Ini dia abang kepada polis Malaysia mahu datang ajar kamu 224 askar Diraja Sulu...
2 polis komando Vat 69 kita gugur. Bukan ditembak mortar tapi ditipu kononnya Pejuang Sulu melambai kain putih mahu 'surrender' itu sebab 2 komando kita menonjolkan diri diambil kesempatan sniper 'askar Diraja Sulu' menembak gugurlah kena di dahi seorang, kena di mata seorang.
Sebab itu tidak nampak mayat 2 polis kita itu berkecai sebab mortar.
Selepas 10 orang pejuang Sulu yang gugur dikebumikan lewat petang semalam, Raja Muda Sulu berikrar baki 224 Pahlawan Sulu mahu mati di Sabah. Mahu mati memperjuangkan hak ke atas Sabah.
Berbuih mulut Presiden Pinoy memujuk supaya askar Diraja Sulu menyerah diri...jika tidak masak kamu!
Sultan Kiram Sultan Sulu dan keluarga bising mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mempertahankan tindakan gerombolan pejuang Sulu diketuai adiknya Raja Muda Sulu.
Sultan Sulu bertitah di Manila.
Kenapa Kerajaan Filipina tidak menangkap Sultan Sulu dan keluarga kerana jelas mengikut perlembagaan Filipina adalah salah rakyat Filipina mencetuskan peperangan dengan negara jiran lebih-lebih lagi melawan arahan presiden?
Sekurang-kurangnya Sultan Sulu diberi tekanan yang boleh mengeluarkan titah supaya penceroboh Lahad Datu menyerah diri!
90 juta penduduk Filipina sudah mulai mengkagumi semangat juang dan berani mati Sultan Sulu dan askar Diraja Sulu yang menceroboh di bumi Sabah.
Presiden Pinoy pun tidak lama lagi akan mengadakan PRU.
224 pahlawan berani mati Sulu kini terpaksa berdepan dengan tentera Diraja Sultan Melayu @ DYMM AGONG.
224 pahlawan Tausug beragama Islam yang telah 3 minggu dilayan dengan penuh diplomasi oleh polis Malaysia.
224 askar Diraja Sulu yang sebenarnya telah melakukan kesalahan di bumi Malaysia yang mahu samada membunuh atau dibunuh oleh tentera Malaysia.
Di bumi Malaysia Sultan Melayu adalah pemerintah...224 askar Diraja Sulu yang hilang tujuan, hilang arah dan kabur matlamat kerana mendengar bisikan halus Sang Pembisik yang mahu lihat huru hara dan kacau bilau di muka bumi Sabah.
35 comments:
Wan dan Sahabat sekelian...
Jangan memanjangkan cerita ini. Tolong jb soalan2 berikut:-
1. Bagaimana penceroboh ini "begitu senang" melepasi pasukan keselamatan di perairan Sabah dan memasuki Lahad Datu ?
2. "Rundingan?" Adakah ianya dirancang supaya menimbulkan huru-hara di Sabah ?
3. Apakah "tahap kawalan keselamatan" negara kita teramat lemah sekali setelah berpuluh bilion Ringgit Malaysia dibelanjakan bagi pembelian peralatan ketenteraan yang canggih ?
4. Di manakah peralatan tentera dan polis yang canggih-canggih termasuk kawalan di udara dan laut dalam selesaikan kes di Lahad Datu? Bilakah ianya baru boleh berfungsi ?
5. Mengapa PDRM memikul tanggungjawab utama dalam menangani isu pencerobohan tanah air...mana ATM. Mana pergi Zahid Hamidi..
Pencerobohan di #LahadDatu: mari kita dengar penjelasan dari rakyat sabah sendiri...
Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.
They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.
Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.
Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.
Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.
Terkini Pihak Tentera ATM mengambil alih, Polis & Polis Komando diletakkan dibelakang cover. Anggota tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung tersebut....Dijangka Serangan balas pada waktu tengahmalam ini oleh para tentera ATM. Pemberontak suluk sultan kiram kini dikepung oleh askar dalam bentuk "D" tiada jalan keluar.Kita Doakan Keselamatan Wira2 Negara Ni Moga Misi Ini Berjaya !!!....
