Thursday, March 8, 2012

Daulat YBM Tengku Azlan MP Jerantut....!!!


"Gempa bumi tanah mendap" skala Richter kecil di km44 Jalan Benta-Jerantut, Kampung Terap dekat dengan Kampung Jeransang dalam DUN Damak Parlimen Jerantut.

Tiga cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terjelus di Jalan Benta Jerantut berhampiran Kampung Terap, Kuala Lipis.
Tiga cedera ringan apabila kereta yang mereka naiki terjelus di Jalan Benta Jerantut berhampiran Kampung Jeransang Jerantut. Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bergegas ke tempat kejadian di negeri DS Najib.

Dah lama dah rakyat Jerantut mahu kerajaan upgrade Jalan Jerantut-Benta tapi kerajaan mengambil keputusan mudah repair aje dengan peruntukan ciput RM14.5 juta dijangka siap 18 bulan.

Datuk Shaziman turut mengarahkan JKR menjalankan kajian dan siasatan terperinci di sepanjang jalan itu bagi mempastikan tiada kejadian sama berulang di kawasan berkenaan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya.

Sehari sebelum kejadian, YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut PRU 13 nanti dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berdekatan dengan tempat kejadian. Keputusan itu adalah muktamad kerana YBM Ku Lan mahu beri peluang kepada muka-muka baru pemimpin UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH bukanlah seorang yang superstitious percaya pada tahyul tapi benda-benda sign @ tanda di persekitaran kena perhatikan juga. Ini petua orang tua-tua. Barangkali ini tanda tidak baik bagi politik Jerantut. Ku Lan tidak boleh berundur dari politik Jerantut lagi.

6-march2
Menarik juga luahan hati jujur Ku Lan dalam wawancara politik dengan The Malay Mail 2 Mac 2012...

The government needs to look a bit more seriously at places like Jerantut where the infrastructure is still much needed and if we were to lose the seat, it’s not because of anything but because we haven’t done enough for the people of Jerantut, especially the deep rural folk who have always been our good supporters.

The impression is that BN knows it has lost its urban voters. So the focus is on rural areas. But from what you’re telling us, even the rural votes are shaky.

I’m worried about Jerantut. That’s why I don’t want to talk about other people’s areas. Even today, even if I were to stand again in Jerantut, I would have to work harder and I would be very worried there’s a good chance that I would lose.

Why the reluctance to provide Jerantut with the said infrastructure? 

Maybe they feel that Jerantut isn’t a priority. Maybe they prioritise other parts of Malaysia.

13 comments:

Anonymous said...

Kena tunggu ada orang mati dulu baru nak buat.Dah 2 PRU,tak buat2 jugak.sembang je lebat.Tahun ni dah masuk PRU ke-3 janji nak buat jalan.Bullshit

Anonymous said...

Tengku Azlan memang xsesuai la sy rs.. mcm endah xendah je masalah jalan tu.. lau lee pun same.. stkt melawat2 owg kawin kenduri sana sini mmg bgus tp.. kena la amek serius mende penting camni.. WAHAI LAU LEE DAN TENGKU AZLAN!!!!!!

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan merana...,

Jalan Benta Jerantut/Jerantut Lipis/Ulu Cheka/Damak/Jerantut generasi baru @ muda dikala ini mungkin sudah menikmati limpahan kurnian Ilahi senang sesenang senangnya.

Jalan ini telah dilalui sejak tahun 1959 lagi, sebelum itu tak tahulah mungkin ada pengguna telah lebih lama lagi. Dulu jika hendak ke Ulu Cheka melalaui Damak akan menempuhi di namakan Kg Bukit Batu, ya Allah, tuhan sahaja yang tahu. Cuba bayangkan, jika ikhlas projek RM500 juta di DUN Tahan yang tak namapak apa ke benda diagih2kan demi kepentingan pengguna jalan raya, diagihkan cara berhemah, itu baru satu penggal. Bayangkan kalau berpenggal2, hasilnya kemana. Jalan yang diwujudkan sebelum tahun 1957 tak mampu lagi sehingga hari ini dinaik taraf, entah apa ke bendanya kerja2 oleh yang dipilih buat. Fikir2lah sebelum terlambat...

Banir...

