Friday, January 13, 2012

WZWH Tahu Tuan Ibrahim Lahir Di Kelantan Tapi Jangan Sampai Bendera Pahang Terbalik Pulak!



WZWH tahu Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat lahir di Kelantan tapi jangan sampai bendera Pahang pada poster kempen Himpunan Anak Pahang Di Perantauan 29 Januari ini di Dewan Bandaran Pandan Indah terbalik pula.

Warna putih di atas manakala warna hitam di bawah sepatutnya.

Ada komen pembaca tulis dalam satu blog pro PAS...


Bendera Pahang terbalik kat poster tu. Please tukar, kalau tak kene kutuk free2 je.
Caittt... aparahhh ini bloger, bendera Pahang pun tak tau nak letak hitam kat mana putih kat mana.
Pulak tu, nak sangat PAS ganti UMNO tukar kerajaan kat Pahang ni...
Cehh
Uwekkkk...

OK lah biar WZWH terangkan apa itu makna simbol warna bendera Pahang.

Bendera Pahang & Lambang Negeri Pahang




"Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat."

Lambang Negeri Pahang

"Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna."

23 comments:

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

Macam mana Tuan Ibrahim nak tahu tentang bendera negeri Pahang. Dia sendiri pun bukan anak Pahang jati. Dia nak selamatkan rakyat Pahang dari apa sebenarnya? Sebenarnya memang patut rakyat Pahang berdoa supaya diselamatkan daripada jatuh ke tangan puak2 PAS yg 'terlampau mulia lagi maksum' itu. Terlampau mulia dan maksum sampaikan madrasah pun nak dirobohkan di negeri diperintah PAS. Kalau mana-mana kerajaan negeri pimpinan UMNO yg buat, maka sudah tentu berbakul-bakullah hentaman dan cacian daripada puak2 mulia ini.

Kalau Pahang ini di bawah BN teruk sangat sampai terpaksa diselamatkan, saya merayu sungguh pada Tuan Ibrahim supaya angkut keluar semua orang2 Kelantan dari bumi Pahang yg tak makmur ini.

Anonymous said...

Islam dikutuk...... kafir dijulang, dasar punoh ni.... Ce tengok IC dia.. 06 ke 03.... orang pahang semuanye asal dari luar...kecuali orang asli

Anonymous said...

saya anak pahang sejati.. yg asalnya jerantut teringin sgt pemimpin-pemimpin dari anak2 pahang sendiri.. tapi org pahang sendiri tak boleh nak pimpin pahang jadi negeri maju dan berdaya saing mcm negeri lain..sedih jugak la dah dua org perdana menteri dari pahang tapi pahang masih dlm kategori negeri miskin dan tak seperti negeri yg lain walaupun hasil bumi sgtlah byknya.jalanrayanya amatlah baik sekali...agak2 entah bila la pahang ni nak sama taraf dgn selangor..10 tahun 20 tahun atau 50 tahun lg...aduhai pemimpin BN phg kami org2 muda akan tolak kamu pd pilihanraya 13 nanti..

HJ WAN said...

yeke Tuan Ibrahim lahir di kelantan.. Gelaran Dato tu pulak sape yg bagi?

Anonymous said...

Kas dapat dari SPR No KP Ust Tuan Ibrahim 600827-06-55xx

Anonymous said...

salam....

WZWH.tulisan anda fakta tersangat salah.....harap maklum

Anonymous said...

Bro, cegu ngah cakap tu kwn setuju sangat. Baik sangat pun susah macam orang pahang ni. Orang luar kat pahang ni baik peneroka, profesional atau peniaga hebat-hebat dan kaya-kaya, sampai ada yang bergelar dato' pun.Tapi faham-faham lah orang pahang sikit.kita tidak kenegerian kot.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Tuan Ibrahim datang berhijrah ke Kampung Batu Balai Jerantut bersama bapanya ketika beliau masih kanak-kanak-Rujuk Facebook Batu Balai Jerantut.

Isu sekarang bukan orang luar atau orang dalam Pahang tetapi kenapa bendera Pahang ditunjukkan terbalik warna hitam putih?

Anonymous said...

Mung wat gapo nork tunggu nork bewoyat lagi. Sembah durhaka kepada DYMM Al Sultan, nyahkan penyangak tu dari bomi Pahe, oyat ko dio gi kelik make budu kat kapong dioloh...

Anonymous said...

Anak2 Pahang yang buat majisl tu ,agak akulah anak yang berotak songsang.Mereka ini lahir ikut lubang
dubur bukan orang biasa lahir ikut
faraj.Sebab itu diorang pasang bendera Pahang tebalik.Ikut ajaran
peliwatlah katakan...

Merekapun kata anak Pahang perantau.Baru jadi anak Pahang kut?.Maklumlah negeri Pahang rami
orang datang buka tanh haram awal tahun 60han.Cuba perhati jerantu,
bukan banyak puak2tu buka tanah
haram,puak wali seliper....

Tak dapat liwat otak anak Pahang,
dia orang liwat tanah dan bendera
negeri pahang.Itulah adab mereka,seperti yang diajar iblis
mengikut tok guru merekalah....

Mat Cabu akan melalak dengan ajaran Ching Ping dimajlis itu nanti.Tuan Ibrhim akan kata Pahang dah tenat,tak macam Kelantan yang
sangat kayaraya......

Hampas Budu.....

Jiwa Islam said...

