Siapa berminat mahu jadi calon parlimen Jerantut? Mahu jadi calon parlimen Jerantut dan menang mudah bukan macam dulu letak songkok pun menang!
Sekarang kalau letak calon paracut yang duduk di luar politik Jerantut itu tindakan bunuh diri. Pengundi parlimen Jerantut sudah bijak dan matang.
Ada beberapa persoalan yang perlu calon-calon parlimen Jerantut menjawab dalam hati termasuk calon yang berjaya melobi jadi calon parlimen Jerantut.
Berjaya melobi menjadi calon parlimen Jerantut belum tentu boleh menang dalam PRU 13 yang sebenar kerana 68,000 pengundi Jerantut mahu bakal parlimen Jerantut boleh menjawab beberapa persoalan.
Ingat calon-calon parlimen Jerantut semua zaman era ahli parlimen Jerantut duduk saja main batu xxxxx sudah berlalu!
68,000 pengundi Jerantut mahu ahli parlimen Jerantut yang boleh 'delivery'.
13 soalan yang perlu dijawab oleh calon-calon parlimen Jerantut :
- Sanggupkah anda berkorban untuk orang Jerantut?
- Apa sumbangan anda kepada parlimen Jerantut setakat ini?
- Apa program-program yang anda sudah buat bagi parti UMNO, BN dan masyarakat Jerantut?
- Apa projek-projek pembangunan samada scale bersaiz kecil, sederhana dan besar yang anda telah berjaya bawa ke parlimen Jerantut?
- Apa hubungan PRO anda dengan masyarakat, penjawat awam, orang kampung, grassroot, orang muda, orang tua, wanita, puteri, orang Cina, orang India, orang Asli dan golongan minoriti?
- Sejauh mana hubungan anda dengan beberapa NGO, Pertubuhan, Persatuan, Kelab samada perniagaan, sosial dan sukan?
- Sejauh mana anda boleh menjiwai budaya masyarakat Jerantut samada di kampung-kampung tradisional, Peneroka Felda dan bandar/suburban Jerantut?
- Sejauh mana hubungan anda dengan Putrajaya, Kementerian, Kuantan dan Istana?
- Apakah visi dan misi anda bagaimana mahu membangunkan parlimen Jerantut dengan pesat?
- Sejauh mana hubungan anda dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara bagi membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut?
- Apakah kekuatan-kekuatan anda yang boleh anda yakin memenangi PRU 13 parlimen Jerantut?
- Bagaimana anda sebagai komander perang mahu mengarah dan mengurus jentera perang parti PRU 13 parlimen Jerantut dengan lebih cekap dan berkesan?
- Akhir sekali adakah anda calon yang bersih kelihatan lebih dan nampak bersih dari segi peribadi, personaliti, sahsiah, ilmu, keagamaan yang boleh menarik minat 68,000 pengundi Jerantut?
Jika anda fikir jentera-jentera parti akan automatik 100% menyokong anda itu tanggapan yang salah kerana anda perlu bagai menunggang kuda yang liar yang perlu dijinakkan.
Tanya 13 soalan ini kepada diri anda dan jawab dengan ikhlas dan hati yang lurus...kalau boleh menjawab dengan penuh yakin maka andalah sememangnya calon yang paling layak menjadi calon parlimen Jerantut PRU 13.
Jika anda hanya boleh menjawah ahh...ochh...aahh...oops... maka lupakan hasrat anda itu baik undur diri takut rebah sebelum bertempur di PRU 13.
13 comments:
Hahahahahaha...wan ko suruh siapa jawab tu? Bila ko tanyakan soalan ini nampak sangat sebenarnya ahli ameno tu tak suka kepada calon yg hendak dicalonkan.
Tanya jua sapo yg tidak rasuah calun umno
Sampai kiamat pun aku takkan percaya kat umno bn ni...sebab tu rakyat sekarang dah benci sgt2 dah bn ni,rakyat sekarang ni tunggu masa nak hukum bn dah ni,tapi kebodohan najib,rosmah dan mahathir yg ambil masa lama nak tipu rakyat sekarang sampai hari ni belum umum lagi bubar parlimen,apa kejadahnya pemimpin macam tu?? jawapannya tahap bodoh terlampau2 .. kebodohan 3 orang makhluk ni membuat rakyat macam nak campak2 3 orang tu ke sungai pahang !! ...tipu rakyat kali ni,umno bn akan dihukum samada bn kalah atau bn menang pru13 ni,rakyat tetap akan humban kamu umno bn sehinggga kamu menyerah tampuk pemerintah kepada rakyat !!...sekian .
I dont understand this obsession with the individual personalities of the candidates. In 2008 a postman and a guy under detention won seats.
In kelana jaya a basically unknown young man who cant even speak bm properly managed to win a seat in parliament.
This goes to show that ppl assess the parties through the policies and ideologies it represents, not the individuals.
Malaysian politics is never about individuals thus the practice of fielding candidates under political party banner.
Yes we do have occasionally individuals contesting as independents and being perfect individuals they could win but they wont be able to deliver as they cannot form the government.
So you see, its the government that delivers not the individuals.
