apa kata PAS?

Apakah Kit Siang membangkitkan soal ini kerana ingin membantu PAS membina Negara Islam yang sebenar?

Tentu sekali tidak, kerana diketahui bahawa Kit Siang dan DAP sentiasa konsisten, terbuka dan tegas menolak sebarang usaha membentuk Negara Islam.

Tidak mustahil Kit Siang sekadar ingin menguji di mana pendirian PAS dalam hal ini. Apakah PAS akan membela kenyataan Kit Siang dengan turut mengakui negara ini adalah sekular atau sebaliknya?

Jika ya, apakah PAS akan berikrar untuk mendirikan Negara Islam yang sebenar yang dikatakan tidak mampu dibuat oleh UMNO, atau apakah PAS hanya akan akur dengan DAP untuk memastikan negara ini kekal sebagai Negara Sekular?

Seperti yang dijangka, PAS hanya berdiam diri bimbang tersalah cakap dan ditengking oleh DAP. Sudahnya, PAS hanya mampu bersetuju dengan DAP bahawa negara ini bukan Negara Islam tetapi PAS tidak mampu untuk menolak perjuangan DAP untuk memastikan negara ini menjadi Negara Sekular.

Kini jelaslah bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, Kit Siang akan memastikan bahawa perkara pertama yang akan diisytiharkan oleh kerajaan PR ialah berkenaan Malaysia bukanlah sebuah Negara Islam.

Berikutan itu, maka 4 tonggak utama perjuangan DAP akan dilaksanakan sejurus PR mengambil-alih iaitu ‘menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu’ sekali gus ‘Rejimen Askar Melayu DiRaja’, ‘menghapuskan hak istimewa bumiputera’ dan ‘membuang Islam sebagai agama rasmi negara’.

Bagi mereka-mereka yang naif dan jahil tentang politik DAP, mungkin tidak tahu bahawa keempat-empat ini adalah objektif utama penubuhan dan perjuangan DAP sejak dahulu sehingga kini dan selamanya.

Justeru, dengan tindakan PAS yang berdiam diri apabila DAP memperjuangkan Negara Sekular, maka tidak salahlah jika kita berkata yang PAS juga telah bersedia mendokong matlamat perjuangan yang sama dengan DAP. Jika masih ada umat Melayu yang mengundi PAS, maka ketahuilah bahawa anda sedang membantu menghapuskan kedaulatan Islam di bumi sendiri

Anonymous said...

KARPAL KO TAK TERBUKA HATI LAK??

Anonymous said...

ika dirujuk kepada Resolusi 2.3 yang diluluskan para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59 pada 21 Oktober 2012 berkenaan aspek hudud dalam undang-undang jenayah Islam menyebut “The General Assembly condemns DAP for misleading the Chinese community on PAS’s hudud laws, paving the way for the implementation of PAS’s agenda in Malaysia.”

Dalam kenyataan di atas jelas MCA bukan menentang hukum Islam (Hudud), tapi Hudud versi PAS yang tercetus atas kepentingan politik semata-mata.

Tiada alasan untuk MCA merasa takut atau tertekan, apatah menentang perlaksanaan 'Hudud PAS' kerana draf Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang disusun oleh PAS menyatakan ORANG BUKAN ISLAM tidak termasuk dalam perlaksanaan undang-undang ini.

Anonymous said...

WZWH dan Pembahas,

Sebagai satu pencerahan, politik dan undang-undang adalah dua perkara yang berbeza.

Dari segi undang-undang, mahkamah( tak pasti mahkamah rayuan atau Federal) telah membuat penghakiman bahawa MALAYSIA ADALAH NEGARA SeKULAR BERDASARKAN PERLEMBAGAAN. Panel hakim-hakim yang membuat penghakiman itu diketuai oleh KETUA HAKIM NEGARA, Tun Salleh Abas.

Keputusan inilah yang muktamad. Jadi kalau sesiapa yang agak lagi bijak dan terrer, pi cabar keputusan ini di mahkamah. Tetapi kalau keputusan diatas dibuat oleh Mahkamah tertinggi ( dulu dipanggil Mahkamah Agung, sekarang mahkamah Federal), sori le, keputusan itu muktamad.