Jika sebelum ini Tian Chua, Anwar serta beberapa pemimpin PKR menyalahkan Najib dan Umno diatas kematian 2 anggota komando VAT69 di Lahad Datu, Nik Aziz tampil dengan kenyataan yang berbeza.
Mursyidul Am Pas tersebut menganggap pengorbanan kedua-dua arwah merupakan jasa yang besar kepada negara dan juga mendoakan kedua-duanya diberikan ganjaran dari Allah SWT.
Nik Aziz juga berharap kerajaan akan menyiasat bagaimana perairan negara boleh ditembusi oleh kumpulan penceroboh berkenaan agar peristiwa yang sama tak berulang di masa hadapan.
PAS juga turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.
"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.
"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.
Persoalan Kenapa polis bukan tentera?
1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..
1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.
Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.
Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)
P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa.
Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK),
Attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK).
UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.
Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...
Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..
Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18..
Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
Terima kasih anon-anon semua yang memberi penjelasan. WZWH percaya ada dari askar atau polis yang memberi komen ini. Terima kasih lagi sekali kerana sudi menjengok blog WZWH.
Anon 6:25 PM
Jangan jadi bodoh!! Soalan itu soalan soalan bodoh dan mudah tertipu yang hanya bermotifkan dan niat busuk untuk mempelekehkan kekuatan Angkatan Keselamatan Negara dan Kerajaan. Lagi, dalam satu nafas awak menyoal dan telah menjawab dalam soalan soalan tersebut.
Terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh sahabat sahabat yang lebih arif dalam hal hal kepolisan dan ketenteraan..
Kepada anon 6:25 pm
Harap saudara jangan cepat melatah seperti kebanyakan puak puak yang suka cari kesalahan ..
Biarkan masalah ditangan yang lebih berwibawa.. mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan ... sebelum aku maki hang lebih baik hang menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab ...
X paham2 lg ke,adoi yaiii...dah bnyk tempat dijelaskan step2 yg perlu do ambik sebelum bertindak,bkn boleh main serang,ingat main bola ke,main bola pun ada stretgi untk tewas kan musuh.bodoh berbakul2
Anon 7:02 pm
Lu ingat Gua takut dengan Lu punya maki, boleh belah lah Lu!! Gua punya maki Lu belum tahu lagi. Lu ingat warga Malaysia yang bertanggong jawah tidak tahu balas maki Lu. Kalau Lu warga yang bertanggong jawab lain kali jangan beri soalan yang bodoh dan bebal.
Salam Anon 6.46,
Terima kasih atas penerangan dan penjelasan yang amat baik sekali. Sabagai anak polis berpuluh puluh tahun KM boleh merasai pengorbanan PDRM terutama dalam kes kes keselamatan awam begini.Alfatheha pada yang gugur, satu pengorbanan untuk negara.Di harap tiada pertumpahan darah lagi.PEACE.
@Kampong man - anak polis Sgt 457.
P/s Shuhaimi Mior Hassan- DEMOKRASI
Takziah utk pahlawan yang trkorban. Pengajaran ialah jgn cuai mjaga sempadan kita samada laut darat atau udara. Tiada makna budget yg besar jika kita diceroboh dgn mudah. Menteri yg jaga keselamatan fokus jaga keselamatan. Bkn hanya dok ceramah politik je.
kawan..menjawab kenape tentera x ambik alih...cube klink link ni..dan paham isi kandungan yang ditulis...terima kasih..saya nk terang pn xpandai sgt....
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=481979361850435&set=a.467972793251092.95363.467972739917764&type=1
Terlebih dahulu, salam takziah. Mari sama2 sedekah Al Fatihah. Kepada yang tanya soalan bodoh-bodoh tu harap anda faham. Memang betul mereka ini bila bercakap otak dan mulut tak sama frekuensi. Bodoh tak boleh ajar, cerdik tak boleh diikut. Manusia hampas.
