Saturday, January 28, 2012

Bila Blogger Pahang Bersikap 'Inferiority Complex" Maka Mereka Menyerang PM, MB dan Raja!


Pakatan Rakyat melalui blogger Pahang tanpa sedar atau tidak telah mula memecahkan solidariti dan benteng Pahang.

Blogger Pahang boleh jadi ahli mana-mana parti politik. Dalam menunjukkan kesetiaan dan komitmen kepada parti masing-masing masih ada sempadan sebagai blogger Pahang yang sejati.

Blogger Pahang perlu tahu sejarah,tradisi dan budaya. Jangan biarkan anasir asing cuba meruntuhkan nilai-nilai nenek moyang kita.

Bila blogger Pahang bersikap "inferiority complex" maka mereka menyerang PM, MB dan Raja. WZWH demonstrasikan sikap blogger Pahang ini seperti berikut:

Sila baca blogger Pahang DAP ini, blogger ini bila ditanya coresponden asing tentang PM maka tiada yang positif tentang PM. Semua negatif. Blogger ini tidak yakin dengan kebolehan orang Pahang. Blogger ini hanya merasakan dia saja yang bijak dan cerdik.

Blogger DAP Pahang ini tidak appreciate bahawa orang Pahang mungkin terpaksa menunggu beratus tahun lagi untuk dapat jadi PM. Blogger ini tidak respek PM orang Pahang dan status Orang Besar Berempat OKISB.

Jangan cerita baik atau puji DS Najib depan blogger DAP Pahang ini akan marah blogger ini. Jika blog anda dalam blog list blogger DAP Pahang ini, kalau anda posting positif tentang usaha politik  DS Najib maka blog anda akan dibuang dari blog listnya!

Adakah UMNO tidak pernah tolong blogger DAP Pahang ini? Jangan bohong!

Sila baca blogger Pahang PAS ini, blogger ini suka menyerang MB Pahang. Apa yang DSD Adnan Yaakob buat untuk politik, sosial dan ekonomi Pahang tidak dihargai oleh blogger Pahang PAS ini. Blogger Pahang PAS ini suka mengagongkan Tuan Ibrahim Tuan Man. Mungkin ini MB pilihan blogger Pahang PAS ini. 

Semua yang kerajaan negeri Pahang buat untuk peneroka-peneroka dari luar 40 tahun dulu berhijrah ke Pahang samada ke Rancangan Felda atau mengusaha tanah-tanah haram di kampung-kampung masih tidak cukup lagi. Sebab itu Tuan Ibrahim Tuan Man tidak puas hati mahu beri tanah percuma lagi.

Tidak mengapa. Pahang Darul Welfare sesuai dengan PAS memperjuangkan negara kebajikan!

Sila baca blogger Pahang PKR@PAS ini, blogger ini secara sedar atau tidak telah menyerang Raja sendiri tanpa maklumat yang tepat dari sumber yang sahih. Siapa dibelakang agenda berniat jahat ini? UMNO dan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan hal MUIP. 

Blogger ini cuba menggambarkan kerajaan negeri Pahang tidak menasihati MUIP. Walau isu-isu ini berkisar kepada pengurusan MUIP namun senapang dan meriamnya dihala kepada Raja!

Blogger ini secara halus menghasut rakyat Pahang yang tidak berfikir membenci Raja sendiri.

WZWH sudah nampak bahaya halatuju blogger-blogger Pahang yang bersikap "inferiority complex" bila mendengar agenda dari anasir luar yang cuba memporakperandakan negeri Pahang ini bila mereka menyerang PM, MB dan Raja.

Blogger-Blogger Pahang ini sudah hilang jati diri sebagai orang Pahang. Mereka mendengar bisikan Master-Master mereka dari luar Pahang yang mahu institusi-institusi Pahang ini diperkotak-katikkan, diperlekehkan dan akhir rakyat Pahang akan hilang kepercayaan.