Jadi, apa-apa pengisytiharan yang tidak berdasarkan undang-undang di negara ini,tak muktamad, apatah lagi atas asas politik. contohnya Pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam oleh TDM dulu, tidak membatalkan keputusan mahkamah yang saya sebutkan diatas.

jadi tak payah le sesiapa nak tegak benang basah. Pi ubah dulu kat mahkamah. Pi failkan satu permohonan judicial review ke kat mahkamah untuk dapat pengistiharan yang dikehendaki.

anon 5:05

Anonymous said...

WZWH dan Pembahas,

Sebagai satu pencerahan, politik dan undang-undang adalah dua perkara yang berbeza.

Dari segi undang-undang, mahkamah( tak pasti mahkamah rayuan atau Federal) telah membuat penghakiman bahawa MALAYSIA ADALAH NEGARA SeKULAR BERDASARKAN PERLEMBAGAAN. Panel hakim-hakim yang membuat penghakiman itu diketuai oleh KETUA HAKIM NEGARA, Tun Salleh Abas.

Keputusan inilah yang muktamad. Jadi kalau sesiapa yang agak lagi bijak dan terrer, pi cabar keputusan ini di mahkamah. Tetapi kalau keputusan diatas dibuat oleh Mahkamah tertinggi ( dulu dipanggil Mahkamah Agung, sekarang mahkamah Federal), sori le, keputusan itu muktamad.

Jadi, apa-apa pengisytiharan yang tidak berdasarkan undang-undang di negara ini,tak muktamad, apatah lagi atas asas politik. contohnya Pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam oleh TDM dulu, tidak membatalkan keputusan mahkamah yang saya sebutkan diatas.

jadi tak payah le sesiapa nak tegak benang basah. Pi ubah dulu kat mahkamah. Pi failkan satu permohonan judicial review ke kat mahkamah untuk dapat pengistiharan yang dikehendaki.

anon 5:05

Anonymous said...

Malaysia Is Not, And Has Never Been, A Secular State

Aiman Amani – Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said that MALAYSIA has never been declared a secular nation and the Federal Constitution made no mention of the word ‘secular’.

He was replying to John Fernandez, Seremban’s Member of Parliament from the DAP party (DAP-Seremban), who wanted to know if Malaysia was a secular state based on a Supreme Court decision in 1988.

Nazri said the position of Islam as a federal religion was also noted in several provisions under the Con­stitution, which include the development and propagation of Islam amongst Muslims and that civil courts had no jurisdiction over the powers of Syariah courts.

“There is also the oath taken by the Yang di-Pertuan Agong under Sche­dule Four to preserve Islam at all times,” he added.

Based on Article 162 of the Constitution, Nazri noted the 1988 Supreme Court’s decision in Che Omar did not declare the country as a secular nation although secular laws were used.

He also noted the words used in context of Article 162 referred to laws that were passed prior to Independence and were stated as ‘existing laws’ rather than ‘secular laws’.

This is not the first time the issue had been brought up. The members of the opposition parties had always claimed Malaysia to be a secular nation despite that in the Article 3 (1) it had been clearly stated that Islam is the Religion of the Federation.

Since the definition of secularism itself is the ‘indifference to or rejection or exclusion of religion and religious considerations’, it is impossible to say that Malaysia is a secular country when it has already been stated in the Constitution that ‘Islam is the religion of the Federation’. Thus this is contrary to popular belief that Islam is simply the ‘official religion’ of Malaysia which it is only subject to ritual and ceremonies.

Uncle Haji Mahamad Naser Disa of the Federal Territories Islamic Religious Council legal bureau and Uncle Azril Mohd Amin of the Muslim Lawyers Association of Malaysia had numerous times spoken to clarify this matter (see:Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam by Uncle Naser Disa). Uncle Zainul Rijal, president of the Muslim Lawyers Association of Malaysia had recently written an article on the place of Islam in the Constitution which was published in The Malaysian Bar and Utusan Malaysia.

