Thursday, May 2, 2013

Apa Wan Amizan Sudah Buat Untuk Pembangunan Ulu Tembeling?




5 hb Mei 2013, 13,000 pengundi DUN akan mengundi memilih ADUN Tahan yang mereka mahu, percaya dan yakin boleh berkhidmat kepada rakyat.

DUN Tahan merupakan sebuah DUN yang terbesar dalam negeri Pahang. Tajuk pembangunan Ulu Tembeling adalah menjadi kepentingan politik WZWH kerana 55 tahun dulu orang-orang tua kita telah memperjuangkannya.

Walau majoriti sudah meninggal dunia meninggalkan kita tidak sempat melihat mimpi 55 tahun namun kita sebagai generasi baru perlu meneruskan perjuangan orang-orang tua dulu-dulu.

Tidak bererti bila WZWH memfokuskan Ulu Tembeling maka kepentingan pembangunan Tembeling Tengah termasuk dua Tanah Rancangan Felda  serta Kuala Tembeling dan Hilir DUN Tahan tidak diambil berat.

WZWH perlu memberi maklumat  dan mengingatkan kepada pengundi DUN Tahan apa yang Dato' Wan Amizan sudah buat untuk pembangunan Ulu Tembeling?

Ini penting untuk 13,000 pengundi DUN Tahan menilai semula prestasi beliau dan memikir apakah jika perlu mengundi kepada calon PAS DUN Tahan itu boleh memberi lebih kebaikan kepada pengundi DUN Tahan?

DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dalam Pahang dan Malaysia.

Lembah Tembeling terbahagi kepada 3 lokasi:

  • Hulu Tembeling
  • Tembeling Tengah
  • Kuala Tembeling

Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Mempunyai 18 JKKK dan penduduk seramai 14,500 orang (bancian 2010). Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Kepada ahli ekonomi dan ahli politik urban bandar selalu mereka mengatakan pembangunan Lembah Tembeling tidak ekonomik, membazir wang negara, untuk apa penduduk cuma 14,500 orang. Dalam kes Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta hanya untuk memenuhi kehendak penduduk Ulu Tembeling yang hanya berjumlah 2704 orang sahaja!

Tapi Dato' Wan Amizan tetap mahu memperjuangkan keperluan infrastruktur impian 55 tahun penduduk Ulu Tembeling mahu jalan raya yang boleh menghubung ke bandar Jerantut.

Apa Dato' Wan Amizan sudah buat untuk pembangunan Ulu Tembeling?

Kampung Bantal dan Kampung Gusai:

  • Jalan "slack" Kg Bantal - Kg Gusai RM1.5 juta. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jambatan Kg Mogol RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jambatan Tasik Jemuan RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jalan "slack" dalam Kg Bantal RM1.5 juta. Projek PIAS 2009 sudah siap.
  • Tambahan bangunan SRK Kg Bantal RM8.2 juta. Projek PIAS 2009 sedang buat.
  • Masjid Kg Gusai RM600,000. Projek PIAS 2009 Sudah siap.
  • Bekalan paip air ke Kg Mogol RM18 juta.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008.
  • Ladang Felcra 10,000 ekar memberi saham.
  • Ladang Getah Yayasan Pahang 16,000 ekar turut memberi saham.


Kampung Mat Daling:

  • Jalan seberang Kg Bantal-Kg Mat Daling 5km RM1.7 juta. Sudah siap.
  • Jambatan Kg Tanah Memindah, Pulau Besar RM500,000. Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008.


Kampung Kuala Sat:

  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009.
  • Masjid baru kos RM2.5 juta. Tapak yang sesuai  dikenalpasti.


Kampung Pagi:

  • Jalan tar dalam Kg Pagi 4km termasuk jambatan Pengor RM12 juta. Sedang buat.
  • Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi  RM121 juta. Sedang buat. Siap 2014.
  • Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling RM340 juta dalam proses.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009.


Kuala Tahan

  • Tanah lot untuk 400 penduduk Kuala Tahan 90 ekar.
  • Rancangan Pembesaran Kampung Kuala Tahan 570 ekar.
  • Rancangan Tanah Kelompok Kampung Tuit 500 ekar.
  • Dua projek hidroelektrik Sungai Tekai-akan dibina TNB pada Julai 2013.
  • Jambatan Sg Oak RM26 juta sedang dibina.
  • Kajian Pembangunan DUN Tahan diperuntukan RM5 juta oleh ECER.
  • Pelaburan ECER RM600 juta permulaan.