Aku tetap tak puashati knapa beratus dtg dgn bot tak leh kesan. Siap nga senjata tu. Aku tetap salahkan menteri yg lemah. Sila resign.
Yg bgi komen 6.25ptg td...soalan kamu mcm budak skolah...
Mana keris hishamudin?
Teori yang paling logik kenapa geng sulu masuk ke msia gagal di kesan..mereka bkn baru ceroboh,mrk dah lama masuk melalui prpjek ic mahathir. Ada paham?
bodoh betul lah dia ni.kalau tak tahu sejarah jangan campur.yang banyak masuk sabah dapat ic anwar punya kerja.tun ghafar tewas kerana umno sabah semua sokong anwar.sbb apa?sbb anwar usahakan ic untuk mereka.
anon 11.52,
kalau masuk sikit-sikit susah nak kesan bro.pantai sabah luas bukan sempit macam laman rumah kau.
amerika canggih peralatannya,tapi berduyun-duyun orang mexico dapat masuk.
sepatutnya kau jadi PM sebab kau tentu bina tembok sepanjang pantai sabah.macam israel bina tembok di palestin.tembok besar cina pun orang mongolia boleh panjat masuk.
komen kerja orang memang mudah.kalau tian chua jadi menteri gerenti ramai cina dari tanah besar masuk malaysia sikit demi sedikit.lama-lama puak cina lebih ramai.
masa tulah 3 bulan kau fasih berbahasa cina.masa tu lah kau jd BG cina.
Terima kasih sang Sapurba, baru Gua nak masuk Lu sudah dulu. Begitu juga dengan penceroboh tu, mereka masuk sikitt... sikitt. Macam ni, Gua masuk jam 7:42 pagi lepas solat Subuh, sang sapurba masuk jam 3:45 pagi tadi mungkin lepas solat Tahjud kerana nak betulkan kepala kepala Si Anon tu.
Philippine Intelligence sources revealed that the Sulu intruders into Lahat Datu is linked to the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim.This surely needs investigation for legitimacy.
PKR VP Tian Chua was yesterday raped and lambasted for calling the Lahat Datu shooting is an UMNO conspiracy. NGOs and politicians called his statement as 'irresponsible 'and 'extreme'.Tian Chua should not exploit the situation for political mileage as this is a national security issues that involved lives and bloodshed as Malaysians are in grief for the lost of life.Sad indeed.
Perisikan sahkan pertemuan Anwar-Nur Misuari
KUALA LUMPUR 2 Mac - Perisikan tentera mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.
Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.
Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.
Sebagai seorang rakyat M'sia disebuah negara demokrasi, Anon 6:25PM ada hak untuk menyatakan pandangannya. Jadi anon2 yg lain tak perlulah menggunakan pendekatan caci maki utk mematah hujh lawan...
Saya cuma nak kemukakan soalan berikut untuk dijawab oleh mana2 anon yg ada pengalama...
Soalannya:
Dalam kajian pertahanan dan keselamatan, ada satu istilah yang kerap digunakan iaitu "intelligence failure" atau boleh diterjemahkan sebagai kegagalan dalam perisikan. Dalam perisikan, maklumat-maklumat dikumpulkan melalui gerakan perisikan oleh manusia (HUMINT), maklumat dari signal (SIGINT), maklumat dari satelite (IMINT), maklumat dari sumber terbuka seperti akhbar, radio dan lain-lain (OSINT) dan maklumat melalui analisis saintifik dan teknikal (MASINT). Dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, di mana kegagalan perisikan pertahanan dan keselamatan kitan sebagai anggota keselamatan...
Mat Periba
...sambungan drp Mat Periba
Adakah kegagalan itu disebabkan HUMINT, atau ketidakupayaan agen-agen perisikan kita untuk menembusi maklumat-maklumat perancangan pihak penceroboh di Lahad Datu. Saya yakin pihak perisikan tentera dan polis kita sangat berupaya untuk menembusi perancangan pihak penceroboh. Malah tidak pelik kalau dikatakan, agen-agen perisikan kita turut berada bersama-sama dengan pihak penceroboh termasuk hidup bersama-sama mereka di kepulauan Sulu. Oleh sebab itu, bila ada gerakan berkumpulan penceroboh untuk memasuki perairan negara, ia boleh diketahui sebelum mereka menaiki bot lagi. Jadi jangan kita memperkecilkan keupayaan agen-agen perisikan kita. Jika demikian, di mana punca kegagalannya?