Adalah menjadi tanggungjawab WZWH untuk menghalang agenda-agenda berniat jahat dari Master-Master mereka. Mungkin WZWH akan jadi blogger The Last Defender Of Pahang People!

6 comments:

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

'Sungai Pahang airnya deras,
Sudahlah deras berliku-liku,
Orang Pahang hatinya keras,
Sudahlah keras mudah ditipu.'

Barangkali pantun ini sesuai utk menjelaskan tentang sikap bloggers2 tersebut tentang kepimpinan Dato Najib dan orang2 yg ada kaitan dengannya.

Kita tahu mereka ini membenci Dato Najib atas sebab2 tertentu dan apabila sudah terlampau benci, maka hati mereka menjadi keras dan langsung tidak nampak sebarang benda baik pada Dato Najib. Yang lebih utama pada mereka ialah kebencian dan dendam kesumat mereka lantaran mereka sanggup melakukan apa saja demi untuk mencapai cita-cita mereka. Masuk parti cina pun sanggup (ini pengakuan Sakmongkol sendiri, jadi tak payahlah DAP nak promosi dirinya sebagai sebuah parti multi-racial kerana Sakmongkol pun akui itu parti Cina). Berketuakan dan bermenteri besarkan orang Kelantan pun lebih rela dan lebih mulia daripada orang Pahang sendiri.

Sayangnya bila kebencian dah menguasai diri, secerdik dan sebijak mana pun seseorang itu tindakan dia telah dikuasai oleh nafsu amarahnya. Orang yang dapat konsesi balak, projek kuari dan jalan masa jadi ADUN pun sekarang bercakap tentang akauntabiliti dan kebersihan.

Kalau ginilah gayanya memang malanglah nasib negeri Pahang ini.
Wassalam.

Anonymous said...

sungai pahang airnyeee keroh, nak jual air ke selangorrr, orang selangor air dapat freee, orang pahang tak retiiiiii. memang baik hatiiii. pahlawannya je yang lariiii, orang lain mati di kampong sendirriiiii

pukimaq said...

Tak kisahlah nak benci sapa pun.Jangan benci sayangku dan homo cun ni dah la.

Anonymous said...

Inferiority complex?...
-hmmm... gunakanlah bahasa mudah supaya org mudah faham....kata anak pahang...guna bahasa org pahang dah la..

Blogger DAP tidak menceritakan hal positif perihal PM
-kwn akan setuju dgn kenyataan ini jika TV dan Radio Awam (TV3/RTM/Akhbar harian) juga menyiarkan berita positif pasal pakatan rakyat.Jika PM beranggapan pembangkang itu semua negatif maka tak salah juga jika pembangkang berbuat begitu pada UMNO/BN..bapak borek anak rintik...

Kalau PM Najib jatuh..rakyat pahang kena tunggu beratus tahun untuk jadi PM..
-Dangkal sangat pemikiran itu...apakah tidak percaya kepada takdir Illahi? apakah pemimpin rakyat pahang akan datang tidak ada yg mampu atau lebih berkaliber dari PM najib sekarang untuk jadi PM?... kawan terima pemimpin yg berkaliber untuk jadi PM negara walau pun dari negeri mana sekalipun...Nabi Muhammad (SAW) dari Arab tetapi seluruh bangsa di dunia ini boleh menerima beliau dan mentaati beliau...apa yg peliknya jika PM bukan dari anak pahang?...

