Monday, February 21, 2011

Beranikah PAS Mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man Di PRK Kerdau?



PAS ada kecenderungan kuat meletakkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di PRK Kerdau. Nama calon itu bagaimanapun akan hanya diumum oleh Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat di Kerdau pada Khamis.

Spekulasi bertiup bahawa parti itu telah memilih naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua bahagian PAS Kuala Krau untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Spekulasi itu timbul selepas tugasnya sebagai pengarah parti untuk pilihan raya kecil Merlimau digantikan dengan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang sama hari ini.

Siapakah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man? Tuan Ibrahim Tuan Man adalah salah seorang daripada Naib Presiden PAS (Mendapat undi paling tertinggi). Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan YDP PAS Kuala Krau.

Pada tahun 1999, beliau mula menyertai PRU ke 10 dan bertanding di DUN Jengka dan memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi.

Walaubagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut pada tahun 2004.

Pada tahun 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka pada PRU 12, walaubagaimanapun telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi.

Beranikah PAS mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man kerana secara politiknya beliau adalah "a born loser politician" !

Beliau adalah anak Kelantan Jerantut. Dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut Pahang. Beliau adalah anak saudara sepupu TG Nik Aziz. Memang keluarga TGNA ramai berhijrah ke Jerantut mencari rezeki sejak tahun 1950an.

Bagaimana boleh beliau berpolitik di DUN Jengka dalam parlimen Kuala Krau. Itu kerana Tuan Ibrahim pernah menjadi pensyarah kanan pengajian Islam di ITM Jengka dari tahun 1993-1998. Sebelum itu pensyarah di ITM Kuantan.

Beliau sepatutnya berpolitik di Jerantut kerana tempat lahirnya di situ. Beliau patut bertanding parlimen Jerantut tapi mungkin beliau segan kepada YBM DS Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar. Beliau cadangkan sepupunya Dr Hamzah bertanding di parlimen Jerantut.

Beliau boleh bertanding di DUN Tahan tapi mungkin beliau tidak berani berhadapan dengan YB Dato' Wan Amizan, beliau cadangkan Ketua Muslimah PAS Malaysia, Nuridah bertanding di DUN Tahan.

Beliau memang wajar bertanding di DUN Damak tempat lahirnya tetapi beliau biarkan sepupunya abang kepada Dr Hamzah iaitu Mat Nor bertanding di DUN Damak atas tiket PKR. Politik Pakatan Rakyat Jerantut sangat bersifat kroni adik beradik, sepupu dan semangat orang Kelantan Jerantut yang sangat tebal.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau lantik sepupunya Dr Hamzah sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. Cantik permainan politik kroni anak beranak dari sekampung Batu Balai Jerantut ini.

Rupanya anak beranak PAS Kampung Batu Balai Jerantut memerintah PAS Pahang ini. Almaklumlah anak beranak TG Nik Aziz juga. Mana pemimpin  PAS Pahang lain?  Menyorok dalam belukar.

Beranikah PAS mempertaruhkan Tuan Ibrahim Tuan Man di PRK Kerdau? Harakahdaily  menjelaskan...

Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.

Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.

Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.

Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.

Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.

Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.

Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.


PAS tiada pilihan lain terpaksa meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di PRK Kerdau. Kalau letak calon lain tentu agak menyenangkan calon BN yang bertanding lebih-lebih lagi tokoh yang bakal ditonjolkan kemungkinan besar Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad Al-Yahya tokoh muda agamawan Pahang yang belajar lama di Mesir.

7 comments:

FARHAN PAHANG said...

PAS tahalluf siyasi bukan bergabung. takpa perlu pencerahan lagi bersama sebab benda ni semua perlu penghujahan yang baik.

MASA BERPERANG DENGAN RAJA PARSI DULU PUN PUAK MUSYRIKIN BERGABUNG DENGAN TENTERA RASULULLAH UNTUK TUJUAN 1 MENJATUHKA...N PEMERINTAH ZALIM. HINGGA ADA MEREKA YANG MATI DALAM PERANG.