Ada banyak projek pembangunan di Tembeling Tengah seperti jalan pesisiran kampung-kampung tradisional, jambatan, saluran paip air dsb, Agropolitan Tembeling Tengah tapi itu WZWH akan sentuh di lain posting.

Walaupun baru sepenggal Dato' Wan Amizan menjadi ADUN Tahan sudah menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. WZWH percaya jika Dato' Wan Amizan dipilih sebagai ADUN Tahan oleh 13,000 pengundi pada 5 Mei 2013 nanti diberi peluang sepenggal lagi, DUN Tahan boleh membangun ditahap yang lebih cemerlang.

WZWH telah memberi perspektif track rekod prestasi calon BN DUN Tahan terpulang kepada 13,000 pengundi Tahan untuk menilai....WZWH percaya dan yakin pengundi DUN Tahan tahu seperti Jauhari yang boleh mengenal Manikam...yang mana satu intan yang mana satu kaca.

65 comments:

Anonymous said...

Terlalu banyok rupenye....tp syarikat mana yang membuatnye..?????

Anonymous said...

Wan,
Bilangan Projek tidak semestinya boleh mendorong org memangkah BN. Politik projek sudah ketinggalan zaman!!!!

Hampir 23 tahun saya tidak menjejaki perkarangan kedai MARA di Felda Kota Gelanggi satu. Malam tadi, bertemankan calon PAS DUN P.Tawar segala2nya boleh terungkai mengenai siapa yg bakal memenangi DUN P.Tawar dan Parlimen Jerantut. Segalanyanya sudah banyak berubah, pegangan politik sahabat2 peneroka di KG juga turut berubah sedangkan suatu ketika semasa saya menjadi pengerusi tetap UMNO di cawangan ini mereka ini ialah penyokong dan pendokong tegar BIRU.

Hari ini mereka lebih terkesan dgn isu2 semasa....mereka lebih peka dgn isu2 penyelewengan, ketidak adilan dan kronisma yg menjadi santapan biasa sahabat2 lama mereka diseberang sana. Mereka bangkit bersama gelombang perubahan yg melanda dimana2....

Wan,

Mereka bertanya, mengapa air menjadi isu besar walaupun secara logik pengurusan bekalan air sepatutnya bertamabh cekap apabila JBA diswastakan...selain Phg mempunyai sumber air terbanyak disemenanjung.

Wan, mereka bertanya lagi, mana pergi sumber pendapatan melalui balak, bijih besi dan bijih emas yg banyak sehingga kerajaan Phg boleh menanggung hutang serta defisit dalam belanjawan...

Wan, "kami mimpinkan hak milik tanah ladang berstatus kekal dan bukan pajakan 99 th yg terikat dgn akta GSA". Desak peneroka yg selama ini tidak perasan yg tanah mereka tidak boleh difaraidkan..

Inilah antara isu2 yg boleh menyahkan Datuk Wan dari mengekalkan takhta di DUN Tahan...

Mat Periba

Anonymous said...

Semuanya tu bukan duit Dompok..duit kerajaan, duit rakyat...buatlah apa-apa pun yang penting INI KALILAH..memang tekad nak tukar lah..

Anonymous said...

ubahlah,nak tengok jugak puak2 PAsS ni memerintah macamana..jangan pandai mengondemn dan bercakap shj.Selamat Maju Jaya PAS.Semoga BErjaya.

Anonymous said...

Moh kita ubah sama sama
Ini Kali lah

Anonymous said...

ubahlah,kome orang bn tak kisah.hari ini puak awak hanya tahu mengkritik hasil usaha orang.bercakap memang mudah sebab lidah tak bertulang.kena ke puak awak nanti kalau cakap tak serupa bikin bergantanglah caci maki yang kau orang dapat.rumahtangga sendiri pun huru hara nak jaga urusan negara pulak.

