Tuesday, March 26, 2013

Ekonomi Mudah Orang Kampung Tradisional Parlimen Jerantut



Orang kampung tradisional senang faham "ekonomi berpijak di bumi nyata" yang mudah.

Pernah kita dengar pemimpin UMNO Bahagian Jerantut berkata..

"Pemimpin UMNO...errr...kerajaan akan sentiasa berusaha dalam mengatasi isu kemiskinan dan terus memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan pendapatan".

Setakat dengar saja? Apa tindakan dan susulan?

Keluasan keseluruhan Jerantut ini adalah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang. Populasi penduduk 91,096 banci 2010.

Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK.

WZWH tidak berminat bicara ekonomi 14 kawasan Felda di Jerantut yang kebajikannya dijaga oleh kerajaan melalui FELDA.

WZWH berminat dengan ekonomi mudah orang kampung tradisional yang terdiri dari 295 kampung di parlimen Jerantut.

KDNK Jerantut 2010 lebih RM1 bilion. Dengan sektor pertanian 41% dan sektor perkhidmatan 26% bagaimana mahu diagihkan kepada ekonomi orang kampung tradisional?

Ekonomi Berpendapatan Tinggi tidak sampai kepada ekonomi orang kampung. Apatah lagi pelaburan bernilai tinggi yang bergantung kepada bijak atau bodohnya ahli parlimen Jerantut yang akan dipilih nanti berupaya membawa pelaburan bernilai tinggi.

Ekonomi mudah orang kampung lebih kepada "ekonomi yang berpijak di bumi nyata" mudah orang kampung mahu faham.

Hampir 80% penduduk Jerantut adalah orang Melayu yang ramai tinggal di kampung-kampung tradisional.

Bagaimana meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin di kampung tradisional. Dari segi kemiskinan, di Pahang kemiskinan ditakrif berpendapatan bawah RM609 dan bawah RM392 dikira miskin tegar.

Program Peningkatan Pendapatan Golongan Sasar (PPPGS) dan Projek 1AZAM ( Akhiri Zaman Miskin ) perlu digerakkan, diperhebat, diperluas, digalakkan, dikempen secara agresif kepada orang kampung tradisional.

Pengkalan data eKasih perlu menyenaraikan keluarga yang dikategorikan dalam kelompok miskin tegar dan miskin untuk dibantu melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan sektor pertanian dan agro makanan.

Kebanyakan bantuan yang diberi berjumlah bawah RM10,000. Melibatkan projek-projek seperti berikut:

  • Projek perniagaan makanan dan minuman
  • Projek pemprosesan ayam
  • Projek tanaman padi
  • Projek pembiakan burung peliharaan 
  • Projek pembiakan burung puyuh
  • Projek kios jualan burger
  • Projek ternakan itik penelur
  • Projek ternakan ikan sangkar
  • Projek ternakan ikan keli
  • Projek perusahaan jualan kerisik
  • Projek tanaman sayuran dan tanaman kontan
  • Projek pemprosesan santan segar
  • Projek pemprosesan produk susu soya dan kacang bersalut.
  • Projek pemprosesan makanan sejuk beku
  • Projek penjajaan hasil pertanian
  • Projek gerai makanan
  • Projek pemprosesan makanan-roti canai dan murtabak segera
  • Projek kuih muih
  • Projek penjualan ikan
  • Projek menjual sayur dan ikan di pasar malam.
  • Projek peruasaan kerepek
  • Projek kedai kek dan roti
  • Projek perkhidmatan pertanian dan ternakan kambing dan lembu
  • Projek perniagaan nasi campur
  • Projek pembuatan kuih tradisional
  • Projek madu lebah tualang
  • Projek asam rong biji getah @ perah
  • Projek siput sungai
  • Projek sayur paku pakis tebing sungai

Bila orang kampung tradisional berusaha dengan tekun buat projek-projek ini ianya boleh meningkatkan pendapatan dari RM300-RM500 ke lebih dari RM2500-RM5000 dan ada yang mencecah RM7000 ke atas.

Orang kampung tradisional perlu digalakkan supaya sibuk dengan projek-projek di atas supaya orang kampung tradisional boleh keluar dari belenggu kemiskinan.

Orang kampung tradisional bila sibuk tidak akan buang masa mengetir di kedai kopi, berborak kosong serta tidak lagi mendengar ceramah pandir dari pembangkang sebab letih bekerja menjayakan projek-projek di siang hari.

Pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut perlu pastikan orang kampung tradisional menumpukan pada mengusahakan projek-projek yang berfaedah dan meningkatkan hasil pendapatan.

22 comments:

Anonymous said...

Tak sangka pulak jerantut yg tak pernah kalah umno ni begitu mundur melayunya. Tradisi menipu rakyat, hidup umno.

Anonymous said...

hebat wzwh....banyak fakta dan isi....dapat mana? dapat buku PBT jerantut?

Anonymous said...

WZWH kata salah satu masalah di jerantut ialah jalanraya.

Jalanraya Jerantut Jengka 8 Maran katanya dah 3 kontraktor bertukar tangan tapi tak siap2. Memang dasar UMNO rasuah dan seleweng harta rakyat.

bodoh la sape2 yg masih pangkah BN.

Jalan jerantut benta pun tak siap.duit buat jalan dah habis. hebat22 UMNO.

tolong jawab sikit WZWH.

Anonymous said...

Kalu wz ikhlas kena akui bn gagal majukan jerantut. Lama dah jadi anak tiri bn phg

Anonymous said...

Kehkehkeh.......

Sifir mudah......
Kala Sara hidup rendah......
Gaji sikit pun dah cukop nak hidup....

Toksah la menipu org kampung.
Org kampung bukannya seme pandir menyokong dacing.....

Bila Sara hidup tinggi.....
Jgn Kata org kampung.....
Org kayak pun x cukup duit.....
laki org besor pun Bela lembu..

Org kampung le ni

Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

Nampak gayanya ekonomi kampung tardisi langsung tidak berkembang kerana proses jual beli hanya berlaku sesama sendiri.

Wan, sebuah ekonomi yg mapan bukan hanya bergatung kpd pertumbuhan domestik sebaliknya mesti dipacu drp kemasukkan pelabur luar dlm semua sektor. Dalam hal ini sektor perkhidmatan seperti pelancungan dan pendidikan pkt tinggi (mewujudkan kolej dan universiti) mesti dipergiatkan didaerah Jerantut.

TQ

Anonymous said...

Orang kampung banyak menumpang rumah kerajaan.
Banyak RM70.00 sebulan. Rumah PAKR .
Dah bertahun tahun, masih tidak geran. Tiada orang BN nak memperjuangkan perkara ini.
Bangkit orang Jerantut , ABU.
Bangkit orang Tembeling
Bangkit orang Teh
Bangkit orang Feri
Bangkit orang Pulau Tawar
Anda perlukan geran tanah untuk dimiliki dan untuk mewarisi.

Anonymous said...

Knape WZWH x jawab komen2 diatas...??? Terlalu bnyk isu di jerantut.. Kroni n anak branak je yg senang.. Xyah mendabik dada dgn pemimpin atasan BN yg berusaha keras sedangkan pemimpin bawahan di jerantut hanya tahu membodek tanpa ada idea2 sendri utk rakyat..

Anonymous said...

Jerantut bn kantoi kali ni. Pakatan buat upset. Aku dah 4x undi bn. ABU kali ini.

sang sapurba said...

ikut kau oranglah nak pangkah pakatan.

pakatan pemimpin nya semua malaikat.tak ada satu dosa pun.syurga dah tentu.

pemimpin pakatan tak hampiri zina pun.dia orang selalu sembahyang.umpat orang pun tak pernah.

fitnah orang langsung tak pernah.

pemimpin pakatan pandai tadbir negeri.semua negeri yang pakatan perintah rakyatnya kaya raya.tak ada langsung yang berpendapatan bawah 1500rm.tak percaya tanya mat periba.

negeri kelantan bekalan airnya adalah yang terbersih didunia,tak payah masak terus telan.pelacur seorang pun tak da.serambi mekah.

negeri yang pakatan perintah langsung tak ada gejala sosial.jenayah pun sifar.kalau kau orang letak wang 500rm atas jalan tak ada orang ambil pun.

brim 500 tiada seorang pun ambil di negeri pakatan.semua duit brim 500 dia orang sedekah ke masjid,tokong dan kuil.

pemimpin pakatan tak ada pun yang kaya.dia orang terlalu zuhud.tak ada kereta mewah pun.naik basikal aje gi pejabat.taraf khalifah omar abdul aziz wooo.

kalau nak maju negara pangkahlah pakatan.sebabpakatan ada nabi baru,ada imam mahadi,ada khalifah umar abduk aziz.ada guru nanak oku.ada sayyidatina khadijah.

aman malaysia woo.

pangkahlah BN!!!!

