Wednesday, March 16, 2011

Kesan Letupan Loji Nuklear Fukushima Kepada Malaysia


Jepun dilanda malang triple berganda. Gempabumi 9 richter diikuti tsunami 10 meter dan bencana loji nuklear. Ini cukup membimbangkan penduduk Jepun dan negara jiran serta serantau.

Spekulasi mengatakan kebocoran radiasi (sinaran) radioaktif berlaku. Keadaan mula panik. Penduduk berdekatan dalam linkungan 20km dipindahkan. Di Malaysia SMS disebarkan mengatakan sinaran radioaktif akan sampai ke Malaysia dan nasihat berkurung dalam rumah.

Apakah status bencana loji nuklear Fukushima yang sebenarnya ini? Benarkah bencana loji nuklear Jepun boleh beri kesan kepada Malaysia?

Loji nuklear Jepun direkabentuk untuk menghadapi gempabumi yang sangat extreme. Industri nuklear Jepun guna  a “defence in depth” approach – having backups for your backup systems. Tetapi "key backup safety systems" gagal kerana balackout dan rempuhan tsunami besar yang melanda kawasan loji nuklear.

Selepas gempabumi, bekalan elektrik dioffkan dan memang generator disediakan untuk hidupkan sistem coolant menyejukkan kolam "spent fuel". Malangnya rempuhan tsunami memusnahkan generator. Bateri khas digunakan tetapi hanya boleh bertahan 8 jam sahaja.

Oleh kerana air dikolam makin kering kerana suhu tinggi ketiadaan sistem coolant maka air laut disembur ke kolam. Suhu yang tinggi menghasilkan keladak. Bila keladak ini bercampur semula dengan air laut yang disembur ke kolam "spent fuel" maka gas hidrogen dihasilkan.

Bila gas hidrogen yang banyak dilepaskan bercampur dengan gas oksigen dan terjadi percikan 'spark" maka ini adalah ramuan letupan berapi dan menghasilkan asap.

Teras nuklear masih selamat dan tidak lebur. Radiasi atau sinaran yang dihasilkan adalah dari kolam "fuel spent" yang mengering dek kerana suhu yang sangat tinggi. Radiasi ini kecil bacaannya. Berlegar disekitar kawasan loji nuklear. Radiasi yang berlegar ini juga naik ke udara tetapi tidak perlu dibimbangkan kerana jangkahayat umurnya hanya beberapa hari.

Penduduk di sekitar dipindahkan adalah langkah berjaga tambahan. Menurut IAEA badan atom antarabangsa klasifikasi bencana loji nuklear Fukushima bertaraf 4. Bencana loji 3 Miles Island AS pada taraf 5 bila berlaku kebocoran radiasi radioaktif minima. Bencana Loji nuklear Chernobyl bertaraf 7 dan memang struktur binaan loji nuklear Chernobyl tidak direkabentuk secara kebal seperti loji nuklear Fukushima.

Radiasi radioaktif yang naik ke udara jika berlaku hujan akan memendapkannya jatuh ke bumi. Tiupan angin terkini sedang bertiup menghala ke Lautan Pasifik. Kemungkina sinaran radiasi radioaktif ini untuk sampai ke Malaysia adalah terlalu tersangat kecil.

Dari segi teori kemungkinan radiasi radioaktif sampai ke Malaysia ada melalu makanan namun WZWH difahamkan pihak berkuasa Jepun sangat cekap dan berkesan memantau pergerakan keluar masuk makanan ke kawasan berdekatan loji nuklear terbabit.

Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, kerajaan BN telah menubuhkan 6 pusat yang memantau dan membaca tahap sinaran radiasi radioaktif terkini di seluruh Semenanjug Malaysia dan Sarawak serta Sabah. Setakat hari ini bacaan sinaran radiasi radioaktif nuklear adalah sifar.

Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dan jangan panik tidak menentu. Jangan buat spekulasi dan jangan buat demonstrasi tidak menentu mendesak kerajaan menghentikan program loji tenaga nuklear yang akan dijangka beroperasi pada 2021.

Blog WZWH adalah blog yang ke depan di Malaysia memberi perkembangan berita teknologi nuklear di Malaysia. Ikuti posting blog WZWH akan datang mengikuti berita terkini.

3 comments:

uRag dRrulug said...

dulu ong kateq tarok bahayeq luji nuklior ni, apasal sudoh jadi beginiq? tak amboh kumeq aihh ke luji nukelior ni, jangan buat larh oih de sinin....kuat pungkor jugeq ong ni wzwh, sameq tingkas dengan dumpok jugeq rupe nyeq, hehehe

Anonymous said...

spekulasi kepala hotak awk, Jepun sendiri dh ngaku ada kebocoran pd nuklaer dia, dh official dh, weh kataak bawah tempurung

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Masyarakat Jerantut....,

Pang5 Banir nork berkisoh hork lama ditulis dalam blog Urag Drrulug mengenai akukultur dan Loji Nuklear. Tapi hanya Banir CnP berkaitan nuklear ajerk. Rikasnyerk lebih kurang inilorh untuk tatapant....

Salam tuan UD & MUT...,

Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.

Bhg. 1…

NUKLEAR

2. Perang moden berbeza dengan perang masa lampau. Senjata nuklear telah direncanakan untuk memusnahkan seluruh bandar dan penduduknya. Apakah yang kita dapat buat untuk meluputkan diri? Ia berbeza pada tempat di mana cara kebetulan berada pada waktu berlakunya perang pecah.

Pang5 Banir... demi cita rasa masyarakat Ulu Tembeling

November 8, 2010 10:58 AM

Salam tuan UD & MUT...,

Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.

Bhg. 2...

NUKLEAR

2. Jika kita berada di daerah sasaran langsung, mungkin tidak pernah mengetahui apa2 tentang bahaya nuklear. Jika tinggal agak jauh, besar kemungkinan akan luput, asalkan kita tahu apa yang harus buat dan bersedia melaksanakan langkah2 untuk keselamatan jiwa.

Pang5 Banir... tumpang gembira masyarakat Ulu Tembeling menikmati limpahan rezeki di tempat sendiri…

November 10, 2010 8:57 AM

Salam tuan UD & MUT...,

Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.

Bhg. 3…

NUKLEAR

2. Ada tiga sumber bahaya dari senjata nuklear;

i. Sasaran langsung – hingga menyebabkan kematian,
ii. Luka terbakar hebat atau luka lain yang terjadi dari jarak jauh,
iii. Debu radioaktif...

Segala2nya dalam radius tertentu akan lenyap kecuali dalam jarak jauh keadaannya berbeza. Banyak orang mendapat luka2 berat dan ada juga yang dapat diselamtkan. Kemalangan yang mungkin sengaja dicipta ini memerlukan rawatan segera seperti rawatan prosuder kemalangan biasa, kecuali kematian...

Pang5 Banir... rezeki Allah untuk hambanya dan berbelnja dengan jalan yang ikhlas…

November 12, 2010 2:25 PM

Pang5 Banir. Bukan nak merendah2kan bijak pandai terutama tuan WZWH yang banyak meluangkan masa menulis. Ini adalah sebahagian pandangan untuk kita sama2 memikirkan dalam jangka masa tertentu. Banir tak pernah menolak kemajuan apatah lagi bagi pedalaman seperti Ulu Tembeling. Kita memerlukan kepakaran dari segi teknologi, strategi, it termasuk blue print. Kita tak mahu bila dah terantuk baru tergadah...

ikhlas Pang5 Banir....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024