Sunday, December 19, 2010

Masjid Baru Kampung Kuala Sat

Gambaran WZWH bila projek masjid baru Kampung Kuala Sat diluluskan dan siap dibina nanti pada akhir tahun 2011 atau 2012, Insyallah.

Blog N9 Tahan baca sini, mengutarakan permasalahan masjid Kuala Sat yang uzur. Blog N9 Tahan seterusnya mengatakan 


...Sekarang ada sebuah masjid yang perlukan pembelaan dari orang yang berkenaan.Kita tengok siapa yang paling cepat bagi bantuan!Dun Tahan kan ada jawatankuasa bertindak!

Dua komen  dari blog tersebut WZWH CnP:

2 comments:


Salam N9, jangan risau beritau penduduk kuala sat?, nanti WZWH akan luluskan peruntukan juta juta untuk bina mesjid tersebut, DSN dah beri lampu hijau , wookahkahkah.........December 18, 2010 8:45 AM

N9 TAHAN said...

Berapa juta pulak kali ni? HeheheheheheheDecember 18, 2010 2:11 PM

Komen ini adalah secara sinis dan "sarcastic". WZWH hanya senyum saja. Ini jawapan WZWH mengenai permasalahan masjid Kuala Sat.

Masjid Kuala Sat adalah masjid lama dibuat dari kayu pada tahun 1964. Sejak itu hanya peruntukan membaikpulih saja hinggalah keadaan menjadi daif sekarang.

Masjid itu perlu dibuat baru di tapak baru. YB Dato' Wan Amizan telah memohon peruntukan sebanyak RM800,000 bagi membina masjid baru Kuala Sat. Masjid baru ini dicadang dibina lebih besar kerana penduduk Kampung Jipang di Sungai Sat akan berpindah ke seberang maka untuk memenuhi keperluan penduduk Kuala Sat yang semakin ramai maka peruntukan itu dikira wajar.

Status permohonan masjid Kampung Kuala Sat itu masih dalam proses kelulusan. Insyallah tahun depan kelulusan permohonan ini akan membolehkan pembinaan masjid Kampung Kuala Sat. Pada bulan Jun tahun 2010, Mufti Negeri Pahang bersama Tuan Kadi Jerantut telah mudik ke Kampung Kuala Sat bagi menentukan arah kiblat yang betul di tapak baru.

WZWH harap penduduk Kuala Sat bersabar. WZWH faham orang Tembeling suka bermanja dengan YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan. Kalau orang Tembeling minta sesuatu dari ADUN Tahan, orang Tembeling mengharapkan  esok atau lusa terus boleh lulus.

YB Dato' Wan Amizan baru 2 tahun 9 bulan menjadi wakil rakyat DUN Tahan. Beliau tidak boleh buat "magic" untuk mengadakan segala-galanya. Contoh projek jalan Ulu Tembeling sejak lebih 53 tahun selepas   merdeka wakil rakyat sebelum ini tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi YB Dato' Wan Amizan berjaya mendapatkan kelulusan projek jalan Ulu Tembeling pada bulan Mac 2008 walaupun beliau belum lagi menjadi wakil rakyat hanya Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Orang Kampung Pagi sudah boleh melihat jentera mesin berat sedang bising buat jalan di Kampung Pagi. Fasa pertama projek jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke Kampung Pagi berjumlah RM121 juta. Dan seterusnya akan disambung terus ke Kampung Mat Daling dengan tambahan kos sebanyak lebih RM300 juta lagi.

Jika ADUN Tahan boleh mendapatkan kelulusan projek jalan Ulu Tembeling yang kos projek beratus juta apakan pula kos projek masjid baru Kampung Kuala Sat yang hanya berjumlah RM800,000. DS Najib dan DSD Adnan Yaakob pun tahu buat masjid dapat banyak pahala.

Dulu semasa PAS menjadi ADUN Tahan pada tahun 1999-2004, Arwah Malik ADUN PAS DUN Tahan ketika itu menjanjikan PAS mahu membina masjid baru Kampung Kuala Sat kerana sokongan undi yang banyak dapat dari penduduk Kampung Kuala Sat pada PRU 1999. Harap maklum blog N9 Tahan adakah wakil rakyat PAS DUN Tahan dapat memenuhi janji beliau itu?