Anonymous said...

apasal tak letak sign board "SATU LAGI PADAH PROJEK BN UNTUK RAKYAT'?

Anonymous said...

Petanda baik.. satu lagi projek jalan. Bagus untuk kempen pilihanraya.

Relevan said...

...

Anonymous said...

Salam ,

Saya teliti komem2,hampir semuanya
mengikut perasaan dan marah marah.
Cuba kita kaji balik sejarah jalan ini ya,.Jalan ini telah dibina zamam orang puteh untuk hubung
Kuala Lipes sebagai ibu Negeri
Pahang dengan Kuantan bandar pelabuhan .Jalan ini sangat tua
dan banyak sangat konor bahaya
kerana melalui muka bumi yang
berbukit.Kalau kita hendak jadikan
macam jalan Jerantut Temerloh kos
sangat tinggi,sebab itulah kena
buat beransur ansur.
Apa yang penting disini ialah
penduduk dikawasaan tersebut sudah
sangat lama mendapt nikmat pengakutan darat yang boleh kita
katakan sangat cangih dimasa itu.
Adanya jalan itu,Aki Pawang Nong
telah buka Kg:Ulu Ceka.Orang kg:
Lalang Lipes buka Kg:Baru dan
dikuti dengan kampong2 lain di
sepanjang jalan tersebut.Penduduk
disitulah yang paling awal dapat
nekmat naik bas ke LIPIS dan
ke JERANTU,,,.Sungguh bertuah ya,.

Ada juga yang rasa jeles peruntukan 500
juta bagi kawassan DUN Tahan.Alaa
bro ,dun Tahan baru nak rasa apa
yang anda telah dapat lebeh 50
dulu.Cubalah realisonel sikit ya,,.

Gasing Toyong...

Anonymous said...

Agak2 kalau Najib lalu kat sini tetiba ada tanah mendap kena kereta dia,apa perasaan dia?

Anonymous said...

Semua menda ini berlaku ini secara kebetulan dengan pengunduran Ku Lan...Dl krjan janji nak naik-taraf jln Jerantut-Benta, smpai sekarang tak siap-siap....Bkn rakyat saje yang menuntut naik taraf jalan...Agak2nyer "JALAN 2" sendiri menuntut supaya naik taraf...hahaha...

Anonymous said...

Kalau duit lembu Shahrizat tu pakai buat jalan baru,pun dah lama siap kot.Alasan je lebih BN ni.

Anonymous said...

Cermin2lah diri. Kalu dah RM500 jota, boleh dibenam berapa % yang tinggal. Takkan jalan di KL jalan atas faltover atas flatover, yang hangpa dok pi mai pi mai hangpa tak perasaan kot. Walhal, dulu2 pun itulah jalan permulaan dari Pahang ke KL, terus ke Raub, Bentong, ke Fraser Hill, Cameron Highland. Bukit Tinggi atau Kg Janda Baik, sekarang ni dah boleh kayuh basikal lepas tangan.

Apa yang dengki, mendengkinya.

Teringat baru2 ni, nak cari sore saie lamo namo dio Mat, sebab kapong tu rama sangat nama Mat masing2 ada gelare, taronyo Mat bin Burok, bin Hitam, bin Merah, bin Puteh, aku oyat Mat van ija. Demo woyat tak dok Mat bin ija. Caro betule Mat van ija lalu hah tu, aku kato Mat van ija (hijau). Baso diodahlah weh, kawe ni ore Klante, tok bapo nok boleh bezo bin, van, bank. Cuma honk sgotinya tahu bank pitis jah...

Banir...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ada aku kesah......YBM pun dah lama jadi MP Jerantut. Elok juga kalau beri muka baru - "new blood" kata orang putih :-)

Tapi mestilah cari muka2 yang nak tolong rakyat - bukan yang suka menyakat rakyat.

Kalau macam Wan Amizan tu biar lah tidak. Sejak jadi ADUN apo dia buat - dok asyik cerita kehebatan diri, keluar universiti luar negeri Sekarang nie sebuk dgn sijil palsu.....entah2 sijil palsu!!!!!....poh paleh, hebat betui YB Wan kita nie.....tapi cuba2lah nilai lah sendiri.

- Cucu cicit Pawang Nong.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024