Anonymous said...

aku setuju kata anon2 di atas tu,siapa yang dapat prjek tu?[rojek yang besar2 semua wan mizan sapu nilai yang ratusan juta,yang kecik2 juta 1 hingga 3 juta kroni dia sapu pulak,ingat org dun tahan x tau ke zuri?yang kecik2 juta wan tarmizi kuala tahan menantu pak anjang yaakob waris wan mizan kroni,nak kempen, kempen ke wan mizi je la,wan mizi bleh bagi undi ke wan mizan separuh dun tahan ni 6500 undi sbb projek juta2 untung banyak beli je la undi tu,dah wan mizan tolong dia sorang je,zuri,wak ckp ke wan tarmizi tu, bila masuk bilik mengundi jumpa spr minyak kertas undi ye 6500 org dun tahan wakil ke wan tarmizi memangkoh blaka yee x kena tempatla bro nak kempen... hahahahahahahah...dah nak loceng da...projek ratusan ribu wan zakaria@wan keria wan long sapfi wan sahak sungai rtg wan zan jarang dapat wan hero wan putih wan baha dan beberapa wan wan yang lain,yg x wan da la sorang bedua,puak2 tu yang kongker jrtut ni bab kontrak bergilir2 org yang sama.ada bagus ka wan zuri ini macam?ye la pusaka awok blaka deme buatla, tak lama dah pun hari ahad awak tau la keputusan nye zuri..pasal tanah pulak awak bg tau dun tahan yang paling luas tanah,awak x payah ckp nenek aku pun tau,tahun 2010 wam mizan tolak permohonan tanah org2 dun tahan,cerita tanah yg paling luas ,org mohon yb tolak,bagus la begitu,tanah dkt kampung syarikat yb pulak mohon lulus,org kg mohon awak tolak,bagus bagus,cakap didepan org ramai pulak masa jamuan hari raya tahun 2010 di felcra tembling tengah,mana ada dalam sejarah yb bercakap dlm majlis tolak permohonan org2 kampung,kalau dah bodo terlajak abis cerita la bahalol.dari segi politik lebih dari seratus peratus tidak kena la banggang cara begitu...pas tu awak zuri nak mempertahan kan wan mizan pulak hahahahahaha....skrg baru terhegeh2 nak merayu undi konon megungkit pulok 2,wan mizan buat itu buat ini mcm,parti kemeneh memerentah pun dia buat pembengunan jge,ini pulak ust zakuan jauh lebih 99 kali ganda baik pada dompok,hahahaha....mengigau ke awak ni zuri.projek 3 billion sungai tekai mcmmana.balak abih dah awak sapu 20 ribu ekar zuri?hutan dara ke ksk?pengundi2 dun tahan dah tau semua tu,tungu raya korban je ni hari lusa bkn lama dah pun,org dun tahan yang bodoh je yg undi wan mizan.selamat menyambut hari raya korban yg ke 13,di ucap kan kpada pengundi2 dun tahan.assalamualaikum.

Anonymous said...

Benar sungguh2 kata mu 1020, May the3rd. Elok bebenaulah last minute kempen ni gempur habis2an tolak jembalang tanah ni a.k.a hantu ponjot.

Anonymous said...

semua BN mcm tu,standard la YB merompak..time bekuasa la nak kaya raya nak bolot apa yang boleh...kalah nanti tak pa..dah kaya..hahaha

Anonymous said...

memang orang bodoh teramat bodoh je masih ngundi wan amizan,awak x pyhla zuru nok mungkor org pandai sb org lg cerdik pada pengampu mcm awk ni,wan amizan tau besarkan biz dia je,pojek cikit2 adala nk tutup mata rakyat,kita doakan dompok kalah kali ni,5 thun memg dia tak bantu lgsung pasal tanah org di dun tahan

Anonymous said...

Anon 10:20,

Projek hidroelektrik Sg Tekai adalah projek kerajaan melalui TNB untuk membekal tenaga kepada negara.

Pengurusan 20,000 ekar balak adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri Pahang melalui Pejabat Hutan Negeri melalui procedure dan undang-undang yang ketat dan termaktub.

Wan Zuri @ WZWH tidak ada kuasa untuk mengawal dan menentukan pengurusan balak-balak yang kena tebang bagi membuat projek hidroelektrik itu.

