Sunday, November 28, 2010

Ketuanan Melayu Bukan Malay Supremacy

Gambar DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Sultan Pahang. Daulat Tuanku.

Presiden PKR, Dr Wan Azizah menyatakan Ketuanan Melayu harus ditinggalkan - kerana itulah faktor utama yang menyebabkan orang Melayu terpedaya dan tidak boleh maju. Beliau menyatakan Konsep Ketuanan Melayu adalah helah golongan elit UMNO untuk menipu orang Melayu demi kepentingan peribadi.

WZWH rasa penulis teks ucapan Dr Wan Azizah tidak faham sejarah Konsep Ketuanan Melayu atau sengaja untuk memutarbelit fakta dan cuba menaikkan emosi. Satu retorik politik yang membangkitkan kebencian kaum bukan Melayu kepada Melayu dan buat Melayu benci kepada UMNO.

Sememangnya ramai orang bukan Melayu tidak memahami Konsep Ketuanan Melayu. Orang Melayu sendiri yang berpendidikan dan liberal pun keliru dengan Konsep Ketuanan Melayu.

Konsep Ketuanan Melayu bukan "Malay Supremacy".

Masyarakat di negara ini perlu menghormati Konsep Ketuanan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dari sudut bahasa, Konsep Ketuanan Melayu merujuk kepada kuasa Raja-Raja Melayu yang memerintah negara ini sebelum wujudnya negara Malaysia moden.

Penulisan yang mempertahankan kedudukan Ketuanan Melayu adalah betul, tapi jangan ada pihak yang hendak ubah kepada "Malay Supremacy". Konsep itu tidak wujud.

Tiada perkataan atau ayat dalam bahasa Malaysia yang boleh menjelaskan "Malay Supremacy", ia tiada dalam Perlembagaan.

Konsep Ketuanan Melayu bermaksud rakyat baik orang Melayu dan bukan Melayu berpayung di bawah kuasa Raja-Raja Melayu termaktub dalam perlembagaan dan negara Malaysia moden mengamalkan konsep pemerintahan raja berpelembagaan-"constitutional monarchy".

Adakah Dr Wan Azizah faham apa yang beliau perkatakan dalam majlis PKR baru-baru ini. Tidakkah ini kalau betul Dr. Wan Azizah genuine maksudkan begitu bererti ini adalah idea menubuhkan negara republik Malaysia!

Dalam sejarah dunia Konsep Ketuanan Melayu telah mengalami  tiga fasa pembangunan:
  • Fasa pertama ketika pemerintahan Empayar Sriwijaya pada abad ke-7 hingga abad ke-13.
  • Fasa kedua ketika Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 14  (1402-1511) dan disambung oleh Johor.
  • Fasa ketiga ketika British mahu menghapuskan kuasa raja-raja Melayu melalui Malayan Union tetapi ditentang oleh orang Melayu yang menubuhkan UMNO pada tahun 1946.

Jika Dr Wan Azizah serious mahu menghapuskan Konsep Ketuanan Melayu atas nasihat Anwar Ibrahim maka WZWH kira Konsep Ketuanan Melayu akan memasuki fasa keempat. Majoriti orang Melayu akan bangkit menentang cadangan dari Presiden PKR ini.

Menghina institusi Raja adalah kesalahan berat di Thailand dan pihak yang berbuat demikian boleh dihukum penjara melalui undang-undang. Bagaimana di Malaysia? Adakah rakyat Malaysia sudah menganggap institusi Raja-Raja Melayu sudah tidak perlu dihormati?

Ada golongan yang begitu angkuh mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang Negara. Golongan ini begitu biadab menghina institusi Raja-Raja Melayu dan sudah berani mencabar status agama Islam.

Menghormati Institusi Raja-Raja Melayu dan agama Islam sudah ada dalam Perlembagaan Negara, tetapi dalam masa yang sama, golongan yang kononnya memperjuangkan Islam dilihat lebih mementingkan kedudukan politik daripada mempertahankannya.

Malah golongan ini sentiasa beranggapan bahawa mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta hak istimewa kaum Melayu-Bumiputera dan agama Islam hanyalah permainan politik UMNO sahaja.

Apakah golongan ini sudah merasakan mereka sudah lebih berkuasa daripada Raja-Raja Melayu dan Undang-Undang Negara?

5 comments:

Anonymous said...

Orang Melayu PAS pekak yang Hadi pimpin tak akan bangkit menentang. Depa suka Wan Azizah cakapmacam tu.

Kita nak denga komen Hj Hadi, Nasaruddin, Mahfuz, Salahuddin dan Idris Ketua Penerangan PAS yang buta peghut.

Ucapan tuuu... Anwar tulis, Wan Azizah baca saja.

PRESIDEN PKR PEKAK....

Anonymous said...

ORANG UMNO PEKAK GAK.....
MELAYU....MELAYU...MELAYU....
TAPI ORANG UMNO LAH YANG PENGHIANAT ORANG MELAYU.....JGN CAKAP KAT ORANG......

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Ketuanan Melayu Bukan Malay Supremacy

Kena faham, ini adalah ucapan yang sebahagian merupakan intipati gulungan yang bahawa mereka sudah tidak diterima lagi rakyat hatta dalam perkongsian. Ini sebahagian ciri2 MOU dalam pakatan untuk menghancurkan Melayu, Islam dan pengubahsuaian Pelembagaan Negara. Imbau kembali apa pemimpin mereka kata, perkataan Allah boleh diguna oleh semua agama’. Mereka tak gembira berbangsa Melayu, Islam dipermaian2kan termasuk Hudud tak semestinya dilaksanakan. Diatas masjid kafir “bocor berdener” boleh sampaikan tazkirah kepada umat Islam. Doa khutbah Jumaat boleh untuk kafir. Jadi tak hairanlah Melayu sedemikian yang merosakkan Melayu sendiri. Harap2 kena faham dan ambil perhatian, ini “falsafah baru” dari pakatan...!!!

Pang5 Banir, hormati semua bangsa Malaysia, Melayu tetap pejuang Melayu...

Anonymous said...

umno pn same jer.....takut nk beckap pasal islam...takut pada MCA n MIC...pejuang pe cam tu.......
mcm PAS nk melaksanakan hukum Hudud umno lah menetang bagai nk rak...pe mende ni....ckp pada org pandai....tp disebaliknya.....sudah lah sekrang ne umno dan barisan xditerima oleh rakyat dah....

oRang kAmpong said...

Aku tengok kat masjid kg aku tiap2 waktu magrib,insya dan subuh hampir2 penoh kariahnya.waktu jumaat melimpah2 dan jg aku percaya di masjid2 seluruh negara pun sama.bulan puasa kedai org islam xbuka.zakat dan fitrah jiran aku tu kerja kat pejabat zakat, kutipannya alhamdullah.ada jglah yg pegi dangdut, medan dan kedai ekor tu pon curi2.hak tu xdptlah nak nyalahkan sesape kita xtau iman org tu mcmmne.moral cetanya sebagai org islam kita hendaklah menjunjung alkuran dan hadith BUKAN LALU AJARAN PAS YANG SONGSANG TU.dipendekan cetanya syurga dan neraka adalah hak allah tiada siapa yg blh menentukan ahlinya melainkan allah.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024