He wrote that according to the experts of the Constitutional Law of Malaysia, there are seven main factors which formed the backbone of the Federal Constitution, the first one being Islam as the religion of the federation, and that each of them cannot be eroded from the Constitution. In fact, all of these seven factors should to be defended by all parties, be it a leader or even the ‘rakyat’ themselves. (read more here: Kedudukan Islam)

Despite this fact, the Democratic Action Party wrote in its manifesto (on the DAP Website: Vision & Mision): “DAP remains unswerving in its commitment that Malaysia shall remain as a democratic, secular and multi-religious nation.” One may question why the leaders of the opposition parties insist on claiming Malaysia is a secular nation. The way I see it, this is their dirty tactics and ploys in order to achieve their goals; to dethrone Islam of its place in the federation and to declare Malaysia as a secular country like Singapore (see Sang Saka Malaya Controversy and VideoDAP: Malay-si-a?)

Thus saying, as long as the current Constitution stands without being change, Malaysia shall remain standing as an Islamic nation whether or not it agrees DAP, PAS or PKR.

Anonymous said...

Perdebatan sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular atau Islamik berlanjutan dengan Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menganggap ianya hanyalah pergaduhan jenama sambil mengatakan sebuah negara sekular yang adil lebih baik daripada negara Islam yang mengeksploitasi agama.

Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini akan tetapi Menteri De Facto Undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Isnin lalu menegaskan di Parlimen bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana tidak pernah diisytiharkan atau disahkan sedemikian dan tidak ditulis dalam Perlembagaan.

Anonymous said...

Awak boleh namakan negara itu negara Islam tetapi awak eksploitasi Islam, untuk apa? Awak namakan negara sekular tetapi berikan hak rakyat, itu adalah lebih baik. Yang paling penting nilai-nilai yang dibawa. Orang suka eksploit jenama.

Akan tetapi, saya tidak berminat dengan istilah, saya lebih berminat dengan isi sesebuah negara tersebut,

Saya mintak kepada PAS khususnya, jangan bertelagah tentang jenama. Kita perlu fikirkan apakah keadilan sosial dapat dilaksanakan dalam sebuah negara yang berbilang kaum. PAS mendakwa Umno menggunakan Perlembagaan sekular warisan penjajah Inggeris.

Takrifan negara Islam itu ialah apabila negara itu dikuasai oleh orang beragama Islam dan sekurang-kurangnya ada sebahagian perundangan Islam (Undang-undang Syariah) dilaksanakan itu sudah memadai.

Bukti terkuat Malaysia itu adalah negara Islam apabila kita orang Islam di Malaysia menuntut Islam itu diperkukuhkan dalam negara.

Anonymous said...

pas jangan hipokrit:
1. Apa kandungan buku jingga.
MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA... ompas baca tak buku jinggaa...

UNDI PAS =UNdI CINA =UNDI SOROS

Anonymous said...

WZWH,

Sekarang kecoh pasal penghinaan kepada Islam yang dibuat oleh MCA atau CSL terutama menghina hudud.Jika diteliti dari video-video ucapan CSL menghentam hudud, jelas ia adalah satu penghinaan. Isu tindakan CSL menghina Islam i.e Hudud ini, bagi orang Islam bukan lagi menjadi isu Politik semata-mata. ia adalah isu menghina Islam tidak mengira fahaman poltik lagi!

Ibrahim Ali membela CSl dengan mengatakan penghinaan oleh CSL itu adalah merupakan satu pendangan. Pandangan kepala bapak dia. Pertama, CSL, sebagai seorang bukan Islam tidak mempunyai locus standi untuk mencampuri urusan ugama lain yang dia tak tahu dengan mendalam.

Bandingan tindakan ini ialah apabila Najib atau Haji Hadi atau Anwar( 3 tokoh ini dipilih dengan bersebab) menghina apa juga aspek ugama Budha atau ugama orang cina atau India di kehadapan audien melayu. Apakah najib, haji Hadi atau Anwar tidak mempunyai hak atau locus standi untuk menghina ugama kaum cina atau India? Ini apa yang Soi lek buat, apatah lagi untuk meraih sokongan politik dengan menghina ugama orang lain.