Anon-Anon yang mengomen di atas semua menganggap seolah-olah Wan Zuri TERLALU BERPENGARUH.

WZWH hanya ada blog yang menyatakan suara hati rakyat Jerantut sahaja. Memang WZWH seorang yang prihatin kepada kemajuan pembangunan kampung halamannya.

Anonymous said...

yb nak merompok, merompok la,tp orang mohon tanah bg lulus la basa kepala pantat..projek agih la bahalol..org tau yb guna duit lebih,ta agok2 la bangang..kali ini awak tau la pukimak lu.. skrg ni semua org angguk2 je org x sabo dah nak bg wan mizan pukulan tko menyungkur di dalam gelanggang sendiri,tp dompok banyak duit.kul 3 pagi suruh barua dia antar rumah ke rumah 5 ribu sebuah rumah,13000 pengundi semua undi ke perompok hahahah buat la silap sprm sampai,dah ada 8 org pgwai sprm di jerantut ni,duk menegok intai calon2 yg rasuah dia org nak tangkap terus,gila meroyan la dompok org nak terajang ke sungai boooooooo.beli org beli org,mende nye x cerdik mana nak buat pandai basa kepala pelir menyusah ke org hidup,wahai org dun tahan anda di saran kan memangkah bulan kali ini saja,kita ajar yb celaka ni wan nordin juru nikah d jombelaboh cakap jenis keturunan x bagus wan mizan ni.siasat siasat la deme...mampus kita kalau dia menang,tambah lagi latanah wan mizan d jrtut ni tambah 3000 jg hehehe,mati mati lau cam ni umno ni .kita pakat letak batu nisan la hari ahad ni deme senang cite..

Anonymous said...

Saya orang luar. Saya dapati pengomen2 yang kuat sokong Zakhwan calon pas dun Tahan nampak kasar ayat-ayatnya lansung tidak mencerminkan akhlak seorang Islam. Lebih nampak luapan kemarahan emosi. Saya rasa semua pengundi DUN Tahan boleh menilai ini semua. Saya baca posting ini dan faham kenapa WZWH memberi maklumat tentang apa yang calon BN dun Tahan telah buat. Saya tertarik kerana banyak pembangunan hasil usaha keras YB Tahan ini.

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Jangan riso kome berjiwa lembut

moh undi PAS dan Bunga Raya

Bijak memilih Bijak berkuasa ghodong weh

Anonymous said...

anon yang membelasah wan mizan tu hatinya memang busuk.tanah mana yan g wan amizan rompak ni.pegi semak kat pejabat tanah.

projek yang awak tuduh wan amizan sapu ni betul ke.dah dia ada lesen kelas A wibawa maka layaklah masuk tender sbb wakil rakyat biasa dibenarkan berniaga oleh undang2.
daripada syarikat luar dapat biarlah dia yang dapat.orang luar dapat dia tak sumbangkan kepada orang jerantut.dapat ke dompok dapat juga kepada rakyat jerantut yang susah wang sumbangan yb.

yang awak sebut kontraktor wan aje dapat memanglah patut sebab dia orang dun tahan.

awak dapat projek berlambak-lambak dari hj rosdi dan hj nazri tak apa pulak.ini projek dun tahan pun awak nak sapu.dasar tamak.ingat orang tak tahu awak tu siapa?anjing haji rosdi!!!!

Anonymous said...

Kehkehkeh...

moh undi PAS dan Bunga Raya

Bijak memilih Bijak berkuasa ghodong weh

Anonymous said...

anon 12.49...bila sabar dah sampai limit ini lah jadinya...anta orang luar tak faham apa yg telah kami rasakan 5 tahun pemerintahan dompok ni...terlalu kuat kroni dan mengunakan kuasa pada jalan yang tak betul...kalau anta kroni pasti anta memuji juga...jadi anta jangan nak jadi penasihat atau jadi hero...anta diam je dan cuba hayati kenapa rakyat dun tahan pakat nak ubah kali ni...dari segi pembangunan, sapa2 memerintah pun wajib buat pembangunan utk rakyat...tak payah nak ajar la...

Anonymous said...

hahaha..macai-macai pakatan rakyat dan macai hj rosdi ni suruh berbaris, dato dompok bagi 1000 sorangpun cukup dah, setel la tu. memuji dato la pulak lepas tu.

