Thursday, March 14, 2013

Dasar US Sponsor Militan Islam Seluruh Dunia Adakah Terpakai Di Lahad Datu?


Bila WZWH perhatikan dasar Amerika jelas menaja , membela, menyokong, membantu duit dan senjata kepada militan Islam, puak pemisah Islam di seluruh dunia sila klik sini.

Di Mesir, Amerika membantu Morsi Muslim Brotherhood. Bantuan dana USD250 juta. Amerika mahu transformasi Mesir menjadi Pakistan militari Islam.

Di Afghanistan, Hamid Karzai berang kerana Amerika sudah berunding dengan Taliban. Taliban bukan lagi dianggap pengganas.

Di Syria, jelas Amerika menyokong Pakatan Pembangkang Syria dengan memberi dana USD60 juta supaya berperang dengan kerajaan Syria.

Juga apa yang berlaku di Libya, Tunisia, Yemen semuanya Amerika terlibat.

Adakah Amerika di sebalik dalang menaja militan Sulu menceroboh dan menganas di Sabah? 


Dengan menggunakan tokoh politik dan militan Filipina dan Malaysia maka kekacauan dan ketidakstabilan serta tidak aman membolehkan penempatan pangkalan tentera mengimbangi kuasa besar China.

Pencerobohan ini mahu hubungan Malaysia renggang dengan militan Islam Filipina, militan Bangsamoro @ Tausug seperti MNLF dan MILF.

Kenapa Sultan Kiram III mahu Amerika campurtangan dalam isu pencerobohan Lahad Datu Sabah?

Kenapa ada pihak mahu militan Islam Filipina campur tangan berperang gerila dengan Malaysia?


Malaysia sudah menyediakan ketumbukan ketenteraan di sepanjang pantai utara Sabah. Polis Malaysia terlibat sama.

Pengalaman Darurat 1948-1960 memerangi pengganas komunis kini dijadikan panduan memerangi pengganas militan Islam!


Malaysia sudah bersedia dengan apa saja kemungkinan mempertahankan kedaulatan negara.

3 comments:

Anonymous said...

Wan,

Kenyataan berikut ini dipetik drp kenyataan Dr Zaini Othman (Dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi UMS:

(1) Pemimpin militan bersenjata di Lahad Datu, Agbimuddin Kiram adalah adik kpd Sultan Jamalul Kiram III merupakan seorang pesara kakitangan kerajaan negeri Sabah yang pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kudat. Agbimuddin hanya boleh menjadi kakitangan kerajaan jika beliau warganegara Malaysia.

(2) Ada di kalangan penceroboh bersenjata itu sudah pun mendapat kerakyatan Malaysia melalui MyKad biru atau status pemastautin tetap di Lahad Datu dan Semporna. Apabila mereka mendarat di daerah Tawau dan memasuki perkampungan di Lahad Datu, mereka sebenarnya bertemu sanak saudara atau pulang ke rumah masing-masing.

(3) Terdapat sebahagian besar penceroboh itu juga merupakan ahli UMNO berdaftar. (Ini bermakna mereka bukan ahli parti Keadilan Rakyat atau PAS)

Soalan saya, (1) Siapa sebenar dalang dalam kes pncerobohan Lahad Datu. (2) Siapa yg menjadi 'mastermine' dalam projek pemberian Mycard kpd pendatang haram Filipina ini???. (3) Apakah M'sia yg suatu ketika dulu menerima berbagai2 bantuan drp US dikira Pengganas atau Agen Pengganas juga. (4) Sudah lama US melebal Hammas (berdoktrin Ikhwan Muslimin juga) sebagai sebuah gerakan pengganas...berapa billion DUS US membiayai gerakan mereka ini ??

Wan kena jwb semua soalan saya ini. Kalu tak mau jawab maka sia2 saja awok ada ijazah MBA..

Mat Periba

sang sapurba said...

mat periba,

kenapa kau marah orang filipina dapat ic.mereka orang yang terabai di filipina.hidup susah dan sengsara.

ketika gerakn kristian melaksanakan kempen potong bawang di sabah,siapa yang selamatkan islam???

orang suluk dan tausug lah yang banyak bantu.harapkan pas hanya tahu memburuk kerajaan.

pilihan raya 13 ini pr takkan dapat undi suluk dan tausug kerana pr sentiasa mempersoalkn kewarganegaraan mereka.

Anonymous said...

jangan pangkah dacing

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024