Kedua, CSL menghina Ugama Islam yang bukan ugamanya untuk memenangi persaingan pengaruh politik kaumnya (i.e perebutan sokongan antara MCA-DAP dlm PRU 13) yang bukanpun berteras atau berugama Islam pun! Kalau CSL ni disahkan sebagai pesakit mental, kita ada alasanlah untuk kita memaafkan beliau. Beliau siuman, beliau bijak....Ini adalah contoh yang nyata apa yang dikatakan sifat KaFIR HARBI YANG JeLAS dAN NYATA!....Bagaimana sikap kita sebagai seorang Islam tak kira PAs ke, UMNO Baru ke atau atas pagar ke?

Anon October 24, 2012 11:25 AM telah menunjukkan kedangkalan memahami isu CSL menghina Islam ini. Tindakan CSL tidak ada kena mengena dengan polimek Islam antara PAS dan UMNO baru. Jadi baik orang PAs atau UMNO baru jangan jadi bodoh berbaalah sesama sendiri. CSl menghina ugama kita semua!

Sekali lagi saya tegaskan supaya kita semua faham isu sebenar - CSL telah memangsakan Islam dengan memberi gambaran yang sengaja dipesongkan kepada kaumnya dalam berebut pengaruh/sokongan politik dengan DAP, tak ada kena mengena dengan kita yang islam nih.

Dalam hal ini, kita harus puji sikap Ustaz fathul bari jahaya, dari kem Ulamak Muda UMNO baru.

jadi kita macamana?

Kita kena ingat, baik orang PAs atau UMNO baru atau atas pagar - Pegangan Politik bukan ugama. Allah tidak menjadikan pegangan politik sebagai kriteria utama yang melayakan seseorang itu mendapat syurga atau neraka. jadi ahli PAS bukan tiket ke syurga.

perkara pertama yang dihisab agi orang islam badalah sembahyang.Sembahyang ok, barulah pahala-pahala lain dikira. Jika sembahyang ko, kebaikan setinggi gunung everest yang kita buat kat dunia ni takde makna di akhirat.

Sembahyang bermakna iman. orang yang imannya mendalam, kualiti dan nilai sembahyangnya lebih tinggi dari yang iman biasa-biasa.jadi dalam soal CSL ni, kita kena tanya dengan iman yang kita ada, baik orang PAS atau orang UMNO atau orang atas pagar.Bagaimana reaksi kita bergantung kepada iman yang kita mileki.

Saya serahkan kepada sdra-sdra ahli-ahli tegar parti politik untuk membuat pendirian. Ingatan saya, pengangan politik bukan tiket ke syurga. jadi, politik bukan segala-galanya. yang salah disisi ugama tetap salah takde tapi dan jika bial ianya terang dan jelas salah!

Anon 5:05

Anonymous said...

wzwh,

Saya sengaja tidak memasukkan isu moral CSL bila membincangkan isu diatas.

Ini agar komen saya boleh dilihat sebagai bersikap non-partisan dan lebih sebagai seorang Islam.

Jika kita babitkan isu moral CSL iaitu video lucahnya, kita akan lebih terasa terhina dan lagi marah dengan perbuatan yang disengajakan oleh CSL ini.

Dia tidak ada kredibiliti langsung nak bercakap pasal ugama, tak kiralah ugama Islam atau selainnya.

anon 5:05

Alor Tembeling said...

Maaf dulu2 lagi. Sebelum pena meleret ku pohon maaf dulu2 lagi. Ada satu hati sahaja, bukalah hati, tapi kebanyakan penyokong yang "bodoh" hatinya sentiasa terbuka. Ertinya menyokong dan penyokong kepada "hati tak terbuka". Jika nak distilahkan orang yang telah mendapat sokongan bilakah "hati mereka" terbuka. Apatah lagi jika telah berkawan dengan ramai pihak tak kiralah sama ada dengan kafir harbi ataupun zimmi, tak peduli lagi kepada penyokong dan yang menyokong. Berbalik kepada hati; Buka Hatimu...Bukalah Sedikit...Untukku..., hanyalah untuk yang tidak ada erti perkauman sahaja iaitu diantara "pelacor dengan pelanggan".

