Tuesday, March 5, 2013

Insiden Pencerobohan Sabah Merosakkan Hubungan Malaysia -Sulu Membantutkan Pertumbuhan Ekonomi Serantau


Pencerobohan Sabah mengakibatkan bukan sahaja rakyat Malaysia terkorban tapi juga risiko nyawa askar penceroboh turut terbunuh bila 7 batalion tentera Malaysia berkampong di Sabah.

Ini merosakkan hubungan berdekad antara rakyat Malaysia dan Filipina. Perdagangan antara Selatan Filipina dan Sabah yang telah berjalan sekian abad kini berisiko untuk dimusnahkan. 

Orang Filipina Selatan seperti Suluk, Moro dan Tausug dan keturunan mereka di Sabah sudah teruk terpisah ekoran konflik ini.

Hanya pusat perdagangan bandar banyak terletak di Sabah. Bagi Suluk, Moro dan Tausug, Manila terlalu jauh beribu km terpaksa menempuh pulau demi pulau. Konflik ini boleh menghalang aktiviti perdagangan yang sudah lama dijalankan oleh penduduk Laut Sulu.

Kepulauan Tawi-Tawi, Sulu, Basilan , Palawan dan Zamboanga memang telah terhalang dari pembangunan. Menjadi negeri-negeri Islam kepulauan dalam negara majoriti Kristian, progres pembangunan serantau sangat perlahan.

Ditambah lagi konflik persaingan antara kumpulan Islam dalam kepulauan Sulu menganggu pertumbuhan ekonomi yang meletakkan kepulauan Sulu sebagai rantau paling mundur dalam dunia. Walaupun ada banyak sumber asli seperti minyak, gas dan lain-lain sumber asli yang tidak digarab yang mana boleh menjadikan rantau ini terkaya di Filipina.

Sebab utama perbezaan pertumbuhan ekonomi ini ialah konflik antara pemimpin, terutama antara Sultan-Sultan dan Datu-Datu yang akhirnya menyebabkan kurang penekanan kepada pendidikan orang muda, peluang dan penyediaan pekerjaan, projek-projek infrastruktur bagi kemajuan rakyat.

Adalah malang untuk memikirkan yang suatu masa dulu BangsaSulu, BangsaMoro, BangsaTausug dari Laut Sulu yang berjaya dan mempunyai peradaban yang tinggi di nusantara telah ditolak ke zaman gelap manakala saudara mereka di Sabah telah mula menikmati manfaat dan kebaikan dari pilihan mereka sendiri untuk bermastautin di Malaysia. 

Berkonflik dan berperang gerila dengan Malaysia adalah sangat merugikan kepada orang Selatan Filipina kerana menghancurkan hati negara yang benar-benar ikhlas mahu membantu atas prinsip sama rumpun bangsa dan sama kepercayaan agama.

23 comments:

Kampong man said...

Salam Wan,

Banyak kita pelajari dari berbagai sejarah yang Wan tuliskan bagi mereka yang masih tidak memahami sensitiviti yang unik berlaku di Sabah.

Sabah adalah sangat penting bagi PR dan BN kerana Sabah dan Sarawak akan mwnjadi penentu PRU 13 adakah BN boleh berjaya semula memiliki 2/3 majoriti mereka semula yang terlepas buat pertama kalinya di 2008.

Isu Lahat Datu harus tidak dijadikan modal politik kerana ia melibatkan keselamaan awam dan kedaulatan negara.

PRU 13 di Sabah bukanlah untuk PR.Harus diulangi sekali lagi rakyat Sabah telah mwmbuktikan beberapa kali hanya BN yang berupaya melakukan terbaik bagi Sabah dan ini dapat dilihat perubahan dengan pembangunan dan transformasi demi semua rakyat amnya dan rakyat Sabah khas nya.

Tidak hairanlah BN amat berjaya di Sabah.Ada baik diulangi lagi dan ingat pada 2008 BN perolehi 24 kerusi parlimen dan PR hanya 1 (satu).

Bagi DUN pula BN 59 dan PR cuma 1(satu) sahaja.Di PRU 13 situasi tidak mungkin banyak berubah.Facts and figures don't lie Maka amat penting isu di Lagat Datu dapat diselesaikan dengan cara terbaik kerana ianya berpotensi menjadi guerilla warfare yanf berlanjtan .Wallahwuallam

@ Syabas Wan.Keep up the good work and writing.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terima kasih kampong Man memberi galakan.

