Sunday, March 17, 2013

1 Million Women Purple Walk Peringkat Negeri Pahang Di Jerantut



Ribuan peserta wanita berbaju purple berkumpul di padang SMK Inderapura berjalan kaki sejauh 1.4 km ke padang FA Jerantut. DSD Adnan Yaakob MB Pahang melepaskan peserta Program 1 Million Women Purple Walk peringkat Negeri Pahang di Jerantut. MB Pahang turut serta berjalan kaki dalam program ini.



Ini program serentak seluruh negara idea DS Najib sebagai Menteri Wanita. Jerantut menjadi tuan rumah program pelancaran 1 Million Women Purple walk peringkat negeri Pahang. Ramai sungguh wanita dari pelbagai kaum datang dari seluruh negeri Pahang.

30,000 wanita membanjiri padang FA Jerantut yang sedang direnovate untuk menjadi padang rumput tiruan kos RM1.2 juta. Selepas ini pemain Pahang tidak payah bertandang ke Singapore kalau hendak main bola di padang astroturf. Datanglah ke Jerantut.


Lautan baju-baju berwarna purple memenuhi padang FA Jerantut.


Di seluruh negara jutaan wanita memberi sokongan kepada program ini.



















DSD Adnan Yaakob MB Pahang tiba dari berjalan kaki dari SMK Inderapura sejauh 1.4km bersama ribuan wanita berbaju purple.



















Sekali nampak dalam foto ini DSD Adnan Yaakob MB Pahang macam mahu buat 'breakdance show'. Ianya snapshot MB Pahang mahu duduk bersila di atas tikar.


















Sempoi...DSD Adnan Yaakob MB Pahang duduk bersila dengan Dato' Shafik EXCO Pelancungan Pahang.



















Gaya DSD Adnan Yaakob MB Pahang macam hendak jadi tukang karut dalam show dikir barat. MB Pahang bertanya khabar kepada wanita kaum India.



















Dataran padang FA dipenuhi oleh 30,000 wanita berbaju purple.



















Big screen menunjukkan ramainya wanita lebih 400,000 dalam program sama di Putrajaya



















DS Najib selaku Menteri Wanita berucap melancarkan program 1 Million Women Purple Walk di Putrajaya.









DSD Adnan MB Pahang berucap.


Ribuan Wanita berbaju purple mendengar MB Pahang berucap.




















Ramli Sarip menghiburkan 30,000 Wanita purple Pahang di padang FA Jerantut.

25 comments:

Anonymous said...

Hehe najib menteri wanita.? Kau perli najib tu wan, sorry la nak jadi calun.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

Aku tak pangkah Dacing sampai bila-bila pun.
Sedang fikir nak pangkah PAS rasa macam Parti Angkatan Syaitan.
Sedang fikir nak pangkah PKR rasa macam disondol-sondol lubang jubur.
Sedang fikir nak pangkah DAP nampak sangat rasis.
Last fikir buat keputusan pangkah BN je le.

Quiet Despair said...

Baguihlah Jerantut. So in tune and happening with the rest of the counry.
Yalah, Kuantan ada MP Fuziah yang pandai menyalak Lynas haram je.
Baik shift capital of Pahang ke Jerantut or back to Kuala Lipis.

Anonymous said...

Tak taja tak ada hiburan alamat kosonglah padang.

Anonymous said...

ramai ke

Anonymous said...

MEMANG PENUH DAN RAMAI ORANG DATANG...semua pejabat-pejabat kerajaan dan guru-guru sekolah diarahkan (WAJIB) untuk hadir (surat diedarkan). kalau begitu ramailah...aku pun boleh buat..program membazir ajer..habis berpuluh juta. cer beri ke iks ker atau ibu2 tnggal tu ker untuk rolling buat bisness..kan boleh menghapuskan kemiskinan.

Anonymous said...

tanda BN akan menang lagi dengan bantuan undi kaum wanita, cerdik PM

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Inilah geniusnya DS Najib, bila kaum wanita undi ramai undi BN maka lepas PRU 13 baru boleh DS Najib tumpu kepada IKS, Ibu Tunggal rolling buat bisnes. Yang penting MENANG DULU. Kalau kalah cakap apa tak guna!!!...

Quiet Despair said...

Abang Wan

Lupa pulak nak cakap Grand uncle saya Tan Sri Zuki meninggal dunia semalam.
Aruah sepupu wan saya.
Abang kenal aruah kan?

