Saturday, March 26, 2011

KJ Mula Tunjuk Genius BN Youth Lab



KJ buat benda yang betul dan relevan. Orang muda-muda Malaysia mahu kerja. BN Youth Lab selaraskan 40,000 pekerjaan dan berbagai insentif menarik.

Ini yang ahli politik Malaysia perlu buat. Bukan jual temberang, cerita sensasi dan  berpolemik politik tidak ada kesudahan. Rakyat Malaysia mahu penyelesaian masalah. Terutama orang-orang muda. Mereka mahu masa depan.

Perhatikan tajuk berita yang menarik seperti dibawah:





Pemuda BN buat benda baik untuk golongan muda. Jika banyak program sebegini dibuat untuk kebaikan orang muda maka orang muda dekat dengan BN.

Tidak timbul soal orang muda bersikap anti kerajaan. Bila tiba PRU 13 bila orang muda undi BN maka BN mula kembali kuat.

Selain isu orang muda mahu pekerjaan. Isu-isu yang boleh meringankan orang muda yang sudah bekerja dan meningkatkan pendapatan orang bandar serta jika  boleh mengurangkan perbelanjaan orang bandar maka baru rakyat yang tinggal dibandar-bandar seluruh Malaysia akan percaya dan yakin dengan kerajaan yang punyai pemimpin berwawasan menolong rakyat.

Jika ini kerajaan BN boleh deliver servis yang begini tidak ada sebab rakyat mahu menolak kerajaan yang selalu memikir dan menjaga kebajikan rakyat.

4 comments:

Laksamana Bentan said...

Salam,

Eloklah program ini diadakan dibandar2 kecil kerana tidak semua anak2 muda yang ibubapanya miskin mampu ke KL.

Program yang nampak baik, tetap menjadi baik jika tujuannya dan niatnya baik dilaksanakan pula dengan cara yang baik. Insyaallah.

tahniag kepada seluruh AJK Pemuda dan pihak yang menjayakan program ini.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam LB,
Satu lontaran idea yang baik. KJ perlu gerakkan program yang seumpama ini ke peringkat negeri sekurang-kurangnya.

Anonymous said...

apa yg KJ buat tu elok, tapi jgn sampai manusia melayu lupa kerosakan yg dibuatnya ketika dia dipuncak kuasa bapa mentuanya.

dobit127 said...

Yang rasa elok dan molek kita ikutlah, yang kita rasa tak elok kita jauhi bukan dendam.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024