Anonymous said...

"Isu Lahat Datu harus tidak dijadikan modal politik kerana ia melibatkan keselamaan awam dan kedaulatan negara".

Bro KM, Wan dan Blog2 yg pro UMNOlah yg memulakan permainan ini. Dgn bersumberkan berita yg amat rapuh, Wan and The Geng dgn sewenang2nya medakwa Anwar terlibat dalam isu pencerobohan ini. Kesan drp dakwaan yg tidak berasas ini akhirnya berlaku pertembungan dan tuduh menuduh diantara kedua2 pihak UMNO dan penyokong PR. Inilah yg mengundang keadaan yg tidak tenteram dikalangan rakyat...

Kita minta Wan hentikanlah kerja2 jahat sebagini....

Anonymous said...

Kg Man dan WZWH
Bila tuduh Anwar terlibat dengan pencerobohan Lahat Datu, boleh saje. Itu bukan politik. Bila kamu mula nampak tewas dengan tuduhan politik melulu terhadap Anwar tanpa fakta yg jelas, aah, mulalah mengunakan perkataan keramat " isu Lahat Datu tidak harus dipolitikan kerana ia melibatan keselamatan awam dan kedaulatan negara "

Kg Man, alasan awak ni sama saje dengan kisah jiran saya 50 tahun dahulu. Waktu tu tidak ramai yg berupaya membeli bola kulit kerana tidak mampu. Jiran saya ada sebiji bola kulit maka ramailah yg mendekati jiran saya agar dapat bermain bola bersama dia. Jiran saya akan memilih kesemua pemain2 yg bagus kedalam pasukannya dan selalunya menanglah.
Tetapi, bila saje pasukannya mula kalah dengan teruk, dia mintak hentikan permainan dan terus mengambil bola kulit nya. Dia kata dia tak mahu main lagi..mak dia suruh balik!

Kampong man said...

Salam anon 12.07,

Rasanya blog Wan sebagai saorang pendidik banyak memberi fakta sejarah.Jangan lupa baca blog lain dari yang anti kerajaan saperti bro Sakmongkol.Fitnahnya lagi lah hebat.

Pada 2008 jelas BN dikalahkan dengan kegagalan memperolehi 2/3 majoriti kerana mereka tidak menyangka dan mungkin memandang kecil peranan media alternative saperti dalam berbagai blog blog , facebook dan internet dialam maya tanpa boundary.Huh...

Nah BN tidak lagi mengabaikan peranan internet ini.Rasa nya kini sudah seri 0-0.Peluang BN terus berjaya pastilah lebih cerah dari 2008.Kemenangan besar Najib/BN juga terletak cara bagaimana isu Lahat Datu dapat diselesaikan.

Wan masih sober jika dibandingkan peulisan Pirates, Sakmongkol, Aspan Alias.Jangan lupa baca blog 'Jebat Must Die' dan A kadir Jasin dan of course idola KM Che Det bagi yang lebih serius.

Anonymous said...

Semua parti syok sendiri. BN msih mimpi lama. Aku orang Sabah yang undi BN sejak dulu. Tapi kini ubah selera bah.

Anonymous said...

Agaknya kalau Anu-war tidak ada peranan di Sabah masakan perisikan Filipina boleh mengeluarkan kenyataan.Anu-war tidak akan berubah.beliau layak sangat jadi ketua pembangkang.

Anonymous said...

Anom 1248. Analogi menarik. Aku pernah tengok pemandu beca yang laungkan 'mahu mati ka,' kpd pemandu lori yg mrk hampir accident. BN mcm penarik beca tu. Perasan kuat.

Anonymous said...

Punca semua ini kerana menteri yg jaga keselamatan 2 mggu lepaskata 'penceroboh bkn pengganas, small matter'. Bila reading yg salah inilah jadinya. Menteri otak mcm klas pengakap sekolah. Dtg bawa senjata tu nak main bola ke? Harap jadi menteri kerana sepupu,bkn krn bijak.

Anonymous said...

Perisik filipina kata pemimpin pembangkang menghasut pemberontak. Dia tak berani sebut nama anwar. Pemimpin pembangkang selepas pru 13 pun boleh jadi. Siapa agak tu.?

Anonymous said...

ABU!

Anonymous said...

