Thursday, January 19, 2012

Kenapa PAS Rela DiSekularkan oleh DAP dan PKR?


PAS parti Islam ibarat jasad yang sudah hilang roh keislamannya diarak ke hulu dan ke hilir oleh DAP dan PKR. Perjuangan negara Islam PAS sudah dicairkan oleh negara kebajikan.

PAS bukan saja mudah ditundukkan oleh DAP dan PKR malah mempertahankan habis-habisan dasar sekular DAP dan PKR ini.

PAS bukan saja kurang keyakinan menjaga agama Islam malah orang Melayu sudah hilang keyakinan kepada PAS kerana menjadi ayam jantan yang bisu kokokannya.

Selepas 50 tahun baru sekarang pemimpin-pemimpin tertinggi PAS merasa kelazatan dan kenikmatan sekular.

PAS bagai leka dibuai mimpi dan janji-janji manis DAP dan PKR.

WZWH  percaya selepas ini PAS yang dahulunya sibuk untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud akan menjurus kepada hal-hal berkaitan duniawi terutama perjuangan untuk menduduki Putrajaya di samping mendukung sekularisme yang dibawa oleh PKR dan DAP, dua sekutunya dalam pakatan pembangkang. Sejarah dan asas perjuangan parti bakal ditinggalkan jauh-jauh.

PAS selepas ini akan lebih sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang sudah dikenali sebagai pemimpin yang rosak moralnya daripada memperjuangkan soal-soal agama Islam. Malah PAS juga selepas ini akan mendukung gagasan DAP termasuk mewujudkan "Malaysian Malaysia" atau hak sama rata di antara semua kaum.

Sebabnya bagi PAS, agama dan bangsa tidak lagi menjadi tunjang perjuangan sebaliknya matlamat sekarang ialah menduduki Putrajaya dengan pakatan bersama PKR dan DAP.

Sekurang-kurangnya PAS selepas ini tidak lagi mempergunakan agama Islam untuk kepentingan politik dan sudah pasti tidak juga menggunakan kuasa politiknya untuk kepentingan agama.

PAS sudah berubah... PAS kini semakin sekular...! Tahniah! Kenapa PAS semakin sekular?

PAS kini Duniawi..............hilang punca dan dikuasai Erdogan Anwar dan didasari wahyu-wahyu DAP kerana PAS itu sendiri terlalu kuat mempolitikkan Islam bukan mendakwahkannya...jika benar PAS mengamalkan Islam sebagai dasar dan perjuangan mengapa Kelantan masih mundur??? Sedangkan Islam menuntut kemajuan dan pembangunan..,perlu diingat, Rasullullah SAW hanya mengikat perjanjian Hudaibiyah dengan kaum bukan Musyirkin di Madinah dan baginda tidak bekerjasama seperti mana PAS dgn DAP......

PAS jangan Riak dan Takabur dengan kefanatikan mereka kononnya mereka lah Islam sebenar tetapi PAS lupa bahawa UMNO lebih memperjuangkan Islam (walaupun Hudud tidak dilaksanakan) atas prinsip wasatiyyah agar bukan Islam lebih merapati Islam dan bukannya seperti PAS yang hanya mempolitikkan Islam.

Peristiwa semalam sudah jelas apabila perjuangan Islam PAS di Selangor diketepikan oleh rakan pakatannya sendiri iaitu PKR atas tekanan DAP,dan menurut MB/PKR cara PAS menegakkan Islam itu tidak BERADAT/BERADAB...PAS hanya pinggiran seperti "melukut di tepi gantang" dalam pakatan pembangkang hari ini....

11 comments:

Anonymous said...

Bagus laa macam tu. Jadi PAS sekarang bukan lagi ancaman kepada UMNO.

Anonymous said...

Sedih dua kelompok Melayu ni nampak sangat sukar nak bersatu, macam Hamas dan Fatah. Yang untung Israel.
PAS kata nak bersatu mudah ja, pakat bubar UMNO, semua jadi PAS.Maka tak dak rasuah dan masyarakat adil.Mereka ingat, kalu dengan UMNO tak leh tegak Islam dan tak leh kuasa.Dengan DAP dan PKR tak dak masalah nak tubuh Daulah Islamiah dan buleh kosa. Itu saja lah W. Zuri, fikir-fikirkanlah. Selamat menghadapi PRU Ke-13 wahai bangsaku.

Anonymous said...

pikir la saudara saudaraku sekalian.jgn sampai kita menumpang dinegara sendiri..bila dh jatuh ketangan orng lain mlaysia ni baru nk mnyesal dh xberguna lagi..pikir la.buaya tgah tunggu je tu.masuk jerat je kita smua dibaham dgn rakusnye..

Anonymous said...

Bagus juga kalau PAS terus dikuburkan,
Kita boleh tambah lesen judi.
Kita boleh tambah kilang arak.
Kita boleh bangunkan pesat-pusat zina macam pusat belibelah.
Kita boleh buat segalanya.

Terima kasih UMNO.

Anonymous said...

Habis kalu bersama DAP perintah di Putrajaya lepas PRU Ke-13 nanti, boleh hapus ke semua benda-benda dan lesen2 tu. Dia orang gerenti bagi ke? Kalu PAS boleh perintah Malaysia sorang diri tu mungkin lah. Tapi kalu kene kongsi kuasa bukan ke sebangsa tu lebih padu?