Jika 30 tahun dulu masjid Kampung Kuala Sat tidak dapat dibina baru oleh wakil-wakil rakyat yang terdahulu adakah Dato' Wan Amizan boleh cepat bina dalam sekelip mata tanpa menerusi proses-proses permohonan peruntukan tertentu. Bagi Dato' Wan Amizan masa yang sewajarnya, WZWH pasti dan yakin, masjid baru Kampung Kuala Sat akan dibina pada tahun depan.

14 comments:

chenerong ular said...

Masa Yb ahli parlimen terdahulu pun dah pernah dapat peruntukan jalan ke ulu tembeling, tetapi tun khalil tipu, jambatan jambatan ada yang talah di bina kan?.

Jangan lah kata yb dulu tak buat apa ?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
Dalam mahkamah peguam tanya CU, Adakah peruntukan jalan Ulu Tembeling ada? Peguam cakap jawap Ya atau Tidak. Soalnya bila peruntukan itu dialih atas apa-apa sebab maka jawapanya CU pasti jawab tidak. Ahli parlimen itu perlu memastikan peruntukan itu sampai ke sasarannya. Ahli parlimen itu perlu tumbuk dan ugut Tun khalil barulah Tun Khalil takut dan tidak berani kencing orang Tembeling!

Anonymous said...

Tumbuk dan ugut porah, ini jawapan nk jd pemimpin, sudah2 la tunding jari sanaa sini mcm awk org perfect sgt, org dh makin meluat

Anonymous said...

Woit anom 12:37,
Kalau anon nak lembik, lembiklah selamanya...biar orang buli kita orang Jerantut. Apa yang WZWH cakap betul jangan biar orang kencing kita. Tumbuk, ugut, terajang dan sepak dulu. Baru orang tidak berani permainkan orang Jerantut lainlah anon 12:37 suka minum air kencing pembuli orang Jerantut.

Anonymous said...

anon 12:58 peminum air kencing dan penjilat wzwh, blog wzwh ni picisan saja, pembaca pun 45 org jer

Anonymous said...

Cuba tanya YB Dato' Wan Amizan bila agak2nya projek Kolej Matrikulasi yg nak dibina di Jerantut akan diluluskan oleh Kerajaan Pusat sebab dia ada cakap nak buat kt Jerantut..

Anonymous said...

Untuk pengetahuan WZWH,peruntukan tidak diberi walau sesen pun kepada ADUN Pas dulu.Itu lah contoh kepada KEADILAN dan HAK SAMA RATA pada semua orang MELAYU ISLAM yang ditafsirkan oleh UMNO!Hak untuk terlibat dalam mesyuarat pembangunan DUN juga tidak diberi.Jadi apa keadilan yang cuba ditunjukkan. Adakah wakil Pas itu bukan ISLAM dan MELAYU?

SPU said...

lawati http://pahang-ku.blogspot.com dan linkkan blog berkenaan, nanti blog ini juga akan dilinkkan dari sana.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:47,
Itulah yang terjadi kepada wakil rakyat dan DUN BN di negeri pembangkang spt Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Adakah keadilan diberi kepada mereka. Maka adillah jika wakil rakyat pembangkang di Pahang dilayan begitu juga.

Anonymous said...

Jadi begitulah keadilan kepada orang Melayu dan Islam yang berbeza pendapat dengan pihak kerajaan tanpa mengira kepentingan orang terbanyak.

Anonymous said...

WZWH -Jika ADUN Tahan boleh mendapatkan kelulusan projek jalan Ulu Tembeling yang kos projek beratus juta apakan pula kos projek masjid baru Kampung Kuala Sat yang hanya berjumlah RM800,000. DS Najib dan DSD Adnan Yaakob pun tahu buat masjid dapat banyak pahala.

SINAR HARIAN-“Kita boleh beri peruntukan itu, namun RM200,000 hanya mencukupi untuk membina masjid kecil yang tidak mampu menampung ramai jemaah pada satu-satu masa.

“Kita berharap penduduk dapat bersabar menunggu peruntukan untuk mendapatkan kos lebih tinggi supaya masjid baru lebih besar dapat dibina dengan kemudahannya sekali,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Anonymous said...

JERANTUT 24 Dis. - Seramai 800 penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling dekat sini meminta kerajaan negeri melaksanakan segera beberapa kemudahan asas termasuk penempatan baru supaya ia tidak tersisih daripada arus pembangunan.

Antara kemudahan yang perlu dibina adalah seperti jalan kampung sejauh tujuh kilometer, padang permainan dan rekreasi, masjid baru serta penempatan semula penduduk Kampung Jipang di bawah JKKK Kuala Sat.

