Saturday, February 12, 2011

Pakatan Rakyat Perlu Singkirkan Anwar Ibrahim Kalau Mahu Tumbangkan BN


Rakyat muda Mesir hanya ambil 18 hari untuk tumbangkan Hosni Mubarak selepas rakyat Tunisia berjaya menggulingkan Zainal Abidin. 32 tahun yang dulu rakyat Iran sabar menunggu setahun untuk jatuhkan Shah Iran Reza Phalavi.

Di Rantau Asia Tenggara kita telah menyaksikan amukan rakyat menyebabkan Marcos, Suharto dan secara teknikal Thaksin rebah.

Di Malaysia kritikan Mahathir terhadap PM Abdullah Badawi selama 2 tahun boleh buat Abdullah undur namun ini dibantu oleh jentera Muhyiddin Yassin dan Najib secara tersurat dan tersirat.

Agak pelik juga kenapa Mahathir kurang mengkritik Najib sehingga sekarang. Kadang-kadang terdengar juga suara Mahathir mengkritik. Mungkin Mahathir tahu jika beliau mula mengkritik Najib tentu dalam masa 6 bulan Najib boleh tumbang itu kena Muhyiddin bekerjasama.

Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dalam peralihan dari zaman Abdullah Badawi maka Najib sebenarnya belum mendapat mandat rakyat Malaysia meskipun beliau telah menjadi Presiden UMNO.

Pada WZWH, Najib belum lagi diuji mandatnya. Kemenangan BN akhir-akhir ini dalam beberapa siri PRK belum lagi secara sahihnya mengesahkan mandat Najib.

Najib adalah benar-benar Perdana Menteri Malaysia bila beliau dan BN menang dalam PRU 13 nanti samada menang majoriti mudah atau lebih 2/3. Rakyat Malaysia akan memberi jawapan kepada Najib pada masa dan ketikanya nanti.

Berbalik kepada posting WZWH, Pakatan Rakyat kalau mahu mengagalkan hasrat Najib perlu singkirkan Anwar Ibrahim kalau mahu tumbangkan BN dan mengambil Putrajaya.

Pakatan Rakyat perlukan bakal Perdana Menteri yang bersih, berkredibiliti dan dipercayai Amerika dan Barat , tidak ada hubungan dengan terroris antarabangsa serta mendapat sokongan Yahudi dunia kalau mahu menumbangkan BN yang telah berakar umbi menguasai politik Malaysia.

Masalah persepsi kes sodomi Anwar Ibrahim dan pengakuan bekas-bekas Setiusaha Politik, Setiausaha Sulit, Pegawai Khas, Pembantu Khas , rakan akrab seperniagaan malah pemandu pribadi turut menentang beliau. Ini semua buat rakyat kurang percaya kepada Anwar.

Jika Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti masih lagi di ketuai Anwar Ibrahim maka WZWH percaya rakyat Malaysia akan lebih memilih Najib dan BN.

Faktor-faktor lain DAP perlu berubah dari parti yang kuat meniup semangat rasis Cina kepada lebih mesra dengan orang Melayu bandar, pinggir bandar dan kampung. DAP perlu rekruit lebih ramai intelektual muda Melayu dan beri peluang lebih ramai pemimpin muda Melayu bertanding di kawasan parlimen dan ADUN yang majoriti pengundi Cina ramai. Kalau boleh lebih ramai calon Melayu DAP bertanding dari calon Cina DAP dan India DAP.

DAP jangan terlalu menunggang dan menggunakan Anwar Ibrahim bagi memecahbelahkan undi orang Melayu dan Orang Islam. DAP yang sepatutnya menerajui dan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia kerana jumlah kerusi parlimen pembangkang terbanyak sengaja menolaknya demi percayakan Anwar Ibrahim. DAP perlu ke depan. Orang Melayu dan Bumiputra tidak suka cara DAP yang tidak berterus terang kerana suka berselindung disebalik tokoh lain.

PAS perlu ubah pendekatan dari parti ceramah, parti beri fatwa politik meraban dan tidak ketahuan yang belum tentu sahih keilmuwan Islamnya, parti polis moral yang anggap PAS paling Islamik dalam dunia kepada parti yang akan menggariskan jaminannya kepada orang Melayu termasuk mempertahankan dasar Islam jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Selain menegaskan pendirian mengenai Islam PAS juga   perlu menekankan dasar pihaknya dalam soal politik dan keadaan ekonomi orang Melayu.

Hadi Awang perlu kreatif mencorak dan praktis agenda parti PAS seperti berikut:
  • PAS perlu bercakap mengenai paras pendapatan 40 peratus rakyat miskin di mana 73 peratus adalah Bumiputera yang memperoleh RM1,500 atau lebih rendah setiap bulan. 
  • PAS perlu nyatakan kepada rakyat bahawa matlamat itu akan dicapai menerusi inisiatif-inisiatif seperti pembiayaan mikro gaji minimum dan pendidikan berbanding keperluan kuota dan ekuiti. 
  • PAS perlu pendekatan memberi perhatian kepada kesemua isi rumah juga akan membantu mengatasi kebimbangan di kalangan bukan Melayu yang was-was mengenai agenda negara Islam.
  • PAS kena menekankan mesejnya dengan menolak konsep Ketuanan Melayu sebaliknya menggalakkan Kedaulatan Rakyat yang seiring dengan nilai keadilan dan kemakmuran bagi semua kaum yang ditekankan oleh Islam.
Parti PKR perlu mengembalikan kekuatan parti kepada Presidennya tidak terlalu bergantung kepada Anwar Ibrahim. PKR parti yang tidak diketahui keahliannya. Entah ada entah tidak. Dikala ramai ahli PKR Melayu dan India ramai beralih sokongan kepada UMNO dan MIC dan ramai ahli parlimen dan ADUN PKR melompat parti serta PKR memerintah negeri Selangor nampak janggal maka lebih baik PKR ini dibubarkan. Ahli-ahli PKR patut samada masuk parti PAS atau DAP. Itu lebih baik.

WZWH percaya Pakatan Rakyat perlu singkirkan Anwar Ibrahim kalau mahu tumbangkan BN dan menidakkan mandat Najib pada PRU 13 nanti.

4 comments:

Anonymous said...

BN perlu singkirkan Najib kalau mahu menang besar dalam PRU13 nanti . Imej najib yang terlalu kotor dengan isu Altantuya , isu penipuan undi di Pekan pada pilihanraya 2000 , isu mengunakan khidmat APCO (Yahudi) sebagai perunding imejnya dan isu rosmah dan macam2 lagi , isu rasuah semasa menjadi menteri pertahanan Ahli UNMO perlu singkirkan Najib jika mahu terus UMNO menang dan menguasai kerajaan.Ahli umno perlu mengembalikan kekuatan parti dengan menyingkirkan Najib dan Rosmah

Anonymous said...

Salam Anon 8:23,
Siapa yang Anon cadangkan untuk gantikan Najib?

Anonymous said...

Wzwh la

Anonymous said...

kah kah kah kah kaah haa ha haaaaaaaaaaaaaaa isissssssss.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024