Anonymous said...

nijaklah memilih. jika sedemikian maka selepas ini tiada lagi dah. nak katakan rasuah pun boleh, nak ikata ambil bagi pihak orang sangat memerlukan pun boleh. nak kat rompak harta orang ramai pon boleh. fikir2lah hidup tidak menongkat langit.

Anonymous said...

ABU
ABU
ABU

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
This comment has been removed by the author.
Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH ingin tanya satu soalan mudah untuk anon-anon semua jawab ye secara ikhlas...

Apa kata kalau Dato' Wan Amizan selama menjadi wakil rakyat TIDAK BUAT APA-APA hanya sekadar rajin melawat, menziarah kenduri, orang mati, buat program-program berkumpul sahaja...

Kemudian bila orang DUN Tahan tanya ada ke projek pembangunan YB?

Dato' Wan Amizan jawab," INSYAALLAH....INSYALLAH....INSYALLAH.."

Bila orang DUN Tahan tanya lagi ada tak projek pembangunan untuk DUN Tahan?

Maka jawab Dato' Wan Amizan," Saya berdoa....saya berdoa...saya tengah berdoa ni...takpa ye nanti malam kita sembahyang hajat ramai-ramai!"

Kemudian WZWH tulis satu posting macam hari ini...

Dato' Wan Amizan hanya cakap INSYALLAH...INSYALLAH...INSYALLAH dan BUAT SEMBAHYANG HAJAT...selama 5 tahun!

APA AGAKNYA KOMEN-KOMEN ANON-ANON SEMUA YEK?

Anonymous said...

MINTA MAAF
KAMI, MEWAKILI ORANG MUDA ULU TEMBELING YANG MENYOKONG PENUH BN SELAMA INI TELAH MENGAMBIL RESOLUSI YANG ADUN TAHAN HARUS MEMBUAT KEMUDAHAN2 BERIKUT DI ULI TEMBELING.
1. KEMUDAHAN SUKAN DAN FUTSAL DISETIAP KAMPUNG.
2. SEKOLAH SAINS BERASRAMA PENUH
3. UNIFI DI ULU TEMBELING
4. BANK MINI
5. HOSPITAL MINI 30 KATIL
6. PASARAYA TUNAS MANJA
7. KEDAI SATU MALAYSIA
8. KLINIK SATU MALAYSIA SETIAP KAMPUNG
9. TAMAN TEMA MINI
10. STESEN MINYAK PETRONAS

HARAP DIAMBIL PERHATIAN.

Anonymous said...

ORANG PAKR,
INGAT SIKIT JANGAN PANGKOH BN
RUMOH PAKR TAK ADA GERAN INDIVIDU.

Anonymous said...

anon 3.59..bagi Dun Tahan BN menang, semua yang dipohon tu akan dilaksanakan terus..

Anonymous said...

kena gula gula
orang ulu tembeling
undur sokmo

Anonymous said...

WZWH
Awak tak faham lansung dengan hujah2 yg anon2 utarakan. Hujah awak melalui soalan apa kata kalau Wan Amizan tak buat apa2 selama 5 tahun dan hanya berkata insyaAllah 3X dan buat sembahyang hajat selama 5 tahun. Jawapan pendek pada soalan awak berbunyi begini:

1. Wakil Rakyat dengan peruntukan yg diberi kerajaan ( bukan duit sendiri ye ) buat projek kemasyarakan ditempat mereka : BIASA

2. Wakil Rakyat tanpa peruntukan kerajaan tidak buat projek kemasyarakatan ditempat mereka : BIASA

3. Wakil Rakyat tanpa peruntukan kerajaan ( guna duit sendiri ye ) tapi tetap berusaha membuat projek kemasyarakatan ditempat mereka : LUAR BIASA

4. Wakil Rakyat dengan peruntukan kerajaan ( duit kerajaan ye ) TIDAK membuat projek kemasyarakatan ditempat mereka : LINTAH

Awak boleh pilih tokey awak dlm kategori mana diantara 4 diatas. WZWH, kalau kerajaan beri saya 10 million samada secara lansung atau melalui anugerah kontrak perniagaan, saya pun boleh buat projek kemasyarakan kat Jerantut tu kerana BIASAlah, bukan sebab saya hebat. Kalau saya boleh guna duit Petronas ( bukan duit saya sendiri ye )toksah kata Putrajaya saya boleh buat, Putrijaya pun saya boleh buat sebabnya bukan duit saya.

