Friday, November 5, 2010

Tunaikan Janji-Janji BN Itu Harapan Dan Kehendak Rakyat


DS Najib menyifatkan kemenangan BN pada PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju yang hendak dibawa oleh kerajaan BN.

“Ini khususnya dalam konteks transformasi yang sedang diperjuangankan oleh kerajaan BN dengan pembentangan perancangan yang begitu terperinci dan rapi sekali,”

Beliau amat gembira dengan kemenangan tersebut dan menyifatkannya sebagai kemenangan rakyat dan pengundi di kedua-dua kerusi terbabit.

“Mereka telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada BN bagi membawa kemajuan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk di Batu Sapi dan Galas.”

“Saya beri jaminan janji-janji BN di Galas dan Batu Sapi akan ditunaikan,” katanya mengulas kejayaan BN mempertahankan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar, dan memenangi semula kerusi Galas daripada PAS.

DS Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata beliau berharap kemenangan ini satu petanda baru bahawa proses pemulihan BN mencapai tahap yang begitu bermakna. Kita tidak akan anggap proses ini sudah berakhir.”

“Proses ini sebagai satu perjalanan bagi memberi keyakinan yang BN mempunyai landasan yang betul bagi mengorak langkah yang lebih positif lagi,” 

Beliau berkata dengan membuat perubahan secara berterusan BN akan menjadi parti yang mendapat sokongan yang begitu kukuh dan padu.

Perkembangan yang menarik ialah pengundi Galas memberikan sokongan kuat kepada BN. “Saya tidak jangka akan menang majoriti besar. “Malah saya terkejut apabila saluran tiga dan saluran empat iaitu pengundi muda lelaki dan wanita memilih BN.

Ini menunjukkan mesej jelas dalam pilihan raya kecil ini bahawa rakyat mahukan perubahan di sini. “Rakyat inginkan perubahan dan kita akan bawa perubahan ini, saya lihat sokongan pemuda cukup tinggi nampak mereka mahu perubahan kerana sudah lama menunggu, mereka hendak pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada mereka ” kata Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas.

WZWH berharap kepada semua wakil rakyat BN baik ADUN mahu pun ahli parlimen segera buat checklist senarai janji-janji manis yang ditabur kepada pengundi pada PRU 12 dan PRK dapat ditunaikan dan dideliverkan kalau tidak 100% sekurang-kurangnya 50% ke atas sebelum PRU 2013 menjelang.

Jika wakil rakyat-wakil rakyat BN menunjukkan kesungguhan untuk merealisasikan apa yang dijanji kepada rakyat maka pengundi-pengundi boleh menilai yang BN sudah mahu berubah dan mendengar dan respon kepada kehendak dan rintihan rakyat.

Kementerian-kementerian yang terlibat dan kerajaan negeri mestilah bekerjasama bagi menjayakan delivery servis ini. Jika ada masalah, perkara-perkara berbangkit dan bertindih maka perlu dirujuk kepada PM, TPM, Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri.

Bagi parlimen Jerantut dan khususnya DUN Tahan, Wakil rakyatnya pastikan projek jalan Ulu Tembeling wajib disiapkan sebelum PRU 13. Sekurang-kurangnya jalan itu mesti sudah sampai ke Kampung Pagi. Jika ini boleh dipastikan tidak ada sebab rakyat tidak boleh memberi kemenangan 2/3 kepada BN pada PRU 13 nanti.

Tunaikan janji-janji BN itu harapan dan kehendak rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

macam mana jalan boleh cepat siap wakil rakyat berkira kebalak

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:03,
WZWH dah survey balak tepi jalan tu tak banyak dah, paling banyak nilainya RM1.2 juta aje. Itu kena bayar premium lagi kepada kerajaan negeri. Berkira balak tepi jalan dah tak ada dah. janji mesti dikota.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024