Sunday, October 28, 2012

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) DUN Tahan



















7 ekor lembu ditumbangkan sempena 'Ukhwah dan Qurban @ Tahan" di Felda Sungai Retang pada 28 Oktober 2012.

Banyak 'catch phrase' sehari dua ni. Dulu zaman Almarhum Tunku dan Tun Razak tidak kita dengar. Masa itu orang Melayu dengar apa kata pemimpin.

Sekarang zaman serba canggih. 'catch phrase' PMS, PDM, TouchPoint, dll. Semua itu jargon istilah perjumpaan dengan rakyat sebenarnya.

Politik orang Melayu mudah. Boleh dibahagi kepada 3 golongan:
  • Melayu bandar
  • Melayu Peneroka
  • Melayu Kampung Tradisional

Setiap golongan memerlukan pengisian yang berlainan, kadang-kadang sama, ada yang bertindih, ada yang 'internasional taste'.

Setiap 3 golongan di atas berkaitan diantara satu sama lain. Yang tinggal di bandar-bandar itu adalah anak-anak atau cucu-cucu Melayu Peneroka dan Melayu Kampung Tradisional.

Perubahan membuatkan sekarang UMNO, PAS dan DAP sendiri berubah pendekatan. Ini biasa bila parti-parti politik kontemporari adapt dengan perubahan masyarakat supaya kekal relevan.

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) DUN Tahan merupakan program anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang, Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Tahan dan JKKK Felda Sungai Retang dengan kerjasama JASA Negeri Pahang, Pejabat Daerah Jerantut serta Pejabat Pengurus Felda Sungai Retang.

Program yang dinamakan 'Ukhwah & Qurban @ Tahan' ini menggabungkan tiga elemen iaitu senibudaya, aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti kerohanian., adalah bertujuan bagi mengukuhkan perpaduan dikalangan masyarakat setempat, memyemarakkan kesenian dan kebudayaan masyarakat serta mendekatkan pemimpin kepada rakyat melalui aktiviti turun padang.

Ia juga diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam pada 10 hingga 13 Zulhijjah setiap tahun, yang mana JKKN ingin mengetengahkan ibadah qurban agar tidak hanya diangkat sebagai satu kewajiban seorang Muslim, malahan satu budaya masyarakat yang dapat melahirkan nilai-nilai murni dalam diri setiap insani.

Antara atur caranya ialah:
  • Majlis qurban JKKR Felda Sungai Retang bersama YB ADUN Tahan
  • Acara pengagihan daging qurban ke rumah penduduk Felda Sungai Retang
  • Majlis Tazkirah Zohor (Masjid Jamek Felda Sungai Retang)
  • Solat Zohor Berjemaah (Masjid Jamek)
  • Majlis Perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) DUN Tahan 'Ukhwah & Qurban @ Tahan'
  • Kenduri Rakyat



















YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya DUN Tahan.



















ADUN Tahan menyampaikan sumbangan mock cek kepada Tadika Felda Sungai Retang.



















ADUN Tahan menyampaikan sumbangan mock cek kepada JKK Masjid Jamek Felda Sungai Retang.



















Persembahan nasyid kanak-kanak.



















Persembahan bertenaga dari nasyid orang muda.



















Persembahan zikir marhaban dari orang veteran.

10 comments:

Anonymous said...

Ngape setiap program DUN Tahan dibuat Di Sg Retang..... tempat lain bukan dalam DUN Tahan ke?.... Oh ya..weh...bini ADUN Tahan orang Sg Retang.... patut laa....

Anonymous said...

program ni saya rasa tidak beraloi jika compare dengan pihak2 yang terlibat.tak tahulah mana silapnya.mungkin masa,tempat atau hebahan?kalau tengok audien semalam BN boleh lingkup di peti undi retang.he he.WZWH nampak serius jer semalam..terkesan dengan jumlah audien kot.

Anonymous said...

yang menang semalam saya rasa ialah kumpulan nurul iman tadika,5 thn.membawa lagu sepohon kayu.diorang nyanyi satu rangkap dan diulang ulang 5,6 kali rangkap.. walaupun hidup seribu tahun,kalau tak sembahyang apa gunanya..inilah ucapan paling mahal dalam kerangka program PMS,elemen yang ketiga iaitu kerohanian.terasa kejujuran dan ketulusan budak budak tu.memang benar WZWH..TAK SEMBAHYANG,TAK ADA MAKNA! baik umno atau PAS.

Anonymous said...