MB pahang tidak dihargai....
-rakyat melihat kredibiliti pemimpin. Mereka semakin terdedah dengan pelbagai lapuran. Mereka meneliti lapuran audit, index rasuah dan index transperancy dan lapuran kewangan serta belanjawwan... ada perkara yang tak boleh rakyat terima dan kena perbetulkan...lebih2 lagi pahang byk sumber seperti balak, air, Felda terluas di Malaysia serta pelbagai hasil pertanian..bijih timah dan emas.... Kenapa masih pahang menghuni carta agak terkebawah dari segi pembangunan, ekonomi, pelajaran dan sebagainya?...kalau ada kelemahan diri perbetulkan..jgn pulak menuduh org busuk hati kerana mengkritik...kalau takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai...

blogger menghasut membenci raja...
- Isu raja bagi aku umno dan bn yg paling jahanam yg menghancurkan institusi raja2 melayu..lebih jahat dari inggeris...Rakyat jelata tidak akan pernah lupa insiden hitam tersebut..keistimewaan raja2 melayu yg satu ketika disisakan oleh penjajah dihilangkan terus semasa umno/bn memerintah....untuk mengembalikan semula kekebalan institusi beraja itu amat rumit....tapi masih ada jalan seandainya BN/Umno itu dinyahkan dulu..
mengenai wang zakat...bukan blogger yg menyerang tengku mahkota..tetapi umno/bn/muip yg membabitkan TMP itu..blogger mempersoalkan kewajaran wang zakat itu digunakan untuk mengambil alih Hotel MS Garden? sedangkan sekolah2 agama di pahang amat dhaif, sistem pengajian dan korikulum agama pahang amat lemah berbanding johor contohnya...kalau betul mahu 'menyelamatkan' MS GArden tak payah la menggunakan wang zakat...anak2 syarikat negeri kerajaan pahang tak boleh ambil alih ke pengurusan hotel tersebut?...itu sebenar isunya...bukan isu blogger dgn tak semena2 dituduh menghina TMP....

Jika blogger mengkritik dikatakan ajen DAP dsbnya...umno kata jgn sokong pas sebab pas agen DAP...MCA plak kata jgn sokong DAP sebab DAP agen pas...mana satu nak percaya ni?..
kenapa tak cakap kalau sokong umno/bn bermakna sokong apco yahudi? boleh tak ckp cam tu?

Anonymous said...

Salam semua,

Apa hendak hairan dengan bloger DAP.
Mereka menggunapakai cara [PKM].Dulu
[PKM] telah tubuhkan satu cabang [PKM] yang angotanya semua Melayu
dan dinamakan Regment Ke 10 ketuanya Musa Ahmad.Kawasan mula
bertapak diKerdau Temerloh,Pahang.
Dinamakan Regment Ke 10 sebab sempena
10 Zul Hijjah,supaya menarik orang
Melayu Islam berkorban,,,,.Sekarang
DAP berusha keras menarik Melayu
dan Bumiputra kedalam parti mereka
untuk menggabarkan bahawa mereka
tidak risis,,,,.Kalau DAP hendak
menentang perlambagaan dalam apa2
perkara yang berkaitan kepentingan
Islam,hak istimewa Melayu dan Bumiputra ,anggota Melayulah yang
akan digunakan,,,,taklah nampak risis dan inti Islam,,.

Bloger PAS telah diresapi oleh IRC
yang banyak sekarang menjadi ahli
PAS.Idola IRC Imam Khumaini dan
bercita cita menjadikan Malaysia
negar repoblik....cuba perhatikan
cara bertindak DAP,PAS an PKR hampir senada dalam semua hal,,,
sebab itulah Dr Hassan Ali melenting .Dia sangat jeles nampak
apa yang dibuat PAS sekarang.Dia
dipecat sebab kehandak orang besar
PKR,,,,perhatikan Hi:Hadi dah kecewa dengan apa yang berlaku dalam PAS sekarang,,,,.Saya jangkan
PAS akan mendapat tentangan hebat
drp ahli akar umbi serta mereka yg
sempati dengan PAS,,,,,fakta inilah
yang membawa pas tersungkur banyak
kerusi pada PR 13 nanti,,,kita
tunggu dan lihat....

Terus dedahkan perkara2 yang tersirat disebalik kata manis dan
kuntau mereka ya...untuk tatapan
dan kepentingan semua....

Gasing Toyong.

Anonymous said...

patut la gasing awok toyong....

awok ingat org lain semua toyong ke?...

idak wehh.....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024