Atau adakah kegagalan perisikan kita dalam kes di Lahad Datu disebabkan kegagalan SIGINT. SIGINT merujuk kepada keupayaan perisikan kita untuk memintas maklumat-maklumat pihak musuh seperti memintas perbualan telefon mereka, penggunaan pintasan lain-lain alatan elektronik, transmisi radar dan lain-lain. Seperti yang didedahkan oleh bekas-bekas pegawai tinggi tentera antaranya Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, Angkatan Tentera kita dilengkapi dengan kesemua keupayaan tersebut termasuk pesawat perisik tanpa juruterbang dan 12 radar yang boleh mengesan pergerakan kapal dan bot kecil pada jarak 100 km. Jarak antara Lahad Datu dengan sempadan antarabangsa Malaysia - Filipina adalah lebih kurang dari 100 km. Disebabkan kawasan ini, adalah zon panas, melibatkan sempadan tiga negara, Malaysia - Filipina - Indonesia, maka kemungkinan besar banyak peralatan perisikan di tempatkan di sini. Jadi, di mana punca kegagalan perisikan pertahanan dan keselamatan kita dalam kes Lahad Datu ini?
TOLONG JAWAB KEKELIRUAN SAYA INI..
mat periba,
kau tanya nuarlah yang nabi tak ngaku umat tu.
macam mana dia rancang masuk sikit-sikit naik bot pancung.bot yang penyeludup rokok kretek guna tu.
nuar berjaya menipu puak sulu dengan janji manis yang tak akan ditunaikan macam menifesto pr lah,menifesto bukan janji.
nuar boleh didakwa melakukan peperangan terhadap sri paduka baginda.
nuar adalah nina katu,penyokong kuat raja mendaliar yang membuka kota melaka untuk dimasuki tentera portugis dan tentera upahan.
tian chua adalah ketua saudagar cina yang memberi maklumat kepada portugis tentang bekalan makanan kerajaan melaka dari majapahit.bekalan makanan disekat portugis.kerajaan melaka jatuh akhirnya kerana pengkhianatan dalaman.
hibrah atau sejarah berulang.yang merana nanti adalah rakyat marhaen macam kita ni wahai warisku mat periba.
kau masih mau orang yang nabi tak ngaku umat ni jadi pemerintah kau???
kalau kau nak juga dia maka rukun iman kau akan gugur satu kerana tak mahu ikut pesan nabi.
Terima Kasih Sang Sapurba..
Semoga Allah SWT membersihkan jiwa kamu...ameen.
Bila tv3 jadi kitab macam ni le
Bukan Mat Peraba saja keliru, kami pun turut keliru, jikalau anggapan dan kelancangan Mat Peraba soal kemelut di Lahat Duta itu ialah satu keadaan sudah merupakan pengisytiharan peperangan diantara Malaysia dan Phillippina.
Yang patut kita beri perhatian ialah pencerobohan bersenjata oleh kaum kerabat sultan Karim 111 itu belaku di Lahat Datu. Sedangkan pilihan lain daripada mengakat senjata boleh diadakan dimeja perundingan atas isu pokok, kedaulatan dan kengiktirafan Sultan Sulu di Selatan Phillippina dan Sabah yang mana masih luas terbuka.
Harap maklum, kaum dikepulauwan Phillippina Selatan adalah kaum rumpun Melayu kita dan beragama Islam. Diplomasi misti dikuatkan disaat saat akhir sebelum tumpahan darah lagi belaku kepada dua dua pihak dan akan memisahkan lagi tali pesaudaran kita.
Pasukan keselamatan Negara cukup bersedia dari segi pertahanan dan serangan. Fire power melalui operasi membanteras kita jangan diduga. Harap kita berdoa kepada Allah SWT serangan tidak belaku.
