Friday, March 4, 2011

PRK DUN Kerdau: Ayoh Politikus Dan Semua Penyokong Mari Kita Nikmati Konsert Ana Raffali Di Jengka 25


Setelah hampir seminggu politikus dan penyokong tidak kira dari parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan komponen BN dan PR berkempen sampai berasap kepala, malam ini di Jengka 25 mari ringankan kepala nikmati konsert Ana Raffali dan artis-artis muda.

Semalam WZWH difahamkan di Rumpun Makmur berlaku pertembungan ceramah retorik politik antara Anwar Ibrahim dan Umi Hafilda. Sememangnya di 13 peti undi terdapat banyak ceramah politik. Sudah tentu minda pengundi-pengundi di PRK DUN Kerdau sudah tepu dan tension.

Ayoh mari kita berhibur dan bersantai terutama pengundi-pengundi muda tidak kira dari parti mana. Yang otai-otai kalau hendak teruskan berideologi dan retorik politik teruskan lah. Jangan kita naikkan darah tinggi dan stress politik. Lupakan politik seketika mari kita beramah mesra.

Malam ini juga di Jengka 25 ada jamuan perdana melibatkan penduduk di Jengka 25, Felda dan UMNO Bahagian Jerantut. Mari kita makan malam, bersantai, beramah mesra, berinteraksi tidak kira apa parti kita betul-betul jamuan makan malam perdana dan konsert 1Malaysia berlatarbelakangkan panaroma Gunung Senyum. What a beautiful concert!

WZWH ingin menjemput semua blogger-blogger nasional dan Pahang ke Jengka 25. Live from Jengka 25, The beautiful concert with Gunung Senyum view presents Ana Raffali sponsored by YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

Sedikit maklumat Ana Raffali:

Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia berdarah Melayu. Beliau dilahirkan pada tanggal 4 November 1985. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang telah keluar pada April 2010. Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.

Album

Single
Kalau Berpacaran (2010) duet bersama Soohaimi Meor Hassan & menampilkan Altimet

Konsert
Konsert Analoque di Lambang Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur (2010) bersama kugiran Monoloque
Pencapaian
Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan beliau sendiri.

Kalau berpacaran dengan BN jangan malu jangan segan...
Undilah Syed Ibrahim  BN boleh beri masa depan...

12 comments:

Anonymous said...

STEADY LAH WZWH!!!!!

Anonymous said...

nye kawin pulok datok wan mizan tu kang dengan ana rafali

chenerong ular said...

bukan piantan nya nak berkonsert ne, dah hidup kita bergelumang dengan caci mencaci, memfitnah sesama agama dan bangsa, selama seminggu semua di telanjangkan demi untuk mendapatkan kuasa, demi untuk mendapat sebuah kerusi DUN, masing masing lupa siapa diantara kita di sisi agama kita, jika di bandingkan dengan kafir kafir yang berada di sekeliling kita, kita lupa bahawa melayu itu adalah penganut agama suci kita ISLAM, BANYAK SANGANT KEKUFURAN YANG TELAH KITA LAKUKAN SELAMA SEMINGGU INI, BAIK DARI SEGI KEMPEN, PERUNTUKAN DAN BERMACAM MACAM LAGI, NAH INI NAK DIADAKAN KONSERT PULAK, SEMALAM DI JERANTUT SEBOK BERARAK MAULIDUL RASUL, DARI MESJID KE DEWAN MDJ, NE NAK MELALAK PULAK, YANG DI PUJA TU PENYANYI YANG TIDAK MENUTUP AURAT.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Kalau Ong tak nak gi ong duduk di rumah atau join dengan otai-otai atau elok gi dengar ceramah Presiden Perkasa Ibrahim Ali di Rumpun Makmur. Takpa WZWH boleh minta Ana Raffali pakai salendang malam ni. Politik memanjang 24 jam boleh jadi "hamun".

Anonymous said...

rosak akidah bekonsert konsert ni..sempena maulidur rasul ni tak elok ada pkara mcm ni

chenerong ular said...

salam wzwh, jangan ingat muda tak mati, kita yang memilih untuk berpolitik memanjang, dah tak dapat nok membezakn mana hok yang elok atau tidak. syabas teruskan perjuangan anda. memang jiwa dah tak tenteram....