Itulah,orang UMNO ingat pandai sangat macam Mahathir,bagi IC begitu saja konon saudara Islam sejuangan,sekarang macam mana?Ini semua mesti anwar punya pasal betul KM?Baguslah Sabah dah digadai,sekarang baru sedar.Hidup UMNO.PRU13 mesti undi UMNO,jangan tak undi kalau nak jualkan Sabah.Syaitan Anwar pendehaka Malaysia..

Kampong man said...

Salam,

KM berjaya meraikan blog WZ dengan ramai yang berminat memberi pandangan. Rasanya mamat yang anons harus jujur tidak baling batu sembunyi tangan. Terima kasih

Anonymous said...

TIBAI !!

Anonymous said...

Tu...lah Kg Man, Kalau nak main, jangan main sekerat jalan. Main sampai habislah. Bila nampak nak kalah, suruh referee hentikan permainan... takut kalah. Macam main RCI projek M tu.. Nampak nak kalah suruh referee tiup wisel berhenti. Tak ruggedlah macam tu.

Anonymous said...

Anon 6.05 lagi hebat tukar tiang goal dalam permainan.Yang aneh kita tahu siapa dia tu.Aku support MU malam ni.

Anonymous said...

Tu..lah Kg Man. Bila kalah berhujah, jawapan balas ialah " Yang aneh kita tahu siapa dia tu ". Apa sebenar hujah kamu Kg Man?? Setakat tahu siapa yg beri komen, kira hebatlah hujah kamu?
Siapa pemberi komen tak penting. Yang penting hujahnya.

Anonymous said...

Ayat Bro KM sering kali berbunyi, "kalau kamu kata Blog WZWH tak molek, kamu pergilah keBlog2 pro PR lagi tak senonoh". Maknanya, kalau kita buat jahat tak apa sebab ada org lain lagi yg lebih jahat..

Ini ayat macam budak sekolah... Bila dia bergaduh dgn adiknya dan bila dia kena marah oleh ayahnya maka dia pun mengadu bahawa adiknya lagi brutal..

Kadang2 org terlampau cerdik dgn matematik selalu kena kelentong dik pemainan seni politik sahabat...

Anonymous said...

Itulah ada orang sudah nipis telinga sekali lagi.Dulu dia perasan dia hebat.Sekarang sejak pr dah banyak hilang kepercayaan dari rakyat dan akan kalah pilihanraya sudah mula berungut pulak.Cis.Takut pada kekalahan pr nampak.wakaka..

sang sapurba said...

aku heran macam mana masih ada lagi orang bodoh tak reti nak nilai ttg anwar.

pelbagai masalah moral dia terdedah ttp masih ada yang tak faham atau buat2 tak faham.

yang islamnya pulak masih sokong manusia yang mana nabi tak mengaku dia ni umatnya.

mungkinlah penyokongnya terlalu jahil atau tergolong dari kalangan lgbt.

sebab tu kita tengok dia orang ni menyanjung sangat si kote bengkok ni sampai tahap sontot!!!

susah berbahas dengan orang yang pak turut membuta tuli.

kalau pkr letak tahi nurulizzah sebagai calon gerenti penyokong pr tetap undi.

Anonymous said...

Salam, sian pecacai UMNO.....merapu tak tentu pasal......saya bukan lah penyokong anwar, tetapi kalau semuanya anwar tak masuk akal juga... harap2 umno ni kurangkan bercakap dan lebihkan buatkerja kerana silap lalu tu banyak sangat. DALAM berita banyak sangat cerita yang PR tak tunai janji, tapi tahu tak kalau di himpun janji UMNO yang tak tertunai dah berkepuk2. Pengalaman saya sendiri kalau nak cerita malu kita nanti. Saya sendiri adalah ahli UMNO dah hampir 40 tahun. salam.

Anonymous said...

Sebenarnya itulah yang UMNO buat.Najib/UMNO buat kerja.Pencacai PR ashik bercereamah memfitnah UMNO hari hari disana sini.Ini bukan masa untuk berlembut pada Pakatan Rapuh yang sangat gilakan kuasa.Memang betul PR tidak tunai janji.Selangor akan jatuh ketangan BN sebab penyangak PR sudah menipu rakyat.Keluarga aku akan undi UMNO/BN.PR merapu.

Anonymous said...

Undilah bn. Teruskan tak siapa marah. Bn parti terbaik di dunia. Pilihan org beriman.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024