Tuesday, October 30, 2012

Surah Khas Untuk Orang Melayu Sebelum Mengundi PRU 13



Bangsaku adalah Melayu;

Yang tidak mahu dipanggil Melayu pun sebenarnya tinggal dalam apa yang dikenali dunia sebagai Gugusan Pulau-Pulau Melayu;

Elok jugalah begitu;

Kini bangsaku dalam kelompok masing-masing bersatu;

Bukan bersatu kerana mengikut Allah berfirman;

Bukan bersatu kerana subur nasionalisma dan iman;

Bukan bersatu untuk mencapai kejayaan ekonomi sezaman;

Tetapi;

Bersatu untuk berkelahi sesama sendiri;

Bersatu untuk mencapai matlamat peribadi;

Bersatu mengikut perasaan hati yang benci;

Bersatu berkawan dengan musuh dan bermusuh dengan kawan;

Siapakah yang akan menolong bangsa ini?

Melayu sudah ketandusan panglima dan pahlawan;Melayu sudah kehilangan penulis, pujangga dan seniman;

Melayu tercari-cari di mana failosof dan pejuang;

Yang dapat mengembalikan semangat yang sudah hilang;

Setelah institusi Raja-Raja Melayu dipertikaikan

Beginilah jadinya;

Jika nanti pemimpin sudah tidak bermaya;

Apabila ulama sudah menyesal dengan pegangan betul yang lama;

Siapakah yang dapat membetulkan arah yang sesat;

Siapa yang akan memberi nasihat;

Memberi nasihat harus cepat:

Wahai bangsaku: 

Sudah terlambatlah Melayu untuk bersatu dalam tangisan apabila sudah hilang kuasa;

Sudah terlambatlah Melayu untuk berfikir soal ekonomi setelah papa kedana;

Sudah terlambatlah Melayu untuk berpakat kembali dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan kongres apabila tempat untuk aktiviti begitu bukan milik kita;

Sudah terlambatlah Melayu untuk meminta pertolongan dari pemimpin yang jatuh terhina kerana fitnah;

Sudah terlambatlah Melayu untuk menegak hukum apabila jentera kehakiman sudah dimusnah;

Sudah terlambatlah Melayu untuk mengenang masa silam di waktu sistem kesultanan kita yang lemah belum punah;

Sudah terlambatlah Melayu untuk menuntut kembali hak yang pernah ada dalam Perlembagaan;

Sudah terlambatlah Melayu untuk memperjuangkan hak majoriti dalam demokrasi;

Rata-rata di Nusantara golongan minoriti sudah memerintah – baik dalam negara atau negeri walau pun diberi nama daerah;

Wahai bangsaku bangsa Melayu;

Jika sesama Melayu kita tidak percaya lagi;

Sesama Islam di dunia pun kita tidak boleh menggantung diri;

Apakah yang dicari oleh bangsaku;

Selain kemegahan dari kuasa;

Selain kesedapan melayan nafsu;

Selain kepuasan menghimpun harta;

Tidak peduli apa akhirnya dan caranya, samada halal atau yang menghimpun dosa;
Wahai bangsaku, bangsa Melayu;

Jangan kau cari sesuatu mengikut kehendak kuasa, nafsu dan harta;

Jangan terlambat, carilah di tempat kehilangan dan bukan hanya dalam cahaya;

Carilah yang halal dan tidak berdosa,

Kalau kamu tidak mahu bersatu dan memilih persaudaraan di dalam Islam;

Kalau kamu tidak mahu berkawan dengan yang dhimmi, dengan berbagai alasan;

sebaliknya memilih yang harbi sebagai teman;

janganlah kau salahkan ibu mengandung.

Kamu sebenarnya adalah:

Laksana kelkatu menghambat cahaya;

Sampai di situ matilah ia.

Cebisan dari 'Kelohan Bangsa' oleh TSSJ 21 Oktober 2012.