Quiet Despair said...

Memang genius DS Najib. Dia pandai court women and hormati women.
Wanitalah yang ramai sekali undi BN and hard-core supporter UMNO.
Dengan undi wanita and generasi Y macam saya memang DS Najib akan menang.
He's on his way to Putrajaya with a new mandate.

P.S. Tak perlulah menghina DS Najib Menteri Wanita. Itu good political move.
Semalam saya jumpa Wan teh saya yang tinggal di Pekan. Katanya wanita memang suka DS Najib.

Anonymous said...

Dengar cerita hampir satu lori MDJ lebihan makanan di hantar ke Sg. Badak.....kesian budak budak dapat hak habis aje..... kalau gitu ramai kebende.... agak agak la oiiiii

Anonymous said...

Alhamdulillah dapat juga pelajar sungai Badak merasa makanan walaupun tak berkesempatan utk pegi. Puak sana hantar apa ke pelajar sg Badak?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

QD, takziah kepada keluarga arwah Tan Sri Zuki Kamaludin. Yes, WZWH kenal arwah dan pernah berurusan dengan arwah semasa beliau menjadi Pengerusi Island Peninsula. WZWH tahu ini famili Benta-Budu connection.

Anonymous said...


Saya sungguh kagum dan lebih menakjubkan dengan kedatangan ribuan kaum wanita bersama meraikan program 1 Million Women Purple Walk yang telah diadakan di Padang FA Jerantut.

Sudah pasti kita akan mendapat nikmat apabila dibuaikan dengan sesakkan warna Ungu yang boleh membangkitkan ketenangan dan pandangan, cara melihatnya kita akan merasa dingin walaupun dampingan Sang Suria. 

Warna Ungu melambangkan seseorang yang baik hati dan memenuhi kesucian hidup. Jikalau seseorang itu dikelilingi dengan warna Ungu ia akan merasai ketenangan minda dan menolak kebencian .

Anonymous said...

Kita tunggu Pas pulak buat program Perhimpunan Muslimah di padang Fa, kita tengok berapa ramai yg datang

Anonymous said...

Eleh. Bersih buat kat kl tak ramai ke

Anonymous said...

himpunan bersih tak menggambarkan undi sebab yg pegi bersih ramai yg umur blm layak ngundi

Anonymous said...

Ramai sangat perempuan buat perkara bodoh sekarang ni.

Anonymous said...

Bn kantoi kali ni. Yg selamat phg dan perlis . Buat jadi bt nisan. Aku round msia tiap hari.




drebar lori.

Anonymous said...

Ramai ler yg dtg pasal kena paksa...anoy 3:54 kalau pr buat awal2 lagi tak dibenarkan oleh pihak berwajib...sebab bn anggap harta kerajaan harta mak bapak mereka...demokrasi kepala hotak...

Anonymous said...

From Anoy 3:54 - itu alasan je, belum pun adakan program dah cipta mcm2 alasan. Penyertaan purple walk itu hari tak paksa pun, asas dia jemputan, pada yg enggan hadir tak kena tindakan apa pun sampai hari ni. 'harta kerajaan' yg mana? guna padang tu nak jadikan isu? kalau hangpa nak guna padang tu buat la surat permohonan msti dpt punya. Buat Program, jangan tak buat, bila orang buat hangpa kata mcm2. apa punya lah

Anonymous said...

dia tak mampu buat dia kata org halang dia buat, macam macam pe'el puak kalah ni, perjuangan berlandaskan dengki dan dendam takkan sampai ke mana

Anonymous said...

budak2 muda, apa umno buat semua salah, apa penyokong umno buat semua kata bodoh, berkokok sangat konon kuat menyokong pas, diri sendiri bacaan solat pun tunggang langgang, dua puluh empat jam duduk markas melepak aje buat apa nak makan minum free

Anonymous said...

bn akan menang juga nanti tengok la, pas bukan kuat, mereka perasan je kuat. kalau pas menang, mereka bakal ketandusan tokoh2 di kampung2 yg akan dipilih sebagai ketua kampung dan juga sebagai jkkk tiada yg layak, dan kalau dipilih juga maka sikapnya akan sama juga seperti jkkk dari umno yg mereka kutuk2 skrg malah mungkin lebih trok lagi

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024