Wake up and focus on making sure the party wins irrespective of who the candidate is. Umno is too obsess with this hence the problem of 'cah keting'.
keangkuhan terlampau!!!sampai lupa bahawa allah masih ada.senang-senang nak campak orang ke sungai.
lu sapa???samseng kampung dusun???
4 negeri tak mampu nak tadbir dengan baik nak memerintah malaysia pulak dah.
lu ingat lu boleh cakap besar tanpa fakta sokongan.dengar cakap nuar matahari pun dia boleh bawak turun.
4 negeritu pun ada yang kena rampas semula.
60 % silent majoriti sokong kerajaan yang ada.lu tengoklah nanti kalau lu tak percaya cakap gua!
Bro Anon 12:15 itu calon-calon Pakatan Rakyat bolehlah letak sesiapa saja Posmen, Tukang Kebun, budak mentah, Along, Bapak Ayam kerana PRU 12 rakyat protes....tapi PRU 13 cuba try la boleh ke tidak. BN perlu letak calon2 berkualiti ini kali.
Sokong WZWH sebagai calon ..lebih cerdik dari colon calon lain.Dan pandai Berblog.
Harap lepas ni kalau WZWH jadi calon dan menang tu boleh laa buat HIGHWAY dari Bentong ke Jerantut ke Kuala Terengganu. Gerenti Jerantut akan maju kerana Jerantut akan jadi perhentian pertengahan untuk orang Terengganu dan Kelantan yg akan guna HighWay tu.
Wan,
13 tak cukup. Kena tambah beberapa soalan lagi.
14. Jika aku diangkat jadi calon MP J'tut dan menang...dgn ilmu agama yg aku miliki bolehkah aku hidup bersederhana, berkupayaan mengajar dan mendidik masyarakat agar taat kpd perintah Allah dan RasulNya selain berusaha dgn segala upaya menghapuskan perkara2 mungkar yg berleluasa didaerah J'tut yg ku cintai.
WZWH,
Menghalusi tulisan awak ni, saya kira awak dah terdengar atau sudah ada tiupan kat telinga awak bahawa kemungkinan awak tak dapat jadi calun. Hujah2 yg awak berikan diatas mengandungi bibit2 penentangan awak akan calun yg bakal dipilih. Awak merasakan awak lebih layak dari calun yg akan diutarakan.
Adakah calun itu calun paracut? Mahathir pernah membuat kenyataan bahawa walaupun calun itu calun paracut, ahli2 UMNO mesti menerimanya, kerana bukan calun yg dipilih tetapi parti.Walaupun saya sangat menyokong awak jadi calun tetapi jangan ingkar dengan kata2 Mahathir. Kalau Najib menurut, kenapa awak mesti ingkar? Dalam post terdahulu pun awak dah kata, sekalipun awak tidak terpilih, awak tetap akan berkerja kuat membantu UMNO. Syabas.
Awak kata " 68,000 pengundi Jerantut mahu ahli parlimen Jerantut yang boleh 'delivery'"
Ahh panggil saja 1300-88-2525, pasti ' deliver ' punya.... ke delivery...ahh susahlah cakap omputih nie.
Roger Waters
imam ahmad hambali pernah di datangi para tentera yang mahu memilih jeneral perang.
yang pertama banyak dosa tapi pakar dalam strategi perang.
yang kedua terlalu alim tapi lemah dalam ilmu perang.
imam hambali pilih yang pertama.
hujahnya ialah dia berdosa urusan dirinya sendiri dengan allah.kepakarannya adalah urusan dia dengan rakyat untuk kepentingan semua.
dia alim urusan dirinya sendiri dengan allah.kelemahan dia urusan dia dengan rakyat yang akan mengakibatkan kesusahan kepada semua.
tetapi alangkah baiknya jika ada kedua-dua syarat tersebut.tapi kat malaysia hanya satu dalam sejuta yang alim dan bijak mentadbir negara.
Kutukan Dewata
" hujahnya ialah dia berdosa urusan dirinya sendiri dengan allah.kepakarannya adalah urusan dia dengan rakyat untuk kepentingan semua. "
Kalau dia buat dosa dia tak solat, dia tak puasa, dia minum arak, dia berjudi, dia pakai bomoh...betullah itu urusan dirinya dengan Allah.
Tetapi kalau dia berdosa dengan rakyat, dia curi duit rakyat, dia tak amanah dengan harta rakyat, dia tidak adil dengan rakyat, dia tindas rakyat yang tidak menyokongnya...bukankah ini urusan yg melibatkan rakyat, bukan lagi urusan dirinya sendiri dengan Allah kerana semua tindak tanduknya melibatkan rakyat.
sekurang-kurangnya dia lebih baik dari orang alim yang tak tahu mentadbir pas tu tipu rakyat,aniaya rakyat seperti yang berlaku di empat negeri pembangkang.
tak usah kecoh2lah .sebab itu allah cipta syurga dan neraka.
yang banyak teraniaya ialah rakyat di negeri pembangkang.usah tipulah sebab aku banyak berjalan,kerja aku round malaysia.
negeri bn tu adalah segelintir yang aniaya rakyat.itu salah peribadi bukan salah kerajaan najib.
Post a Comment