Anonymous said...

Apa-apa pun aku yakin dengan kata Dr Chandra Muzaffar :
"Majoriti parlimen akan tetap menjadi majoriti melayu tidak kira samada Pakatan memenangi Pilihanraya atau tidak."

Anonymous said...

Aduh3. Nak tau tak kenapa Patutlah orang Melayu Kelantan ramai yang kaya raya. Pelajar dari Kelantan adalah yang teramai masuk universiti. Bangunan bercambah2 mengalahkan Negeri Pahang. Orang Melayu paling ramai di Kelantan jika dibandingkan dengan jumlah Melayu di Pahang apatah lagi di negeri2 lain. Kedai2 perniagaan dikuasai oleh orang melayu di Kelantan terlalu banyak jika dibandingkan penguasaan melayu dalam perniagaan di negeri2 lain. penghayatan Islam juga lebih hebat di Kelantan jika dibandingkan di negeri2 lain. Nak tau tak fasal apa? Sebabnya Kelantan diperintah oleh orang UMNO. sebab melayu di Kelantan hebat. Sebab tulah Kerajaan Pusat yang diperintah oleh PAS sekarang tak bagi royalti minyak kat Kelantan. Sebabnya rakyat Kelantan di bawah UMNO sekarang dah kaya raya. Kedua sebab Kerajaan Persekutuan PAS sekarang memang busuk hati. Kata nak tolong orang melayu tapi tak bila UMNO perintah Trengganu pada Tahun 1999 dan Kelantan pada Tahun 1990 hingga sekarang, Kerajaan PAS Pusat sekat royalti minyak.
Maaf ye saya tulis terbalik sebab saya nak mengajar orang lepasan UK supaya dia berfikir macam orang lepasan UK. Di Jerantut, tanah2 sekitar Jerantut semuanya dimiliki oleh orang Melayu tau. Berkat pertolongan Lau Li. Jadi orang Jerantut kena pastikan orang darah Kelantan jangan dipilih di Jerantut. Walaupun dia Islam, Melayu lagi dan lahir di Pahang lagi namun oleh kerana dia ada darah Kelantan kita tetap jangan undi dia. Undi Lau Li lagi bagus walau pun dia bukan Melayu, bukan juga Islam dan tak taulah dia tu beranah di Pahang ke atau kat mana. Yang penting Lau Li dah banyak bagi tanah kat orang Melayu di bandar Jerantut melebar ke Jerantut Feri.
Lagi satu kita kena pakat undi habis2an orang Pahang jati walaupun mereka banyak jual harta Melayu di Jerantut dan rembat balak dan juga bijih besi. Yang penting Pahang Jati tau. Ambik orang yang tak jati buat apa walaupun dia baik2. Brabo WZWH

Anonymous said...

tahniah anon 4:49....

umno tu biasa la...dengki tak habis2...dgn pas... sebelum ni duk usik asan ali supaya melobi pas untuk join umno... ada harapan selangor dpt di bn semula dan asan ali boleh jadi menteri besar...ramai org dah tahu hal ini....asan ali dari dulu kemaruk nak jadi mb selangor...bn/umno ambil kesempatanla...ajak asan ali menikam belakang pkr/dap....melalui muslihat kerajaan perpaduan umno pas...

tapi semua itu berkecai bersama2 dgn asan ali....tapi bn akan terus mencari calon pas yg terbaru untuk dijadikan batu loncatan...

so exco agama menteri besar yg pegang sendiri...umno xleh nak menyibuk gunakan isu agama untuk pancing pas....

sebab tu umno sekarang termasukla wzwh menghentam pas sakan skrg ni....

aku dah lama jadi ahli umno....makin tahun makin meluat plak....gunakan isu melayu untuk terus songlap duit rakyat... projek lebuhraya...ternak lembu...beli kapal selam..pkfz...perwaja dan sebagainya....kalau ikutkan dgn duit songlap tu kerajaan mampu menaja pelajar ke universiti tanpa ptptn....

Anonymous said...

jgn bimbang daripada reaksi semasa org2 jerantut dah buka mata..siapa intan dan juga kaca..siapa pembela dan juga kaki penipu...UMNO mesti dikuburkan dlm PRU 13 ini..sebelum anak dan cucu kita buat rumah rakit dlm sg pahang, sebab tanah dah abis weh bolot dek bangsa lain.tunggu 5 tahun lagi rumah teres kat jerantut ni ada yg harganya 1 juta..he he..sebab tanah bukan kita yg punya..umno sudah tidak boleh kita harapkan lg..

Anonymous said...

semoga di kelantan lepas ni orang asal dari negeri lain boleh mohon tanah.bukan macam sekarang yang ic 03 je dan bernikah dengan orang sana je dapat mohon.macam kat pahang semua orang luar boleh mohon tanah.ramai yang nak menumpang kemakmuran di bumi bertuah kelantan dan terus dapat menjadi rakyat di negeri serambi mekah

Anonymous said...

sebelum ni saudara pun tak sokong PAS....kenapa nak risau PAS baik dgn DAP?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024