Wednesday, November 7, 2012

MB Terengganu Serious Mahu JV Dengan MB Pahang Bina Jalan Kg Pasir Raja-Ulu Tembeling


Sedutan petikan Berita Harian 7 November 2012.

WZWH berasa teruja kerana MB Terengganu DS Ahmad Said nampak agresif mahu membangunkan sempadan Terengganu Pahang yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dikedua-dua region.

Sememangnya memang MB Terengganu begitu sikapnya...

Dulu pada 1995 di Taman Negara Kuala Tahan, Wan Mokthar pernah berkata memang patut dah Jalan Ulu Tembeling-Kg Pasir Raja dibina. Kerajaan Pahang kena agresif.

Idris Jusuh juga sudah bersetuju mahu bincang perancangan pembinaan projek jalan tersebut tetapi beliau tidak jadi MB selepas itu.

Kalau ikut RMK 10 (2011-2015) memang ada dalam perancangan projek jalan itu.

Kerajaan Pusat perlu menyediakan peruntukan lebih kurang RM300 juta untuk buat projek jalan tersebut.

Pada 24 November 2012, DS Najib akan melancarkan Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dan 2 di Kuala Tahan, DUN Tahan. Mungkin DS Najib akan sebut Projek jalan Ulu Tembeling-Kg Pasir Raja.

Jika Kerajaan Pusat ada kekangan peruntukan WZWH kira MB Terengganu boleh berbincang dengan MB Pahang untuk guna wang royalti minyak Terengganu-Pahang sebagai peruntukan pemdahuluan. Kenapa tidak?

Bila DS Ahmad Said agresif, DS Najib bersuara disambut pula DSD Adnan Yaakob (kena agresif juga lah) tiada siapa yang boleh kata projek ini tidak boleh dibuat!

Projek jalan Ulu Tembeling-Kg Pasir Raja itu boleh dibuat sepanjang 50-55km.

Terengganu ambil separuh, Pahang ambil separuh.

Deal is deal done!....

22 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha
Tak payahlah buat jalan untuk orang
Kelanan dan Trengganu.
Buatlah jalan dalam Pahang dahulu.
Jalan Jerantut-Sg Lembing, Jalan Jerantut-
Temerloh, Jalan Benta, Jambatan Tembeling,
Jalan Persisir Tembeling, dan Jalan Gambang-
Maran.
Nanti yang dikejar jalan untuk orang
Kelantan dan Trengganu balik kampung.

Bagilah KEUTAMAAN pada orang kampung.

Anonymous said...

apa kena dengan awak ni?semua cadangan orang awak bangkang.otak awak ni dah tak betul gamaknya.kau tak setuju kau punya pasal.kau tak payah guna jalan tu.kau redah aje mana-mana semak yang ada depan kau.mangkuk hayun!

Anonymous said...

Memang benar beri keutamaan kepada luar dan baik pulih jalan2 jalan2 Segamat, Merapoh, Rompin-Johor dan memberi keutamaan kepada perhubungan dalam Pahang sendiri.

Anonymous said...

Alaa kwn2.tak yah layan la.maklumlah dekat PRU ni kan, UMNO akan buat mcm2 perancangan spy org undi dia.bila dah undi dan dah menang,bye2 la engkau wahai rakyat yang bodo13.13 kali diperbodohkan.
bila org ulu tanya bila nak buat maka UMNO jwd tengah tunggu kelulusan.Tup tup dekat PRU 14 maka dia akan kata ALHAMDULILLAH DAH LULUS. Menang lagi PRU 14.tunggu punya tunggu tak buat juga jalan.Rakyat tanya lagi maka UMNO jawap kena KIV dulu sebab ada masalah teknikal.kena mohon baru. dan bla3.
Senang citer PRU 13 ni, kasi setle sama UMNO. Undilah PAS.

Travis said...

Salam Kampongman,  you read me well with conscious.
 Ada segelintir  penulis dalam blog Wzwh memberi comment mereka terlalu personal dan subjective. Sedangkan mereka ini tidak peka bahawa bangsa mereka  itu lemah, lesu dan mundur dalam semua bidang jikalau dibandingkan dengan bangsa lain. Sapatutnya kita sudah jauh lebih  maju dengan perluang yang telah dirangka untuk kita terus maju bersama bangsa lain. Lebih ketara apabila tiadanya kepimpinan Tun Dr Mahathir kelihatan lesu dan lemah diwajah masyarakat Melayu.

