Monday, December 13, 2010

Greater Jerantut Dan Green Energy

Tidak ramai orang Jerantut tahu kesan impak ekonomi pembangunan bandar baru Jerantut yang WZWH istilahkan projek "Greater Jerantut". Rata-rata ramai tahu ada projek akan dilaksanakan di tengah bandar Jerantut oleh sebuah syarikat swasta.

MB telah meluluskan projek ini di atas tanah seluas 16 ekar. Pembangunannya bercampur dengan kompleks perniagaan dan hotel. WZWH berminat dengan impak kesan ekonomi pelaburan projek tersebut membangunkan Jerantut.

Ianya satu pelaburan yang sangat besar berjumlah RM400 juta. Ini baik untuk ekonomi Jerantut. Pertumbuhan ekonomi Jerantut akan meningkat. Peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan akan terhidang kepada anak-anak muda Jerantut.

MB DSD Adnan Yaakob adalah seorang MB yang progresif dan peka dengan pembangunan ekonomi Jerantut. MB mahu Pahang Barat pun turut membangun kalau tidak setanding dengan Pahang Timur sekurang-kurangnya mengejar dari belakang.

MB perlu dikekalkan sepenggal lagi kerana beliau tahu bagaimana hendak memajukan Pahang. WZWH percaya setakat hari ini tiada ahli politik Pahang yang boleh mengantikan beliau. Yang lain kena belajar mengurus dan mentadbir negeri Pahang lebih lama lagi.

Green energy adalah hasrat DS Najib sebagai teras utama ke lima NKRA. Green energy adalah sumber baru pendapatan ekonomi kepada negeri Pahang. Selaras dengan halatuju Pahang mahu mempelbagaikan sumber ekonominya maka hasrat PM itu telah disambut baik oleh MB DSD Adnan Yaakob.

Hari ini WZWH terlibat dengan "presentation" SREP-Small Renewal Energy Programme di hadapan Jawatankuasa Pelaburan Pahang yang dipengerusikan MB. Ini ialah tentang projek mini hidro di negeri Pahang bagi menghasilkan tenaga 10-30MW.

MB adalah pemimpin yang saintifik dan progresif. Beliau tahu kekuatan ekonomi Pahang yang perlu ditonjolkan. SREP-mini hidro ini memberi pulangan ekonomi yang baik kepada kerajaan negeri. Tiada tanah yang diambil, tiada kawasan yang "dibanjirkan", cuma air dari gunung dan bukit digunakan dan menguntungkan kerajaan negeri lagi.

Pahang Barat seperti Daerah Jerantut, Raub, Lipis, Bentong cukup berpotensi untuk dibangunkan mini-hidro ini. Pahang juga boleh melahirkan usahawan-usahawan baru. Peluang perniagaan baru dan pekerjaan dapat diwujudkan.

Pahang sudah bersedia dengan ekonomi "Green Energy". Suruhanjaya Tenaga dan TNB perlu menyokong usaha Pahang menyahut seruan DS Najib.

5 comments:

Anonymous said...

Salam. Napa nak kekalkan MB tu sepenggal lagi?Dah tak layak dah

dobit127 said...

salam... Anom 11.46am

Sejak PRU 12 aritu lagi kawan terdengar ramai mengatakan bahawa DS Adnan sekarang sepatutnya tidak pegang lagi jawatan MB sebab sudah x layah dah. Kawan tertarik dn tertanya sebenarnya apakah faktor-faktor ketidaklayakan beliau sampai patut lepas jawatan. Jika benar faktor tersebut, apa buktinya? dan yang lebih penting apa kaedah yang jitu untuk menyelesaikan faktor tersebut?.
Kawan banyak terdengar faktor-faktor tersebut tetapi tidak pula menentukan ketidak layakan beliau.. Mungkin Anom 11.46am atau sesiapa boleh memberikan pandangan?
Manalah tahu faktor diberikan amat bernas dengan bukti-bukti yang kukuh disamping cara penyelesaian yang idealistik. Kawan akan menyokong idea ini.

Anonymous said...

salam.. sy ade beberapa cdangan..

1- jrantut prlu ade sbuah mini musium mnempatkan sejarah2 jerantut kerana jerantut mmpunyai bnyk sejarah.. ini mmbolehkan pelancong luar mngetahui sejarah jerantut..

2- jerantut juga perlu ade padang khas bandar jerantut yg menampakkan ciri2 bandar jerantut..

3- jerantut juga perlu ade taman yg cantik yg dilengkapi dngan kawasan rehat, tempat riadah seperti laluan untuk orang bersenam dan jogging,taman permainan kanak2 dan mini gym serta diserikan dengan kolam atau tasik mini.. ini dpt menarik org2 jerantut beriadah di situ dan menampakkan bandar jerantut lebih cantik..

4- jerantut juga perlu adew malay town, china town dan india town..

5- papan2 tanda yg menunjukkan taman2 perumahan dan kawasan2 tertentu jerantut perlu seperti papan tanda dalam uitm.. ia nampak lebih modern dan bandar jerantut akan nampak lebih tersusun..

6- kawasan di sekitar jambatan feri perlu dinaik taraf dan boleh dijadikan bandar kedua selepas bandar jerantut dan bandar inderapura.. ini kerana kawasan itu cantik jika dinaek taraf dan boleh dijadikan bandar sungai pahang.. seperti di melaka dimana kedua2 belah sungai melaka dipenuhi pembangunan.. selain itu, kawasan itu juga boleh dijadikan sebuah tmpat yg mmpunyai aktiviti2 harian, bulanan, semester atau tahunan seperti memancing, menaiki boat untuk pusing sekitar sungai pahang berhampiran, pertandingan lumba boat kecil kawalan jauh dan sebagainya.. ini dapat menarik lebih ramai pelancong..

7- lata meraung perlu dinaik taraf.. ini kerana lata meraung mmpunyai bentuk muka bumi yg cantik.. kawasan itu perlu dijaga dgn baik kerana dgn adenye sampah sarap akn terjadilah indah kabar dari rupa.. selain itu, jalan utk ke sana perlu dinaek taraf dari sehala kpd 2 hala..

8- hub pendidikan atau IPT perlu ade di jerantut.. ini bagi mengumpulkn IPT yg bkal dibina di jerantut dan menampakkan bandar jerantut lebih tersusun.. pembinaan IPT baru boleh dibuat di sekitar ADTEC..

9- nama2 perumahan baru yg bakal dibina di bandar jerantut perlu diletakkan dgn nama yg modern spt tmn2 di sekitar bndar2 besar..

10- jerantut perlu selalu mmbuat promosi atau aktiviti2 semasa bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.. ini dpt mnggalakkan pelabur2 luar utk melabur di jerantut dan pelancong2 luar juga berminat utk menetap di jerantut..

11- jerantut perlu ade zoo mini kerana jerantut belum ade zoo mini kerana lipis dan temerloh sudah ade zoo mini.. zoo mini hendaklah mempunyai konsep tertentu melambangkan jerantut.. jika di taiping, perak night safari, di jerantut boleh menggunakan konsep night jungle..

12- bandar jerantut perlu menaik taraf dari majlis daerah jerantut kepada majlis perbandaran jerantut.

13- bandar jerantut perlu mempunyai konsep tertentu bagi menampakkan bandar yg lebih tersusun dan cantik..

jerantut perlu ade semua ini.. perlu adew perancangan yg rapi.. tq..

tq..

feri maju said...

ISYAALAH,SEMOGA JERANTUT DAN JERANTUT MENJADI LEBIH MAJU LAGI,SAMA2LAH KITA MEMBERI SOKONGAN PADU.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024