Anonymous said...

anon October 24, 2012 1:16 PM,

anda boleh sebut bermacam-macam uncle untuk backup hujah anda. Judgment yang saya sebutkan diatas masih kekal dan valid. Itulah kedudukan dibawah sistem bernegara di negara ini.

Uncle-uncle sdra boleh bagi hujah-hujah mereka, tetapi dalam sistem bernegara dinegara kita, keputusan mahkamah itu yang sah dan semua kena terima.

jadi, jika sdra tak puas hati, seperti saya cadangkan pi ke mahkamah dapatkan judicial review. Sdra mempunyai hak untuk memfailkannya.

Sehingga keputusan baru yang sah disisi undang-undang negara, keputusan mahkamah yang sedia ada ia itu MALAYSIA ADALAH NEGARA SEKULAR masih terpakai secara rasmi.


Anon 5:05

Anonymous said...

WZWH,

Dalam posting bertarikh 22/10/2012 dibawah tajuk "Bekerja Kuat Politik Seolah-Olah Esok Pilihanraya"

saya petik nukilan berikut:

"UMNO mahu jaga agama, bangsa dan tanahair. Sebab utama semua pemimpin UMNO dan pengikut UMNO mahu berpolitik diredai Allah sebab mahu masuk syurga."

Now, pembuktian pertama perlu ditunjukkan oleh WZWH dan UMNO dalam kes MCA/Chua Soi Lek.

Jadi, what's ur take and stand on this issue? Silence bermakna setuju dengan Chua Soi Lek, tidak begitu kelazimannya?

Najib, Jamil Khir masih lagi berdiam diri. Najib patut menjelaskan pendiriannya kerana beliau berada diatas pentas yang sama dengan CSL.

Anon 5:05

Anonymous said...

Kampung Man Salam,

You might want to listen to Boyzone Father & Son. My elder brother, who is an IT engineer in Canada and I were raised to be respectful whereby we are judged by our character, tenacity, loyal multiracial friendship and diligence by our color blind parents. There are too few of you in the y gen, that's all I can say. We never knew racism hence it is terribly shocking to see what has become to our nation. Never good enough to be accepted. Never want to say much anymore. No point. Salam bro. Terima kasih.

Anonymous said...

Sahabat ku Kampung Man,

Kita bercakap soal real politik. Jadi, kalau kita berbicara real politik mana mungkin DAP yang bertanding kerusi parlimen tidak sampai 50 kerusi boleh menggantikan UMNO. Pengganti sebenar UMNO adalah PAS sebab mudahnya, PAS bertanding dikawanan dimana UMNO bertanding. Jika UMNO kalah yg pasti menang adalah PAS bukan DAP.

Mintak maaflah Kampung Man kerana sekali lagi saya ulangi fakta2 berikut sebagai hujah bagi memahami real politik:-

Dalam PRU12 lalu, orang Melayu/Islam bertanding di 129 kerusi Parlimen manakala bakinya ditandingi oleh bukan Melayu/nonmuslim. Dalam pertandingan tersebut kesemua kerusi Melayu/Islam dimenangi oleh orang Melayu/Islam (UMNO 77, PBB 9, PAS 23 dan PKR 20). Demikian juga kerusi2 yg ditandingi oleh bukan Melayu/nonmuslim tetap menjadi milik mereka disebabkan faktor pertandingan sesama sendiri. Ini bermakna orang Melayu/Islam menguasai 58.6% suara di Parlimen selebihnya dikuasai oleh bukan Melayu/nonmuslim. Persoalannya, adakah dengan penguasaan hanya 41.4% kerusi di parlimen oleh orang bukan Melayu/nonmuslim (diandaikan mereka bersatu)ini membolehkan mereka membentuk kerajaan...