9 comments:

Anonymous said...

angkara siapakah seuanya ini. kalau bangsa melayu layu dan berpecah??Ya angkara pememrintah yg tlh memerintah selama 55 tahun.
Bangsa ku dari UMNO ingat dengan meletakkan jumlah pengundi 20-40% dari org bukan Islam di setiap kerusi DUN atau Parlimen maka bangsaku dari UMNO ingat ia akan berkuasa sampai kiamat. UMNO ingat org bukan Islam pasti tidak akan mengundi bangsaku dari PAS yg membawa obor Islam selama-lamanya. Jadi bangsaku UMNO fikir ia akan dapat memerintah dan meratah harta rakyat selama-lamanya. Namun jangkaan bangsaku UMNO meleset. Kini org Cina dan India mula sedar bahawa PAS yg membawa Islam amat boleh dipercayaan dan boleh memerintah dengan adil.
Kini bangsaku UMNO terkulai layu dan terus bermadah mengharap simpati dari bangsa Melayu setelah dibenci oleh bangsa bukan Islam.

Anonymous said...

perpecahan antara orang islam sudah berlaku sebaik bermula pemerintahan khalifah usman R.A.dan kemuncak perpecahan adalah ketika khalifah Ali R.A memerintah.dan perpecahan berterusan hingga kini.bezanya ialah,sungguhpun perpecahan mereka sehingga melibatkan nyawa tetapi mereka masih berada di dalam kurun yang dijamin oleh Rasulullah SAW.
dan kini di tahun 2012,orang islam di seluruh dunia terus berpecah dengan pelbagai sebab.tetapi yang paling dominan ialah iqtiqad(aqidah) dan politik..dan perpecahan yang paling parah adalah dalam aqidah..dan disebalik kesemuanya itu perpecahan di malaysia khususnya adalah terlebih parah dari parah..perpecahan orang islam di malaysia adalah gabungan politik aqidah..ini masalah.pasti bermasalah di kubur dan mahsyar bagi yang tidak membezakan politik dan aqidah.

Anonymous said...

Panglima melayu masih ada
Ulama melayu masih ada
Cerdikiawan melayu masih ada
Wali melayu masih ada
Pemikir melayu masih ada
Pemuda cerdik melayu masih ada

Tapi mereka bukan umno
Yang merosakkan islam melayu selama 55 tahun
Yang merosakkan Malaysia selama 55 tahun
Yang merosakkanmasyarskat selama 55 tahun

Jadi jangan undi umno
muga anda tahu apa yang tersembunyi

Anonymous said...

kalau dah semua ada,apa yang rosaknya pemerintah UMNO.yang rosaknya ialah penghalang pemerintah.sepatut dia jadi pembantu pemerintah supaya yang dah ada tu jadi lagi banyak ada.

Anonymous said...

Melayu dan Cina sama saja. Mereka ini ber Tok Aki kepada Adam dan ber Tok Wan kpd Hawa. Yang membezakan Cina dan Melayu cuma aqidah dan taqwa. Cina lebih mulia jika memilih Islam, Melayu tiada nilainya jika meninggalkan Islam.

Melayu Islam Domian walaupun telah berkuasa lama, tetapi gagal mengIslamkan sahabat 'seketurunan Adam' dgn mereka. Sebab mudahnya kerana mereka gagal meng'Islam'kan diri mereka sendiri. Orang Cina bukan takut kepada Islam tetapi takut kpd sifat dan perangai Melayu Islam Dominan.

Selama ini mereka menganggap, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu...Dgn perangai hodoh orang2 Melayu dominan, org2 Cina bukan sahaja tak tertarik dgn Islam malah membenci Islam ala Melayu.

Hari ini, ada Melayu Islam minoriti yg menawarkan Islam tulin kepada Cina...ramai yg mula tertarik kpdnya. Namun, Melayu Islam dominan menganggap Melayu Islam minoriti menggadaikan perjuangannya. Malah menuduh Melayu Islam minoriti akan menCinakan diri mereka malahan akan men'Cina'kan seluruh sistem bernegara..dan akhirnya menjadikan Malaysia kpd Cinasia kononnya.

Dengan hakikat ini maka sampai bila2 pun, selagi Melayu Islam Dominan berkuasa selama itulah Cina terus menjadi Cina dan Melayu Islam Dominan kekal mewarisi sifat2 kerakusan, salah guna kuasa dan 'berkerjaya' hasik titik peluh orang lain..Mr 10%.

