Tuesday, October 9, 2012

Tradisionalist Aristokrat Melayu Benteng Terakhir Politik Melayu Islam


Ini posting WZWH mengenai psikologi politik Melayu yang tidak berapa digemari oleh 'Western Imperialism'. 

Recolonisation atau penjajahan cara baru oleh 'new Western Imperialism'. 'Regime change' ialah modus operandi untuk menumbang mana-mana kerajaan yang tidak memberi kepentingan secara total kepada mereka.

Dana, latihan dan idea diberi kepada NGO, wartawan, penulis blog dan portal untuk menjatuhkan kerajaan ini.

Apa yang berlaku di Libya, Tunisia, Mesir, Syria, Iraq, Afganistan, Palestin adalah bukti nyata. Jika kita melihat politik negara jiran kita 'regime change' berjaya menukar kepimpinan. 

Hanya jika negara itu 100% mengikut telunjuk 'Western Imperialism' baru tiada 'regime change' malah bantuan segala apa diberi. 

Sejarah mengajar kita bahawa welschantung pemikiran politik Melayu itu telah melahirkan Melayu Belanda di Indonesia, Melayu Inggeris di Malaya, Melayu Spanish-American di Filipina.

Melayu Thailand, Melayu Singapore, Melayu Champa-Kemboja itu tidak perlu dibincang politik mereka kerana ditindas sebab minoriti kumpulan mereka.

Melayu Brunei dibawah tradisionalist aristokrat Melayu tidak juga dibincangkan kerana sudah terbela dan terjamin  Melayu dan Islam mereka dan hidup makmur.

Semua Melayu di Asia Tenggara ini atau Kepulauan Melayu itu majoritinya telah terdedah Melayu dan Islam mereka kepada risiko neo-imperialism bentuk baru.

Ada jati diri Melayu dan Islam itu sudah hancur lumat. Ada yang secara halus dimakan perlahan-lahan tanpa disedari. Ada yang sedang menunggu 'regime change' untuk mengubah Melayu dan Islam.

Lebih malang NGO dan parti yang menganggap mereka memperjuangkan Islam telah diinfiltrate diresapi agen-agen 'western imperialism'. Kuasa dan wang boleh buat pemimpin parti Islam itu mendiamkan diri dan menyokong kehendak 'master western imperialism'.

Di Malaysia adakah majoriti Melayu dan Islam tahu hakikat apa yang berlaku ini? Dengan siapa mereka mahu mendengar dan bergantung harap?

Terlalu ramai pseudo-leaders (pemimpin palsu) berkeliaran mempengaruhi mereka bahawa pseudo-leaders ini lah yang bakal membawa 'regime change' ke arah negara yang lebih baik.

Bangsa Moro (pecahan etnik Melayu di Filipina) telah lebih beratus tahun melawan imperialis Sepanyol dan Amerika. Filipina moden pun tidak dapat menguasai bangsa Moro yang berani melawan mempertahankan Melayu dan Islam mereka dengan konflik dan perang lebih 50 tahun.

Konflik dan perang yang lama sangat tinggi kosnya. Pembangunan politik dan ummah tidak dapat digerakkan sepatutnya ke tahap yang tinggi. Perjanjian keamanan dan gencatan senjata dipersetujui oleh bangsa Moro dan Filipina melalui Kuala Lumpur.

Kepimpinan DS Najib terbukti boleh mendamaikan puak Melayu Kristian dan Melayu Islam di Filipina ini.

Begitu juga di Selatan Thailand, kepimpinan DS Najib perihatin kepada permasalahan Melayu Thailand dengan kerjasama kerajaan Thailand membuahkan harapan walau konflik belum reda. Sampaikan bendera Malaysia dikibar di Selatan Thailand walaupun ini mungkin ada unsur provokasi.

Di Malaysia akan mendatang kepimpinan tradisionalist aristrokrat Melayu adalah benteng terakhir politik Melayu Islam. Juga Melayu Mamak turut boleh membantu memberi sumbangan dan sokongan!

19 comments:

Anonymous said...

Sudahah UMNO/BN...usia anda utk terus menerajui M'sia ibarat matahari sudah berada diufuk barat...bila2 masa akan tenggelam. Banyak 'tanda2' yg saat kematian anda hampir menjelang tiba.

Baginilah tabiat UMNO/BN apabila nyawa susah sampai dekat halkum...masih belum insaf. Tak habis2 nak salahkan sesiapa saja. Walhal yg mengakibatkan dirinya yg terlantar dan nazak adalah kesalahan diri sendiri..canser dibiarkan merebak sampaik ke stage 4. Cancer rasuah, salah guna kuasa, kornisme, berlaku ketirisan dalam pengurusan sana sini, kepentingan Melayu dan Islam dipinggirkan...lebih mengutamakan UMNOPUTRA, tidak diubat semejak dari awal lagi.