MCE Grade 2



Anonymous said...

sapa sapa yang memerintah pun pembangunan wajib dibuat. kalau komunis memerintah pun pembangunan tetap dibuat untuk kemudahan rakyat sb bila rakyat maju, negara akan maju. masalah nya ialah kos yang tak sepatutnya. ketirisan dan pembazirkan duit yang terlalu melampau akibat dari rasuah dan percent yang di ambil oleh kroni. tu yang rakyat marah. masjid patut kos 3 juta je jadi 6 juta. ni yang rakyat marah.

Anonymous said...

cerita benda ni kat Wz
mana dia faham.
darah dia darah umno

Anonymous said...

Tengku Li berdarah kerabat betul, cakapnya boleh pakai juga. ? Wz

Anonymous said...

dah terlambat untuk najib buat tranformasi. semua kena terima hakikat dan sejarah negara akan tercipta. akibat kerakusan dan tak sedar diri wakil-wakil rakyat dalam mencari kekayaan dan ketidak adilan, negara yang dipimpin separuh abad ini akhirnya tumbang jua akhirnya akibat kebangkitan rakyat.

Anonymous said...

Bn kalah. Fullstop

Anonymous said...

7 mei anwar umum minyak turun harga. Penyokong bn bayar harga lama. Dia org kaya tak apa. Kahkahkah.

Anonymous said...

Jam 8 am kita mengundi awal. Lepas tu check mana2 bangla myanmar pakistan filupina yg cuba mengundi. Ini praya rakyat msia. Yg ic tipu jgn campur. Pi main jauh2.

Anonymous said...

Aku mengundi di gua musang. Nak pastikan ku li out. Apa ni semua bakat umno mati . Dia ingat gm bumi dia sorang ke.

Anonymous said...

Benar sekali madah mu tuan..
اين کالي له

Anonymous said...

Moh undi PAS deme
Pilihan bijak

Anonymous said...

Najib kat tv skrg. Dia tanya siapa akan jadi pm pakatan rakyat? Biar aku jawap: yang pasti bukan kamu najib oii!

Anonymous said...

Kerusi pakatan yg menang 122 kerusi. Sumber dari war room umno. Najib dgn muhyidin tgh bergaduh berebut siapa nak jadi ketua pembangkang.

Anonymous said...

Underdog, orang fuckatan yang tak dicalonkan menjadi PM (Pi Memantat) sementara, tapi nama diilhamkan stopa spendo dah awal2 lagi angkat tangan!!!. Nak gi anuaq klok klik nak gi angkat sumpah siang lagi kopal singh bawa sekali video dia tengah nyontot. Haru biru jadinya, nak bagi guan and geng, kopal singh tengah pening memikirkan. Kira2 kertas undi Najib masih lagi diperlukan jadi Perdana Menteri.

Anonymous said...

Hujah org bn mcm ni la. Tak ilmiah tapi napok bodo.

Anonymous said...

Hujah org pugiar, depa napok doh nyontot situ sini tapi utak celoh keken nok jugok.

Anonymous said...

Salam…,

Tajuk : Bidalan PARLIMEN KU DAN BAYANGAN.

PEMBUBARAN Parlimen :
RABU;
R – Rakyat
A – Akan
B – Bersama
U – Umno

PENAMAAN Calon :
SABTU;
S – Semua
A – Akan
B – Berikrar
T – Terima
U – Umno

PEMBUANGAN Undi :
A – Amanah
H – Harapan
A – Allah
D – Dato’ Seri Najib

Tarikh Hari MENGUNDI :
5-5-2013.
55 tahun 2013, Umno terus kekalkan di Parlimen negara Malaysia.

Oh Parlimen dan Bayangan mahukan sedemikian;

PEMBUBARAN Parlimen :
RABU;
R – Rakyat
A – Akan
B – Buang
U – Umno

PENAMAAN Calon :
SABTU;
S – Semua
A – Akan
B – Benam
T – Tolak
U – Umno

PEMBUANGAN Undi :
A – Adaikata
H – Hari
A – Akhir
D – Dato’ Seri Najib

Sudah 55 tahun Umno memerintah 2013 tahun yang TERAKHIR….