Anonymous said...

melayu minoriti bukan menawarkan agama kepada cina tetapi mereka terjerat dengan tipu daya cina yg berpura2 menyokong melayu minoriti agar SUARA mereka lebih kuat... buktinya mereka cina DAP ini tak henti2 menyusahkan melayu dan tak faham2 agama... cuba beri statistik sikit berapa ramai cina telah masuk islam kerana PAs... tabligh lagi baik... walaupun tak buat dakwah secara khusus kepada orang kafir tetapi mereka telah berjaya mengislamkan ramai bukan islam...
MINORITI ISLAM ( PAS ) sebenarnya mahukan KUASA.. itu sahaja.. mereka membelakang banyak ayat2 Al-Quran tetng hakikat orang kafir ini...

UNDI PAS =UNDI CINA =YAHUDI SOROS

Anonymous said...

THIN KURAL, Isnin 29 Oktober 2012



4 BUAH TANDAS BERNILAI 20 RIBU RINGGIT UNTUK KUIL SINGARA VADIVELAVAR :

HASIL USAHA KELAB PENYOKONG PAS PAHANG



Hasil usaha Kelab Penyokong PAS Pahang, 4 buah tandas dengan kos 20 ribu ringgit dibina di Kuil Sri Singara Vadivelavar, Jerantut. Ia selepas mendengar rintihan penganut Hindu yang berkunjung ke kuil itu mengenai tiadanya kemudahan masalah tandas. Walapun kami sudah banyak kali memohon kepada kerajaan negeri mengenai keperluan itu, tetapi langsung tiada respon. Namun, sejurus mendengar keluhan kami PAS Pahang telah bertindak segera. Dalam hanya 45 hari pembinaan tandas itu siap. Kami berterima kasih kepada PAS Pahang dan syarikat yang melaksanakan pembinaan itu.



Semasa berucap pada majlis itu, Pengerusi PAS Jerantut Dr Hamzah Jafaar berkata sekiranya PAS menguasai Pahang pada pilihanraya umum depan, segala keperluan masyarakat akan dipenuhi tanpa mengira bangsa dan agama. Malah, tuntutan pembinaan sebuah dewan untuk masyarakat India juga akan dipenuhi, katanya. Untuk itu rakyat perlu yakini kami dan akan akan balas keyakinan itu. katanya lagi. Pengerusi DAP Jerantut Cikgu Koh pula berjanji untuk memberikan gaji 6 bulan beliau untuk Kuil dan masyarakat India setempatkalau Pakatan kuasai negeri itu dalam PRU nanti. Masyarakat India Jerantut masih ketinggalan jauh di belakang. Justeru kami akan berusaha memajukan kehidupan mereka, kata beliau.



Sampai tahap ini kita jaga hati orang India. Kalau mereka pergi kuil, tiba-tiba perut memulas nak memerut – ada juga tandas yang disediakan oleh PAS untuk mereka. Ini satu program yang sangat baik dan positif.



Nak elok lagi, kita letak lambang PAS di depan pintu jamban. Bagi mereka ingat parti kita. Jangan sedap ‘melepas’ di tandas tajaan kita; tapi bila undi, terus disanjung Samy Vellu yang bebal itu.

Anonymous said...

Anon 9:28AM,
UMNO ni macam orang kentut didalam lif....setelah bau tidak dapat ditutup maka mereka mula menayakan dan menuduh, "siapa yg kentut ni?".

Itu sebab UMNO susah payah behujah bahawa PAS sudah tidak Islami. Mengundi PAS sama macam mengundi Yahudi..Mereka lupa akan batang tubuh UMNO sendiri yg berbau busuk yg memang suka menyembunyikan perbuatan kejinya...macamlah orang lain bodoh sangat.

Oooi si anon, UMNO ini bukanlah parti Islam. Ia cuma parti yg dianggotai 90% orang Islam. Segala dasar, strategi serta inisiatif2 perlaksanaan lebih kepada mengikut sistem atau menganut fahaman barat/Yahudi. Kerana 'berdarah daging' kpd sistem kebataran inilah maka M'sia yg diterjui oleh UMNO selama 55 tahun tidak pernah mau diusik oleh puak Barat/Yahudi. Jadi siapa yg Yahudiyun sebenarnya...UMNO atau PAS.







Anonymous said...

umno bukan parti islam tetapi mereka tidak bodoh ditipu yahudi dan cina serta prulalis

UNDI PAS = UNDI CINA= SOROS YAHUDI

TEMA INI AKAN BERLEGAR DI ALAM SIBER... OM PAS KEPANASANNNNN

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024