Wednesday, December 15, 2010

Sejarah Pembangunan Bandar Jerantut Dan Penglibatan Peniaga Melayu


Bandar Jerantut lama.

Bandar "Greater Jerantut".

Penjajah British mentadbir Malaya secara "divide and rule". Melayu di kampung, Cina di bandar, dan India di estet. Kemajuan lombong dan estet membina bandar baru.

Bila Malaya merdeka, komposisi kaum berteraskan pekerjaan dan tempat tinggal perlu diubah mencapai masyarakat yang berinteraksi, harmoni dan seimbang.

WZWH tulis posting ini untuk melihat sejarah pembangunan bandar Jerantut dan penglibatan peniaga Melayu. Juga menilai bagaimana pemimpin Jerantut membuat perancangan dan perlaksanaan dasar yang membantu peniaga Melayu mendapat tempat di bandar Jerantut.

WZWH lahir pada tahun 1968. WZWH tidak boleh cerita apa yang berlaku pada era 1960an. WZWH mulakan pada tahun 1970an. Pada 1975 bandar Jerantut masih berkisar di bandar lama. Melayu berniaga di Bazar Melayu.

Dato' Shariff Ahmad, ahli parlimen Jerantut 1974-1982 berjaya membina bandar baru melalui LKNP, MAIP. Ramai peniaga Melayu mampu beli bangunan kedai.

Tok Muda Dato' Wan Bakar , ahli parlimen Jerantut 1982-1995 hanya mempertahan apa yang ada. Dato' Wan Bakar lebih mementingkan pendidikan. Beliau mencadang "flyover".

Tuan Haji Kamaruzaman Baria, ahli parlimen Jerantut 1995-1999 juga memberi penekanan kepada pendidikan. Beliau membina bandar Inderapura. Beliau melaksanakan "flyover". Ramai orang Cina meniaga di bandar baru itu.

YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu bakar, ahli parlimen Jerantut 1999-sekarang, satu cadangan "Greater Jerantut" dengan pelaburan RM400 juta membina pembangunan bercampur dan hotel di tengah-tengah bandar Jerantut seluas 16 ekar oleh pemaju kapitalis KL.

Persoalan kepada pemimpin Jerantut ialah matlamat membina bandar baru Jerantut disamping cuba mengimbangi komposisi kaum yang berniaga di bandar. Pemimpin Jerantut sangat perihatin kepada peniaga Melayu yang daif dan marhain. 

Bagaimana pemimpin Jerantut mahu menolong meningkatkan penglibatan peniaga Melayu dan bukan Melayu yang perlu diberi bantuan. Jika tidak akan berlaku jurang gap antara penglibatan peniaga Melayu dan bukan Melayu dalam penyertaan Projek "Greater Jerantut".

Inilah cabaran-cabaran yang pemimpin Jerantut perlu fikirkan kerana mereka adalah pemimpin yang sangat perihatin kepada rakyat marhain Jerantut.

1 comment:

Anonymous said...

saya amat bersetuju dengan cadangan projek "Greater Jerantut". Untuk perancangan "Greater Jerantut" yg bnyk conflict.. sy mncadangkan agar projek ini dipindah @ di alih ke kawasan laen agar tidak ada tentangan dari pihak laen.. kawasan yg berhampiran pusat bandar.. contohnya seperti di sekitar kawasan masjid besar jerantut..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024