Anonymous said...

ABU
ABCD
ABU
ABCD
ABU
ABCD
ABU
ABCD
ABU
ABCD
ABU
ABCD
UNTUK ORANG JERANTUT

Anonymous said...

Penyelesaian mudah: Buat highway dari Karak ke Jerantut ke Kuala Terengganu. Insya Allah, lepas tu Jerantut akan maju. Kroni pun masyuk sebab projek berbilion bilion buat highway, lebih banyak berbanding dgn buat jalan kampung yg tak siap siap. Lepas tu kita pakat kutip tol , cach cow. Tak payak ternak lembu. Orang
jerantut boleh kerja kutip tol. dan di R&R Jerantut.

Anonymous said...

Kehkehkeh

Tentu dah dii

Anonymous said...

cukup2 cdg kat puak2 UMNO BN tu buat hgway ke atau apa2 projek sekalipun. Nanti tak larat Kerajaan PR nak menanggung hutang.

Kelantan dulu masa PAS perintah terpaksa tanggung hutang UMNO BN RM730 juta. Penang RM^00 juta lebih. Selangor dan Kedah lebih RM2B.

Jadi kerja Kerajaan PR ialah bayar hutang UMNO BN. Mcmana tak berhutng banyak. Projek jalan ke, bangunan ke, yg beharga RM10 juta di balunnya RM20 juta. Lepas tu pakat faraid lah duit rakyat atas nama buat projek.

Pahang sekarang dah menanggung hutang RM2.3 B.

Hidup Melayu UMNO

sang sapurba said...

KALAU TAK TAHU NAK CARI DUIT NAK BAYAR HUTANG TAK PAYAH BERANGAN NAK MEMERINTAH MALAYSIA.

NAMPAK SANGAT BODOHNYA.NAK JADI KERAJAAN KERJA TAK RETI NAK BUAT!

Anonymous said...

KADANG KALA ORANG UMNO KAMPUNG DUDUK KAT BANDAR CAKAP MACAM LEMBU.

Anonymous said...

kadang kala orang pakatan kampung duduk kat bandar cakap macam babi toyok.

Anonymous said...

Jangan pangkah dacing

Anonymous said...

Jangan Dacing

Anonymous said...

JANGAN PANGKAH.....BENDA YE SIMBOL PAKATAN NI????

HANTU KOT???

JANGAN PANGKAH HANTU!!!!!

HANTU TU MUKA DIA MACAM MUKA ANON 1.25AM!!!!

Anonymous said...

Kehkehkeh.....

Nak cekelat??????

Kuikuikui

Anonymous said...

55 thn doh dacing perintah jntot ni weh kas nmpk takde lalu pelaburan luar msuk....IPTA pun mcm kura2 je perkembangannya....sklh asrama penuh xde sebuah pun....bila pegi negeri lain dlm msia selain srwk n sabah boleh katakan stp daerah ada sklh asrama penuh trmasuk kelate n tganu walau kecik mana pun daerah n bndar tu....jntut ni kas nmpk meriah dah sejak kehadiran pn s/u mdj yg baru ni tp rasa x complete tanpa ipta, ipts dan pelaburan luar....apa yg umno/bn jntot dah buat selama 55 thn ni?? Ke jantut dah xde tanah yg luas utk dijadikan kwsn perindustrian sbb sume dah dibedal oleh kroni? Kan jntut daerah trbesar d phg? Jntut ke KL n kuantan bkn jauh sgt? Knpa pelabur luar x sudi dtg ke jntut? Jantut takde team tindakan ekonomi yg mntap ke utk menarik pelabur luar msuk? Atau ahli2 majlis tindakan ekonomi jntut yg rata2 adalah org kuat politik umno hnya memikirkan ttg poket msg2 hingga takde masa nk pikir strategi mapan nk majukan ekonomi jantut? Cukup ke dgn satu kwsn industri kecil yg ada tu? WZWH kupas la dgn lebih detail ttg permasalahan ni dan publish la dlm blog ni tanpa bias....tu yg anak watan jntut nk dgr dari bijak pandai mcm WZWH dlm blog ni

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024