Tuesday, February 8, 2011

Rahsia Petua Menjaga 28 Juta Rakyat Malaysia


Kerja kerajaan yang memerintah jaga rakyat. Kalau tidak jaga, rakyat memberontak, merusuh dan pangkah parti alternatif dalam pilihanraya sistem demokrasi.

Kita sudah sedar Mesir ada 80 juta rakyat. Oleh kerana lebih 30 juta hidup paras kemiskinan dan tertekan maka cuma perlu 2 juta bangkit protes menghuruharakan politik dan ekonomi Mesir.

Sejarah mengajar kita negara yang ramai penduduk lebih 250 juta seperti Indonesia juga menukar presiden bila tertekan rakyat dengan masalah ekonomi.

Sejarah juga menyaksikan beberapa presiden dan perdana menteri negara jiran bertukar dari berbagai parti kerana rakyat tidak puas hati dengan perkhidmatan kerajaan yang memerintah.

Sangat mudah menilai ukuran sokongan rakyat kepada kerajaan dalam sistem demokrasi. Jika pengundi berpuas hati maka kerajaan itu dipilih semula.

Ternyata dari data impirikal isu ekonomi mengatasi segala isu dan konflik. Jika ekonomi sesuatu negara merudum maka merudumlah sokongan rakyat kepada kerajaan. Jika ekonomi negara makmur maka sokongan rakyat kepada kerajaan padu dan kerajaan boleh memerintah lama.

Contoh yang sangat baik ialah Malaysia menjadi kajian di universiti-universiti terkemuka Amerika Syarikat, England, Rusia, Timur Tengah , Asia dan Afrika. Ianya fakta parti BN paling lama memerintah dalam dunia.

Posting WZWH kali ini bagaimana menjaga 28 juta rakyat Malaysia yang hanya 15 juta menjadi pengundi menentukan pilihanraya membentuk kerajaan.

SBY pening menjaga 250 juta rakyat Indonesia. Hosni Mubarak mahu pitam menjaga 80 juta rakyat Mesir. Bagaimana Najib menjaga 28 juta rakyat Malaysia?

Pada WZWH menjaga 28 juta rakyat Malaysia lebih mudah dari Indonesia dan Mesir..! Najib perlu lihat bagaimana China menjaga 1.5 bilion rakyatnya. Apakah rahsia kekuatan politik dan ekonomi China?

28 juta rakyat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Bumiputra, Cina, India dll. Secara komposisinya Melayu dan Bumiputra 67% manakala bukan Melayu 33%.

British telah mengkelasifikasikan pekerjaan dan tempat tinggal mengikut kaum atas dasar pecah dan perintah. Dulu Melayu di kampung bertani, Cina di lombong dan bandar berniaga, India di ladang estet menoreh getah. 

Kerajaan BN telah menyusun semula ekonomi dan sosial kaum-kaum. Ramai kaum-kaum tinggal dibandar-bandar. Taman-taman perumahan menjadi pinggiran bandar yang sebenarnya merupakan "kampung baru". Tidak ramai yang tinggal di kampung kini. Miskin bandar adalah masalah yang perlu diselelesaikan dengan segera.

Apa-apa tindakan kerajaan yang boleh mengurangkan beban ekonomi rakyat bandar-bandar terutamanya akan melegakan rakyat banyak. Disamping langkah-langkah pembaharuan ekonomi di desa dan juga di bandar.

Ideologi bukan makanan yang sentiasa mengenyangkan rakyat. Rakyat yang dulu menyokong PAS, DAP dan PKR akan bosan dengan ceramah-ceramah politik yang tidak menyelesaikan masalah kehidupan mereka. Ideologi yang tidak berpijak di bumi nyata. Terlalu banyak teori dari praktikal. Lebih cenderong membuat perubahan politik, ekonomi dan sosial yang "chaos" bersifat pandemonium.

Kerajaan yang diperintah hampir lebih 56 tahun ini telah diurus oleh negarawan-negarawan ulung yang bijak,  berwawasan, berhemah menjaga rakyat. Dibantu ketua-ketua kaum yang tahu hak dan keperluan kaum masing-masing. Perbincangan dan permuafakatan boleh menyelesaikan masalah dan isu kalau tidak 100%, 75% atau 60% itu memadai.

Politik ekstrem kepada agama dan ras tidak boleh bertahan lama di Malaysia. Juga politik fitnah , cerita bohong, maklumat tanpa fakta sahih tidak dapat memberi kebenaran kepada rakyat di akhir penilaian.

Politik yang buat sesuatu kaum itu begitu teruja dapat kuasa politik sepenuhnya atas dasar desakan dan ugutan tidak akan kemana. Sesuatu kaum itu akan dalam kerugian jika tamak mahu semuanya. Jika kestabilan politik, ekonomi dan sosial Malaysia ini tidak aman, berlaku kacau bilau, keadaan huruhara, rakyat asing pulang ke nagara asal masing-masing, perdagangan dan perniagaan, perbankan, sekolah, kilang, pengangkutan tidak berfungsi ditambah perintah berkurung siapa yang akan rugi dan lebih rugi yang akhirnya akan memusnahkan negara.

Malaysia negara bertuah. Kedudukan strategik ditengah-tengah laluan emas Asia. Tanah subur hujan sepanjang tahun. Tiada gempabumi, gunung berapi, taufan siklon, tsunami. Cukup tanah untuk pertanian dan perindustrian. Getah, kelapa sawit dan minyak serta galian dan air. Rakyat yang cintakan keharmonian dan kedamaian. Pemimpin kerajaan yang perihatin kepada keperluan rakyatnya. Ini semua adalah tanda-tanda dan petua bagaimana menjaga 28 juta rakyat Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

salam,
saranan saudara WZWH tentu berkesan dan wajar sekiranya tampuk pemerintahan mengguna pakai modus operandi asal perjuangan negara.Pemimpin yang ikhlas dan jujur seperti almarhum TARahman, TARazakdsb, bekerja untuk negara, tiada yang masuk senarai terkaya di Malaysia,pilih menteri kabinet yg mampu melaksana kerja, bukan yg terpalit,biar geliga,eg menteri dgn Phd cuma ada 6,itupun bab syariah,undang2,sastera dan politik, bab ekonomi,sains dan teknologi langsung takda..yg ramai pak peguam yg cakap belit2,paling best FLOM pun macam perdana menteri,siapa teraju negara ni?..mana tak sakit.-abu

Anonymous said...

petua paling penting ialah :
1. bagi kalin batik every 4-5 year ... sure BN tak akan kalah punya

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024