Tuesday, March 15, 2011

WZWH Tentang 100% Pengkuatkuasaan Saman Ekor


Papa Gomo sokong 100% pengkuatkuasaan saman ekor sila baca sini. WZWH faham blogger Papa Gomo pro dan menyokong kerajaan.

Tapi WZWH lagi lebih sayang kerajaan BN sebab isu saman ekor boleh buat kerusi parlimen dan ADUN BN hilang bila ramai rakyat yang berdendam kerana terpaksa bayar saman yang banyak pada PRU 13 nanti.

Isu saman ekor adalah polisi kerajaan BN yang silap kerana jabatan kerajaan yang terlibat mahu KPInya tinggi dalam performance evaluation.

Ketua jabatan yang terlibat cadang kepada kerajaan. Kerajaan terima tanpa memikirkan kesusahan dan kepayahan rakyat.

Secara etikanya kalau polis mahu saman perlu berhentikan kereta, bagi saman untuk pemandu tandatangan. Ini tidak tahu apa-apa terus dapat saman. Bukan sikit banyak kena bayar.

Kadang anak-anak yang bawa kereta ibubapa yang menanggung. WZWH dengar ramai orang yang beratur panjang semasa bayar saman ekor merungut, " takpa...nanti kita ajar kerajaan BN...tunggu masa PRU!"

TS Muhyiddin beritahu WZWH ada ramai orang kena saman secara average ada yang RM12,000. Bila rakyat yang tidak puas hati bising melenting buat DS Najib pening. Sebab itu DS Najib SMS sama TS Muhyiddin, "You tengoklah saman ekor ini...settlelah!"

Hari ini ramai rakyat kata Kerajaan BN suka cari kesalahan rakyat. Ada penguatkuasa yang suka mengendap pasangan di mana-mana lokasi dan serbu, tangkap dan saman.

Rakyat marhain yang susah kena bayar insuran motosikal buruk RM400. Kesian orang kampung yang susah.

WZWH tidak nafikan orang Malaysia tidak ada budaya dijalanraya sama seperti orang Eropah yang memandu secara Islamik! Beratur mengikut que naik bas dan tube secara teratur.

Kalau sepatutnya kerajaan BN dapat undi extra pada PRU 13 nanti silap-silap melepas...sebab itu WZWH menentang saman ekor 100% kerana bimbang rakyat yang marah dan berdendam kerana saman ekor tidak akan undi kerajaan BN lagi.

2 comments:

dobit127 said...

salam...
Kalau sebab takut hilang undi kepada BN samapai sanggup tentang saman ekor ni, bagi kawan tidak molek lah..
Sepatutnya kita bersama-sama menyeru agar tujuan kerajaan itu diikuti. Antara kes terbesar saman ekor adalah bawa laju melebihi had laju.. Semua akui rakyat Malaysia bila bawa kereta terasa nak tekan je minyak tu...
Apa yang patut kita tentang atau lebih elok lagi bagi cadangan agar saman ekor itu diperhalusi lagi pelaksanaannya.. Malaysia ni terkenal perancangan kelas A tetapi pelaksanaan dan maintain kelas C,D...
Kawan pun kena saman, memang marah kena keluar duit nak bayar saman tetapi redha kerana akui memang kawan yang bawa laju... Nak buat macam mana orang larang kita degil, kan dah kena..
Kawan rasa begitu juga rakyat Malaysia yang lain, Bukan senang nak keluarkan duit yang dicari bersusah payah tetiba untuk dihabiskan membayar saman.. Tetapi salah tetap salah, dah langgar kenalah denda...

Cuma dari segi pelaksanaan saman ekor itu belum memuaskan hati rakyat Malaysia.. Sebagai contohnya, Saman entah bila tahun.. Selama ini tidak pernah dapat saman pun, tetiba bila check nak ada saman pelbagai, dekat 5 or 6 tahun lepas.. itu yang orang angin pula..Tambahan pula, tidak membayar akan di senaraihitamkan dan menyebabkan tidak boleh menghidupkan roadtax dan lesen..

Cadangan,
1. Kerajaan kena memastikan setiap saman sampai ke tuan dia dalam tempoh selewatnya 2 bulan dari tarikh kena saman. Asyik bertukar alamat or alamat tidak diketahui?.. OO itu senang saja, mesti mereka bekerja or buat loan bank..xpun mesti mereka hidupkan roadtax kereta or renew lesen, wajib update alamat dan profail diri terkini,.. Updated alamat boleh diperolehi di situ..
2. Setiap saman, jika tidak berpuashati boleh dikemukakan atau dirayu di semua balai trafik beserta bukti yang kukuh..
3. Kaedah diskaun yang digunakan sekarang boleh diteruskan..Bayar lebih awal, lebih murah (Bukti kejayaan AirAsia)... Ni tidak lagi lambat bayar siap tangguh-tangguh, lama-lama dapatlah diskaun.. Nasib baik sekarang roadtax x boleh hidup, kalau tidak alamatnya ramai x bayar lagi...
4. Sambil tu, duit saman ni jangan digunakan untuk urusan lain pula.. Gunakan untuk hal ehwal kenderaan la.. contoh turunkan harga roadtax ker, peruntukan baiki jalan ker(asyik berlubang jer), banyakkan lampu jalan ker... Saman berbilion ringgit, tetapi x tahu ke mana duit itu pergi.. Laporan Audit berkenaan Hasil Duit Saman, apa cerita yer?..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Satu komen yang sangat baik.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024