Monday, December 27, 2010

7500 Pengundi Kelantan Jerantut Kesal Blog Pahang ku dan SPU Rasis Kelantan


Ramai orang Kelantan Jerantut call dan sms kepada WZWH bahawa orang Kelantan Jerantut kesal dan kecewa kerana posting blog Pahang ku dan SPU disifatkan rasis kepada orang Kelantan Pahang. Sila baca sini dan juga baca sini.

WZWH semak kad pengenalan calon adik-beradik PAS parlimen Jerantut dan PKR DUN Damak bernombor 06 maksudnya mereka adalah anak jati Pahang walaupun ibu bapa asal dari Kelantan dan menetap di Kampung Batu Balai. Begitu juga Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kad pengenalannya nombor 06 dilahirkan di Kampung Batu Balai. Anak beranak Tuan Guru Nik Aziz ramai menetap di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Naib Presiden PAS pusat. Gelaran darjah bintang kebesaran Dato' itu dikurnia oleh Tuanku Sultan Pahang. Bererti Tuanku mengiktiraf sumbangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun WZWH orang totok UMNO, darah UMNO mengalir sejak dari kandungan ibu. Keluarga WZWH adalah keluarga UMNO dari dulu, kini dan selamanya namun WZWH tidak suka isu rasis Kelantan dimainkan. Dr. Hamzah, Mat Nor, dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man adalah anak Pahang. Anak Jerantut. Mereka menyokong PAS itu hak demokrasi.

Di Jerantut orang Kelantan Jerantut telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan sosial Jerantut. Mereka bekerjasama dengan penduduk asal Jerantut, rajin dan "industrious". Untuk memahami sosio politik orang Kelantan Jerantut sila baca posting WZWH yang terdahulu, sila baca sini.

WZWH telah meninjau ahli-ahli PAS Jerantut kenapa anak Jerantut asal tidak bertanding. Mereka jawab mereka bukan tidak mahu bertanding tapi segan dan malu alah dengan YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak. Sebab itu ramai juga orang PAS asal Jerantut mengundi YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan semasa PRU 12 dulu.

Majoriti undi parlimen merosot kepada 1946 sebab undi orang Cina banyak lari dan berlaku sabotaj politik oleh "Jenderal Gerila" di Ulu Cheka. Ini apa yang SB-SB politik beritahu WZWH.

WZWH sangat bimbang jika blog Pahang ku dan SPU memainkan sentimen rasis orang Kelantan ditakuti 7500 pengundi orang Kelantan Jerantut akan protes maka buang undi kepada PR, PAS, PKR dan DAP kalau bertanding pada PRU 13 nanti.

Dulu masa awal WZWH menulis blog, WZWH ada juga membangkitkan sentimen yang serupa. Kemudian bila WZWH semakin matang dan berkawan dengan ramai orang Kelantan Jerantut maka "view point" WZWH sudah boleh menerima orang Kelantan Jerantut sebagai anak Jerantut.

WZWH harap YB Dato' Haji Sharkar bin Haji Samsudin sebagai EXCO IT Pahang memantau blog-blog pro UMNO yang ada kecenderungan rasis kepada orang Kelantan Pahang.

16 comments:

Anonymous said...

matang org nilai bukan awak la moron, nak nasihat org cermin la muka komunis awk tu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:21,
Nampaknya Anon bersikap rasis kepada WZWH. Ok komen lagi ledakkan kemarahan dan stabilkan emosi anon. Bila dah cool dan reda anon boleh komen secara rasional isu posting blog Pahang ku dan SPU bersikap rasis kepada orang Kelantan Jerantut.

Anonymous said...