Kita lihat pula kedudukkan DAP dan MCA, mereka bertanding sesama sendiri dikawasan majoriti cina dgn jumlah kerusi yg dipertandingkan hanya 43 kerusi..diandaikan MCA menang semua atau DAP menang semua jumalah kerusi orang Cina yg dimenangi tetap 43 kerusi...dgn jumlah sebagini kecil apakah kuasa mereka boleh membentuk kerajaan dan seterusnya berkuasa meminda perlembagaan negara dgn maksud untuk menafikan hak istmewa orang Melayu, kedudukkan agama Islam dan kedudukkan raja2 Melayu???

Ok, kita ambil beberapa senario. Pertama jika PAS menang 50 kerusi, bermakan PR masih gagal untuk menguasai parlimen kerana cuma memiliki 109 kerusi (PAS 50, DAP 28dan PKR 31). Ini bermakna BN masih memerintah dgn kedudukan orang Melayu/Islam masih dominan dalam BN.

Senario ke2, PAS menguasai lebih drp 50 kerusi, pastinya PR akan menguasai kerajaan dgn PAS menjadi parti dominan bukan DAP dalam pakatan ini.

Senario ke3, katakan kesemua orang/parti bukan Melayu/nonmuslim berpaling tadah meningglkan BN disebakan UMNO dianggap lemah (berdasakan senario 1), maka kedudukkan kerusi bukan Melayu/nonmuslim dalam PR bertambah melebihi kerusi Melayu/Islam. Pada keadaan ini, PAS dan rakan Melayunya dalam PKR pastinya meninggalkan PR dan membentuk pakatan baru dgn UMNO serta PBB bagi menerajui kerajaan yg 100 muslim. Namun, saya tidak jangka perkara ini boleh berlaku...

Mat Periba

Anonymous said...

It is all about power and self interests hence it is in the best interests and real politics. My relatives in Sarawak are watching keenly. They may consider packing up and going separate ways and not suffer the same fate as too many events had unfurled in Semenanjung, old wounds being opened up through the movie.

Instead of learning past mistakes in history, undoing mistakes, making resolutions and positive differences tangibly.

Enactment of laws to prohibit racial disharmony like in Singapore and at the same time develop its rakyat to be skilful, highly skilful, enhances and celebrates its muhibbah spirit and color blindness. Where working hard to excel and taking responsiblity of others regardless of race and creed are the ways of life. Where corruptions, extravagant living, arrogance, tamak haloba and hasrat dengki are abhorred by Sarawakian communities.

That is having the real strength to be color blind, muhibbah, socially responsible, just and fair. And we celebrate our color blind fellow Malaysians in Semenajung.

Being better than the kiasu Singaporeans. And work on contributing wealth, softskills training directly to its communities through tangible socio-economics responsibilities and equality for the poor, the elderly, the orphans, the single dads and moms, and execute fairness to law abiding foreign workers on our Sarawakian soil.

Kampong man said...

Salam saudara semua dan sahabat Mat Periba,

Fakta fakta ini dari segi NUMBERS saya sangat mengetahuinya sekira sdra membaca kembali penulisan saya dalam blog ini dan lain dan juga analisaa dari DAH IKHWAH Weblog.

1.Benar, UMNO dan PAS bertanding di tempat yang sama malah UMNO juga bertanding melawan PKR.
2. Benar, DAP dan MCA bertanding sesama mereka di hampir mejoriti kawasan kaum cina.

3.Disebabkan DAP memainkan sentimen kaum cina meraih undi dan dibantu pula PAS dan PKR dan kaum cina kini sudah berubah KIBLAT kearah DAP dan tidak MCA atau pun Gerakan maka pastinya kita mempunyai DAP yang kuat dalam PR.Ingat kedudukan kerusi parlimen DAP 29,PKR 31 dan PAS hanya 23.

