Saturday, May 11, 2013

Jerantut Tidak Perlu Timbalan Menteri, EXCO Dan Senator!!!


UMNO Jerantut adalah umpama sebatang lilin yang membakar diri untuk membolehkan seorang ahli politik berjaya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Besar...itu saja martabat UMNO Jerantut tidak lebih dari itu...

UMNO Jerantut dan BN Jerantut adalah fixed deposit politik BN.

Walau ramai penganalisa politik meramalkan parlimen Jerantut dan beberapa DUN kalah tapi pada akhir parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar, DUN Tahan , DUN Damak dimenangi oleh BN.

Jerantut tidak perlu dan tidak membutuhkan jawatan Timbalan Menteri, EXCO dan Senator.

Jawatan Timbalan Menteri bagilah kepada parlimen yang kalah:

  • Senator Kuantan
  • Senator Indera Mahkota
  • Senator Temerloh 
  • Senator Raub

Lagi pun memang dalam sejarah politik Jerantut sejak terpisah dari Pahang Barat dari tahun 1974 hingga 2013 tidak pernah ahli politik Jerantut diberi jawatan senator.

Tidak mengapa bagilah senator-senator kepada tempat yang kalah kemudian lantiklah Timbalan Menteri atau Menteri Penuh untuk menguatkan parti dan menambah keyakinan pengundi pada PRU 14 pulak.

Jawatan EXCO tidak perlu beri ke Jerantut. Bagilah lah lagi kepada tempat-tempat yang kalah tapi masalahnya tidak boleh pula dilantik senator untuk menjadi EXCO!

Bagilah EXCO kepada mana-mana ADUN yang menang dikawasan yang banyak kalah parlimen dan DUN-DUNnya.

Kenapa Jerantut tidak perlu Timbalan Menteri, EXCO dan Senator?

Tanpa ahli politik berjawatan Timbalan Menteri pun apatah lagi Menteri Penuh...

Tanpa ahli politik berjawatan EXCO pun...

Tanpa ahli politik berjawatan senator pun...

Jerantut boleh membuktikan bahawa UMNO dan BN Jerantut DELIVER dan PERFORM sangat baik prestasinya memenangkan satu parlimen dan tiga DUN.

Jerantut boleh bawa pelaburan insyallah RM5 bilion dari Putrajaya dan RM5 bilion lagi dari swasta bagi penggal 2013 hinggga 2018.

Kepimpinan politik Jerantut adalah RESULT ORIENTED bukan RHETORIC ORIENTED....

Buat kerja politik yang serious bukan main-main.

Biarlah ahli parlimen Jerantut duduk di Jerantut sepenuh masa melayan rakyat parlimen Jerantut.

Biarlah ADUN-ADUN Jerantut bebas berniaga tanpa sekatan undang-undang mencari rezeki buat bekalan menang lagi PRU 14.

11 comments:

Anonymous said...

cari duit banyak-banyak.... untuk guna masih PRU.....

Anonymous said...

Sekarang Jerantut boleh cakap lah tunggu lah sedikit masa lagi..tentu kan jadi macam Temerloh yang middle urban..

pasti UMNO/BN akan tertonggeng..

Anonymous said...

Pasal UMNO/BN tertonggeng ni sudah lama kita dengar.Terbaru sebelum PRU 13.Yang tertonggeng tetap pusak puak deme.Lain kali lah ya..

Anonymous said...

WZWH alias Cik Gu KPM,

1. Ada baik nya Wan Zamzuri Bin Wan Hasenan ini ditukarkan kemana-mana sekolah menengah daam daerah Jerantut, ada baik di SMK Kuala Tahan supaya beliau banyak masa untuk merancang dan mengukuhkan UMNO/ BN Jerantut.Harap JPN Pahang timbangkan dan MB SOKONG.

2. Posting ini berunsurkan Psikologi, pemikiran terbalik macam minta kasian dan merajuk pun boleh. Hakikatnya Si Dompok tu menggila nak kan jawatan Exco, dia pernah cakap ikut orang UMNO Jerantut, lepas setahun jadi EXco beliau jadi MB. Ini bukan fitnah,mulut dia sendiri yang cakap. Lau Le pun nak jawatan EXCO tu, tapi partinya tak beri. Tentang Ahli Parlimen tak kan terus dapat jawatan Timbalan Menteri. Jadi Back bencher dulu, belajar selok belok politik pentadbiran dulu lah. Paling-paling jadi pengerusi Badan Berkanun seperti PTPTN ke.

3. Dompok perlu lanjut pelajaran dulu dapat degree dulu.Disyorkan beliau ikut pengajian di OUM.

4. Wzwh cakap lain dihati lain di mulut Dah pemunkar pula dah.Boleh percaya ke.

Sebenarnya tiada Wakil Rakyat Jerantut dulu dan kini seperti lilin. Semuanya mahu senang, meminjam kata-kata Allahyarham Dato' Azizan Yaakob, bekas Adun P. Tawar 'merabus seberapa boleh dan pulas sehingga dapat". Benar sekali kata Allahyarham tu.

FIKIRLah.
BATu Balai

Anonymous said...

Salam...,

Engku & MUT/DUN Tahan.

Jangan terlalu mememdan perasaan. Lain di mulut lain pula di hati. Kas selalu meningatkan diri dan keluarga sendiri, Allah jangankan nak tegur kita tetapi Allah langsung tidak melihat amalan yang kita lakukan kerana semata2 atas sifat yang berlainan di antara yang nyata dan yang tersirat.

Ikhlas, teruskan membela agama, bangsa dan negara. Banir.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim - baik atau jahat?

Anonymous said...

Kerja keras dari sekarang....
InsyaAllah jerantut Akan ABU

Anonymous said...

Harap Pas bukanlah yang disebut dalam hadis ini

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".



H.R Termizi

Anonymous said...

Jerantut bukan tak perlu Menteri atau Tim Menteri atau Exco tapi ahli Yb yg baru ni kena cermin muka dulu...layak atau tidak. Aku dak cakap dulu...dikalanag pimpinan UMNO J'tut yg berkelayakan sikit cuma Wan Zuri tapi sayang beliau tak dicalonkan....

Anonymous said...

yb parlimen jerantut tak layak jd menteri sebab tak reti cakap bahasa inggeris.

li jaga cakap ijazah yb parlimen jerantut ni ijazah tepi longkang.

dapat jadi ahli parlimen pun dapat free setelah menyorok dalam semak selama 12 tahun.

Anonymous said...

x patut ckp g2,dah di tentukan allah kita kena redha je la,

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024