WZWH, apa pendapat anda tentang Dato Jamaluddin Jarjis bakal jd MB Pahang kalau BN menang di PRU akan dtg?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:51 Kebetulan program semalam di Felda Sg Retang. Sebenarnya banyak program ditempat lain dalam DUN tahan tapi WZWH tak sempat cover.

Anon 7:21 mungkin tidak ramai sebab masa ketika Hari Raya lagi ramai peneroka bersama keluarga, hantar anak-anak ke asrama, soal masalah dalaman itu WZWH tak mahu campur.

Anon 7:31 semua persembahan nasyid yang dibawa kanak-kanak, orang muda dan orang veteran ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Memang kumpulan nasyid kanak-kanak Felda Sungai Retang itu adalah Johan seluruh kawasan Felda di Pahang. Orang muda pun menarik ada muzik dan rapp sekali, orang veteran boleh ingat nostalgia WZWH masa kecil dengar orang-orang tua berzikir masa kenduri kahwin.

Anon 8:24, WZWH sokong sesiapa saja yang DS Najib pilih sebagai MB Pahang.

Anonymous said...

Kita bincang dari segi ekonomi. Sememnagnya program melibatkan ekonomi berbentuk sedemikian sentiasa dicari. Pemimpin yang pandai berkira2 dan "sempua" inilah masanya. Kebanyakan masyarakat Islam yang mengetahui bahawa Ibadah Qurban amat dituntut, jadi siapa2 yang melakukan ibadat Qurban tidak akan hadir majlis sedemikian. Masyarakat sekitar siapa2 yang melakukan ibadat qurban, apabia mendapat jemputan "makan" sempena qurban mereka tidak lagi akan hadir dimana2 majlis lain. Cuba bayangkan jika disebuah kampung ada yang melakukan ibadat Qurban seramai 7 orang (7 bahagian), paling kurang 1 ekor lembu atau kerbau atau "unta". Jika dijemput masyqrakat "makan" paling kurang setiap rumah dihadiri seramai 8/12 orang atau lebih lagi. Jika didharab dengan 7 (kasarnya 10 x 7 = 70 orang), lihatlah jika, 5 buah, 7 buah atau 10 buah kampung melakukan "Ibadat Qurban" jadi jumlahnya agak kasar tidak hadir juga. Jadi congak punya congak program ini bila dilakukan sangat menguntungkan, mahu tidak mahu "claim" mesti jalan lancar. Setiap kepala dianggarkan sebanyak RM25 - 35/= kemudian dharablah lebih kurang 800 x RM20 = berapa jawapannya carilah sendiri. Halal dan layak seseorang itu jika makan harta sedemikian!!! Tanyalah siapa yang untung!!!?

Anonymous said...

Wow! sungguh power nasyid kanak2 dan nasyid orang muda. Zikir marhaban org tua pun berpower juga. Saya hadir sama dlm program itu. Sungguh meriah dan ramai sungguh org Jantut hadir. Syabas, dan banyakkan lagilah program saperti ni sebelum PRU13.

Belia4B Jerantut

Anonymous said...

Oct 29, 2012 7,59pm, kao jangan menganjing2kan program belia 4B Jalantet. Kawan pon datang juge ah, kawan tinguk kerusi banyak yang kosong dan masaih berlapis2 lagi uran taknyer bukak kerusi tu. Ini program menghadapi PRU ke13. Nanti belia tak percaya pulak.

Anonymous said...

apalah maknanya kalau hidup tak sembahyang...melengahkan sembahyang pun dah dikira satu kesalahan berat..apalah makna kuasa jika tidak dibawa bersama agama..apalah makna agama jika digunakan untuk meraih kuasa..apalah makna berpolitik jika menyusahkan saya ketika di soal jawab di kubur..apakah makna hidup jika saya gagal di mahsyar..apalah erti BN atau PAS,,jika soalan "siapa saudara kamu" saya tak lepas nak jawab.

Anonymous said...

I wаs wоnderіng if уou eveг сonsidereԁ chаngіng thе page lаyout of уour blog?
Its ѵеry ωell wгitten; I loѵe what yоuѵе got to ѕay.

Βut maуbe yοu could a littlе more in the ωay of сontеnt sо
people could cоnneсt with it better.
Youve got an awful lot of text for оnly haѵing one or twо pictuгes.
Maybe уou could ѕρace it out bеtter?


mу webpage; tantric massage
Feel free to surf my weblog :: lots of info on sensual massage in London

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024