Saturday, March 12, 2011

Lawatan Sehari ADUN Tahan Bertemu Mangsa Banjir Ulu Tembeling


Hari ini YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan mengadakan lawatan sehari ke beberapa kampung mangsa banjir di Ulu Tembeling. Oleh kerana air Sungai Tembeling besar dan berbahaya di kawasan jeram. ADUN Tahan tidak mengunakan jetskinya sebagai kenderaan mudik ke Ulu Tembeling.

Dato' Wan Amizan terpaksa menggunakan helikopter untuk terbang melawat kampung-kampung di Ulu Tembeling. Ini lebih pantas dan menjimatkan masa.

Seawal jam 9.00 padi Dato' Wan Amizan sudah berlepas dengan helikopter di Padang FA Jerantut. Destinasi kampung yang pertama di lawati ialah Kampung Bantal. Kampung yang kedua dilawati ialah Kampung Gusai. Seterusnya yang ketiga Kampung Mat Daling.

Di kampung-kampung tersebut Dato' Wan Amizan berjumpa dengan Tok Empat dan orang kampung. Sumbangan untuk mangsa banjir kilat yang disebabkan iklim cuaca dunia yang tidak menentu. Memang sudah seminggu Pahang dilanda hujan. Ketika WZWH menulis post ini bandar Jerantut dalam hujan lebat.

Selepas itu ADUN Tahan berhenti sekejap di Kuala Tahan menemui penduduk di sana. Seterusnya Dato' Wan Amizan mendarat di padang perumahan murah Kampung Kuala Tembeling. Beliau menghadiri majlis perkahwinan  Ain anak perempuan Aki Saha. 

Jam 1.30 petang ketika WZWH baru sampai ke bandar Jerantut kelihatan helikopter yang membawa Dato' Wan Amizan baru mendarat di padang FA Jerantut.

Ini kerja tugas Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan. Terpaksa menggunakan helikopter untuk melawat kawasan kerana kawasan DUN Tahan sangat luas 550,000 hektar hampir 75% keluasan seluruh daerah Jerantut. Ditambah banyak program lagi di lain-lain tempat di kawasannya.

Bukan senang hendak menjaga DUN Tahan ini. Banyak cabarannya. WZWH ingin bertanya ada siapa-siapa yang berminat hendak menjadi ADUN Tahan menggantikan Dato' Wan Amizan pada PRU 13 nanti? He...he...he...!

7 comments:

din said...

mlawat projek kraubrdge yg dlm pmbinaan ko??huhu

Anonymous said...

sambil-sambil melawat jalan yg bru buat terpampang nama syarikat yang beralamat di K.L sper punya yekk..lombong bijih dah jalan....org lain boleh jd YB...lebih pada heli lge boleh sewa...jet pun bulehh....sendiri mau ingattt laaahh......memukor pun xabih2 lge...sejak dri dlu spai laa sekarang......ckap jgan takbur laaa......1 ari tuhan akan tunjuk pekara yang BENAR,kite tunggu dan lihat saja.....

FARHAN PAHANG said...

LORI LOMBONG BIJIH MENYEBABKAN JALAN ROSAK N LORI YG BNYK ULANG-ALIK MENGGANGGU TRAFIK..............

XDE AIRPORT LA NK NAIK JET, HELI GAK YANG BOLEH DIHARAP.........

Anonymous said...

dulu masa YB Malek .... tak pernah pulak arwah YB Malek sewa heli nak kehulu .... beruntung orang Ulu Tembeling dapat Wan Amizan jadi YB ... senang lah sikit orang nak mengadu hal sebab Wan Amizan ni YB bertaraf jutawan ..... dulu YB bertaraf kerani je .... harapkan duit elaun adun je bulan nak lawat kawasan ... boleh claim ke sewa heli ni ??? kalau boleh claim dah lama arwah YB Malek sewa heli nak kehulu ni ...

Anonymous said...

taniah yb dun tahan kerana sikap perihatin kepada penduduk2 ulu tembeling dan kawasan2 adun tahan.....jangan dilayan sangat apa yg dikata oleh sebahagian ahli2 umno sendiri yang cemburu dan suka menjatuh kan pemimpin parti sendiri demi memuas kan hati sendiri

Anonymous said...

masalah tanah felcra pun masih belum selesai, aku anak tempatan merting tak dapat, aku sumpah mereka 7 keturunan jadi pungkor kayu dalam sungai...

Anonymous said...

pru dah dkat dah ni..kita kena bersatupadu..bersepakat..pembangkang intai pluang je tu..korang kena bijak la skit..jangan kelahi sama sendiri..nanti semua berputih mata..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024