Monday, January 23, 2012

Antara Jambatan DUN Tahan Dengan Jambatan DUN Damak

Jambatan Bailey Sungai Oak, Kuala Tahan perlu diganti dengan jambatan baru konkrit yang lebih besar, lebar dan tinggi.

DUN Tahan dan DUN Damak terletak dalam parlimen Jerantut. Satu lagi DUN ialah DUN Pulau Tawar. BN menang kesemua parlimen Jerantut dan 3 DUN pada PRU 12.

Posting WZWH kali ini mengenai kisah 2 jambatan yang telah diluluskan semasa lawatan kerja DS Shafie Apdal Menteri KKLW ke Jerantut baru-baru ini.

Jambatan DUN Tahan itu ialah sebuah jambatan Bailey yang dibina Felcra di Sungai Oak, Kuala Tahan pada akhir tahun 1980an. Inilah jambatan Bailey yang digunakan oleh penduduk Kuala Tahan dan pelancung dari seluruh dunia ke Taman Negara Kuala Tahan.

Jambatan Bailey ialah satu sistem pembinaan jambatan pasang siap yang menggunakan bahan-bahan siap terbina dan boleh dipasangkan oleh anggota-anggota yang tidak mempunyai kemahiran khusus dalam pembinaan jambatan.

Masalah jambatan Bailey Sungai Oak ini ialah laluannya sempit dan bila musim hujan sewaktu banjir terputus hubungan kerana tidak boleh dilalui penduduk dan pelancung.

Maka satu jambatan yang lebih besar dan tinggi diperlukan bagi keselesaan penduduk Kuala Tahan. Satu permohonan jambatan baru Sungai Oak telah dikemukakan oleh JKKK Kuala Tahan kepada DS Shafie Apdal Menteri KKLW.

Menteri KKLW bersetuju meluluskan pembinaan jambatan baru Sungai Oak. Kos jambatan itu dijangka RM 18 juta. Ini memberi kegembiraan kepada penduduk Kuala Tahan. 

JKKK Kuala Tahan dan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak perlu diberi pujian kerana dapat membawa permohonan ini ke peringkat atasan untuk diselesaikan.



















Tok Empat Ali Asra Kuala Tahan mengemukakan permohonan jambatan baru Sungai Oak, Kuala Tahan kepada DS Shafie Apdal Menteri KKLW yang telah meluluskan permohonan itu.

Jambatan di DUN Damak ialah sebuah jambatan kecil di Kampung Som. YB Dato' Lau Lee telah berusaha selama 3 tahun untuk mendapat peruntukan jambatan Kampung Som namun tidak berhasil. Kos jambatan kecil itu cuma RM 200,000.

DS Shafie Apdal telah meluluskan jambatan Kampung Som dengan kos RM250,000. Tahniah kepada Dato' Lau Lee kerana berjaya mendapat kelulusan peruntukan jambatan itu.

Ada banyak lagi jambatan-jambatan yang perlu dibina di Jerantut ini baik besar, sederhana dan kecil. Itu akan diusahakan dimasa akan datang.



















DS Shafie Apdal Menteri KKLW, Pegawai Tertinggi KKLW dan CEO Felcra bersama YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan berbincang bagaimana mahu membangunkan DUN Tahan kawasan luar bandar. Setakat hari ini peruntukan RM 500 juta telah diluluskan KKLW untuk membangun DUN Tahan.

3 comments:

Anonymous said...

Tahiniah Tok 4 Ali Asra.Sebenarnya Ali Asra ni lebih layak jadi YB dun Tahan aku rasalah

Anonymous said...

Akuk pun rase gitu jugak. tapi DUN tahan tuh kenalah kecik ajer, masuk kuala tahan dan kg Gol dah lerrrr

Anonymous said...

Jgn pandang org sebelah mata...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024