Saya masih segar dalam ingatan, apabila angkatan perpaduan umah mula dibentuk kesan drp perebutan kuasa Dr Mahathir VS Ku Li, pihak yg menguasai media (Dr Mahathir) tidak habis2 menggunkan medium arus perdana ini utk menyerang Ku Li. Berbagai2 tuduhan disiarakan termasuk menuduh Ku Li sebagai agen barat selain Ku Li membelakangkan agama apabila berkompromi dgn pimpinan gereja....

Cerita ini masih dijaja lagi...Wan dan UMNO oooi...tak laku dah.

Masakan Dr Muhammad Mursi yg berjuang bersama Parti Islam Ikhwan Muslimin Mesir dan bagitu lantang menentang keangkuhan regim zionis dituduh sebagai agen barat...tak masuk akal!

Wahai Wan dan BN/UMNO...sudahlah...

Kutukandewata said...

ingatlah wahai saudara.bukan manusia yang menaikkan sebuah kerajaan tetapi Allah Taala.

firman Allah dia akan naikkan kerajaan yang dia suka.dia akan jatuhkan kerajaan yang dia tak suka.

siapa kita yang akan menentukan sesebuah kerajaan?

kalau Allah masih mahukan BN memerintah kerana tidak zalim kepada rakyat maka usah lah kita beria-ia nak jatuhkan nya.Kalau Allah masih suka maka dibukakan hati setiap pengundi untuk terus undi BN.

kalau Allah dah tak suka BN maka berseronoklah kau orang PAS!

tak payahlah nak ambil alih kerja Allah.sia-sia aje!!!

itu pun kalau kau orang percaya kepada alquran!!!!

Anonymous said...

Kutukan dewata tersesat dalam pemahamama tentang takdir.....mirip kpd pemahaman puak2 Jabariah yg bertentangan dgn pegangan Ahli Sunah (ASWJ). Iktiqad ASWJ, wajib melaksanakan asabab bagi mencapai sesuatu natijah kpd asabab tsb. Contoh: Kalau lapar mesti berusaha cari makanan kemudian makanan wajib disuap kedalam mulut...secara sunatullah makanan boleh mengenyangkan. Kenyang adalah natijah kpd asabab makan. Namun penentu akhir sama ada makan boleh mengenyangkan atau tidak bergantung kpd kehendak Allah SWT.

Demikian usaha2 menjatuhkan kerajaan yg 'zalim' adalah asabab...Regim kapitalis (asalnya sosialis) Husni Mubarak akhirnya tumbang ditangan Ikhwan Muslimin setelah berusaha hampir 80 tahun dgn mengorbankan banyak nyawa termasuk As Syahid Hassan al bana dan Said Kutub... Dr Muhammad Mursi sendiri merupakan graduan penjara cairo, akhirnya menang...

Yg Kutukan Dewata fobia sangat dgn PAS pasal apa....adakah kerana PAS bekerjasama secara tahalu syiasi dgn DAP? atau kerana DAP melaksanakan kerja lebih baik vs Gerakan diPP dgn memperuntukkan RM60 juta kpd MAIPP VS Gerakan yg cuma peruntukkan sebanyak RM9 juta atau DAP PP satu2nya kerajaan negeri yg melaksanakan perumahan rakyat yg rata2 diperuntukkan kpd bumiputera???

Wahai Kutukan Dewata...tolong berfikir secara rasional.. jangan ikut nafsu sarakah UMNO ini.

Mat Periba.

Anonymous said...

masalahnya kerajaan BN ni zalim ke??
Jgn nak ber asbab2 la
Berdosa kita lawan umara ni, sedangkan ulamak pun bawah umara..
Talengong linkun..

Anonymous said...

WZWH,

Saya Sokong kenyataan Anon October 9, 2012 5:44 PM. Jadi kena sampaikanlah kepada Noh Omar, Zin badak kat Selangor tu...berdosa dok melawan umara.

Begitu juga dengan NGO GAps dan lain-lain puak UMNO di selangor yang bertopengkan NGO.

Anonymous said...

Anon 5:44PPM,
Jangan jahil Perlembagaan. Pelembagaan M'sia dirangka oleh imperialis barat dan dipersetujui UMNO. Intipati perlembagaan persekutuan yg menjadi anutan sehingga kini ialah SISTEM DEMOKRASI BERPALIMEN dan RAJA BERPELEMBAGAAN. Sistem ini merupakan kelon drp perlembagaan British dgn menetapkan Yg DiPertuan Agung sebagai ketua negara. PM pula merupakan wakil rakyat yg dipilih melalui parti yg menang pilihanraya secara majoriti setiap 5 tn sekali.

Berdasarkan perlembagaan ini, Rakyat berhak memilih PM atau parti yg pada pandangan mereka lebih memberi manafaat kpd rakyat dan negara. Hak memilih PM dan parti adalah hak mutlak rakyat...tau!!

Yg DiPertuan Agung merupakan ketua agama yg dikenali sebagai umarak...menjadi kewajipan rakyat mentaati atau baiah kpd Yg DiPertuan Agung dan Raja/Sultan sesebuah negeri. Faham!!!! Jika para2 Raja/Sultan melakukan kesalahan peribadi...menjadi hak ulama menasihati mereka namun rakyat tetapi berkewajipan mentaati mereka...ada reti!!!