Dalam masa yang sama masyarakat bukan Melayu tidak lesu. Mereka berdaya maju dan boleh belari sendiri. Soalnya, kenapa masyarakat Melayu tidak berwawasan seperti mereka?jawapanya mudah, kerana segelintir pemimpin pemimpin Melayu tidak faham dengan process pembagunan Melayu dan daya fikir yang jauh untuk membangunkan masyarakat Melayu. Lebih lagi, pemimpin pemimpin  Melayu bertelagah sama sendiri membuat masyarakat Melayu hilang pedoman dan bertelagah sesama sendiri juga. Di tambah lagi dengan kefahaman politik dan tujuan yang berbesa memebankan masyarakat Melayu lagi.

Sepatutnya maruah fikiran Melayu saeloknya menjadi satu kayu ukuran dan seterusnya menjadi  panduan kepada bangsa bangsa lain. Kita boleh berlainan pendapat dan patut berlainan jua tapi jangan sampai mengadaikan kuasa politik Melayu di Tanah Air sendiri.

Melayu misti  mepertabatkan minda politik mereka sendiri, dan sedar bahawa kedudukan kuasa politik Melayu sekarang di perengkat lemah dan lesu.  Sepatah kata yang dah lapuk; becerai kita roboh bersatu kita teguh. Tapi banyak yang mengata, lebih baik kita bercerai ??

 Jangan salah faham kepada pembelot bangsa,  suara Travis adalah suara majority Melayu bukan dalam mana mana pati politik pun . Kami pentingkan kuasa politik Melayu dipertahankan dan kekal menjadi Pemerentah. Kami percaya Pati Pati politik Melayu tidak lama lagi akan bersatu bukan untuk  kejahteraan Melayu saja tapi untuk bukan Melayu juga. Ini bukan nada Pati politik, ini nada Melayu yang tidak mahu kuasa politik Melayu hilang dalam agenda Democracy yang tidak mengutungkan Masyarakat Melayu dan Islam.

Anonymous said...

Cerita pasal jalan ni aku ramalkan BN/UMNO akan 'JALAN'....

Jadi Wan bersedialah utk menerima hakikat ini. Jalan keluar bagi Wan ialah dgn memberi tumpukan kpd kerjaya anda sebagai Che'gu...ini peluang terbaik bagi Wan utk mendapat pahala berganda hasil kerja menyapaikan ilmu yg menafaat (dgn syarat mesti iklas) kpd umat Melayu yg rata2 otak mereka masih bertaraf bonsai...kerana diperbodohan oleh UMNO.

Jadi Wan tidaklah perlu lagi bekerja utk menokok tambah cerita dgn niat nak memburuk seseorang.


Aku bimbang jika UMNO masih tak 'JALAN' maka Wan akan sentiasa bergelomang dgn dosa fitnah.

Oh yer...ini ada satu cerita. Suatu ketika dulu, TGNA mengadakan kuliyah di Masjidnya di Pulau Melaka. Dalam kulitahnya beliau berkata," kita harus atau tak berdosa makan daging babi dgn syarat kita berada dalam keadan darurat seperti tersesat dalam hutan dimana makan yg ada cuma babi..makan hanya sekadarnya". Jadi Wan bolehlah ambil statemen TGNA ini untuk jadi modal politik dgn menyatakan TGNA menghalalkan makan babai dgn memetik separuh drp kata2nya seperti, "kita harus atau tak berdisa makan babi".

Apa macam Wan....

Anonymous said...

Sudahlah Travis,jangan salahkan orang lain keatas kelemahan Melayu sendiri. Peminpin pemimpin BN adalah contoh yang paling baik.Lihat sendirilah semua kaya kaya belaka itu pun bukan hasil titik peluh mereka,semua kontrak berbilliun disapu licin,orang Melayu biasa macam mana?Anak pakai Hummer dengan body guard lagi,puteri AP siapa?
Akibat dah pakai tongkat terlalu lama sampai berjalan pakai kaki sendiri pun dah lupa.Itulah pemimpin BN yang asyik nak memberi "candu" saja supaya Melayu macam kerbau bertali kat hidung.Macam sejarah British ,membekal candu kepada China supaya melemahkan mereka,mudah untuk belot semua kekayaan China.

Anonymous said...

