Wednesday, December 1, 2010

Najib Perlu Berani Istihar Bina Loji Nuklear


DS Najib perlu buat keputusan yang berani istihar Malaysia perlu bina loji nuklear. Ini adalah keputusan kritikal negara yang akan beri kesan kepada kelansungan efisien industri negara masa depan. 

PM DS Najib Tun Razak juga dijangka mengumumkan langkah ke hadapan bagi projek itu bagi memastikan rakyat serta pemegang saham memahami dan yakin dengan cadangan penubuhan loji tersebut.

Kerajaan belum pasti bila akan memulakan projek itu tetapi pelan berkaitan loji nuklear yang dijangka siap pada 2021, akan diumumkan.

Pembinaan loji nuklear mengambil masa antara 5-7 tahun. Sebelum itu kajian mendalam dibuat. Selewat-lewatnya 2013 kerajaan mesti bina loji nuklear di tapak projek.

Berapa lama DS Najib mahu ambil masa untuk menerang kepada rakyat memahami "rasional" perlunya negara bina loji nuklear. WZWH membayangkan mungkin DS Najib akan ambil masa 2 tahun menerang kepada rakyat.

Rakyat sebenarnya melihat gelagat DS Najib. Jika DS Najib teragak-agak, "indecisive", malu-malu pasti rakyat akan menekan beliau. Majoriti rakyat yang berumur bawah 40 tahun memahami betapa perlunya loji nuklear kepada negara. Rakyat mahu lihat DS Najib yakin dan bersungguh dalam program "Loji Nuklear menyumbang 25% tenaga elektrik negara". 

Rakyat faham minyak makin kurang akan datang. Teori "Peak Oil" menambah lagi kekalutan. Subsidi tenaga sebanyak lebih RM20 bilion setahun begitu membebankan kerajaan dan sudah tentu pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi.

Jika DS Najib berani, segera istihar sudah sampai masanya Malaysia perlu bina loji nuklear. Jangan biarkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui menjerit seorang diri di parlimen. Bila Peter Chin buka mulut," Loji nuklear..." sudah ramai ahli parlimen melompat atas meja!

Kerajaan serius untuk melaksanakan cadangan membina loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik kerana ia termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air DS Peter Chin Fah Kui berkata langkah itu juga merupakan satu daripada cara mentransformasi industri elektrik sebagai satu sumber tenaga yang stabil bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

Beliau berkata loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik sudah lama menjadi pilihan beberapa negara luar berikutan kenaikan harga petrol dan diesel serta arang batu, yang boleh mempengaruhi harga bekalan tenaga elektrik hingga membebankan pengguna.

“Buat pertama kali, kita cuba laksanakan untuk janakuasa elektrik dan ketika ini, kementerian bersama beberapa kementerian lain seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Jabatan Perdana Menteri dan Unit Perancang Ekonomi masih merangka cara terbaik untuk melaksanakan loji nuklear bagi mengelakkan masalah di masa akan datang.

“Kita tahu, loji nuklear membabitkan pelbagai sudut dan kementerian, jadi kita kena cari kaedah yang lebih licin untuk meneruskan kerja pembinaan, terutama dari segi keselamatan loji yang akan dibina nanti,” katanya.

Peter Chin yang menggulung perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2011) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini berkata, sekiranya penggunaan tenaga nuklear dapat direalisasi, dianggarkan 25 peratus penjanaan akan diambil alih kuasa alternatif itu.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini, kerajaan lebih fokus untuk memberikan penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai pembinaan loji nuklear itu bagi memberi keyakinan kepada rakyat mengenai projek berkenaan.

1 comment:

Anonymous said...

om doh dua kali baru 100 lebih

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024