Apa yg anon hujahkan diatas cuma berlaku keatas negara Islam yg mengamalkan sistem Khalifah seperti Khalifah Othmaniyah. Lain kali kenalah belajar rajin sikit bab2 agama ni bukar sekadar pandai baca tahilil jer...ada faham!!

Mat Periba

Durian Gugur said...

Dah 55 tahun tugas melindungi melayu telah diberikan kpd ameno.dalam tempoh tersebut,bandar dikuasai bukan melayu,perniagaan dikuasai bukan melayu,tanah rezab melayu dah jadi tanah antarabangsa.bank bumiputra ditelan oleh cimb..
Aku rasa kalau bagi 55 tahun lagi pada ameno untuk jaga bangsa melayu,alamatnya spender koyak org melayu pun kene jual.

Anonymous said...

Aku dengar cerita, Yayasan AID Malaysia menerima sumbangan drp G SOROS juga...Kalau betul, Yayasan ini bolehlah disenarai sebagai agent Barat nak menjatuhkan kerajaan UMNO. Tolong siasatlah...aku bimbang UMNO kalah kali ini. Abislah Melayu...Orang lain bukan reti nak urus Melayu kecuali puak2 UMNO jer. Gurindam senja....

Anonymous said...

ngape ds najik dok sebok@pandai nak mendamai org thailand ngan philipina je.... Ngape x pandai nak mendamaikan org2 melayu di malaysia....x phm sunggoh aku

Anonymous said...

kejap puji ngan sokong, kejap keji dan caci... Itu la politik melayu...rase2 nak tumbang puji la org2 yg boleh bantu utk bediri smula...bila dah gah bediri keji plak sape2 yg dulu tlg dia...pikir la ngape si halim roti, wan mizan dipilih dan di sponsor oleh cina chap...sebab diaorg ni bodoh senang nak dikudakn n jadi melayu yg jual melayu

Anonymous said...

terkejuttt beruk ari nie tengok banner YB DUN TAHAN = selamat menjawap peperiksaan PMR heeeee, dalam sejarah hidup kawe 25 tahun jadi cikgu di lembah tembeling nie bru KALI PERTAMA (1) ucpan tu di tulissss.

BUANG TABIAT KEEE

Anonymous said...

ala tu tandanye nak pr dah tu anon 9.40... Lepas pr xnmpak la mende gitu lg dah sebab dah lemas kat sg tembling

Anonymous said...

kutukan dewata telah tersesat pemahamannya. Jangan putarbelitkan sesuatu yang anda tidak arif tentangya.Muhasabah diri anda supaya anda tidak terus sesat.saya sebagai umat Muhamad S.A.W kesian akan saudara yang telah sesat jauh dari tiang agama.

Anonymous said...

Yang kita pertahankan adalah raja melayu
( pure darah melayu berdaulat )
Bukan ameno Atau najid.
BN boleh Bend.

Kutukandewata said...

aku hanya nyatakan firman Allah.salah ke sampai kata aku sesat?

Allah akan naikkan kerajaan yang dia suka,dan akan jatuhkan kerajaan yang dia tak suka.

kalau menyebarkan firman Allah di cap sesat tak tahulah aku islam apa kau orang ni.

kalau dia suka umno maka kekallah umno memerintah.kalau dia suka pas maka memerintahlah pas.di kelantan Allah suka pas maka memerintahlah pas.

salah ke aku cakap macam tu.sesat ke aku?

hanya Allah yang tahu aku sesat atau tidak.kau orang bukan tahu apa-apa.hanya tahu mengutuk!!!

Anonymous said...

Kutukan Dewata,
Sila kemukakan dalil alQuran dgn terperinci..ayat keberapa dan surah apa? Kalau hadith pulak...sila kemukakan matan hadith dan sanatnya sekali...sohih ke, sohih mutawatil ke, doif ke atau hasan ke....

Jangan pandai2 nak kemukan ayat al Quran...dgn memandai2 buat terjemahan sendiri. Ini bahaya, boleh jadi sesat dan menyesatkan...

Anonymous said...

Berdirilah berjuta jin dan manusia mahu menumbangkan kerajaan BN kalau Allah tidak mengizinkan maka sia-sia saja usaha jin dan manusia itu....

Anonymous said...

Anon 3:18AM,

Allah tidak memandang natijah atau hasil kepada sesuatu usaha...yg dinilai adalah cara, hikomah, niat dan strategi. Jadi, jika anda menganggap bahawa usaha untuk mencapai sesuatu maksud adalah sia2...ini ungakapan yg lari drp kebenaran...anda berfikiran meterialistik dan sesalu memandang KPI dunia drp meikirkan KPI akhirat...

Anonymous said...

AWAK AJELAH YANG BIJAK DAN TAHU AGAMA.ORANG LAIN JAHIL BELAKA.TAKBUR MACAM NIK AZIZ JUGA!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024