Tinjauan Utusan Malaysia bersama JKKK Kuala Sat mendapati usaha memohon kemudahan tersebut kepada kerajaan negeri dan pentadbiran daerah Jerantut bermula sejak 15 tahun lalu, tetapi belum menampakkan hasilnya.

Bekas Ketua Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata, dua agenda utama pembangunan yang dipohon oleh JKKK terbabit sejak 15 tahun lalu belum dilaksanakan oleh kerajaan negeri iaitu pembinaan masjid baharu dan jalan kampung.

''Paling menyedihkan keadaan masjid kayu lama yang berusia 50 tahun sudah uzur dan hampir roboh, tetapi belum ada projek baru walaupun sudah banyak kali permohonan telah dibuat," katanya kepada ketika ditemui di Kuala Sat dekat sini hari ini.

Sidek berkata, projek jalan kampung sejauh tujuh kilometer sehingga kini belum menampakkan tanda dan menyukarkan penduduk membawa hasil kampung ke jeti untuk dipunggah dengan bot penambang Sungai Tembeling ke bandar Jerantut.

Seorang Penduduk Kuala Sat, Abdul Jabar Dollah, 39, berkata, jalan kampung yang berturap simen dibina 25 tahun lalu di bawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat sudah rosak dan keadaan berlumpur teruk ketika musim tengkujuh.

''Kita kesal kerana projek jalan sudah dibina di beberapa kampung berdekatan sedangkan penduduk di sini masih menunggu," katanya.

Seorang belia, Ahmad Shamsuddin, 32, berkata, kegiatan riadah dan rekreasi golongan remaja dan belia di Kampung Benih, Kampung Baru, Kampung Olak Koh, Kampung Belutin dan Kampung Jipang lesu kerana ketiadaan padang permainan bola sepak dan gelanggang bola jaring.

''Ketiadaan kemudahan itu menyebabkan belia tidak ada tempat beriadah pada waktu petang dan musim cuti persekolahan sehingga ada segelintir yang menghabiskan masa dengan kegiatan tidak berfaedah," katanya.

Menurutnya, sepatutnya pihak berwajib wajar membina kemudahan berkenaan kerana masih ada tanah milik kerajaan boleh dibangunkan untuk projek padang permainan seperti, gelanggang futsal, sepak takraw dan bola jaring.

Bagi penduduk Kampung Jipang, Daud Jawi, 52, berkata, seramai 20 keluarga telah meminta kerajaan menyediakan tapak perumahan di bawah pentadbiran JKKK Kuala Sat bagi mengurangkan kos bebanan ulang alik mengunakan bot.

''Kita terpaksa menaiki bot penambang dan membelanjakan satu liter petrol untuk membeli keperluan dapur dengan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai di jeti Kuala Sat ketika hendak berurusan ke bandar Jerantut," katanya.

Daud berharap, kerajaan dapat menyediakan tapak perumahan tersebut untuk mereka berpindah supaya dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa dan tidak tertekan dengan kedaifan yang dilalui sejak negara merdeka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri tidak 'terlepas pandang' atau menolak projek pembangunan yang dipohon oleh JKKK Kuala Sat.

''Kita tidak menolak permohonan JKKK berkenaan tetapi perlu mengkaji dari segi peruntukan yang lebih relevan dan mengikut keutamaan untuk projek kemudahan asas di sesebuah tempat.

''Misalnya projek masjid baru perlu peruntukan lebih besar memandangkan kapasiti penduduknya ramai dan mengkaji dengan teliti untuk dipertimbangkan dalam rancangan pembangunan akan datang," katanya.

Wan Amizan berkata, beliau dengan kerjasama pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan meninjau kampung berkenaan tidak lama lagi khususnya untuk menaiktaraf prasarana tertentu supaya dapat memberi keselesaan penduduk di situ.

Anonymous said...

Salam..kalau itu lah rekabentuk masjid kat kuala sat nanti nmpk sgt siapa yg buat tu ketinggalan zaman..masjid yg rekabentuk dalam gambar tu tersangatlah bentuk lapok..buatlah moden,dah la org tggu smpai mati nak masjid baru,ni kan pula model masjid nak dibuat?? malu betulla sape yg reka masjid dlm gambar tu ..model masjid ketinggalan zaman ...wallahuAllam..

Anonymous said...

bape outlet
supreme outlet
off white nike
cheap jordans
kevin durant shoes

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024