Yop.. PAS ngan DAP tak Bergabung.. yg gabung tu UMNO ngan MCA parti Chua Soilek PORNO tu.. PAS hanya Berpakat dengan DAP nk hancurkan UMNO dan MCA yg Rasuah.. Yg Zalim.. MAcam Ulama Azhar dan Paderi Kristian sama2 nk jatuhkan Kerajaan Zalim Hosni Mubarak.. kalau ikut otak ko.. Kenapa Ulama' bersatu dgn Keristian nk lawan Islam..

ini adalah komen penyokong PAS di laman facebook saya, kerjasama PAS & DAP x apa, yg x boleh ialah kerjasama UMNO $ MCA, apa komen WZWH?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Farhan Pahang,
MCA bergabung dengan UMNO yang berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair. MCA adalah kafir zimmi. Ada hak-hak kafir zimmi dan kewajipan tanggung jawab.
PAS bergabung dengan DAP yang tergolong kafir Harbi kerana melanggar perjanjian dan menentang pemerintah. Konsep Malaysian Malaysianya mengugat perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Musuh Melayu dan Islam sebenarnya ialah kafir harbi dilarang dijadikan rakan dalam apa jua pakatan. DAP tetap memusuhi Islam. DAP pada zahir puji Islam dan puji kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi hati mereka membenci. DAP persendakan Islam dan berniat untuk menghapuskan Islam dengan lidah dan perbuatan. DAP berpura-pura bersatu dengan orang Islam tetapi hakikat sebenar dalam hati mereka tetap memusuhi Islam. DAP desak jadikan Malaysia negara sekular dan menghalang perlaksanaan hukum Islam. Kesombongan DAP tidak boleh menolak dan mengubah takdir Allah bahawa Malaysia negara Islam dan pemimpin tertinggi Malaysia orang Islam. DAP sedang berusaha mansuhkan hak ketuanan Melayu. Hak keistimewaan Melayu dalam perlembagaan tidak boleh dipertikai. Karpal minta orang Islam hormati DAP tapi DAP tak hormari Islam. DAP sakitkan hati pemimpin Melayu dan umat Islam dengan menimbulkan isu-isu kontroversi dengan ajaran Islam. Arak haram tapi dihalalkan oleh DAP. DAP tuntut wang zakat. DAP pertikai peruntukan pembinaan masjid kerajaan pusat dan mengurangkan peruntukan untuk Islam dalam negeri pemerintahannya. DAP hapus upacara hari kebesaran Islam. DAP desak projek ternakan babi besar-besaran diteruskan di Kedah dan Selangor. DAP Pulau Pinang ambil tanah wakaf umat Islam. Melayu dipinggirkan oleh DAP Pulau Pinang. DAP jadikan Singapura sebagai contoh dan tempat rujuk. DAP Pulau Pinang tubuh Majlis Agama Bukan Islam yang ingin berlawan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

FARHAN PAHANG said...

saya sokong kenyataan WZWH, tapi xda apa yg boleh dilakukan utk ubah pendirian penyokong tegar pembngkang di facebook saya.......

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Farhan,
PAS mengambil masa selama 60 tahun untuk menyedari bahawa isu Melayu dan perjuangan bangsa diakui bukan assobiyah @ rasis di konvensyen terbaru PAS di Shah Alam.

PAS terpaksa kata isu Melayu itu penting bila menyedari sokongan Melayu sudah menurun. PAS menang masa PRU 12 dulu kerana sokongan kaum Cina. Jika sokongan kaum Cina beralih arah dan undi Melayu "swing" 7-10% kepada UMNO sudah tentu PAS akan kalah banyak kawasan parlimen dan DUN.

FARHAN PAHANG said...

PRU 12, ORG UNDI PAS, BKN SBB SOKONG PAS, TPI SBB DIORNG SOKONG DAP & PKR, X BLEH UNDI DAP & PKR, DIORNG UNDI SEKUTU PARTI DAP & PKR, PAS MENGORBANKAN PERJUANGAN ASAL PARTI UTK SURVIVAL POLITIK, KALAU BN PERLU DIGANTI, PAKATAN RAKYAT BUKAN PILIHAN TERBAIK.

Anonymous said...

PAS memang selalu kalah pun dalam mana2 Pilihanraya.. Tapi bila PAS menang itu tandanya pengundi2 ada yang tak puashati dgn UMNO. Kesimpulannya bila dah menang jangan la calon tu lupa diri, bersekongkol teroka tanah haram.. tolak bulat2 permohonan org kampung yg dah lama inginkan tanah macam bekas YB Kerdau 99 dan 2004 buat..

Anonymous said...

DUN Kerdau ni letak KERBAU jadi calon BN pun Confirm MENANG..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024