Thursday, July 15, 2010

Adakah UMNO Menzalimi Orang Asli?

Umno-BN ‘hantuk kepala kami ke dinding’ – Ramly Lugan. Adakah betul kenyataan ini? WZWH mahu mencari jawapan. Adakah UMNO menzalimi orang Asli? Adakah JHEOA tidak cukup membantu? Atau Pakatan Rakyat sudah meracun pemikiran orang Asli.


JERANTUT: Sekumpulan Orang Asli mendakwa Umno cuba memperlihatkan persepsi buruk bagi mengelirukan rakyat Malaysia tentang nasib mereka yang sedang bangkit untuk berjuang bagi menuntut hak mereka.

Ramly Lugan, seorang pemimpin Orang Asli yang berasal dari Pahang, berkata "Umno bukan sahaja menggunakan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli malah menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk ‘hantuk kepala kami ke dinding’.

Menurut beliau, pada 10 Julai lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Haji Hasan Malek telah mengetuai pasukan Rela dan Umno untuk menyerang ranting Kg Lubok Wong.

"Mereka menggunakan kuasa wang dan rumah PPRT untuk menguasai penduduk kampung. Ramai penduduk kampung termasuk timbalan ketua kampung, bendahari dan beberapa AJK mengikut jejak Umno-Barisan Nasional (BN) yang selama ini menipu kami".

Katanya lagi, "beliau (Hasan) mengugut Orang Asli kerana membantah dasar tanah MKN yang ternyata berat sebelah sekaligus menafikan hak kami".

Hasan juga didakwa memberi gambaran buruk terhadap aktivis yang bekerjasama dalam menuntut hak Orang Asli sebagai ahli pembangkang dan bekerja kerana mendapat duit dari parti pembangkang.

Dalam pada itu, Ramly berkata Biro Orang Asli (BOAS) akan menganjurkan Perhimpunan Orang Asli Zon Tengah di Sekolah Al-Mukmin (belakang Cowboy) Jalan Temerloh-Mentakab pada 7 Ogos nanti. Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail akan dijemput sebagai tetamu kehormat.

Beliau mengakui bahawa kerana kekurangan dana, mereka terpaksa mengadakan Perhimpunan Zon Tengah sahaja iaitu meliputi daerah Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh.

Setiap Cabang disediakan satu bas dan perlu mengesahkan kehadiran sebelum 20 Julai ini. Setiap Cabang pula di minta membawa dua wanita bersama untuk memudahkan kerja pendaftaran.

Ramly percaya lebih 1,000 anggota masyarakat Orang Asli akan mengambil bahagian dalam perhimpunan ini dan membuat beberapa ketetapan penting demi memelihara hak Orang Asli.

Beliau berkata, "tujuan utama kami mengadakan perhimpunan ini ialah untuk menimbulkan kesedaran dan menyemarakkan lagi kebangkitan Orang Asli di seluruh negara.

"Kami mahu kerajaan sedar bahawa kami hidup seperti hamba abdi dan pelarian sejak 50 tahun lalu. Kami mahu kehidupan kami dan tanah kami dikembalikan," ujar beliau.

Lugan merujuk kepada tanah yang dirampas oleh kerajaan pusat dan negeri untuk projek pembalakan dan rancangan tanaman pekebun-pekebun kecil.

Lugan juga tidak menafikan beliau menghadapi beberapa ’serangan’ daripada BN yang cuba menundakan perhimpunan ini.

"Setiap kali kami bangkit ada pihak yang datang menyerang kami. Tetapi kami tidak akan undur dan akan terus berjuang demi kepentingan masyarakat Orang Asli di Malaysia".

WZWH mahu pihak yang berkenaan baik MB atau pun JHEOA turun mendengar rintihan orang Asli ini. Ketua-ketua UMNO bahagian yang terlibat seperti Maran, Jerantut, Bera dan Temerloh perlu cepat melihat permasalahan mereka. Jangan biarkan PKR mengeksploitasi isu ini.

2 comments:

one one no belen said...

Salam.Memang pun UMNO tidak perihatin terhadap kepentingan orang asli.Kenapa masih nak nafikan?Adakah masyarakat orang asli warga negara kelas 3?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Menyegar,
Pahang ada EXCO khas menjaga orang Asli. Ada jabatan JHEOA baik negeri dan pusat menjaga kebajikan mereka. Di Dun Tahan, apa yang WZWH tahu YB Dato' Wan Amizan banyak membantu orang Asli di Kg Kuching, Sungai Tiang, Sungai Tekai, Batu 10, Paya Lintah, Paya Petai. Orang Asli adalah Bumiputera malah mereka diberi keistimewaan undang-undang di hutan. PKR telah meracuni pemikiran pemimpin muda mereka.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024