Sisipan pagi, ikhlas dari pencinta politik Banir...

Anonymous said...

najib amanah dr Allah???? dia nak tarbiah isteri dia pakai tudung pun tak lepas..Hari2 tanggung dosa bini tak pakai tudung, org mcm tu Allah nak amanahkan..jauh nya pegangan agama dan amalan agama dlm jiwa org umno ni..

Anonymous said...

Camna dgn hudut pas. Adi mmerangg kate dulu belong kokok ayang nok laksane hudut. Tapi tibe2 stope dulu kokok. Ayang doh bape kali doh kokok lepas adi mmerang menangg teganung. Ah bengangg sngoti nigok stope ni...

Anonymous said...

kalau hang tak buat dosa, buat hang nak takut hukum hudud ngokk?? ka hang ni jenis kaki penipu, perompak harta orang? kalau macam tu boleh la kena hukum hudud.

Anonymous said...

bg pendapat aku sbgai org ulu tmbling,w.mizan ni bgus jga sbnarya,tp smjak 2 thun trakhir ni,dia bnyak sngat buat org dun than xpuas hati.boleh dikatakan setiap kampung sekitar dun tahan ni ad masaalah dengan janji dia....msalah yg selalu aku dngar ialah masaalah tanah...xpelik la klau orang dun tahan buang dia...

Anonymous said...

tunggu aje takdir allah siapa yang menang.kau orang merepek merapu kat sini pun tiada guna.janganlah kau orang nak ambil alih kerja allah.nampak sangat islam baka kau orang ni.

Anonymous said...

mmg la anon,aku bekenan dengan kenyataan awak,sbb dia berjanji selalu di capati sokmo,setiap kg ada aje msaalahnya,nak slesai msalah terpaksa memungko la,nak meyakin org dengan pungko nya terpaksalah dia menjual nama pembesar negeri atau negara,ketua2 kampung2 banyak dah yang kena begitu,mai pangk cingoh d

Anonymous said...

Moh undi PAS..
Pilihan bijak rakyat dun tahan...

Anonymous said...

mmg la yg buat penbangunan kat ulu tembeling duit rakyat bkan duit dompok....tp kalo pas ambil alih DUN TAHAN nak pembangunan nak guna duit apa plak?????tin milo???tin milo 2 pun duit hasil derma rakyat....mmg dah sah-sah duit rakyat....mmg idop xpernah puas hati....pasai tanoh pg la tanye pejabat tanoh nu.......nok sume jd sekelip mata jea terconggok depan mata.....xsayang tanah air sendiri.......beruntung la dok ulu tembeling tu kerja sendiri dapat duit banyok mane pun xdak kene cukai pendapatan malah kerajaan agihkan kita macam2 bantuan.....yg tua dapat mcm2 hak bantuan...pg jea la mintak ditempat yg betul....insyaallah dapat.....minyok dapat serupe harga org bandar....xmacm dulu rm3 seliter.....kalo hidup xpernah bersyukur kita mmg xkan pernah cukup dgn rezki yg Allah bagi.....jd ucapkan lah alhamdulillah...

Anonymous said...

KESIMPULANNYA

ABU
ABU
ABU

Anonymous said...

Bukan oghang tok sayangg tanoh air sediri. Tapi oghang bebcikan peghangai tok kepimpingan aok tu. Oghang laein mitok nye tulok, aleh nye bulih kedie pulok...

Anonymous said...

May 4, 2013 at 8:34 AM, baper seng mu dapat dupok bagi...

Anonymous said...

WZWH,

Macam mana dompok menang..... rata-rata orang di Tahan kata. dompok JANJI TAK DI TEPATI, Janji sana janji sini... habuk pun tarak.


MOH kite weh.. pakat pakoh Ustaz Zakuan weh.....

Pilih lah pemimpin yang baik pekerti, ikhlas, TIDAK MEMENTING DIRI DAN KRONI, tidak pedooh cakap buhong, mulia akhlaknya DAN BERPELAJARAN, Mantap AGAMA nya.