Pada saya tindakan ialah blockage. Sekelilingan kawasan tersebut dikawal rapi dibahagian laut dan darat. Harap lama kelamaan penceroboh akan menyarah diri dengan sendirinya.
Dalam kaadaan blockage, barang2 makanan dilarang masuk, telicomnukasi talipon bibit dan radio wave disekat dan dijamkan di parameter tersebut. Pemancar suara dilauangkan siang dan malam bertujuan untuk melemahkan semangat mereka supaya menyarah diri. Pada saya kita ada pilihan dari tumpahan darah, hanya masa saja akan menjadi penentu.
Mari tengok gambar WZWH bersama Sultan Sulu yang konon nya Anwar dalang trajedi Lahat Datu di persidangan Agung Umno 2012.
Wah ,Wan ni sangat hansome
http://jomkitabaca.wordpress.com/
Apalah bangang penyokong Anwar Ibrahim ini, gambar Wan Zamzuri itu bersama Hj Murad Ibrahim pemimpin MILF yang sign Rangka Perjanjian Damai dengan Presiden Filipina. MILF lebih besar dan berpengaruh dari Nur Musuari pemimpin MNLF yang kini menjadi kumpulan kecil di Mindanao.
MILF tidak menyokong pencerobohan tentera Sultan Sulu di Lahad Datu. Nur Musuari pemimpin MNLF menyokong pencerobohan tentera Sultan Sulu di Sabah.
Nur Misuari menentang perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina. Nur Misuari rapat dengan Anwar Ibrahim. Yang terakhir berjumpa 4 bulan lepas.
Pendamai du filipina konon pm kita,negeri sabah tak terjaga. Cakap besar.
Anon2 semua dan wzwh jom kita sedekah kan al fatihah .. wat apa kita nk gadoh2 fitnah sana fitnah sini .. jgn di tambah dosa andai nya yg di fitnah tu betul2 x buat . Dpt pahala kat dia . Jom kita rapat kan bangsa kita .
Assalamualaikum semua .... Buat apa lah nk bertekak sesama sendiri ni , walaupun umno dan pas idealogi berbeza tp kita msh lg satu bangsa melayy yg beragama islam . Dari duk cakap benda yg belum pasti baik kita wat apa yg patut . dari dok himpon dosa kering baik p kuboq cuci kuboq dpt jugak pahala . Ms tu kut baru igt yg kita dah buat . Kita kena pikir bangsa lain yg duk kat malaysi a ni gerenti tgh tepok tgn tgk kita org melayu gaduh sesama sendiri . Tunggu masa yg sesuai je kut nk ambik jawatan dlm kerajaan . Dulu penah ckp org tabligh kalau nk dakwah / tarbiah org baik p tarbiah dulu kat ahli keluarga depa sendiri .. sebulan pastu tgk dia dah jd mcm org besa tp msh lg jg solat lima waktu ...pikir2 dan renong2 kan dlm diri . Sy tidak msk sebelah mana2 baik umno baik pas . yg penting kita bangsa melayu bersatu .. insyaallah .
kelakar tengok perangai beberapa orang dalam ni , yg buat2 tak faham pun ada, yg langsung kosong tadak tau apa pun ada, yg balik2 tanya soalan sama pun ada ..
paling baik, sila datang ke sandakan atau Tawau atau Lahad Datu ,datang dan tinggalah dalam sebulan tiga bulan , tengok dan fikir kenapa bagaimana ianya berlaku
sempadan filipina malaysia bukan jauh sanggat pun, nelayan boleh ulang alik dalam sehari
ras muka dan budaya ..
ikatan saudara, ipar duai, sepupu makcik pakcik pun jadi faktor
agen dalam negeri pun ada
agen talam dua muka pun ada
datang dan lihatlah sendiri, pasti lepas ni hilang 'kekompiusan' serta andaian palsu itu
kawal sempadan dan lautan , kawal pergerakan manusia dan pergerakan para nelayan , tidak semudah kawal sekawan lembu atau kambing !
Post a Comment