4.Kampong man tidak nampak PAS akan menjadi pilihan kaum Melayu di PRU 13 saya saperti pilihanraya yang lepas lepas (12 semuanya).Sebagai contoh di kerusi parlimen Pahang PAS tidak punyai satu kerusi pun sama juga di Melaka negeri KM dan di Johor pun hampir begitu.Kesetian bangsa Melayu pada UMNO sukar di padam tambahan pula transformasi politik dan kesungguhan Najib memperbaiki UMNO dan menyatukan rakyat berbilang kaum dan ugama dilihat praktikal dan REAL bukan dengan cara pendekatan PR yang dianggap sikit bercelaru dan politically DISORGANISED.

Kesimpulan :

a. UMNO/ BN akan terus memegang teraju negara dan akan lebih baik dari performance 2008 dimana Pak Lah yang lemah telah mengambil ringan (Taking for granted) dan memberi ruang pada calon yang tidak 'Winnable candidate'. Umpamanya Khir Toyo bolehlah berehat kerana kita tidak perlukan lagi penyapu beliau.BN berdatu dibelakang leader mereka Najib tanpa ragu.Bagsimana pula PR di belakang DSAI pula ?

b.PRU 13 penting bagi kesinambungan kuasa politik orang Melayu tambahan pula politik bukanlah satu ugama.Orang UMNO dan PAS rata rata kebanyakannya pun Islam dan kebanyakannya baik dan adil.Yang tidak baik dan opurtunis kita vote them out.This is for REAL.

d.Kampong man bermimpi DAP akan menambah kerusi parlimen mereka diikuti PAS dan PKR akan turun mendadak.Ini akan membuatkan DAP lebih dominan dalam PR dan bukan PAS dan bukan PKR.PR akan terus menjadi pembangkang.Saya yakin mimpi ini akan menjadi realiti dan ksmpong man masih ingat dengan janji menyertai PAS sekira rsta rsta kaum melayu di belakang PAS dan UMNO hilang diganti PAS.Apa ini boleh berlaku di PRU 13,14,dan 15 ?

Sekian Wasallam.

@ Isu negara sekular dan tidak Kampong man reserve my komen.Cheerio..

Kampong man said...

Salam,

Sebenarnya UMNO need a real SHAKE UP or else SAIL OUT .If they fail the PRU 13 they have themselves to blame for taking things for granted for winning the last 55 years .
Your past success is no guarantee for the future success.So don't be complacent UMNO.The electorates today are different than yesteryears.

Issues on education, affordable housing , cost of essential goods etc etc will have an impact on voters decision ( The atas pagar ones).Of course the tegar one will stick to their perjuangan party.You know where my vote goes regardless.Have a good day all.

Anonymous said...

WZWH, kampongman dan Pembahas semua,

ahamdulillah...syukur kepada Allah. Kualiti perbahasan kita nampaknya semakin bermutu, berfakta dan melangkaui isu-isu basi dan remeh temeh.

Ini satu perkembangan yang baik. Saya nampak kita orang melayu mempunyai kekuatan untuk maju dan claim our rightful place in our beutiful country.

Percambahan fikiran nampaknya sedang menuju kepada satu suasana positif. Ketaksuban membabi buta: attitude "kambing pun boleh terbang" - nampaknya telah menunjukkan ciri-ciri articulation dsb.

Teruskan sdra-sdraku, baik puak UMNO Baru, baik puak PAS.

SYABAS!

Anon 5:05

Anonymous said...

Saya tidak akan mengundi pemimpin baru dap yg kena jemput isteri bawa cucu sekali dgn facebook icon utk menyibuk hal- hal politik di laman blog, lebih baik jaga dapur. Itu pun belum menang.Kami sekeluarga akan undi PK MB Khalid lagi, isterinya tak pernah menyibuk atau nak publisiti murahan.

Anonymous said...

Kampung man,sebenarnya UMNO tidak perlu "shakeup"ataupun "sailout"yang perlu senang saja "dumped in".
UMNO is a party that is rotten to the core and they can't tells what is right or wrong.Just like ,it is alright to corrupted and crimes as long that it is done by "our" people,if others MACC,police and what not, will comes down hard even it is just a police report.Sometime I tends to believe these people purposely do the reports just shut the opponents up.That is why police is not doing the job they are suppose to do that is fighting crimes,the police is too busy doing all the politicians dirty work.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024