Anon 12:36 PM :

UMNO ni bila lemah maka dia citer fasal ketuanan melayu, raja dan Islam.
Wahai rakyat jelata. marilah kita perkuatkan bangsa melayu, perteguhkan agama dan mantapkan institusi raja di bawah MELAYU PIMPINAN PAS PULAK.DAH 55 TAHUN DUDUK BWH UMNO akhirnya melayu jadi terkulai layu.
Jom lah kita try dok bawah PAS pulak. 5 tahun je.kemudian kita bandingkan dengan 55 tahun.
Di Kelantan Melayu makin bergaya di bawah PAS.Kita try di Pahang pulak.Okey.!?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Nik Aziz tidak bodoh pergi ke gereja buat kenyataan menjatuhkan maruah orang Melayu...maruah orang Islam. Bercakap pula isu yang sensitif, technically legal, jurisprudence, Islamic credence...bila salah cakap maka bersedialah menerima kritikan, teguran, celaan, amukan dsb. Berani cakap berani tanggung, jangan berani cakap pastu damage control mode. Bila Sultan arah JAIS siasat...itu maknanya benda itu besar implikasinya.

Anonymous said...

bodoh jalan jerantut macam hampuras kau sibuk dengan jalan negeri orang puii!

Anonymous said...

Anon 3:37 tidak faham, apa yang WZWH tulis itu ialah Projek Jalan Kg Pasir Raja-Ulu Tembeling bererti dari Kg Bukit Mat Daling Ulu Tembeling ke Kg Pasir Raja Terengganu jaraknya antara 50-55km. Jalan ini lebih banyak di Pahang dalam daerah Jerantut. Apa yang DS Ahmad Said MB cakap ada hubungan kekeluargaan antara penduduk Ulu Tembeling dengan Kg Pasir Raja dan kampung2 berdekatan. Soal sibuk dengan jalan negeri orang tidak timbul. Kena tahu belajar geografi!

Anonymous said...

Org UMNO ni wlaupun ngaji tinggi sampai england, fikirannya tetap bodoh. Nurul izzah cakap lain dia faham atau pusing ke lain.Org UMNO beriman dgn surat khabar meloya dgn berita hairan.
Org UMNO kira org pgi ceramah pun tak betul sampai sekarang.Org hadir 30k dia kira sampai 3k je. tapi kalau majlis UMNO, yg dtg 3k dia citer 30k.
Dulu pelajar kelantan dapat 20A, Pelajar Johor dapat 18A dlm SPM.UMNO kira punya kira yg cemerlang dlm SPM tahun tu ialah pelajar Johor.
Skrg UMNO serang pula Nurul Izzah yg mana kenyataannya diputar belitkan. Mcm la UMNO serius nak jg Islam.
Tapi UMNO tak sibuk pula Allahyarham Tun Razak resmi kilang arak carlsberg pd 15.4.1972 . Tun Mahadhir hina sunnah nabi depan ulamak2 UMNo dlm perhimpunan agung UMNO, Najib, zahid hamidi dan Muhyidin hina hudud dan menakutkan org kafir dgn Islam yg di bawa PAS.
UMNO bunuh org islam melayu di memali.UMNO rembat separuh tanah rezab melayu.

Oh UMNO.WZ dah lah WZ.kita ni akan mati.cukup2 lah mengampu UMNO.Org lain blh hidup tanpa UMNO.

Anonymous said...

Wan ,in the 1st place orang Melayu Umno mana ada maruah.Kalau takut masuk gereja/tokong/kuil ini membuktikan yang mu ni tak ada confident dalam ugama sendiri iaitu Islam.Sangat memalukan.Mana pergi ulama2 kangkong umno ni.Stress test ini membuktikan ramai Melayu,konon nya Islam sangat lemah dalam fahaman ugama sendiri.Tak payah pakai ayat2 suci untuk menutup kelemahan sendiri.

Anonymous said...

Oooops!!! Kita dok kalut fasai Nurul Izzah ni pasai apa. Yang dok cerita dlm sinar harian hari ni, menteri agama jawab soalan di parlimen bahawa lebih seratus orang dah diluluskan permohonan org melayu untuk murtad.
UMNO dah setuju.dah lulus ni weh.
bukan cakap je. UMNO buat terus.
PAS bawa isu murtad di parlimen, sorang habuk pun takdak ahli parlimen sokong.
marilah kita sama2 beri undi pada umno dlm pru 13 ni!!!???

Anonymous said...