Anonymous said...

Salam CU'
jangan fanatik sgt,sekali sekala takapa.tak rosakpun akidah berbanding PAS pujaan awak tu yang menjual dan menjaja agama kepada DAP.koi taulah jiwa awak dan tenteram sejakdi dakwah oleh UDjadilah awak macam bob lokman mencari surga dengan menyokong PAS.tak suka duduk diamaje.orang lain pun tahu jaga akidah sendiri bukan awak sorang aje.
KUTUKAN DEWATA:nabi pun tak suruh hak yang melampau lampau!

chenerong ular said...

salam kutukan dewata, saya sebenarnya tidak menyokong mana parti polotik, ada akal pakai, saya tengok siapa orang yang hendak memimpin tempat saya, tak payah melampau dalam agama ne. buat apa yang di perintah DAN TINGGAL APA YANG DI TEGAH, JIKA TUAN RASA APA YANG TUAN LAKUKAN SEKARANG MEMBERI MENAFAAT PADA SAUDARA LAKUKAN, SAYA TAK KENAL SIAPA SAUDARA UD, BOB PUN SAYA TAK NAK KOMEN PASAL DIA, MEMANG NABI TAK SURUH HOK YANG MELAMPAU, NABI TAK SURUH KITA SENBAHYANG 7 WAKTU SEHARI SEMALAMMAN, BEGITU JUGA NABI TAK SURUH KITA BERPUASA SETAHUN, BEGITU JUGA NABI TAK SURUH KITA BERKELAHI DEMI SESAMA AGAMA DEMI UNTUK MENEGAKKAN PEMIMPIN YANG KITA SOKONG MEMBABI BUTA, BENDA YANG DI TEGAH OLEH ALLAH KITA LAKUKAN JUGA TETAPLAH SALAH, KERANA DIA HUKUM, TAK TAULAH KOT MASA INI BOLEH DAN ESOK TAK BOLEH, SAYA PUN TAK BEGITU ARIF TENTANG AKIDAH, PADA SAYA YANG HARAM TETAP HARAM

Anonymous said...

bole jalan la chenerong ulor..
ur opinions really not exceptable..
asal bagi komen berlagak mcm pendeta..
daripada mendengar kutukan PAS,xpasal2 dapat dosa free.
lebih baik awok dengar muzik dangdut..
awok ngan nik aziz sama NYANYUK je.

Anonymous said...

Jika dalam agama, yang pasti atau yang telah di firman kan oleh ALLAH dalam al quaran, hukum mengatakan tak boleh, ianya aakan kekal selamalamanya tak boleh, jika hukum mengatakan buat haram, maka haramlah jika di lakukan, hukum ne bukan untuk parti, tetapi untuk manusia yang menganutinya, Contoh, ALLAH telah berfirman, bahawa rambut itu adalah aurat bagi wanita dan haram tidak menutup aurat, tak tutup tetap haram, kerana hukum, tak payah nak bahas bahas lagi, pilih lah tempat yang telah alllah sediakan, tak payah lah nak mengutuk sapa sapa pun, kita tau apa itu yang di tuntut agama. wasalam, saya cuma mengingatkan jer, tak sebut nama sapa sapa pun?

Anonymous said...

wahai anon di atas,
apakah hukum org memfitnah?hukum meliwat?hukum yang mengatakan boleh berodong dgn syaitan?hukum org yang memperkotak katikkan kalimah Allah?
wassalam..saya pun cuma mengingatkan jer,tak sebut nama sapa sapa pun..

Anonymous said...

Salam anon diatas, jika orang menfittnah dia tetap salah, orang menjubur lagi salah di sisi agama, saya tak katakan apa yang saudara katakan itu di halalkan oleh agama kita, jika anon di atas nak buat juga macam mereka ayuh, buatlah jika rasa apa yang di katakan itu halal, yang halal tetap halal, yang haram lu fikir lah sendiri nak buat ke tak?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024