Tuesday, March 26, 2013

Program Pentas Pemuda UMNO Jerantut : PDM Felda Jengka 13

Photo: 25 MAC 2013

PENTAS PEMUDA " WADAH TRANSFOMASI MINDA "
LOKASI : FELDA JENGKA 13
TARIKH : 24 MAC 2013
MASA : 8.45 MALAM

Ini program Pentas Pemuda UMNO Jerantut malam semalam 25/3/2013 di Felda Jengka 13.

Photo: 25 MAC 2013 / 8.45 MALAM

SEKITAR PROGRAM PENTAS PEMUDA " WADAH TRANSFOMASI MINDA " YANG BERLANSUNG DI FELDA JENGKA 13

** Gambar sumber Dato Wan Amizan ADUN Tahan ***

Ini tokoh anak Peneroka dari Felda Jengka 12 yang boleh mematahkan hujah-hujah dan tipu daya dari pembangkang mahu memburuk dan menjatuhkan imej FELDA dan Kerajaan menjaga kebajikan peneroka Felda seluruh negara.

Satu-satunya anak peneroka yang berjaya menjadi YB ADUN Tahan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Anak peneroka yang menjadi lembaga pengarah beberapa GLC dilantik oleh kerajaan.

Juga anak peneroka yang merupakan tokoh korporat muda yang berjaya.

Beliau tidak lain tidak bukan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak 40 tahun.

Perjuangan utama beliau mahu membina seberapa banyak perumahan generasi ke dua di 14 kawasan Felda di parlimen Jerantut.

Tanpa ragu-ragu lagi para peneroka di 14 kawasan Felda dan generasi ke dua Felda menyokong hasrat murni beliau untuk dicalonkan menjadi ahli parlimen Jerantut PRU 13.

Beliau anak peneroka Felda Jengka 12 yang berasal dari Kampung Paya Koran sebuah kampung tradisional yang sudah tidak berpenghuni di Lembah Tembeling.

Peluang yang diberi oleh DS Najib kepada beliau bertanding di DUN Tahan pada PRU 12 telah berjaya beliau laksanakan dengan transformasi Lembah Tembeling secara intensif dengan mencurah-curah masuk projek pembangunan hampir RM1 bilion.

Untuk menjayakan cita-cita mahu merealisasikan hasrat beliau mahu membantu generasi ke dua Felda  dari segi perumahan dan penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan muda parlimen Jerantut maka DS Najib perlu memberi peluang kepada Dato' Wan Amizan Wan Razak mengurus parlimen Jerantut.

Dato' Wan Amizan adalah tokoh pemimpin yang boleh menarik pelabur-pelabur bernilai tinggi melabur di parlimen Jerantut. Parlimen Jerantut perlukan perubahan kepada transformasi ekonomi besar-besaran mengunakan potensi-potensi sepenuhnya.

12 comments:

Anonymous said...

Berlampau lampau dah puji nye.... apa agenda sebenarnye..... kita sama sama tengok....alahai

Anonymous said...

Fakta yg salah...
PRU 12 pak lah Pres. Umno.....
Bukan DS Najib..


Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

PAKR Jerantut masih tidak bergeran.

sang sapurba said...

JANGAN PANGKAH PR SEBAB SEMUA YANG SESAT ADA DALAM PR.

PAS- SUDAH LARI DARI PERJUANGAN ISLAM.
PKR- SESAT MENGAMALKAN PLURALISME DAN LIBRALISME.
DAP-RASIS TAHAP TOKONG.ANTI MELAYU.

SELAMATKAN MALAYSIA,UNDILAH BN YANG SEDERHANA DALAM SEGALA URUSAN NEGARA.

Anonymous said...

Bila nak keluar senarai calon Jerantut ni...

Anonymous said...

pentas suka sama suka......debat sesama sendiri,....buat apa...

Anonymous said...

Sdr Wan,

Kita tau, salah satu drp beberapa masalah utama ditanah rancangan Felda kini ialah yg berkatan dgn masalah pemilikan rumah bagi generasi ke2. Namun Wan, perkara utama lain yg mesti diberi tumpuan ialah soal ekonomi dan juga keselamatan. Berikut beberapa persoalan yg Wan dan ADUN Tahan kena jawab menjelang PRU13 ini.

Pertama, ada atau tidak disediakan kawasan tanah kosong bagi tujuan pembinaan rumah generasi ke2 tsb. Setahu saya, kebanyakkan tanah rancangan tiada memiliki tanah reserve bagi maksud ini

Ke2, berapa banyak jumlah rumah yg akan dibina vs jumlah anak2 peneroka yg masih tinggal disesuatu tanah rancangan. Umpamanya bilangan anak peneroka yg tinggal diFelda Jengka 12 kira2 1,000, adakah Felda melalui ADUN Tahan mampu membina 1,000 rumah dalam masa terdekat ini atau terpaksa memakan masa sehingga generasi ke3 sudah menjadi seorang dewasa.