WZWH,

Cerita Nurul Izzah ni senang je. hal ehwal Islam di negara ini terletak di bawah jakim dan jabatan Ugama negeri- negeri, Dalam soal ini Jais.

kedua-dua badan ini harus siasat. Jika terbukti Nurul Izzah salah, dakwalah Nurul Izzah dibawah mana-mana akta yang disabit kesalahan.

JAKIM dan JAIS adalah pihak yang mempunyai kepakaran dan kuasa perundangan dalam hal-hal berkaitan dengan menjaga kesucian ugama Islam di negara ini.

Ulamak-ulamak yang berbahas hangat dalam blog ini, samada menyokong atau menyalahkan Nurul Izzah semua dok tak ada autoriti apa-apa pun untuk memutuskan dan merungkai masaalah ini. Biarkan pihak yang bertanggungjawab memutuskan kerana urusan ugama ni adalah Urusan Allah, bukan benda main-main.

Politik pun politik juga, soal ugama bukan perkara politik kedai kopi weh!Silap komen, komen bodoh yang salah,komen yang menyalahi di sisi Allah - badan sendiri kena tanggung di akhirat kelak.

Para-para politikus kecik kedai kopi semua, dari semua parti.....banyak lagi isu-isu yang tidak melibatkan hukum hakam ugama yang hangpa boleh bergasak kat sini. Isu AES antara yang harus hangpa dok bertekak kat sini sebab baik orang UMNO atau PAS atau PKR, kalau kena saman, memang kena bayar.

kamera AES tidak boleh kenaal siapa orang UMNO atau siapa penyokong pembangkang. Kamera AES tu bukannya saman penyokong pembangkang je....semua yang yang melebihi had laju, kena saman!

Bila le melayu-melayu kita ni nak cerdik....patut le 8.5 juta melayu dari Jumlah 17 juta orang melayu kat negara ni mempunyai pendapatan kurang dari RM 1, 500 sebulan.

Bayangkan, pendapatan RM 1, 500 sebulan, kalau kena saman sekali kena bayar denda RM 300. Tak ke parah bulan tu!...ini isu yang lebih utama kat kita weh...

Anon 5:05

Anonymous said...

Saya amat keliru,merata rata,orang Melayu Islam Umno melonjat lonjat macam kera kena belachan keatas cakapan Nurul,tetapi bekas PM Mahathir, idola Kampung man ,anaknya mempunyai kilang membuat air syaitan(San Miguel Beer)semua orang UMNO konon nya mempertahankan Agama Islam mana perginya puak puak ini.Tak ada seorong pun bising semua sudah bisu .Adakah is berbeza dengan makan babi?San Miguel Beer halal?

Anonymous said...

Setiap indivudu itu berbeza dan kubur pun masing masing.Yang engkau bengkak pada Mahathir tu apa hal.Anak dia Marina support Ambiga so what.Jaga kubur kau tu lah beruk. ~peminat mahathir.

Anonymous said...

Bukan susah pun nak dapat 300 juta utk projek jalan tu,suruh tokey yg dapat bijih besi ,balak,emas dan pasir bagi 20% je dari keuntungan mereka,pastu pinjam ngn kerajaan pusat RM 258 juta.buat paper dan ckp jalan digunakan utk manusia bukan untuk lembu.gerenti dapat punyer...pada dasarnya saya amat bersetuju dgn projek tersebut..tp malangnya,cerita penglipurlara seperti ini hanya hangat menjelang pru, bila dah dapat undi,apalagi..terus senyap..

Terdapat juga pengkomen blog wzwh ni yg anti sangat kat org kelantan dan terengganu,kenapa yek?org kelantan dan org terengganu selalu pegi minta garam dan beras kat umah dia ke?kalau dia tak mandul,aku doakan agar dia dapat menantu dari 2 negeri ni.

Anonymous said...

Halal ke,haram ke ,asal orang kita tak apa betul peminat mahathir?

Anonymous said...

nampaknya bodoh belaka tukang komen dalam blog ini.tiada kualiti.lain wzwh posting,lain pulak komen si pengomen bengong!!!

Anonymous said...

saya baru cukup umur utk menjadi pemilih. so, agak mentah dalam politik mcm komen2 sedara sedari sebelum ni. saya dtg blog ni pon sbb nk tau status jln pasir raja-jtut ni. well, it's a good suggestion but yea. stuju dgn komen pasal btulkan jalan dlm negeri dlu. huhu. in fact, byk jln dlm negeri yg teruk. jalan jengka cthnya. aigoo... T_T

Unknown said...

weblinkHomepage my review herea knockout post Homepagetry this web-site

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024