Sunday, January 29, 2012

The Last Supper Warisan Ulama Tradisional PAS Terakhir...

Santapan Terakhir atau Jamuan Makan Malam atau Perjamuan Malam Tuan atau Santapan Moreh Terakhir adalah sebuah kisah yang diberi tajuk mengenai Jesus (Nabi Isa) makan paskah dengan murid-muridnya sebelum kematiannya (dari pandangan umat Kristian), manakala sebelum baginda diangkat ke langit secara hidup dan berjasad (dari perspektif pandangan umat Islam). Jamuan terakhir telah menjadi subjek dalam banyak lukisan, di antaranya yang paling terkenal ialah lukisan Leonardo da Vinci.


Ini juga "The Last Supper" versi PAS bila perjumpaan terakhir warisan ulama tradisional PAS terakhir sebelum PRU 13. Golongan Anwaristas dan Parasit telah menguasai kepimpinan tertinggi PAS. Hadi Awang diberitakan menyatakan hasrat tidak mahu bertanding apa-apa kerusi baik parlimen atau DUN pada PRU 13 nanti. Foto ihsan Gelombang Rakyat.

Hasrat Presiden PAS merasa takhta Pemimpin No. 1 Negara berkecai setelah Anwar didapati tidak bersalah seperti yang diputuskan Mahkamah berkenaan soal liwatnya.

Sukar Hadi Awang menerima keputusan tersebut kerana beliau sendiri tahu akan tabiat rendah moral Diktator Pakatan tersebut.

Akhirnya, melalui laporan Malaysian Insider, Hadi Awang mengumumkan hasrat untuk berundur daripada bertanding pada PRU13 seterusnya mengakui ini adalah penggal terakhirnya memegang jawatan Presiden PAS.

Hadi Awang rebah setelah dipukau janji-janji kosong Mat Sabu agar bersama barisan Parasit meninggalkan usaha Kerajaan Perpaduannya. Membiarkan Ustaz Nasha rebah seorang diri. Semua ini kerana janji jawatan Perdana Menteri.

Satu demi satu dosa yang dikorbankan dan ditanggung Ulama PAS ini. Subahat Video Seks Anwar, Isu arak dan judi, Pusat Hiburan, Kisah Murtad dan akhir sekali pemecatan individu yang sangat beliau dan rakan-rakan  Ulama PAS kasihi bernama Hasan Ali.

Mungkin kemuncak pengumuman dari mulutnya tentang pemecatan Hassan paling perit pernah beliau lalui. Rasa khianat sahabat-sahabat Pro Ulama dengan pengumuman yang keluar dari bibit mulutnya itu.

Walhal belum sampai seminggu musyawarah diadakan dan Hadi Awang sendiri memuji tindakan murni Hasan Ali mempertahankan Islam yang pada pandangan beliau dan sahabat-sahabat Pro Ulama seorang Pewaris Akar Umbi Jihad PAS.

Isu Anwar secara terbuka menyokong keselamatan penuh negara Israel dan mahu seksyen Jenayah liwat dimansuhkan menambah derita politik PAS.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tentawi telah menghentam Anwar melalui Facebook ekoran isu-isu di atas.

Maka Hadi Awang tidak sanggup lagi bersubahat dengan dosa-dosa parasit yang semakin kental bersama Anwar di dalam PAS.

6 comments:

Faizal R said...

Gorengan penulisan yg murah.

lau lee said...

indeed...mcm ni taraf pemikiran blogger umno..poorah

Anonymous said...

Salam semua,

Anonymous said...

Salam semua,

Ulama' PAS tak angap Dr Hasan Ali
sebagai ulama',sebab dia tak berjubah dan berjanggu sejemput dan
tak pandai memberi fatwa sogsang.
Kalau Badrul Amim bolehlah kerana
dia berani menabal Anuar Imam Mahdi.

Lagipun ulama' PAS mesti pandai berpolitik macam Abdullah bin Saba,
baru sesuai dengan gaya politik sai'h dan Khawarij. Dr Harun Din
pun dia orang tak kisah...Mat Sabu
ok,,,,,karut ,,,,karut puak2 ni..

Gasing Toyong.

Anonymous said...

ye la....
karut semua tu....
hj hadi karut...nik aziz karut...harun din karut...
yg betul semua adalah fatwa tok nan..
ehh silap....
tok guru kiyai tok nan alhafiz...
tak pun tn hj najib al habsyi....

Anonymous said...

1.Perbezaan SYARIAT dan ZAMAN.
2.Makan Paskah itu semasa Isa menegakkan Syiar Monotheisme,sedangkan PAS menegakkan Politik Islamiyah.
3.Isa Al Masih ialah seorang Rasul, manakala Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz ialah Ulama.
4.Makan Paskah di Palestine, manakala PAS di Malaysia.

Kesimpulan....entry blogger murahan UMNGOK Tolol ni adalah entry paling murah untuk diterima.Malahan tiada Nilainya.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024