Tuesday, March 27, 2012

WZWH Ucap Terimakasih Kepada Anwar Ibrahim Dan Sakmongkol AK47 Kerana Membangkitkan UMNO!



WZWH mengalu-alukan peringatan dan 'wake up call' dari Anwar Ibrahim dan Sakmongkol AK47 kerana membangkitkan semangat juang UMNO.

Hanya orang UMNO lama atau mantan UMNO saja yang mengerti membangkitkan UMNO supaya sedar kekuatan UMNO boleh menguatkan BN dan kembali memerintah 2/3 parlimen.

Anwar Ibrahim  menulis PRU13: Masa Untuk Menilai Semula Prestasi BN  sila klik sini. Manakala Sakmongkol AK47 menulis Mentalqinkan UMNO sila klik sini.

Apa yang dikatakan oleh pemimpin UMNO dan BN tidak cukup. Apa yang sebar melalui media sosial tidak juga boleh buat 3.2 juta ahli UMNO dan 5 juta ahli BN berfikir dengan serious tentang perlunya mempertahan kerajaan BN.

Kemakmuran dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara yang dinikmati oleh 28 juta rakyat lebih 50 tahun adalah hasil dari kepimpinan UMNO dan BN yang cekap dan berkesan.

15 juta pengundi berdaftar mahu mempertahankan status quo kedudukan Malaysia ini. 

15 juta pengundi berdaftar tahu 95% ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan, kerja banyak berceramah dan bermedia sosial memburukkan kerajaan BN dan menyebarkan cerita-cerita sedap didengar untuk mengulingkan kerajaan BN yang memerintah.

Ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak menyatakan apa vision dan mision mereka mahu buat untuk negara. Yang mereka suka buat ialah menjerit dan melalak kepada rakyat beri mereka menang dalam PRU 13.

WZWH ucap terimakasih kepada Anwar Ibrahim dan Sakmongkol AK47 kerana posting blog yang boleh membuka dan menyedarkan orang UMNO dan BN supaya bangkit dan bersedia untuk kesemua ahli mengundi BN dan berkempen kepada rakyat Malaysia bahawa BN masih lagi relevan dalam politik Malaysia.

13 comments:

Frozenthots said...

Jadi ini bererti semenjak merdeka lagi UMNO and sekarang UMNO Baru asyik tidur dan memerlukan orang seperti Anwar Ibrahim dan Datuk Sak untuk mengejutkan mereka? Semasa di UM tahun 80an - selalu dengar lagu "Wasted Years".

Anonymous said...

Wake up call kul 5am atau 5pm....

Anonymous said...

WZ jangan sibuk dok puji dan jaga Sak dan Anwar tu. Baik WZ jaga Jerantut baik baik...PRU dah dekat ..nanti habis kerusi DUN dan Parlimen hilang ..

Anonymous said...

Ungkapan En Wan, "Ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat tidak menyatakan apa vision dan mision mereka mahu buat untuk negara. Yang mereka suka buat ialah menjerit dan melalak kepada rakyat beri mereka menang dalam PRU 13".
En Wan, saya nak tanya sikit; 1) Apakah setiap MP dan ADUN perlu ada vissi negara...jika setiap MP ada massi masing2, tidakkah nanti akan berlaku lentang pukang pentadbiran negara. 2) Kalau perlu, apakah vissi dan missi bagi MP serta ke tiga2 ADUN Jerantut yg sedang berkhidmat sekarang...Tolong juga kasi tau missi mereka untuk mempastikan Jerantut tidak ketinggalan dalam arus perdana pembangunan negara utk masa2 akan datang....