MAKA TAK LAIN TAK BUKAN... WAKIL KITA IAH...... USTAZ ZAKHUAN BADARDIN, ORANG KG. LADA. takbir... INI KALI LAH.

REHATKAN SEMENTARA DOMPOK UNTUK RENUNG DAN MUHASABAH.. LEPAS ITU CUBA BALIK.


ANTI PEMUNGKAR...

Anonymous said...

msalah kt ulu tembling mmg tak akan selesai,sbbnye genarasi muda sentiasa mahukan seperti org kt bandar dpat,mereka dah sedar,mereka mahukan perubahan dan pembaharuan..bgus la kalau mcm 2...esok kuar awl dan pilih calon yg baru....wahai seluruh orang muda dun tahan,tukarlah!!ubahlah!!untuk kemejuan kita bersama..org muda ulu tembeling,INGAT JANJI KITA!!..

Anonymous said...

semua pengndi dun tahan,kita wajib menyokong ustaz zakuwan,kerana ustaz zakuwan tidak meningalkan sembahyang,tidak bercakap bohong kelulusan agama tinggi dan berilmu,kalau siapa tidak menyokong dan membenci zakuwan,maka dia tidak dapat safaat dari org alim apabila dia mati nanti sbb org alim mcm zakuwan dia x setuju dan x sokong.kalau nak tau betul atau tidak kena mati dulu baru,menyokong dompok pemimpin perompak silap2 dapat dosa sbb dia kuat menipu,menipu itu berdosa,kita sokong org berdosa kite pun berdosa sama.wasallam

Anonymous said...

btul sesangat 2...org2 kampung lada musti undi zakuan,org kampung deme 2..kami kt kampung ni akan tetap sokong dia sepenuhnye...ini kali kita tkar!!..kmpung aku ni sama ngan kampung ayah zakuan,kt kampung bantal ulu tembeling...esok moh kite ubah segalanye...

Anonymous said...

berita terkini keputusan N9 DUN tahan kg mat daling zakuan menang 78 undi,gusai zkuan menang 60 undi,bantal zkuan menang 100 undi,kuala sat zkuan menang 150 undi,kg pagi zkuan menang 60 undi,kuala tahan zakuan kalah 90 undi,merting zkuan 30 undi,chebong zakuan menang 40 undi,sg retang zakuan kalah65 undi,padang piol zakuan menang 145 undi,sungai putat gajah mati n tanjong betong zakuan menang 200 undi,paya garuk pedah peri paya gunung zakuan menang 350 undi,kg lada pulau mansuk zakuan menang 220 undi,paya embun batu enbun teh besul zakuan menang 150 undi,kuala tembeling sepial btu balak kuala retang zakuan menang 55 undi pasir durian ulu retang zakuan menang 35 undi mejoriti kesemua sekali kecuali kuala tahan merting dan sg rtg lain sapu bersih.

Anonymous said...

Ape pnya kputusan ni,pandir la

T.M Brunei said...

udoh2 le tu pungkor dompok weh... deme buka yg tersurat jer, meke yg tersirat deme sorok... rehat la weh, cukup kaye doh deme...

Anonymous said...

BERITA TERKINI: dun tahan kalah dgn majoriti 200 undi... mengikut ramalan bomoh siam...

Anonymous said...

pakatan rakyat, pas n dap jerantut politik singkat..kaji la dulu strategi BN dan UMNO untuk menang pilihanraya macamana? BN menang semua tempat..parlimen dgn 3 dun di jerantut. gua gerenti. malam ni operasi habis-habisan sampai 12 mlm. tunguuuu..

Anonymous said...

klau kwsan ulu tembeling,jngan harap la.kalau ad pun cma org tua je..klau yg muda mmg bg sepenuhnye kt zakuan dan d.hamzah.mmg betul kta anon td,s.rtang,mrting,k.tahan je lg yg sangup kne pungkor ngan org bn....

Anonymous said...

cybertrooper-cybertrooper pr di fb/blog/tweeter yg kebanyakannya menggunakan nama samaran bukan main hebat memaki dan mencaci wan amizan namun hakikatnya beliau disayangi oleh penduduk dun tahan, terbukti dalam pilihanraya

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024