Ke3, apakah ada kepelabagaian sektor ekonomi bagi menampung keperluan hidup selari dgn pertambahan penuduk rancangan atau mereka hanya semata2 berharap/berkongsi 10 ekar tanah sawit/getah milik orang tua mereka.

Ke4, masalah keselamatan penduduk rancangan perlu menjadi perkara utama memandangkan terlau banyak kes pecah rumah, dadah, kecurian hasil dan berbagai2 lagi...adakah ADUN Tahan menyedari bahawa selama ini tidak ada pondok polis yg dibina disetiap rancangan sedangaknn jumlah penduduk disesuatu kawasan tanah rancangan telah mencecah 5,000 org.

Ke5, Harga CPO utk tempoh yg panjang hanya bergerak pada jajaran RM2,200/mt - RM2,400/mt menyebabkan harga BTS cuma sekitar RM400/mt. Selepas ditolak kos pengeluaran, harga BTS ini hanya tinggal kira2 RM150-RM200/mt. Semasa musim buah melawas sekarang (4mt bagi 10 ekar) bermakan peneroka hanya mampu mencapai pendapatan mak RM800. Apakah dgn penyenaraian FGV diBursa KL dapat membantu meringankn bebanan peneroka disebabkan faktor ketidak tentuan harga dan hasil selari dgn objektif penyenaraian FGV ini.

Ke6, Perasan atau tidak, Felda telah melakukan manipulasi dalam menentukan Kadar Perahan Minyak (KPM) digred/Teori semasa membuat kiraan harga BTS. Biasanya KPM digred/Teori lebih rendah VS apa yg kilang capai sebenarnya. Dgn perbezaan ini Kilang akan memperolehi margin keuntungan lebih besar.....tak percaya Wan tanyalah Mill Manager Kilang Jengka 8 bagi mendapatkan maklumat KPM sebenar VS KPM dibayar (digred)..

Drp: Kerabat Peneroka Jengka 12.

Anonymous said...

Kehkehkeh...........

Internet Ada Tapi guna utk fesbuk je...
Sian ke aok ni

Anonymous said...

Datang la beramai2 pd 1 April 2013 bertempat di belakang Hong Leong Bank, jam 9 mlm sempena pelancaran TRELER PAS, Jerantut.

Menampilkan 3 pimpinan PR peringkat negeri serta artis Ali XPDC dan ucapan wakil Orang Asal.

Dr. Hamzah kata semasa berceramah di Damak 23 Mac baru, kemungkinan Dato' Tuan Ibrahim akan umum calon PAS yg akan bertanding dalam PRU.

Kas cuba korek2 dgn Dr Hamzah sape calon Parlimen Jerantut. Katanya kemungkinan PJ PAS Phg atau penceramah yg berceramah dgn dia di Damak baru ni. Dia hanya calon resev atas permintaan beliau sendiri. Tapi kalau dah pimpinan putuskan dia, dia tetap akan turun atau ...... DUN Tahan mungkin juga calon lama kot dan Zakuan calon stanby. DUN P. Tawar pula mungkin Dr. Hamzah sendiri dan Yohanis stanby.

Apapun kita pakat tunggu lah kot2 diisytihar pada 1 April nanti.

Kata Dr. Dr Hamzah, PAS Pusat tengah perhalusi kedudukan calon di Parlimen Jerantut agar ianya menjadi yang terbaik.

DUN Damak, Dr Hamzah dah jelaskan dalam ceramahnya bahawa masih dalam penelitian apakah DAP atau PKR yang patut bertanding.

Anonymous said...

Bn barua negara

Anonymous said...

Felda dah senang..org kg bila lg nak tolong tingkatkn taraf hidup?mohon geran tanah x dpt2.. Yg dpt 3 ekar satu nama...nok mkn mende? Felda yg 10 ekar pun bising nak bantuan lg..x gne jd wakil klu x bleh nak bantu rakyat.. Dah lame sngt dah bg peluang ke BN ni..

Anonymous said...

JANGANLAH SENTIASA JADI MASYARAKAT SUBSIDI.GENERASI KEDUA FELDA AJE KE YANG TAK ADA RUMAH?

GENERASI KE 2 KAMPUNG TRADISIONAL PUN RAMAI TAK BERUMAH.TAPI DIA ORANG TAK BUAT DEMONSTRASI PUN.

NAK RUMAH KENA KERJA KUAT.DAPAT DUIT BOLEH BUAT RUMAH ANSUR2.

SEMUA NAK KENA SUAP SUSAHLAH.SEMUA NAK KERAJAAN BUAT SUSAHLAH.BAIK TUKAR BIN.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024