wzwh yg bengong, bc semula tulisan itu, menurut tulisan itu penulis berkata itu pendpt rakan2 kedai kopinya yg tak berpolitik, dan itu mungkin suara org phg sebenar...manakala dalam posting wzwh sebelum akil baligh dulu mengatakan dgn jelas PAS hendak mengKELANTANKAN Pahang... SPU dan Pahangku tidak rasis, WZWH yg rasis dan prejudis kpd org kelantan mcm bos wzwh...
saya dpt berita di kampung tg bentong ada org kuat UMNO berasa kecewa dgn YB DUN Tahan kerana dgn terang mengatakan 'semua org kelantan tak boleh percaya'. Org berkenaan adaah Haji kadir, dia sudah minta sebarkan pada semua org kelantan di dalam dun tahan kerana Haji kadir adalah totok UMNO tapi wan amizan tetap bermain sentimen itu.
sebenarnya keresahan pemimpin pahang sejati tidak menonjol dlm pas ini dinyatakan oleh org PAS pahang sendiri yang wzwh spin seolah2 Pahangku rasis mengapa?
Mengapa WZWH yg kononnya org UMNO suka menyukarkan kerja rakan2 UMNO yg berjuang utk mempertahankan UMNO bukan hendak buat loji, jalan dan sebagainya yg akan masuk poket Wan Amizan dan kroni?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 5:51,
Anon boleh suruh blog Pahang ku dan SPU tulis apa yang anon komenkan. Publish blog secara black n white dan nyatakan apa YB Dato' Wan Amizan katakan. Pastikan fakta itu betul. Takut legal action dari ADUN Tahan, itu WZWH tak jamin. WZWH memaparkan pandangan dan keluh kesah orang Kelantan Jerantut yang tidak berpuas hati dengan posting bersifat rasis. Cuba anon semak berapa ramai pengundi orang Kelantan Pahang di negeri Pahang. Berhati-hati dengan posting bersifat rasis. Itu saja. Kalau tidak puas hati sila suruh blog Pahang ku dan SPU jawab. Dulu betul WZWH rasis dengan orang Kelantan Jerantut sekarang WZWH boleh menerima mereka. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

mustahil la awk boleh jumpa 7500 org kelantan jerantut moron

Anonymous said...

wzwh, saya anon 5:51,

saya x ada hubungan dgn SPu atau pahangku, tak tahu nak suruh sapa tulispun, apa lagi black n white, mcm ni la, saya dh sebut nama, Haji kadir, pergi la siasat moron

Anonymous said...

moron moron moron moron moron moron moron moron moron moron moron moron
nak provoke org sekali kena kejar dek ayam pun cabut lari...

kah kah kah kah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:57,7:03 dan 7:05
Anon-anon semua terkena penyakit "Jerantut Disease" bila tidak boleh berhujah dan mati akal dengan WZWH so sebut moron. Itu aje point dan idea yang pengikut-pengkut Jeneral Gerila tahu! Ekekekekekee...

Anti Rasis Jerantut said...

Salam Tuan WZWH,
Saya sokon WZWH. Pemikiran politik WZWH matang. Tidak emosi, rasional. Ini memang cara fikir belajar luar negara. Hak berpolitik di Jerantut tu ramai tidak sekolah tinggi, bila tidak dapat berhujah, mati akal mulalah panggil orang moron, sebut nama emaklah, ayahlah..WZWH, mereka sebenarnya yang moron. Saya sokong WZWH.

dobit127 said...

salam...

Dalam isu orang kelantan ni, banyak yang sensitif dari yang biasanya. So, jangan jolok terlalu dalam sarangnya. cuba tanya Dato' Shukri tentang penangan orang kelantan jerantut ni. Itupun kalau dia perasan. xpela. Semua itu hak dan pandangan masing-masing yang meluahkan dari perspektif tersendiri.

p.s. Tapi agak hairan, gaya tulisan berapi2, kenapa tiada nama pengenalan diri. Jangan takut, WZWH tak buat apa-apa selagi apa yang dikatakan itu benar.

Orang Kelante Jerantut said...

WZWH,
Ambo sokong mu. WZWH pemimpin masa depen Jerantut. Ramai orang Kelante Jerantut suko cara mu. Bagus WZWH.

Anonymous said...

7500 org kelantan sokong moron, hebat, tunggu jer la kebenarannya

Anonymous said...

blog picisan, org kelantan pun tak peduli ke blog ni

Anonymous said...

wzwh ni dengki org tak ambik dia jadi panel penulis pahangku. mcm mana nk ambik, dah la blog dia picisan dia tulis meraban, lg merosakkan bn nnti.

Admin PahangKu said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ni la perangai Umno..pantang berbeza pendapat melenting...mengutuk dan mencerca walaupun sesama parti..wzwh seorang yang berani bercakap benar dan menyatakan yang hak pun dicerca...mcm mana melayu islam nak maju...habis pupus orang baik dalam UMNO..puncanya ?budaya rasuah dan racism UMNO sendiri

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024