En Wan, Jika aku terpilih menjadi ahli Parlimen Jerantut (semata2 angan2), vissi aku adalah sama seperti vissi yg digariskan oleh pucuk pimpinan parti namun bagi mengerakkan missi mereka beberpa inisiatif akan diatur dan dilaksanakan diantaranya...1) Meningkatkan produktiviti hasil ladang pekebun kecil (contoh: kebun sawit dari 15mt/hektar setahun kpd 25mt/hektar setahun). 2)Imprastruktur seperti jalan raya dinaik taraf (contoh: jalan Temerloh Jerantut dijadikan jalan sehala). 3) Menggunakan segala potensi sektor pelancongan yg sedia ada serta memperkembangkan potensi tempat pelancungan baru(contoh:Taman Negara). 4) Memberi hak milik tanah bagi rakyat miskin yang tidak memiliki tanah. 5) Meningkatkan lagi usaha ternakan ikan dalam sangkar serta mempermosi bahawa ikan air tawar (terutama kelah dan jelawat) merupakan ikan terbaik dan terenak. 6) Sebuah intitusi pengajian tinggi awam diwujudkan di Jeantut agar ia menjadi pemangkin kewujudan sebuah bandar setalit yg boleh membawa banyak impak ekonomi kpd rakyat Jerantut....7) Mempastikan samada MB datang dari adun Jerantut atau MPnya dilantik sebagai menteri kabinet...jika cita2 ini tidak berhasil, aku akan letak jawatan serta merta....8) Peratusan celik huruf bagi penduduk jerantut 100% dan ke 9)Mewujudkan SAR disetiap mukim dalam daerah jerantut...
Aku rasa cita2 ini tidak mustahil direalisasi jika PR dapat menawan Puterajaya dan menguasai DUN Pahang...Doakan ye En Wan.

Drp: Pak Habib Temin

Anonymous said...

Bodo pak habib temin ni..jln temerloh jerantut nak jadi sehala??giler..sehala tu dari mana je,kalo sehala dari temerloh je untuk ke jerantut,dah kita hok dari jerantut nak hala ke mana kalau nak keluor?babi sebab dek angan-angan dia sorang mnyusohkan semua orang..pander jugok orang sayed ni patut la mnyokong PR pun.

Anonymous said...

boduhhh nye aurang jrantutttt nieeeeee, peeee leeeee

Anonymous said...

Maksud jalan sehala tu...one way macam highway lah....kereta balik kanan tak bercampur dgn kereta balik kiri...faham! Nampak sangat orang UMNO jenis ni bodo...Manusia jenis inilah yg selalu dibuli oleh pimpinan UMNO..

Anonymous said...

Kwn sokong pandangan bernas dari Pak habib temin tu..cuma anon 8:43 pm tu nak komen pak habib tapi terserlah 'kepincangan akal' lalu sanggup memanggil org dgn panggilan 'babi' pula..

untuk makluman anda, jalan jerantut temerloh sekarang adalah jalan 2 hala. Kalau misalan dibangunkan maka jalan itu akan dijadikan 2 lane menghala temerloh dan 2 lane menghala jerantut atau org panggil jalan sehala...

Mungkin WZWH marah sangat pada DS Anwar dan Dato Ariff yg saban hari terpaksa 'menjerit dan melalak' menyampaikan mesej kepada rakyat. Sedangkan org umno/bn berkempen di TV dan Media rakyat setiap hari. tak perlu nak menjerit melalak seperti pemimpin PR yg dinafikan hak bersuara di media awam.

PR telah melancarkan 'buku jingga' sebagai vision dan mission perjuangan Ahli MP dan Adun PR. Akibat dari kerja kuat MP PR berjaya membongkar segala salah laku/tadbir BN seperti SPBA, Projek lembu NFC, Scandal komisyen Scorpene, royalti minyak dan banyak lagi.

ADUN pakatan rakyat terutama di negeri pemerintahan PR telah berjaya mengurus tadbir negeri dgn baik seperti yg dilaporkan oleh ketua audit negara. Mengadakan pemberian tunai setiap bulan atau setiap tahun dan setiap kelahiran dan kematian kepada warga yg berkelayakan.yg akhirnya di turuti oleh kerajaaan BN melalui BR1M. Tidak kah PR lebih terkehadapan dalam membela rakyat?

Anonymous said...

zurik...zurik...itulah taasub ngat kat umno sampai tak ketahuan. malulah kat anak murid di sekolah awok. kalau mereka tahu cik gu zurik tulis kat blog macam ni tentu mereka ketawa.

Anonymous said...

Kas nampak belaka kumin urag simua. Tapi napok tak berapa segar. Tak berapa segar dengan tak berapa sihat membawa maksud berbeza.

Anonymous said...

Salam...,

Ingat tarikh 28 APR 2012 sebagai tarikh keramat.

Banir.

Anonymous said...

Adoi2 ong ni tak abih2 nok bodo ke kome...change ur colour soon b4 u miss the boat bro...peaceeee

Anonymous said...

Aku sokong pendapat anda. Moga2 anda juga orang Jerantut. Tak la malu sangat rupa2nya ramai lagi orang Jerantut yang cerdik

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024