Wan Zamzuri....anda silap...Tuan Ibrahim Lahir di Kg Batu Balai Jerantut Pahang...beliau anak jati Batu Balai....sama macam saya jugak...saya jauh mencintai Pahang berbanding kelantan....main bola dulu-dulu dok wakil Pahang bukannya kelantan...jadi toksah duk main la isu ni....bendera tu bukannya Tuan Ibrahim yg design...jadi ini masalah teknikal....kalau nak cari salah,cari apa silap yang beliau kata atau buat....yg teknikal mcam ni takde sapa pun nak ambik port sebab umum tahu ia tak disengajakan....

Anonymous said...

Kalau mcm tu panggil semua anak pahang balik keja kt negeri sendiri.

Panggil Tan Sri Khalil skali. Udah2 la duk Melaka tu. Balik tlg org Pahang ni. Blah2 Tembeling sana tu ramai lg yg nk pembangunan.

Apa sebenarnya maksud "Anak Pahang"?
Lahir & dibesarkan di Pahang?
@
Mak Ayah lahir & dibesarkan di Pahang?
@
Datuk & Nenek lahir & dibesarkan di Pahang?
@
Org yg hidup didalam komuniti Pahang & bertutur dlm bahasa Pahang?
@
Org yg menyokong BN?

Anonymous said...

salam...setuju dgn jiwa islam......

Anonymous said...

saya anak jati batu balai...bukan keturunan kelantan....jati pahang...asal keturunan kuala lipis...kami sekeluarga kenal sangat keluarga tuan ibrahim...memang dia lahir kg batu balai anak jati pahang...sama umur dgn abg sulong saya...

tok guru kepada tengku mahkota pahang tuuuu.....

Anonymous said...

Ha ha jiwa Isleloh konon mung nih... Martabat banso kerano baso, martabat kelorga kerano budi baso, martabat negeri kerano secebis kain walaupon warnonyo lutor. Jadi mung jange dok main2 pasal tekikoloh gapoloh. Kawe ore Kelate tapi kawe hormat sumo negeri atah dero tok kiro sapo dio bekoso. Jadi mung jangeloh sabit tekniko. Jiko saloh nutuh jubo taik mace abe war tu tokke kato teniko jugok...

Anonymous said...

wzwh pun nak buat lawok ke?bukan main confident kata titm lahir di kelantan...memang org bn camtu ke?ambil fakta dari facebook je?...patutla org dah tak brp nak percaya umno bn...
kalau boleh ambil la fakta dari bdn2 bertauliah..mcm laporan audit negara ke..hehee..sorila cikgu..anak murid tak sengaja lawan cikgu...ni kena berdiri atas kerusi ke?...
kalu isu bendera terbalik.... kwn cadangkan repot kat ayahanda perkasa... kalau dia sibuk melompat...abang long,,,abgngah boleh tolong...perkasa tengah nak cari modal berhimpun...boleh masuk tv3 hari2.....

Anonymous said...

Saya setuju kes bendera ni bkn keje Tuan Ibrahim.Ini kerja designer. Bagi saya tak besar sangat kes bendera terbalik ni. Yang besarnya kes negeri dah nak terbalik akibat penyelewengan pemimpin UMNO anak jati Pahang.Balak2 habis terbalik dirembat dengan kencang oleh anak Pahang jati. Tapi tak pe. Negeri Pahang hancur ke, terbalik ke, hutang banyak ke, anak Pahang tak bertanah ke, semuanya tak pe tau asalkan ia angkara anak Pahang jati, semuanya tak pe.Untung sungguh UMNO dapat anak Pahang jati yang berfikiran macam L.M.U Shahrizat. Patutlah Pahang maju. Tak macam Kelantan, mundur. Air Asia dan MAS ke KB dekat 15 kali penerbangan sehari. Tak masuk ratusan bas ke KB setiap hari. Melayu Kelantan miskin, rumah besar2, perniagaan dimiliki orang Melayu Kelantan. Orang Kelantan makan lembu fresh. Tak main daging impot. Issh3 teruk betul orang Kelantan. Hebat betul orang Pahang Jati.

Anonymous said...

tuan ibrahim tu sibuk nak jadi menteri besar pahang la tu.hanya anak jati pahang yang boleh jadi menteri besar pahang tak kira la puak umno atau pas.

Anonymous said...

mahathir tu anak jati melayu ke??

Anonymous said...

rasa rasanya orang kelantan bagi ke orang dari keturunan pahang jadi menteri besar kelantan?

EDDY IKHWAN said...

isu bendera kenapa nak salahkan Tuan Ibrahim... Kenapa tidak penceramah lain? Cube rujuk pereka grafik yang buat poster tersebut...

Anonymous said...

pahang la yang baik hati bagi senang2 je orang luar tanah.kalau negeri lain jgn harap orang luar dapat tanah tambah2 kelantan,cuma ic 03 je yang dibenarkan mohon tanah.sedangkan yg mohon melayu islam jgk.ni la yg dikatakan islam mazhab kelantan.

Anonymous said...

wa tak kisah siapa dia punya mak dan bapak dia asal dr mn.tp yg penting dia lahir di batu balai.batu balai dlm daerah jerantut.Wa cuma tumpang bangga jika ada org jerantut bakal jd MB Pahang.setakat ni exco pun tidak dipilih dr adun daerah jerantut.ustz tuan ibrahim juga pimpinan pas pusat.ayuh org jerantut mai sama2 sokong pimpinan ustaz tuan ibrahim.jika lepas ni pimpinan ustaz tuan ibrahim sama dgn pimpinan bn sekarang,kita tukar balik kpd bn..kita sebenarnya boleh tukar pemimpin semudah membuka kulit kacang.....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024